Memaparkan catatan dengan label Pengetahuan Am. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengetahuan Am. Papar semua catatan

12 Januari 2012

Ubuntu Dengan Pelbagai Persekitaran Atas Meja

Hari ini merupakan hari pertama saya mengisi ruangan blog deensokmo ini. Bulan lepas tahun 2011 telah melabuhkan tirainya, dan kini kita di ambang tahun 2012. Masih tidak terlewat untuk saya menyelitkan ucapan yang biasa didengar iaitu "Selamat Tahun Baru".

Banyak sungguh benda yang tercicir, banyak masa saya bocor kepada 2 anak kembar saya yang baru setahun jagung meniti usia untuk bertatih.

Tahun ini, dapat kita perhatikan perkembangan pesat Persekitaran Atas Meja (Desktop Enviroment) Ubuntu. Sejak Unity diperkenalkan bermula Ubuntu versi 10.10 (Maverick Meerkat) dan sehingga sekarang versi 11.10 (Oneiric Ocelot), telah banyak kemas kini perubahan pada wajah Unity tersebut. Di akhir tahun lepas, telah tercatat di Distrowatch.com di mana sokongan Unity telah menurun ke 1 tangga dan tahkta nombor satu tersebut telah dicuri Linux Mint. Kenapa Linux Mint begitu popular? Mengapa Linux Mint berjaya meraih sokongan pengguna Ubuntu amnya? Ini adalah disebabkan Mint 12 (Lisa) telah diberi sentuhan oleh Gnome Shell (Gnome 3). Namun begitu, Gnome Shell tersebut pula diberi nafas baru dengan mencipta Shell Extension yang nampak lebih segar berbanding extension asal Gnome Shell iaitulah MGSE (Mint Gnome Shell Extention).

Sejak sekian lama ramai pengguna Ubuntu telah terbiasa dengan penggunaan Compiz, maka ada yang mengatakan Compiz terlalu tamak RAM (pengunaan memori), laptop mudah panas meskin pun telah membuat perubahan dengan mengkompil pada kernel dan banyak lagi alasan yang tidak sedap didengar. Mungkin mereka sudah lupa, kesan Compiz seperti  Desktop Cube, Animasi khas dalam penjajaran Nautilus Window Manager, Metacity, Compositing dan pelbagai lagi efek menarik adalah punca yang menjinakkan mereka terpaut pada Ubuntu di kala itu. Kini, keindahan Gnome Shell tidak lagi memerlukan kepada jasa Compiz, Gnome Shell diberi kelainan dengan menggunakan Mutter sebagai penganti. Sentuhan Mutter digunakan untuk Compositing Window Manager yang diasaskan daripada Metacity Window Manager. Bagi mencipta efek pergerakan pada Gnome Shell, Clutter toolkit pula telah dimuatkan bersamanya. Menurut staff penyelenggaraan Gnome Shell iaitu Owen Taylor , keperluan Plugin untuk Mutter adalah dihasilkan melalui Skrip Java. Mungkin ramuan teknologi inilah yang menyebabkan pembangun Distro seperti Linux Mint, Pinguys dan lain-lain tidak mahu menggunakan Unity pada Sistem Operasi mereka.

Selain itu, bertambah meriah lagi apabila wujudnya kumpulan daripada pembangun Mint menggunakan MGSE sebagai asas untuk membentuk satu lagi Persekitaran Atas Meja baru yang diberi nama Cinnamon. Sekali pandang, Cinnamon menyamai Mint sebab-sebab yang telah saya sebutkan tadi, namun saya tidak pasti adakah extension MGSE ini boleh dipakai atau tidak pada Cinnamon, kerana saya belum berkesempatan mencubanya lagi.

Berikutan perkembangan ini, Canonical masih lagi memberi ruang kepada pengguna Ubuntu 11.10 memasang Persekitaran Atas Meja yang lama dengan diberi nama Gnome Classic Desktop. Untuk memasang Classic Session ini pengguna hanya mencari dan memasang gnome-session-fallback dalam Ubuntu Software Center.

Sebenarnya anda tidak perlu pening kepala untuk memilih mana satu jenis Desktop yang ingin dipakai, anda boleh memasang ke semua 4 jenis Persekitaran Atas Meja tersebut pada Ubuntu 11.10 anda, untuk memulakan mana-mana Desktop yang disukai, terdapat pilihan Session semasa memasukkan kata laluan atau boleh logout dan login semula pada Ubuntu anda.

Pun begitu, anda masih lagi bebas memasang Persekitaran Atas Meja yang lain selain daripada yang saya sebutkan di atas seperti XFCE, KDE, LXDE, OPenbox dan pelbagai lagi. Oleh kerana Linux adalah sumber terbuka, maka kunci kebebasan masih berada di dalam genggaman anda. Pilihlah yang mana disukai. Saya? Oh ya masih lagi selesa dengan Ubuntu 10.04 LTS dan mungkin akan dinaik taraf pada bulan 4 (April) tahun ini kerana pada akhir bulan tersebut Ubuntu versi 12.04 LTS akan dilancarkan secara rasminya. Sebab itulah tidak banyak entri saya yang menjurus ke arah Unity atau Gnome Shell.

Sehingga berjumpa lagi.. Sekian..

24 Disember 2011

Pelancaran Sabily Uhud 11.10


Sebagai penutup pada tahun 2011 ini, projek Ubuntu edisi Muslim iaitu Sabily.org telah melancarkan OS terbaru mereka yang diberi nama Uhud 11.10 dan menggunakan asas Ubuntu Oneiric Ocelot. OS terbaru ini dipancu oleh persekitaran Gnome 3 dan didatangi bersama kernel Linux 3.0.

Seperti edisi sebelum ini, Sabily Uhud ini masih lagi mengekalkan ciri-ciri Muslim seperti aplikasi mempelajari Al-Quran / alat carian dan pemberitahuan waktu solat, kalendar Islam (Hijra, Thawab, Monajad) dan sokongan untuk bahasa Arab serta  lain-lain lagi. Dan apa yang menariknya ialah ke semua aplikasi yang dibekalkan ini telah diubahsuai supaya memiliki keserasian yang khas untuk Gnome3 (gnome shell). Antara lain, turut memuatkan aplikasi baru seperti:
  • Alfanous: Enjin carian Quran
  • gnome-shell-extension-islamic-datetime: Kemudahan gnome Shell Extention untuk fungsi kalendar / masa.
  • gnome-tweak-tool: Kemudahan untuk mengendalikan dan suntingan Gnome 3 (ikon, tema, extention dll)
Seperti Linux Mint, Uhud 11.10 juga telah dipadatkan dengan Java, Medibuntu, gstreamer, kod sumber terlarang dan macam-macam lagi agar pengguna baru tidak perlu lagi membuang masa untuk memuat turun dan memasang plugin tambahan ini, iaitu berkonsepkan "Pasang-Siap".

Apa lagi yang ditunggu, jom baca selanjutnya di laman rasmi mereka di http://www.sabily.org/website/ dan boleh muat turun Uhud 11.10 ini secara percuma.

Wassalam.

20 Disember 2011

Muat turun Pakej DEB Untuk Ubuntu

Saya terpanggil untuk mengetengahkan entri ini kerana masih ada lagi segelintir pengguna Ubuntu baru yang bertanya kepada saya di manakah tempat (URL/Link) untuk muat turun aplikasi Ubuntu terutamanya pakej DEB. Mereka yang bertanya ini kerana komputer mereka terhad kepada sambungan internet, maksudnya mereka mahukan Offline Installer.

Terdahulu saya telah tuliskan entri memasang pakej secara tanpa talian melalui Synaptic Package Manager. Cara tersebut amatlah senang, saya tidak tahu di manakah kegagalan untuk muat turun pakej melalui kaedah ini. 

Ok, baiklah; selain daripada kaedah itu, sebenarnya APTonCD juga boleh memain peranan untuk memasang pakej secara tanpa talian internet. Cuma ada di antara meraka tidak tahu menggunakan APTonCD ini.

APTonCD mestilah dipasang dahulu pada komputer Ubuntu yang ada talian internet dan Ubuntu tersebut mestilah sama versi dengan Ubuntu yang tiada talian internet. Dengan APTonCD, kita boleh mencipta meta package dan aplikasi ISO untuk dibakar ke CD/DVD dengan syarat-syarat berikut:
  • Komputer Ubuntu yang ada talian internet telah mengemas kini dengan aplikasi terkini.
  • Komputer ini juga tidak pernah menjalankan autoremove, clean dan sebagainya yang memaksa membuang pakej sementara deb.
Anda boleh ikuti tutorial APTonCD di sini. Antara lain, anda boleh mencuba Keryx Project di sini.

Cara seterusnya ini adalah kegemaran saya untuk muat turun pakej DEB melalui:
  1. Ubuntu Package (laman rasmi)
  2. pkgs.org (laman third party)
Mungkin ada banyak lagi laman yang menyediakan pakej deb seumpama ini, oleh kerana Ubuntu telah menyediakan USC (Ubuntu Software Center) jadi tidaklah susah sangat untuk memasang aplikasi (mesti ada talian internet). Walaupun entri ini ringkas, setidak-tidaknya anda tahu apa yang mahu saya sampaikan.

Sekian.

