Memaparkan catatan dengan label mencari info komputer. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mencari info komputer. Papar semua catatan

28 Mei 2011

Menyemak Pemacu Perkakasan Komputer Secara Talian (Online) - Pengguna Linux

Sebelum saya tunjukkan bagaimana kita boleh menyemak pemacu (driver) perkakasan komputer secara online, kepada pengguna Ubuntu yang baru eloklah mencuba aplikasi Sysinfo yang boleh dipasang melalui Ubuntu Software Center
atau boleh ikut tutorial saya yang terdahulu DISINI.

Baiklah, seperti tajuk entri kali ini; kita juga boleh membuat semakan melalui talian internet dengan menyalin keluaran (output) yang dipaparkan pada Aplikasi Terminal.

Langkah 1
Buka Aplikasi Terminal, dan masukkan baris arahan ini:

lspci -n

Keluarannya (output) akan dipaparkan seperti gambar 1 di bawah.

gambar 1

Langkah 2
Seterusnya salin semua keluaran yang dipaparkan dan sekarang buka Web browser Firefox atau Chrome; masuk URL ini : http://kmuto.jp/debian/hcl/
Akan muncul satu kotak yang mana output di atas tadi perlu ditampal ke dalam ruangan kotak yang disediakan seperti gambar 2 di bawah.

gambar 2

Langkah 3
Sila tekan butang Check dan dalam beberapa saat keputusan akan muncul seperti gambar 3 di bawah.

gambar 3

Penjelasan: Semua kod-kod yang dipaparkan pada terminal seperti langkah 1 adalah identiti atau ID sebarang pemacu yang dikesan. Manakala URL Debian-HCL adalah pentafsir kepada kod-kod ID.

26 Februari 2010

Tutorial how to install system info application on ubuntu

Memasang aplikasi SYSTEM INFO komputer

Kadangkala kita memerlukan info atau maklumat komputer peribadi kita berkenaan Memori, saiz hardisk, display, versi distro yang sedang pakai, CPU, info perkakasan dan lain-lain untuk tujuan tertentu. Sebenarnya, cara untuk mendapatkan info komputer pada Ubuntu Linux boleh diketahui dengan menggunakan command pada terminal. Namun pengguna ubuntu yang baru akan mengahadapi kesukaran untuk mengingat command-command ini. Bagi pengguna mahir, mereka seronok menggunakan terminal.


Contoh untuk mendapatkan info yang ringkas, mulakan Application>terminal dan taipkan uname -a. Ianya akan memaparkan versi kernel terbaru dll.

Manakala tutorial ini akan membawa anda untuk mengetahui maklumat komputer melalui paparan mesra pengguna (GUI).

Mula-mula, pastikan komputer anda disambungkan kepada internet, buka jendela terminal dan taipkan kod berikut

sudo aptitude install sysinfo

Seperti gambar 1, kemudian berikan katalaluan dan taip "Y" untuk mengesahkannya. (katalaluan yang ditaip tidak akan dipaparkan, terus sahaja tekan Enter)


Gambar 1


Gambar 2 menunjukkan proses pemasangan berjalan.


Gambar 2


Setelah siap, untuk memulakannya; klik menu Applications>System Tools>Sysinfo. Lihat gambar 3.
Gambar 3


Gambar 4 memaparkan maklumat CPU.

Gambar 4



Gambar 5 memaparkan maklumat Memori komputer

Gambar 5


Gambar 6 memaparkan maklumat Storage.

Gambar 6


Gambar 7 memaparkan maklumat Hardware.

Gambar 7

Gambar 8 memaparkan maklumat kad grafik.


Gambar 8
Sekian. Terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...