24 Oktober 2011

Mencetak Dokumen MS Word 07 Ke PDF Melalui Ubuntu

Mereka yang menggunakan Libre Office atau Open Office tiada masalah untuk mencetak dokumen tertentu ke format PDF, hanya tekan butang PDF semua dokumen daripada .odt akan bertukar kepada .pdf. Tapi bagaimana pula seseorang itu yang memasang Micsrosoft Office pada Ubuntu melalui Wine ingin menukar dokumen itu ke format PDF? Pemasangan CutePDF tidak berhasil melalui Wine dan banyak lagi aplikasi kecil "print to PDF" yang dipasang ke dalam wine juga gagal bekerja sebagai virtual pdf printer. Sebenar jika mereka pakar sistem Unix dan wine boleh sahaja membuat beberapa konfigurasi untuk membenarkan satu-satu aplikasi berfungsi dengan baik dalam Wine. Tetapi saya bukanlah golongan orang yang demikian. Oleh kerana itu,  saya mengambil jalan mudah iaitu dengan memasang cups-pdf.

CUPS-PDF
CUPS-PDF menyediakan PDF Writer backend kepada CUPS. Ini bolehlah digunakan sebagai satu pencetak maya dalam satu rangkaian dokumen tanpa kertas atau boleh juga membuat persembahan ujian pada CUPS. (Sistem Pencetak Linux)

Pemasangan CUPS-PDF
Jalankan Ubuntu Software Center dan taipkan cups-pdf, tekan butang Install untuk mula memasang.

Membuat semakan pencetak.
Jalankan aplikasi Printing, sila periksa adakah wujud pencetak PDF di situ. Jika tiada sila Add > Printer > generic CUPS printer. Ada kemungkinan anda perlu Logout dan login semula Ubuntu anda untuk restart sistem CUPS. Apabila berjaya, sepatutnya seperti gambar 1 di bawah.

Gambar 1

Mari kita uji pencetak maya PDF ini melalui Microsoft Word 2007 (dalam Wine). Buka mana-mana dokumen sedia ada .docx atau .doc atau buat 1 dokumen baru melalui MS Office Word 07. Contohnya gambar 2 di bawah.

 Gambar 2

Kemudian tekan papan kekunci Ctrl+P, jendela Print akan muncul dan sila pilih nama pencetak iaitu PDF dan klik OK untuk menukarkan dokumen tersebut ke format pdf. Rujuk gambar 3.

Gambar 3

Sebaik sahaja klik OK, di mana dokumen.pdf ini berada? Semua dokumen akan di tempatkan direktori Home anda contonhya: deensokmo/PDF/ < nama dokumen pdf >.

Sekian..

23 Oktober 2011

Cara Menarik Kuat Isyarat Wifi Dan 3G Broadband

Percayakah anda? Dengan hanya menggunakan barang-barang dapur dan perkakasan terbuang mampu menarik signal Wifi lebih kuat atau mungkin juga boleh untuk menarik signal 3G Broadband modem kepada tahap maksimum. Anda boleh ketawa bila melihat beberapa gambar di bawah.


Dengan menggunakan penutup cerek air, nampaknya 3G lebih baik ermmm..


Ini pula menggunakan penutup periuk 10 inch.. Tarik signal wifi. Amacam? ada kelas?


Satu lagi cara tarik signal 3G, mangkuk aluminium pun jadi...


Hah, ini pula bekas loyang (bekas buat kuih) yang terbiar, daripada berhabuk ada faedah sampingan rupanya!


Bekas tin coklat buat kuih. Ambil pembalut aluminium kasi balut dan tindih atas 3G USB modem..

Pendek kata, material yang berasaskan aluminium memang dijadikan penarik signal frenkuensi... Jadi selepas ni mungkin anda boleh mencubanya sendiri.. renung-renungkan dan cuba amal. (buat diam-diam ok)

14 Oktober 2011

Temu Lawak Bersama DeenSokmo

Saya rasa inilah entri wawancara yang pelik pertama kali anda terjumpa pada mana-mana blog, entah siapa yang datang membuat temuramah dengan deensokmo ini, saya pun tak kenal, dan daripada mana beliau muncul pun saya tak tahu..

Siapakah gerangan yang menemuramah deensokmo tidak penting, yang penting kita saksikan temubual ini bersama deensokmo.

Makhluk Asing: MA
DeenSokmo: DS

MA: Apa khabar Densokmo? Sihat?

DS: Khabar baik. Dah tanya apa khabar.. kenapa tanya sihat pulak? Kamu tu sihat ke?

MA: Aku sihat. Pertama sekali, aku nak ucapkan terima kasih kerana sudi bersama dengan aku. Aku harap kamu dapat menjawab semua soalan dan tuduhan aku ini dengan mulianya.

DS: Sama-sama. Insyaallah, semua akan aku jawab dengan tenang. Apa yang beria sangat kamu mahu menemu bual aku? Aku ... (perbualan terhenti. twitt..twitt..twitt.. Ada burung lalu).

MA: Ehem. Burung apa tu?

DS: Burung Pidgin..

MA: Burung Pidgin? Burung Pidgin burung apa tu? (perut MA Berkerut seribu, nak berkerut dahi, dahi tak ada).

DS: Burung Pidgin ni macam murai jugak. Itu sebabnya dulu aku pasang Pidgin IM untuk bersembang dan bermurai dengan kawan aku. Sekarang burung tu dah tak ada, yang ada Empathy IM iaitu bukan sejenis burung tapi sejenis hubungan akrab sesama kita. Kalau kamu mahu, burung Pidgin aku boleh tangkap semula.

MA: Oh! Begitu, fahamlah aku. Kenapa kamu buat blog pasal Ubuntu? Kenapa tidak dimasukkan artikel pasal ayam, burung, unta, harimau, ikan ke? Atau perkara lain yang mungkin boleh menaikan trafik pengunjung blog?

DS: Ni aku nak bagitau. Benda yang kamu sebut tu (ayam, burung, unta.. dan blaa.. blaa) adalah tergolong dari kalangan haiwan. Nama-nama Ubuntu sebenarnya diambil sempena nama-nama haiwan terpilih contohnya Koala, Lynx, Meerkat dan sekarang Ubuntu 11.04 dinamakan oleh haiwan Narwhal. Idea blog ini dihiasi dengan Ubuntu kerana rasa ingin berkongsi. Sebab blog tentang muzik, politik, artis, filem dan automotif sudah ramai orang yang buat. Pengunjung blog aku boleh dibilang jari, kalau jumlahnya ramai pun sekali pun, apa yang aku dapat?

MA: Kenapa ada 2 resepi Nasi Dagang dan Sup Tulang dalam blog deensokmo? Tak mahu gugurkan  ke entri resepi ini?

DS: Nasi dagang asalnya dari Pantai Timur dan Sup Tulang terkenal di serata Malaysia. Aku suka makan nasi dagang hee hee.. dan hirup sup tulang. Huu.. huuu.. huu. Nasi dagang inilah yang memberi ilham kepada aku untuk meletakan perkataan SOKMO dihujung DEEN. Sup Tulang pula membawa maksud blog ini sesuai kepada semua rakyat di Malaysia dan kepada Asia Tenggara khususnya. 2 Resepi ini tidak akan dibuang, malah ada pengunjung blog yang jatuh hati kepada Ubuntu dalam mencari resepi nasi dagang di internet dan terjumpalah blog resepi Ubuntu ini.  Jadi, 2 entri resepi itu boleh aku katakan jerangkap samar.

MA: Oh! Ya. Apa maksud "Doh kalu lagu tu, guane gamok"? Aku perhatikan slogan ini tidak pernah berubah walaupun tema blog telah berubah-ubah. Boleh kamu jelaskan secara terperinci?

DS: Haa.. haa.. haa. Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku suka ayat itu. Ada banyak makna yang tersirat. "Doh kalu lagu tu" bermaksud "If like that" atau dalam Bahasa Malaysia ialah "Jikalau begitu". Manakala pegertian "guane gamok?" adalah makna kepada soalan yang dituju kepada seseorang itu tentang reaksinya setelah menyelaminya sebentar tadi. Atau ringkasannya "Bagaimana penerimaanmu?" dan dalam bahasa Inggeris "How do you feel?" Adakah kamu faham? Okey aku jadikan satu ayat mudah dengan mencantumkan 2 ayat tersebut iaitu "Jikalau begitu, bagaimanakah penerimaanmu?" (soalan ini dilontarkan kepada pembaca blog). Sama juga jika saya sebut "If like that, how do you feel?"..(atau boleh juga "what do you think?").

MA: Baiklah, soalan seterusya. Ini soalan menjerat. Sejak kamu menggunakan dan mempromosi Ubuntu ini, apakah kamu tidak pandang kepada OS lain seperti Windows? Dan  apakah yang kamu nampak perkembangan Windows hari ini?

DS: Menjerat ker? Biasa jer. Aku guna Ubuntu dan promosi bukan niat keuntungan dan Windows masih lagi menjadi OS ke dua aku. Jadi, tolong nasihatkan kepada pembaca semua walau pakar mana sekali pun dalam Ubuntu-linux, ingat ada masa dan ketika Windows akan menjadi penawar. aku nak ambil 1 teladan positif daripada kisah Nabi Muhammad S.A.W dalam mengembangkan syiar Islam, baginda tidak pernah menolak kaum bukan Islam meskinpun beliau dimusuhi olehnya. Beliau juga tidak menganggap golongan kafir sebagai musuh, bahkan menerima kehadiran golongan ini di dalam empayar negara Islam. Di sini maksud aku, bukan soal agama; tetapi pokoknya menjurus ke arah keperibadian beliau yang mencerminkan kemurliaan seorang pemimpin yang berkawan tanpa mengira agama dan bangsa. Menyentuh perkembangan Windows sekarang ini, terus terang aku katakan, sejak Win7 dikeluarkan, aku jarang benar buka Windows dan hanya menggunakannya untuk menyelesaikan masalah kerja dan beberapa perisian yang Ubuntu masih belum lagi menyokongnya. Win 7 Sekarang pun belum khatam lagi, dah muncul pula Win 8 Trial.. ermm.. tak banyak yang aku tahu berita tentang Windows. Sebab dalam Windows aku jadi pengguna biasa sahaja.

MA: Lazimnya penulis blog yang berkait komputer dan IT adalah kerana mereka memiliki aliran komputer semasa mereka menuntut di kolej  atau Universiti dahulu. Jadi adakah kamu juga daripada aliran Sains Dan Komputer? Dan kamu berasal daripada kolej mana?

DS: Itu pandangan kamu sahaja. Lebih kurang 13 tahun yang lalu aku belajar di Politeknik dalam bidang Elektronik. Bidang ini tidak kena-mengena dengan komputer pada waktu itu; dan pada masa itu juga tidak seorang pun pelajar yang mampu memiliki mesin pencetak, apatah lagi sebuah komputer riba. Tokey balak jer yang mampu beli pada harganya sekitar RM8,000 untuk sebuah komputer dan telefon bimbit asas (tahun 1996) sekitar RM3,500. Kalau kamu tak percaya, bila kamu sampai rumah kamu nanti, tolong tanya bapak kamu harga gajet-gajet ini pada tahun tersebut. Pendek cerita, aku hanya mengenali komputer pada tahun 2007 walaupun aku telah membelinya pada tahun 2004 melalui skim yang ditawarkan oleh KWSP.

MS: Lagi soalan aku. Susah tak hendak menulis dan mengekalkan blogspot Ubuntu ini?

DS: Eh! Menulis blog yang mempunyai artikel sumber terbukalah yang senang. Sebab apa, bila baca blog orang lain.. faham apa yang dia cuba sampaikan dan kemudian salin semula ke blog kita dengan olahan kita sendiri. Ayat biar menyimpang tidak mengapa, yang penting maksud yang hendak dipaparkan itu tidak lari. Hendak mengekalkan populariti ke atau supaya blog ini tidak terkubur? begitu ker maksudnya? Tak kiralah yang mana satu, sebenarnya kalau ditanya soalan ini kepada blogger lain jawapan yang biasa dengar iaitu MASA. Ya! Masa adalah menjadi penentu dan ukuran, aku beri alasan ini kerana aku pun ada komitmen lain yang sedang menunggu.

MA: Apakah sumbangan kamu setakat ini terhadap komuniti Ubuntu terutamanya di Malaysia ini? Adakah kamu mengenali blogger Ubuntu yang lain atau penulis blog sumber terbuka yang lain di Malaysia amnya?

DS: Aku penulis bebas, jika suatu hari nanti aku nak tulis pasal kereta, aku akan tulis. Namun buat masa ini belum lagi. Sumbangan aku? Err.. adalah satu dua, antaranya menghidupkan kempen memiliki Baju Ubuntu.. mempromosikan Ubuntu kepada kawan-kawan melalui MukaBuku, secara lisan, dan itu sahaja kot. Susah hendak bergerak seorang, kena buat geng baru best skit. Aku ada juga menyertai KOSTEM (Koperasi Sumber Terbuka Malaysia) untuk merapatkan jurang komuniti ini. Ditanya mengenai hubungan aku dengan blogger (sumber terbuka) yang lain, hanya 1 orang jer yang aku kenal gitu-gitu. Jadi, gitu-gitulah aku.. 

MA: Sebelum aku mahu mengakhiri wawancara ini. Jika sebelum ini aku tanya tentang perkembangan Windows, jadi bagaimana kamu melihat perkembangan OS linux khususnya di Malaysia ini?

DS: Ini pandangan aku sahaja. Perkembangan Linux di Malaysia sudah mula menapak kehadapan, tapi ditahap yang masih belum dapat dibanggakan. Kewujudan tablet PC Android dan telefon pintar Android membuktikan rakyat Malaysia sudah mula menerima Linux meskinpun ada diantara mereka tidak sedar yang mereka telah pun menggunakan linux di sebalik gajet Android tersebut.

MA: Akhir sekali, apakah harapan yang bermain di fikiran kamu dan boleh tak selitkan sedikit mesej kepada pengguna yang masih belum lagi menggunakan Ubuntu atau takut-takut untuk mencuba Ubuntu...

DS: Semua orang ada harapan. Tinggi atau rendah, impian tercapai atau tidak bukanlah ukuran aku. Cuma, aku nak beritahu bahawa kita ada pilihan, mencuba sesuatu yang baru itu sebenarnya indah. Ubuntu adalah percuma, bebas virus, lebih stabil dan ada Umphh!! Serta banyak lagi faedah lain. Aku sendiri pun masih belajar. Mesej aku ialah kepada pengguna Windows janganlah suka menabur fitnah mengatakan Linux adalah susah, semua itu karut dan tidak berasas. Cuba Ubuntu dulu baru bercakap. Rasai sendiri dulu baru komen. Ingat, sesuatu yang percuma itu tidak boleh dibandingkan 100% dengan yang berbayar.

MA: Baiklah, kita pun sudah sampai ke penghujungnya. Aku ucapkan terima kasih sekali lagi kepada saudara DeenSokmo. Semoga berjaya dan tabah menangani cabaran.

DS: Sama-sama kembali. Kesempatan ini juga aku nak ucapkan tahniah kepada mereka yang telah cuba menggunakan Sistem Operasi Ubuntu samada secara Live atau pasang pada komputer. Sekian. Wassalam.

12 Oktober 2011

USU 7: Sebuah Distro Kelahiran Ubuntu


USU 7. Distro ini juga lahir daripada GNU/linux Ubuntu seperti Zorin OS, LinuxMint, Pinguys, Bodhi Linux dan sebagainya. USU membawa maksud Distro GNU/Linux Yang Terbaik! daripada bahasa Bulgarian.

Distro ini dibangunkan oleh dua orang iaitu Krasimir Stefanov dan Svetoslav Stefanov (adik beradik ke ni?). Tidak banyak maklumat yang dapat saya perolehi daripada mana versi 7 ini diterbikan, adakah ada USU 6 atau 5 sebelum ini? Bagi pengemar Distro yang berasaskan Ubuntu, mungkin USU 7 ini dijadikan koleksi untuk simpanan mahupun dipasang pada komputer. USU 7 menawarkan 3 kategori iaitu:

  1. USU Desktop - Sesuai untuk komputer atau Desktop PC yang mana ianya difokuskan untuk pelajar, guru dan pengguna biasa.
  2. USU Mini - Juga sesuai untuk komputer biasa dan telah dipilih beberapa aplikasi penggunaan seharian seperti mendengar lagu, menaip, menonton video dan lain-lain. 
  3. USU Netbook - Dikhaskan untuk komputer riba yang kecil atau lebih tepat untuk Netbook, yang mana memiliki skrin kecil dan penggunaan memori yang terhad dan bagi memanjangkan tempoh hayat bateri.
Apa yang menarik perhatian saya, semua kategori USU ini telah disumbatkan Medibuntu dan Ubuntu Restricted Format supaya ianya terus dapat memainkan sesetengah format video dan MP3 sebaik sahaja dipasang. Selain itu, juga disertakan pelbagai perisian percuma untuk aplikasi pejabat, internet, lagu dan video, pendidikan, grafik, permainan dan lain-lain.

Meskinpun laman rasminya tidak disertakan link mana-mana forum, tidak perlu risau kerana sebarang kekeliruan boleh sahaja merujuk kepada forum Ubuntu, blog Ubuntu dan sebagainya.

Oleh kerana saya sedang memuat turun USU 7 ini, (ketika entri ini ditulis) saya tidak pasti samada USU 7 ini diceduk daripada versi Ubuntu 10.04, 10.10 atau versi sebelum ini lagi.
Bila selesai bakar ISO ke USB drive atau ke CD/DVD, sila boot komputer melalui media yang anda buat tersebut. Dan semasa USU startup, cepat-cepat tekan F2 dan pilih bahasa English..

 Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mencuba USU 7 ini!

08 Oktober 2011

Asas-asas Cakera Keras Dan Partisi Dalam Ubuntu-Linux


Oleh kerana cakera keras adalah komponen utama dalam sesebuah komputer, entri ini akan menjurus kepada isu teknikal. Namun saya akan menggarapkannya menjadi bahan bacaan yang mudah difahami meskin pun anda bukan golongan mahir IT.

Cakera Keras ( Hard disk)
Cakera keras merupakan salah satu komponen penting dalam komputer anda. Semua gambar, video, lagu dan pelbagai lagi data penting akan disimpan di dalam cakera keras. Anda tidak perlu tahu secara serius apakah itu cakera keras? Cukuplah sahaja anda tahu ianya adalah suatu ruang untuk menyimpan data atau maklumat di dalam sebuah komputer. Terdapat berbagai saiz yang dijual dipasaran contohnya 120GB, 160GB, 320GB, 500GB, 1TB dan seterusnya.

IDE dan SATA
Semakin besar saiznya, semakin besarlah storan yang dimiliki. Jika dahulu, sambungan cakera keras dihubungkan kepada Papan Utama (mother board) menggunakan IDE, sekarang rata-rata pengeluar cakera keras menggunakan sambungan SATA yang mana konsep terbaru ini menambah baikan dalam kelajuan proses pemindahan data. Dalam sistem Ubuntu cakera keras IDE akan dikategorikan sebagai kod hd dan SATA dikodkan sebagai sd. Lihat contoh berikut:

IDE => dev/hda1
SATA => dev/sda1

Format cakera keras
Bagi pengguna Windows FAT32, NTFS adalah format lazim yang biasa dilihat pada cakera keras. Manakala pengguna Ubuntu atau Linux amnya akan menemui format yang berbeza namanya iaitu Linux Swap (swap space), EXT2, EXT3 dan terkini EXT4. Hari ini, saya syorkan menggunakan format ext4 kepada pengguna yang ingin memasang Ubuntu, namun ext3 masih lagi relevan jika mahu.

Jumlah cakera keras pada komputer
Pada sebuah komputer terdapat hanya 1 cakera keras dibekalkan. Cakera keras ini dinamakan Master-Primary Hard disk. Jika anda ingin menambahkan bilangan cakera keras pada komputer anda, ianya akan menjadi cakera keras Secondary. Merujuk gambarajah di atas, cakera keras Primary adalah keutamaan pertama, manakala cakera keras Secondary menjadi keutamaan kedua. Lazimnya, cakera keras Primary ini adalah tapak kepada Sistem Operasi samada Ubuntu atau Windows. Manakala cakera keras Secondary pula dikhaskan kepada storan kedua untuk ruang penyimpanan data atau sebagai ruang backup. Seterusnya lihat contoh kod untuk mewakili jumlah/bilangan cakera keras pada Ubuntu:

Cakera keras Primary =>
Cakera keras Secondary => b
... kedudukan cakera keras seterusnya (boleh jadi USB pendrive) => c

jadi tertib susunan dalam sistem adalah dev/sda1 dan dev/sdb1 atau dev/sdc1

Jumlah kedudukan partisi dalam sesebuah cakera keras
Partisi (partition) terbentuk apabila sebuah cakera keras diformatkan kepada 1 bahagian atau lebih bahagian. Sebagai contoh, gambarjah di atas memaparkan cakera keras Primary telah dibahagikan kepada 5 partisi termasuk Extended dan cakera keras Secondary dipecahkan kepada 2 partisi. Partisi Extended dicipta kerana piawaian sesebuah cakera keras hanya dibenarkan kepada maximum 4 bahagian partisi sahaja. Maka jika anda ingin lebihkan bilangan partisi menjadi 5 atau lebih; cakera keras tersebut mestilah diciptakan partisi Extended. Di mana, daripada Extended ini bolehlah dipecah-pecahkan ke beberapa partisi yang seterusnya.

Oleh kerana entri ini agak panjang, gambarajah yang sama di atas saya sematkan di bawah.


Dalam gambarajah ini, dapat diperhatikan terdapat nombor di dalam kurungan merah. Nombor-nombor yang saya maksudkan ini adalah merupakan kedudukan partisi di dalam cakera keras pertama dan kedua. Saya cuba ringkaskan gambarajah ini dan perhatikan lahirnya tertib kod partisi di hujungnya seperti di bawah:

Cakera keras Primary (a)
Local Disk 30 GB NTFS = dev/sda1
30 GB ext4 = dev/sda2
2 GB swap space = dev/sda3
38 GB ext4 = dev/sda4

Cakera keras Secondary (b)
New volume 50 GB NTFS = dev/sdb1
DATA 50 GB ext3 = dev/sdb2

Supaya lebih difahami, saya simpulkan di bawah agar lebih terang dan jelas:

dev/sda1

dev = mewakili sumber device dalam hiraki sistem Ubuntu linux
sd = mewakili jenis cakera keras IDE (hd) atau SATA (sd)
a = bilangan cakera keras, USB pendrive pada Ubuntu samada a, b, c dan seterusnya.
1 = kedudukan sesebuah partisi dalam cakera keras.

Jika anda sekarang menggunakan Ubuntu, buka aplikasi Terminal dan taipkan baris arahan ini untuk melihat senarai jumlah cakera keras, bilangan partisi dan jenis format partisi tersebut:

sudo fdisk -l

Atau boleh juga menggunakan GUI iaitu dengan bantuan aplikasi Disk Utility.

Saya rasa sedikit sebanyak entri ini boleh membantu memahami format partisi dan kedudukannya di dalam sistem linux, untuk mengetahui lebih lanjut format-format ext2, ext3 mahu pun ext4, anda boleh membaca di wiki ext4. dan mungkin Linux partition HOWTO boleh menjelaskan lagi keadaan sebenarnya.

Jika berkesempatan di lain masa, akan saya ketengahkan asas pemasangan Ubuntu pada sebuah cakera keras di komputer. Insyaallah..

17 September 2011

Strategi Menawan Ubuntu

Tidak saya nafikan, ramai pengguna Windows yang ingin mencuba Ubuntu tetapi akhirnya kecewa berikutan sokongan permainan komputer yang terdapat pada Ubuntu tidak sehebat Windows. Ini bukannya masalah Ubuntu kerana antara fokusnya adalah membabitkan penggunaan komputer seharian. Selain permainan komputer, suntingan CAD, seperti AutoCAD juga gagal dipasang ke dalam Ubuntu-wine meskinpun ada desas desus mengatakan AutoCAD boleh dipasang, nanum anda akan terjumpa dengan ralat tertentu. Sebagai penyelesaian masalah ini, buatkan komputer anda dual boot Windows dan Ubuntu.

Strategi Dan Kejayaan
Saya memfokuskan entri ini kepada Windows-gamer. Sebelum saya memanjangkan entri ini, saya ingin menyentuh sedikit berkenaan Gamers atau kaki permainan komputer. Apabila mereka hendak memulakan sesuatu permainan komputer, saya percaya mungkin apa yang saya senaraikan di bawah adalah keperluan dan kehendak mereka:

  • Mengenal pasti nama permainan.
  • Memasang perisian permainan tersebut ke dalam Windows.
  • Mencuba dan berusaha Crack perisian itu supaya jadi asli (jika cetak rompak).
  • Langkah seterusnya, mereka Windows Gamers akan mula menghidupkan permainan itu.
  • Lalu mereka memikirkan persediaan awal umpamanya bermain dengan mengutip mata setinggi mungkin sebagai bekalan untuk perlawanan kelak.
  • Sebaik permainan berlangsung, mereka ini akan memikirkan hala tuju permainan ini, mencari musuh tersembunyi, mencari senjata yang tersembunyi dengan beberapa klu, mengelak diri daripada dihidu musuh dan menentang habis-habisan.
  • Gaya strategi di atas mungkin mengambil masa sehingga 1 minggu atau lebih untuk permainan episod pertama. Jika dicampurkan lagi ke episod seterusnya mungkin mengambil masa sehingga sebulan atau lebih untuk mencapai kejayaan sesuatu permainan komputer.
  • Apabila permainan sudah selesai, maka misi telah berjaya dan akan memuat turun permainan yang lain pula.
Tahukah anda apakah perbuatan yang mereka lakukan itu? Itulah yang saya namakan strategi dan di akhiri dengan kejayaan sehingga mereka mengukirkan senyuman tanda puas.

Okey, berbalik kepada strategi menawan Ubuntu. Lagak dan perwatakan di atas sebenarnya boleh diadaptasikan dalam menawan Ubuntu. Mungkin perbezaan ini tidak sama, namun pengguna baru ubuntu mesti memiliki kriteria yang menyamai seorang kaki permainan komputer iaitu:
  • Muat turun Ubuntu daripada internet.
  • Memasang Ubuntu pada komputer.
  • Mencari sesetangah pemacu yang mungkin tidak disokong olehnya. Hakikatnya Linux versi 3.0 telah disumbatkan dengan pelbagai perisian pemacu secara automatik sebaik Ubuntu dipasang.
  • Memikirkan hala tuju penggunaan Ubuntu ini, apa yang perlu dilakukan lagi jika semua pemacu gajet telah berjaya dipasang. Bagaimana menangani masalah yang timbul, dan akhirnya mereka pengguna Ubuntu baru ini akan berasa puas dengan usaha gigih mereka ini.
  • Dalam proses menyelami Ubuntu, mungkin mengambil masa 1 minggu hingga ke 1 bulan, selepas itu tiada lagi apa yang perlu dilakukan melainkan mereka mencuba pula selongkar sistem Ubuntu.
Baiklah, ingin saya ulangi sekali lagi strategi menawan Ubuntu sebenarnya adalah suatu keseronokan seakan anda bermain dengan permainan komputer. Jadi kepada kaki permainan komputer terutamanya pengguna Windows, sahutlah cabaran saya ini. Memang saya akui permainan seperti Portal 2, Deus Ex: Human Revolution, Witcher 2, Guild Wars 2, Test Drive Unlimited 2 dan lain-lain lagi amat mencabar. Apa kata mencuba pula "Permainan Ubuntu" ini? baru anda akan betul-betul dicabar. Ada berani?

24 Ogos 2011

UBUNTU: U Nak?



U-B-U-N-T-U


Untuk insan biasa. Untuk insan yang kurang berada mampu memilikinya. Untuk insan yang baru berjinak, boleh menguasainya. Untuk insan yang mahu kebebasan boleh menggunakannya. Untuk insan yang takut kepada virus akan tenteram bersamanya.
Bukannya susah, melainkan rajin mencubanya. Bukannya tidak tahu, tapi malas menghampirinya. Bukannya kena bayar, tapi cari yang kena beli. Bukannya haram, tapi cari yang tidak halal. Bukannya tiada internet, tapi tidak mahu mencari. Bukannya tidak reti, tapi buat sombong. Bukannya tiada komuniti, tapi tidak mahu bergaul.
Usah risau, kita ada. Usah takut, kita ada. Usah pemalu, kami temankan. Usah kedekut, lontarkannya di sini. Usah bersedih, kita sedia mengukirkan senyuman. Usah menjauh, kami tidak ke mana. Usah mengata kami, kami telus, kami jujur dan kami ikhlas.
Nak ke tak nak? Kalau nak, setialah bersama kami. Nak senang? Berusahalah sedikit. Nak susah? Pakai yang lain. Nak mudah? Kami tunjukkan. Nak tahu? Kami paparkan. Nak kelainan? Kami usahakan. Nak bayar? Kami terima. Nak lagi? U Nak? Cari sendiri...
Tidak mustahil hari ini anda tahu, tahun depan baru gunakannya. Tidak kisah bila mahu bermula, yang penting anda tahu mengenainya. Tidak rugi anda tahu, sia-sia anda tinggalkannya. Tidak ada yang susah, jika rajin mempelajarinya.
Ubahlah pemikiran negatif, dunia penuh persaingan. Ubahlah perangai sombong, tunduklah pada kenyataan. Ubahlah sikap dengki mendengki, terimalah kelebihan dan kekurangan. Ubahlah minda kepada yang lebih positif. Ubahlah takut kepada kegagalan, tingkatkan semangat berjaya. Usaha tanda kejayaan, anda mampu mengubahnya!

25 Julai 2011

Apa Yang Mereka Tentang Ubuntu


Siapakah mereka berdua di atas? Itulah saya bersama isteri sewaktu perjumpaan Geng Kembar pada bulan lepas. Memandangkan saya tiada baju yang serupa, jadi saya dan isteri sarungkan baju Ubuntu tersebut. Oh ya! Gambar di atas tidak nampak anak kembar saya, jadi di bawah saya sertakan gambar anak kembar saya yang kedua!


Lebih kurang 20 keluarga kembar yang hadir pada masa tersebut. Baju Ubuntu yang kami pakai sedikit sebanyak mencuit mata antara mereka yang hadir. Purata kebanyakan tidak tahu apa itu Ubuntu. Di belakang baju tersebut tertera slogan " Real Man, Don't Use Antivirus". Hah! lagi parah nak faham... Ok, baiklah apa kata mereka tentang Ubuntu.

Antara koleksi pendapat yang sempat saya himpunkan di sini:

  1. "Tak tahu"
  2. "Yeke tak perlu pasang antivirus.. mana ada komputer kebal camni, tak caya ar"
  3. "Ubuntu percuma? Nanti saya download dan cuba kodek-kodek"
  4. "Susah la bang, kita dah lama guna Window. Dengar kata Linux susah, kawan kat office saya pun kata susah"
  5. "Tak per lah, kita guna mana yang ada jer"
  6. "Mula-mula percuma ar, lepas tu kena bayar itu ini bila nak aktifkan lesen"
  7. "Tak tahu"
  8. "Tak tahu"
  9. Tak tahu pun wujudnya perisian percuma ni!"
  10. "Ntah, tak pernah dengar pun.. kelakar bunyinya.."
Kesimpulannya, masih ramai yang TIDAK TAHU! Dah nak buat macamana lagi, memang mereka tidak tahu wujudnya Sistem Operasi ini.. Ramai mereka juga tersasul sebut " Windows Ubuntu".. dia orang ingat macam Windows XP, Vista atau Seven gitu.. Purata yang menggunakan Windows hanya untuk mendengar lagu, berFacebook, boleh taip surat, simpan gambar dan lain-lain lagi yang boleh saya katakan sebagai Pengguna Akhir (End User).

Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama mempromosikan sumber terbuka ini. Dedahkan kepada mereka di luar sana sebenarnya mereka ada pilihan yang percuma atau berbayar tanpa menggunakan perisian cetak rompak..

24 Julai 2011

Populariti Ubuntu Setanding Windows XP


Melihat graf yang dihasilkan oleh enjin carian Google Trends, dapat saya simpulkan bahawa Sistem Operasi Ubuntu bukan lagi sesuatu OS kuno. Meskinpun secara kesuluruhan ianya dibelakang namun masih dapat mencucuk rapat bontot Win XP. Harus diingat Ubuntu adalah sumber terbuka yang percuma manakala Windows adalah sumber tertutup yang mesti dibeli. Iya, saya setuju dengan anda bahawa Windows XP sudah tidak lagi dipasarkan yang mana telah digantikan dengan Vista dan terbaru ialah Windows 7. Jadi sebenarnya perbandingan populariti saya buat ini sebenarnya adalah tidak adil!...

Jika anda berkata graf diatas adalah palsu, buktikan sendiri:
  • Buka web browser (Firefox, IE, Chrome dan sebagainya) dan masukan URL ini http://www.google.com/trends
  • Dalam ruangan kotak carian, taipkan perkataan windows xp, ubuntu dan tekan Enter. (jangan lupa tanda koma)
Lihatlah keputusannya...

31 Mei 2011

Koleksi Web Site Berkenaan Ubuntu Tahun 2011

Memang saya akui, bermula sejak dari awal saya mengenali Sistem Operasi Ubuntu ini bermula daripada Zero...

Semua pengetahuan Ubuntu saya datang sedikit demi sedikit.. dan sehingga kini saya bukanlah serba boleh dalam hal Ubuntu... masih lagi belajar selok belok tentang Ubuntu ini... Mana yang saya tahu, saya berkongsi, tidak tahu saya bertanya..
Berikut adalah antara beberapa Website yang menyentuh berkenaan Ubuntu dalam blog mereka. Jika anda taip sahaja perkataan Ubuntu melalui sistem pencarian Google, nescaya tidak terhitung betapa banyakknya pautan terhadap Ubuntu atau pun Linux amnya..

Web site Ubuntu bahasa Melayu:

http://deensokmo.blogspot.com/
http://blog.ubuntuseekers.com/
http://wiki.ubuntu.com.my/
http://melayubuntu.blogspot.com/

http://www.iamnewbie.net/
http://syahrilhafiz.com/blog/
http://www.jomlinux.com/
http://sumberterbuka.net/

Web site Ubuntu negara jiran:

http://ubuntulinux.or.id/blog/
http://id-ubuntu.blogspot.com/
http://planet.ubuntu-id.org/
http://ubuntubrunei.blogspot.com/

Web site bahasa Inggeris:

http://www.liberiangeek.net/linux/
http://www.webupd8.org/
http://www.ubunturoot.com/
http://www.techdrivein.com/
http://www.ubuntugeek.com/
http://ubuntuguide.net/
http://www.hackourlife.com/
http://community.linuxmint.com/tutorial
http://blog.sudobits.com/
http://www.omgubuntu.co.uk/
http://www.ubuntux.org/
http://planet.ubuntu.com/
http://ubuntu-news.org/
http://indianalinux.blogspot.com/
http://blog.ubuntu-tweak.com/
http://ubuntu-tutorials.com/
http://blogubuntu.com/

Senarai yang saya paparkan di atas adalah yang masih aktif dan antara halaman yang ramai pengunjung dari seluruh dunia... Oh ya! Bagaimana pula dengan forum ubuntu dan laman sosial (facebook) peribadi... ini tidak susah anda boleh tanya Pakcik Google (macam pernah dengar jer ayat ini..)

Jika anda tahu selain tersebut, silalah berkongsi dengan pembaca lain di sini..
Sekian..

28 Mei 2011

Menyemak Pemacu Perkakasan Komputer Secara Talian (Online) - Pengguna Linux

Sebelum saya tunjukkan bagaimana kita boleh menyemak pemacu (driver) perkakasan komputer secara online, kepada pengguna Ubuntu yang baru eloklah mencuba aplikasi Sysinfo yang boleh dipasang melalui Ubuntu Software Center
atau boleh ikut tutorial saya yang terdahulu DISINI.

Baiklah, seperti tajuk entri kali ini; kita juga boleh membuat semakan melalui talian internet dengan menyalin keluaran (output) yang dipaparkan pada Aplikasi Terminal.

Langkah 1
Buka Aplikasi Terminal, dan masukkan baris arahan ini:

lspci -n

Keluarannya (output) akan dipaparkan seperti gambar 1 di bawah.

gambar 1

Langkah 2
Seterusnya salin semua keluaran yang dipaparkan dan sekarang buka Web browser Firefox atau Chrome; masuk URL ini : http://kmuto.jp/debian/hcl/
Akan muncul satu kotak yang mana output di atas tadi perlu ditampal ke dalam ruangan kotak yang disediakan seperti gambar 2 di bawah.

gambar 2

Langkah 3
Sila tekan butang Check dan dalam beberapa saat keputusan akan muncul seperti gambar 3 di bawah.

gambar 3

Penjelasan: Semua kod-kod yang dipaparkan pada terminal seperti langkah 1 adalah identiti atau ID sebarang pemacu yang dikesan. Manakala URL Debian-HCL adalah pentafsir kepada kod-kod ID.

27 Mei 2011

Bolehkah Windows Bersalaman Dengan Ubuntu?

Mungkin gambar di atas memeranjatkan anda. Sebenarnya sejak dari dulu lagi Ubuntu-linux tidak menolak Windows, apa yang saya perhatikan ada segelintir pengguna Ubuntu terus menyampah dengan Windows sebaik sahaja jatuh hati pada Ubuntu. Mereka ada sebab kenapa bersifat demikian. Mereka yang menolak Windows pasti tidak akan lupa bahawa mereka juga bermula dengan Windows.

Sistem Operasi Tulen Dan Berbayar
Ubuntu adalah sebuah Distro sumber terbuka, manakala Windows sumber tertutup. Microsoft tidak akan sesekali memberi peluang kepada Canonical, semua produk Microsoft sama sekali tidak akan menyokong sumber terbuka melainkan anda perlu membayar "titik peluh" syarikat gergasi ini untuk mengaktifkan sesuatu perisian bagi mendapatkan lesen yang sah. Namun, secara sedar atau tidak; anda (pengguna Windows) telah pun menggunakan aplikasi Sumber Terbuka ini contohya pelayan Fire Fox, Google Chrome Opera Browser, Open Office, Thunderbird dan banyak lagi. Microsoft berjaya menawan seluruh dunia dan kesannya jika menggunakan produk cetak rompak atau tidak tulin; kompaun yang boleh disabitkan (Malaysia) tidak salah saya di bawah Akta berikut:

AKTA HAKCIPTA 1987
Akta ini dan perundangan-perundangan subsidiari di bawahnya adalah bertujuan untuk memberi hakcipta kepada karya-karya dan melindungi hak-hak eksklusif tuanpunya hakcipta daripada dicabuli oleh pihak lain.

  •     Menjual salinan langgaran karya hakcipta;
  •     Menyewa salinan langgaran karya hakcipta;
  •     Membuat salinan langgaran karya hakcipta;
  •     Mengedar salinan langgaran karya hakcipta;
  •     Memiliki salinan langgaran karya hakcipta;
  •     Mengimport salinan langgaran karya hakcipta;
  •     Mempamerkan salinan langgaran karya hakcipta;
  •     Memiliki alat perekaan bagi membuat salinan langgaran untuk perdagangan
* Salinan langgaran adalah salinan cetak rompak.

Denda yang boleh dikenakan
Bagi kesalahan pertama membuat, menyewa, mengedar, memiliki, mempamerkan, mengimport salinan langgaran denda boleh dikenakan sehingga RM10,000.00 bagi setiap salinan langgaran atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya dan bagi kesalahan berikutnya denda sehingga RM20,000.00 setiap salinan langgaran atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan pertama membuat/memiliki alat perekaan untuk membuat salinan langgaran denda boleh dikenakan sehingga RM20,000.00 bagi setiap salinan langgaran atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya dan bagi kesalahan berikutnya denda sehingga RM40,000.00 bagi setiap perekaan atau 20 tahun penjara atau kedua-duanya.

Sistem Operasi Tulen Dan Percuma
Tidak seperti Windows, Ubuntu akan selamanya tulen dan percuma tanpa perlu mengaktifkannya dengan kekunci produk kerana inilah yang dijanjikan oleh syarikat Canonical. Bahkan banyak entri saya sebelum ini dengan terang dan jelas menyatakan salinlah Sistem Operasi Ubuntu sebanyak mana yang anda mampu dan edarkannya kepada rakan-rakan tanpa anda mengenakan cas terhadap OS ini; cas yang mungkin boleh dikena adalah dari segi masa, harga Blank CD, pembungkusan, penghantaran dan lain-lain perkara yang munasabah.

Windows saya adalah tulen, perlukah kepada Ubuntu?
Inilah topik yang saya mahu tekankan di sini. Renungkan sejenak akta di atas, jika anda adalah sebaliknya; mungkin anda boleh mngelak diri daripada kompaun ini, tetapi tidak dengan Allah S.W.T yang Maha mengetahui... balasan-Nya adalah beribu-ribu kali ganda azabnya di akhirat nanti. Subhanallah!!

Di awal perenggan saya membawa maksud Ubuntu boleh bersalaman dengan Windows. Kenapa saya berkata begini? Baiklah akan saya terangkan secara umum. Terdapat beberapa kriteria yang ketara iaitu penggunaan WUBI, GRUB, WINE.

WUBI dicipta secara ringkasnya adalah untuk Ubuntu berada di dalam dicelah-celah aplikasi Windows. Iaitu ianya hidup seolah-olah aplikasi dan boleh dibuang Ubuntu ini sekiranya tidak suka. Tidakkah ini mencerminkan Ubuntu ingin berdamping dengan Windows? Sebaliknya Windows yang sumber tertutup tidak akan menyediakan kemudahan seakan WUBI ini untuk pengguna linux. (jangan ambil kira aplikasi Virtual Machine).


GRUB pula beperanan menggantikan MBR bagi memboleh Windows dan Ubuntu berkongsi rumah (komputer) yang mana mempunyai sistem perkakasannya yang serupa. Di dalam senarai menu GRUB (jika dual-boot) masih lagi diberi laluan kepada Windows untuk hidup bersama, betapa murninya sistem yang dibangunkan oleh sekumpulan sumber terbuka ini. Tidakkah ini mengambarkan Ubuntu masih sayangkan Windows? Sebaliknya, jika anda memasang Ubuntu terlebih dahulu pada sesebuah komputer dan disusuli pemasangan Windows, minta maaf tiada komproni lagi, habis akan jahanam GRUB akibat tendangan MBR semata-mata untuk Windows tersebut hidup. (Jangan risau, ada penyelesaiannya)..

WINE adalah sebuah pentas yang membolehkan sebarang aplikasi berformat .EXE di pasang pada Ubuntu. Agaknya bila Windows boleh menyediakan platfom sedemikian untuk .DEB bertapak sebaris dengan aplikasi dalam Windows? Atau mungkin anda perlu muat turun FreeConverterDEB2EXE? Ah tidak mungkin idea ini akan berlaku.

Oleh yang demikian, jadi tidak salah mencuba yang percuma seperti Sistem Operasi Ubuntu ini, percayalah dan yakinlah anda akan menemui sesuatu pengalaman baru sebaik sahaja mencuba Ubuntu. Pengalaman ini amat berbeza sekali sewaktu anda menggunakan Windows. Samada anda darjah 1, Tingkatan 1, Semester 1 di Kolej , beristeri lebih daripada 1, atau 1 Malaysia boleh menguasai Ubuntu dengan mudah. Kebanyakan Sumber Terbuka bergabung idea dari seluruh pelusuk dunia untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik yang mempunyai ciri-ciri mudah, mesra pengguna, auto-pemasangan dan keselamatan untuk disebarkan kepada umum secara percuma; berbanding Windows yang ideanya datang daripada sebahagian kakitangan jurutera aturcara di dalam syarikat tersebut untuk anda mesti membelinya. 

Akhir kata, kepada saudara baru Ubuntu dan pembaca Windows khususnya, selagi belum mencuba Ubuntu jangan berkata apa-apa (susah atau senang), jangan mendengar kata orang Linux adalah susah. Cuba pelajari, hayati keindahannya, rasai kestabilannya, selami kehebatannya terlebih dahulu dan barulah anda boleh menilaikannya. Pada pendapat saya, apakah rasionalnya anda menghindari Ubuntu-linux sebelum mencubanya dan sanggup pula sedaya upaya mencari Anti-Virus yang terbaik bagi menjamin keselamatan Windows anda?

23 Mei 2011

2 Minggu Di Pulau Perhentian

Catatan Lidah Pengarang semasa berada di Pulau Perhentian.

Setelah berada di Pulau Perhentian lebih kurang 2 minggu, sudah tiba masanya saya akan bertolak balik ke Kuala Lumpur pagi esok (12/05/2011). Pelbagai pengalaman yang dapat saya ceduk di sini. Bercuti? Tidak, saya datang ke sini demi tugas. Sebenarnya saya di hantar oleh syarikat untuk menyiapkan kerja-kerja SCADA System untuk pihak Syarikat Air Terengganu (SATU) iaitu projek memantau jumlah air bersih daripada darat ke Pulau ini.

Saya tidak mahu berceloteh tentang kerja, kesempatan ini saya mahu membuat sedikit artikel tidak rasmi kepada sesiapa yang berminat mahu datang ke Pulau Perhentian ini. Sebelum saya meneruskan entri ini selanjutnya, saya ingin berkongsi dengan anda beberapa gambar yang sempat saya rakamkan melalui telefon bimbit saya (Sony Ericsson C510).. bukan kamera mahal OK..


Perjalanan saya bermula dari Kuala Lumpur melalui Jalan Kuantan ke Kuala Terengganu dan seterusnya ke Besut. Sebenarnya saya ada kerja lain di Kuala Terengganu sebab itu saya mengambil laluan ini, laluan paling ideal ialah dari Kuala Lumpur melalui Bentong, Kuala Lipis, Gua Musang Machang, Pasir Putih dan Kuala Besut. Perjalanan saya ke sini mengambil masa sekitar 8 Jam dengan jarak purata 550 Kilometer.

Sampai di Kuala Besut, terdapat banyak kauter tiket bot untuk ke Pulau Perhentian, anda akan di tawarkan beberapa pakej menarik seperti tambang bot, penginapan, makan dan minum, aktiviti menyelam, memancing, berkayak, karaoke dan macam-macam lagi dengan harga yang berpatutan. Melancong dalam negeri amat murah berbanding pergi ke Oversea. 

Pulau Perhentian terbahagi kepada dua iaitu Pulau Besar dan Pulau Kecil. Saya menginap di Kampung Pulau Kecil sebab projek saya adalah di sini. Terdapat juga pelancong yang datang ke Pulau kecil dan menginap di Pasing Panjang, Mira, Pantai Petani dan lain-lain. Kebanyakan pelacong dari luar negara memilih Pulau Besar, di mana di sini juga terdapat banyak teluk dan pantai yang berpasir putih.. Selain itu, anda juga boleh membuat pilihan untuk menginap di chalet-chalet terpilih yang sentiasa menanti kehadiran pengunjung.

Dengan air yang biru kadang-kadang hijau membuat anda terpesona dengan hamparan panorama ini. Bukit bukau, dipinggirnya di hiasi batu-batuan besar semula jadi membuatkan andai lalai dengan keindahan semula jadi. Apa yang menarik di sekitar kepulauan ini ialah terdapat 80% terumbu karang (bukan batu karang...) yang mendiami gigi pantai.. Cuma satu nasihat saya, jangan sesekali mengambil harta laut ini jika tidak mahu di dakwa sebaik sahaja anda pulang ke Jeti Kuala Besut kelak. Jadi, kalau anda ada kamera kalis air.. boleh lah ambil gambar terumbu karang ini dan segala jenis ikan yang bewarna-warni.

Jadi sepanjang saya berada di Kampung Pasir Hantu (Pulau Perhentian Kecil) terdapat satu masyarakat asli (orang pulau atau orang tempatan) yang amat ramah tamah. Kerajaan telah menyediakan sekolah rendah, skim bekalan air (yang tengah saya buat), klinik, balai polis dan baru-baru ini projek membina satu masjid sudah pun bermula. Rata-rata penduduk di sini bekerja dengan chatlet-chalet yang bertaburan di sekitar pulau. Manakala orang tua hanya berehat di rumah dan ada juga yang berkebun kecil-kecilan. Jika anda berkesempatan bolehlah bawa rakan mengunjungi dan berjalan-jalan sekitar kampung yang permai ini. Ada juga mat salleh yang masuk kampung ini dalam beberapa orang untuk mengambil gambar makcik-makcik, ayam peliharaan mereka dan entah apa-apa mat salleh ambil gambar untuk dijadikan kenangan bila balik ke halaman mereka.

Saya ingin selitkan satu peristiwa yang melucukan saya. Ada seorang pemuda ini mahu memasukan lagu ke dalam Ipod melalui komputer riba. Pada masa ini saya tengah makan tengahari dan pemuda tersebut hanya selang 1 meja dengan saya. Pemuda itu bersama dengan seorang gadis (gadis itu mungkin adiknya) saya hanya memasang telinga. Dapat saya simpulkan perbualan pemuda itu dan adiknya (yang nampak pandai komputer) tidak berjaya memuatkan lagu ke Ipod milik abangya. Beberapa kali di cuba  Ipod masih gagal mengakses folder lagu tersebut. Muka abang nampak kecewa, adiknya kata Ipod tersebut sudah rosak sebab itu ada Mat salleh hadiahkan kepada Abangnya. Selesai saya makan, saya buat-buat tanya, kenapa? Jadi betulah sangkaan saya yang mana Laptop milik adikya tidak dilengkapi perisian Ipod untuk proses muat naik lagu. Setahu saya I-Tunes boleh menyokong Aplikasi iPOD pada Windows. Saya terangkan secara sepintas lalu, pemain Ipod perlukan aplikasi khas tetapi dinafikan oleh adiknya, sebab katanya kita hanya boleh copy and sahaja folder lagu ke dalam Ipod. Malas saya nak layan adiknya, saya menawarkan untuk giliran saya memasukan ke Ipod abangnya (nama abangnya ialah Yo). Jadi Yo bersetuju, apa lagi saya pun ONkan Ubuntu 11.04 ini dan memasang aplikasi gtkpod Ipod Manager setelah dihubungkan dengan celcom 3G melalui telefon bimbit melalui Ubuntu Software Center. 

Saya perasan adiknya terkebil-kebil melihat saya. Di tambah lagi saya 1 klik dengan Celcom Default dengan Bluetooth connection, telefon bimbit dalam pokek seluar saya, lagilah dia terkejut macamana saya boleh akses internet sedangkan di situ tiada wifi (padahal saya guna Celcom). Dipendekkan cerita dapatlah saya memasukan lagu pilihan Yo ke Ipodnya. Sebelum menutup laptop saya, sempat juga saya iklankan blog saya ini kepada mereka berdua. Semoga jejak deensokmo ini mendapat perhatian kepada rakan-rakan meraka yang lain agar sumber terbuka juga membiak di sini (entahlaa)..

Sebelum saya mengakhiri cerita ini, saya ingin minta maaf kepada kalian berdua sebab saya siarkan telatah anda (Yo dan Adikmu) di kedai makan tempohari (mungkin mereka juga membaca blog ini)...

Selamat tinggal Pulau Perhentian...

Melengahkan Masa Shut Down Komputer Untuk Pengguna Ubuntu

GShutdown ialah aplikasi yang boleh mematikan sistem komputer OS  Ubuntu dengan tetapan masa, tarikh dan 2 aksi lain iaitu restart dan end session.

Selain itu, anda juga boleh memasang aplikasi daripada KDE iaitu KShutdown dan kedua-dua aplikasi ini boleh di pasang melalui Ubuntu SOftware Center.

Anda sukakan Shutdown menggunakan Terminal? Berikut adalah perintah arahan Shutdown atau Power off yang diterima oleh sistem menggunakan aplikasi Terminal. (Pilih salah satu yang berkenan dihati):

sudo poweroff
sudo shutdown
sudo halt
sudo init 0
sudo shutdown -h now

Semua arahan di atas tanpa mengambil kira masa, jika mahu masukkan "delay" untuk  Shutdown boleh buat seperti di bawah:

echo shutdown -h now | at now + 2 hours

Perkataan hours di atas boleh ditukar "minutes", "hours", "days" atau "weeks". (tanpa simbol quote)

Arahan ini juga boleh diterima pakai oleh sistem:

sudo shutdown -h 23:30

Bermaksud komputer akan dimatikan pada jam 11.30 pm.

Semua arahan Shutdown di atas akan diminta katalaluan, untuk atasinya supaya tidak perlu lagi memasukkan kata laluan, setkan Permission pada Shutdown sistem:

sudo chmod u+s /sbin/shutdown

Nasihat saya, (jika menggunakan terminal) tolong tutup (close) aplikasi yang sedang berjalan terlebih dahulu untuk memastikan tiada kehilangan data atau corrupt mana-mana software yg sedang berjalan (run). Melainkan anda tahu aplikasi tersebut tiada kesan sampingan jika sistem akan dishutdown secara melulu seperti Web browser, pemain muzik, aplikasi muat turun, kalkulator dan sebagainya.

Sekiranya ingin tahu lebih dan perlukan bantuan berkenaan shutdown, taipkan sahaja pada terminal:

shutdown --help

Mahu restart atau reboot komputer? Saya biasanya suka guna arahan mudah ini melalui terminal:

sudo reboot

Secara kesimpulannya, bukan tujuan saya untuk menyusahkan anda mengingat semua Command Line ini..apa salahnya sekadar pengetahuan, betul tak?

17 April 2011

Ubuntu Dan Komputer Desktop Lama

Apa yang saya mahu luahkan di sini mungkin tidak sama dengan kenyataan orang lain. Anda mungkin ada pandangan sendiri yang boleh menyangkal pendapat dan pengalaman saya ini.

Saya masih ingat lagi ketika saya baru berjinak-jinak dengan Ubuntu iaitu versi 8.04 LTS; versi ini sangat ringan dan saya telah mengujinya pada komputer yang memiliki Ram 512MB/Pentium 4 dan hasilnya ianya mampu bergerak lancar. Tetapi hari ini, tiada lagi kedai yang menjual komputer spesifikasi yang demikian, kalau ada pun yang terpakai. Semua komputer sekarang mempunyai sistem pemprosesan yang sangat laju umpamanya Intel Core I3.. dan Ram sehingga 4GB. Bertuahnya kita zaman sekarang kerana spesifikasi sehebat ini ditawarkan pada harga serendah RM1,500 hingga RM2,000.

Okey, bagaimana pula dengan rakan kita yang tidak mampu membeli komputer canggih tersebut walaupun sesetengah kedai menawarkan pembelian ansuran? Mereka hanya mampu menelan air liur sahaja. Tidak mengapa, masih terdapat banyak lagi komputer murah dan veteran yang masih berfungsi dengan baik di Mudah.my contohnya.



Kehendak Minimum Sistem
Seterusnya saya ingin mengajak anda membaca pautan ini untuk anda lebih memahami Kehendak Minimum Sistem sesebuah komputer supaya dapat dipasangkan Linux Ubuntu tanpa ada masalah:

  1. Ubuntu (Gnome) Minimum System Requirement
  2. Kubuntu (KDE) Minimum System Requirement
  3. Xubuntu (XFCE) Minimum System Requirement
  4. Lubuntu (LXDE)Minimum System Requirement

Soalan saya sekarang sesuaikah komputer Ram 512MB/P4 dipasang dengan Ubuntu 10.04? jawapannya adalah boleh dan sesuai sebab speksifikasi ini adalah paling minimum (Minimum System requirement) dan bukannya Ram 256MB lagi. Secara ringkasnya sebab-sebab ini adalah kerana Gnome itu sendiri yang mahukan minimum Ram 512MB ini. Sebaik sahaja komputer Low Spec ini dipasang Ubuntu 10.04 atau 10.10, ianya masih lancar tetapi harus diingat atas beberapa perkara berikut:
  1. Komputer dicipta untuk mendengar lagu
  2. Menonton video
  3. Membuat proses suntingan gambar, audio, video dan lain-lain.
  4. Melayari internet - muat turun, muat naik fail, menghantar e-mail, bersembang dan sebagainya.
  5. Kerja-kerja melukis, menaip, mengira, mencetak, mengimbas, pengaturcara dan lain-lain
  6. Sebagai tempat menyimpan data - gambar, video, dokumen, aplikasi dan sebagainya.
Jadi beberapa perkara di atas haruslah dipertimbangkan. Sebagai contoh, apabila kita mahu menonton video umpamanya menggunakan pemain VLC, sudah tentu penggunaan dan kehendak sistem memori akan meningkat dan ini akan melembapkan sistem operasi komputer itu sendiri disebabkan sitem pemprosesan dan memori yang rendah. 

Berbalik kepada tajuk asal, pada pendapat saya walaupun komputer ini dibenarkan memasang Ubuntu 10.04, hasilnya kepantasan sistem akan menurun dan ini akan mengecewakan anda. Kalau saya mahu kategorikan CPU sistem pemprosesan banyak sangat, anda boleh baca tentang AMD dan Intel sendiri. Jadi, apa perlu dibuat? Sila ikuti beberapa Tips daripada pengalaman saya ini, Tips ini adalah umum bukannya kemestian.

Samada komputer tersebut CPU x86 atau x86-64, kebanyakan linux boleh menyokongnya.

  • Memori kad RAM 1GB (DDR 3) ke atas dan Core 2 Duo atau AMD K10 Siri ke atas layak dan sangat sesuai untuk Ubuntu dan Kubuntu(Gnome dan KDE). Anggaran tahun komputer dibuat: 2009 - 2011.
  • Memori kad RAM 512MB (DDR 2) dan Pentium 4 atau AMD K7 hingga K8 Siri layak dan sangat sesuai untuk Xubuntu (XFCE). Anggaran tahun komputer dibuat: 2004 - 2008.
  • Memori kad RAM 256MB (DDR 1) ke bawah dan Pentium 3 ke bawah atau AMD K7 siri ke bawah layak dan sangat sesuai untuk Lubuntu (LXDE atau boleh juga OpenBox, FluxBox, IceWM). Anggaran tahun komputer dibuat: 1998 - 2003.
Susah kalau saya mahu perincikan 3 perkara di atas, anda boleh rujuk sendiri mana-mana forum IT.

Sebelum mengakhiri entri ini, saya ingin memberikan sedikit petua bagaimana memilih Distro Linux yang menggunakan Desktop enviroment yang sesuai.

Ini adalah pilihan saya yang berasaskan Ubuntu:

Gnome
LinuxMint 9 atau 10, Pinguys OS, Super OS, Sabily 10.04, Zorin OS, MFat OS,Ultimate Edition, YLMF 4.

KDE
LinuxMint 9 atau 10 KDE, Kubuntu 10.04, Netrunner 3, Ultimate Edition 2.7, Asturix.

XFCE
LinuxMint 9 XFCE, PC/OS, Ultimate Edition 2.7.

LXDE/OpenBox/E17
Lubuntu, WattOS, BodhiLinux, MoonOS, PepperMint Ice/One, LinuxMint 9 LXDE, Asturix Lite.

Ada masa, saya akan ceritakan Distro Linux yang berasaskan Ubuntu untuk Netbook pula. Sekian.

11 April 2011

Akhirnya Kembali Kepada Ubuntu Jua

Lama juga saya menyepikan diri daripada mengemaskini entri blog ini. Sepanjang 3 minggu lebih, saya banyak belajar pelbagai Distro linux yang lain. Saya sangka dengan beberapa kerat ilmu yang saya miliki mampu menguasai GNU/Linux yang lain yang merangkumi persekitaran meja (Desktop enviroment) antaranya KDE, LXDE, OpenBox, KDE Lite, XFCE, Englightenment-E7 dan lain-lain. Ternyata andaian saya meleset sama sekali, setiap Distro tidak sama perangainya, antara distro yang saya cuba selami seperti berikut:

OPenSuse (KDE), Kubuntu (KDE), BodhiLinux (E17), Fedora (Gnome), LinuxMint (LMDE), PepperMint Ice (LXDE/OPenBox), LinuxMint (XFCE), Debian (KDE), Slax 6, ParsiLinux (KDE), Sabily (Gnome) dan lain-lain lagi.

Paling lama saya menghabiskan masa dengan Kubuntu (KDE), Distro ini meskinpun berteraskan Ubuntu, namun kerana Desktop enviroment KDE membuatkan saya seakan patah semangat. Namun ianya cukup mudah dikuasai jika anda berminat.

KDE
Terdapat banyak ciri-ciri yang menarik pada KDE, saya suka dengan pengurus fail Dolphin yang lebih canggih berbanding Nautilus yang ada pada Ubuntu. Kemudahan untuk mencapai sesuatu fungsi tanpa banyak halangan, hadir dengan preview imej yang sangat pantas secara lalai. Untuk memasang Tema (theme) sangat mudah kerana tekan sahaja butang "install" tema yang disukai. Tidak macam Ubuntu kena muat turun, extract dan pasang. Dan terakhir, KDE di datangkan dengan Plasma DEsktop/Netbook yang dapat diaktifkan dengan beberapa klik sahaja, kalau ubuntu ni macam bermain dengan Compiz gitu. Selain itu, terdapat beratus lagi perbezaan lain lagi berbanding Ubuntu yang mengunakan Gnome dan Nautilus.

LXDE
Persekitaran meja ini boleh saya akui sangat ringan dan sesuai untuk komputer lama yang mempunyai  RAM 256. Saya memilih LinuxMint LXDE 9 dan Peppermint Ice kerana 2 distro ini telah ditambah pelbagai pakej Sumber Terlarang (Restricted). Perkara utama distro yang memenggunakan LXDE/OpenBox ini adalah difokuskan kepada penggunaan yang biasa-biasa seperti menonton movi, mendengar lagu, menaip dan menyunting imej ringkas serta melayarai internet sahaja. Untuk menjadikan LXDE lebih hebat, anda harus banyak membaca dan membuat kajian dengan memasang beberapa pakej "high Application" supaya serasi dengan komputer moden untuk menyunting video dan permainan yang pantas. Temanya agak ringkas berbanding Gnome dan KDE, tapi sangat ringan. Pcmanfm adalah pengurus fail yang laju dan terbaik dalam kelasnya. Ringkas dan padat. Tidak perlu kecewa sebab saya tidak berjaya memasang thumbnail imej, sebab ianya tidak menyokong fungsi ini.

XFCE
XFCE sudah cukup hebat pada komputer yang mempunyai Ram 512, memiliki tema yang lebih cantik berbanding dengan LXDE. Sewaktu mengaktifkan compiz, saya boleh bermain dengan kesan 3D cube dekstop macam ubuntu juga. Boleh juga dipasang Emerald untuk bermain kesan grafik Window border. Namun Thunar tidak berjaya memikat saya sebab tidak boleh view New Tab seperti Nautilus dan Pcmanfm. Untuk mengakses partisi lain, saya perlu buka aplikasi Gigolo dan akan bookmark partisi lain supaya senang mengaksesnya dikemudian hari. Untuk memasang Virtualbox, saya harus memasang DKMS dan Linux Header terlebih dahulu dan barulah kompil kernel supaya tiada ralat yang muncul semasa menghidupkan Virtualbox.

KDE Lite, E17,LMDE (debian)
Tidak banyak dapat saya sentuh sebab saya cuma mencubanya sepinta lalu. Namun saya agak kecewa dulu BodhiLinux sebelum vesi 1.0 menggunakan Nautilus dan kini menggunakan Thunar, bukan saya cakap Thunar tidak bagus tapi hanya biasa sahaja secara lalai.

GNOME
Dan akhirnya setelah puas mencuba persekitaran meja ini, kini saya akui Ubuntu yang menggunakan Gnome sebagai Desktop enviroment, Nautilus sebagai pengurus fail adalah suatu pakej yang sempurna tanpa memeningkan kepala saya. Saya pernah memasang Ubuntu Unity - desktop, ada beberapa bug yang timbul. Lalu saya mencuba Gnome3 atau juga Gnome Shell pada Ubuntu, Gnome Shell masih lagi ringkas dan terhad penggunaannya untuk Draftman seperti saya di pejabat. 

Baru-baru ini dikatakan Ubuntu versi 11.04 akan menggunakan semula Gnome klasik (desktop) dan bukannya Unity mahupun Gnome3. Apa-apa pun kita tunggu sahaja apa-apa keputusan mereka (Canonical Team). Kalau ditanya kepada saya, apa versi Ubuntu yang saya pakai? laptop saya masih Ubuntu 10.04 LTS dan komputer rumah ini Ubuntu 10.10. Saya lebih suka lagi pada Ubuntu 10.04 kerana LTS (long term support). Antara lain saya suka Ubuntu kerana banyaknya sumber, forum, tutorial, youtube yang membincangkan perihal ubuntu. Sebab itulah Ubuntu Nombor 1 di dalam raking Linux di Distro Watch.

Nota: kalau anda tidak mahu tukar-tukar versi linux, adalah dinasihatkan menggunakan Debian, kerana apa? Banyak fakta mengatakan kenapa Debian adalah yang terbaik berbanding distro-distro lain..cari sendiri okey.. Cawww..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...