26 Oktober 2010

Memasang Cairo Dock Pada Ubuntu versi 10.04 Ke Atas

Oleh kerana hari ini ada seorang sahabat saya teruja dengan seekor Penguin yang melakukan pelbagai aksi pada laptop saya, maka saya telah memasang Cairo Dock pada komputer ribanya dan seterusnya mewujudkan Penguin tersebut.

Jadi, saya mahu berkongsi dengan anda cara memasang Cairo Dock ini pada Ubuntu 10.04 dan Ubuntu 10.10.


Mula-mula buka terminal; Applications>Accessories>Terminal. Kemudian salin dan tampal baris arahan ini untuk penambahan ke Repository.

sudo add-apt-repository ppa:cairo-dock-team/ppa

Diikuti arahan kemaskini

sudo apt-get update

Dan lakukan pemasangan Cairo Dock

sudo apt-get install cairo-dock cairo-dock-plug-ins

Setelah itu, pergi ke menu Application>System Tools>Cairo Dock. Terdapat 2 menu Cairo Dock di sini iaitu: no Open GL dan Cairo Dock with open GL. Pilih salah satu...

Okey sekarang ini mahu mewujudkan Penguin seperti gambar di bawah, setelah Cairo Dock berada di panel bawah; klik kanan padanya dan pilih Cairo Dock>Configure.


Muncul satu kekotak Cairo Dock Configuration, klik pada Tab "Add -ons" dan tandakan pada Cairo-penguin. Tekan Apply, siap...

Anda boleh mencuba pelbagai fungsi, tema, ikon dan macam-macam lagi pada Cairo Dock ini.. semuanya terletak pada masa yang anda ada... Selamat mencuba.

16 Oktober 2010

Memasang pemacu 3G USB Modem ZTE MF190 Pada Ubuntu 10.04

Sebelum ini ada artikel saya yang menyentuh tentang HSDPA dan HSUPA. Kebetulan hari ini saya berpeluang mencuba HSUPA USB Stick pada Ubuntu 10.04; broadband modem 3G ini adalah pakej daripada Celcom Broadband iaitu modem 3G USB famili ZTE MF190. Dipendekkan cerita; beberapa kali saya mencuba kaedah memasang 3G modem pada artikel saya yang lepas, namun gagal. Saya ada bertanya tentang masalah ini di forum jomlinux, dan tidak sampai 5 minit saya sudah berjaya memasang pemacu modem ZTE ini setelah mencuba sakis3G.

Tanpa membuang masa mari kita mula; anda perlu muat turun script SAKIS3G DI SINI. Pilih i386 -full version. (atau AMD64 - full version jika ubuntu anda ialah AMD64).

Pindahkan fail sakis3g.gz ke direktori Home anda, kemudian klik kanan padanya dan pilih "exctrat here". Muncul satu fail skrip saki3g; klik kanan padanya, pilih properties dan lakukan kebenaran untuk menjalan arahan skrip ini seperti Gambar 1 di bawah. Tandakan pada "Execute", setelah itu tekan butang Closed.

Gambar 1

Sekarang, cucuk modem ZTE MF190 ini ke sambungan USB pada komputer dan tunggu seketika sehingga lampu LED stabil. Barulah anda boleh dwi klik fail skrip saki3g dan pilih "run", akan keluar GUI sakis3g seperti gambar 2 di bawah. Seterusnya klik pada "Connect with 3G" dan tekan OK.

Gambar 2

Gambar 3 menunjukan proses penyambungan sedang dilakukan.

Gambar 3

Jika sambungan ini berjaya, masukan Custom APN berdasarkan provider anda.

Celcom - celcom.net.my
Maxis - maxisbb
Digi - diginet

Klik OK untuk pengesahan, seterusnya akan muncul seperti Gambar 4, pilih "Report by your modem (celcom.net.my) dan klik OK.

Gambar 4

Sampai langkah seperti Gambar 5, saya taipkan celcom3g (main masuk jer ni)..

Gambar 5

Gambar 6 menunjukkan Ubuntu telah berjaya membuat sambungan dengan modem 3G ini. Manakala Gambar 7 adalah maklumat sambungan yang telah berjaya dibuat.

Gambar 6

Gambar 7

Boleh jadi sambungan akan gagal beberapa kali, apa yang perlu dilakukan ialah ulang semula penyambungan seperti langkah-langkah di atas.

Pada komputer saya, ikon Network Manager tidak berubah seoalah-olah tiada sambungan ke internet. Namun jika sudah keluar seperti Gambar 7, bermakna sudah berjaya. Buka sahaja Firefox/Chrome browser macam biasa.

Selepas sambungan internet berjaya, anda boleh tetapkan untuk membuat pintasan sakis3G ke Desktop, lihat di dalam senarai Option sakis3G.

Tambahan


Modem USB 3G ZTE ini jika disambung pada OS Windows, pemacu sudah tersedia untuk dipasang bagi sambungan ke internet, malaham turut disertakan aplikasi yang membenarkan anda menghantar pesanan ringkas (SMS), melihat senarai contact dalam SIM, baca SMS serta lain-lain.

Disebabkan rasa dengki dengan aplikasi yang celcom ciptakan pada Windows ini, saya pula mencuba Aplikasi Wammu yang diciptakan khas untuk linux... Iya! saya berjaya menghantar SMS, membaca SMS dalam SIM, menyimpan dan menambah no contact ke dalam SIM serta lain-lain iaitu seperti mana pengguna Windows boleh buat...

Tutorial bagaimana membuat sambungan aplikasi Wammu dengan modem USB 3G ini (ZTE MF190) akan saya sambungkan ke tajuk baru..

14 Oktober 2010

Senarai Wakil Ubuntu Malaysia

Anda mungkin berminat dengan Ubuntu, kekadang tidak tahu dengan siapa patut dirujuk atau dihubungi selain bertanya terus ke dalam Forum Ubuntu Malaysia, Forum Jomlinux, (laman sosial Facebook masing2 juga ada) dan juga blog Melayubuntu serta beberapa blog lain. Di sini saya cuma menyertakan pautan ke laman Wiki Wakil Ubuntu Malaysia.

Jika anda berkunjung ke laman Wiki Wakil Ubuntu Malaysia tersebut, senarai nama mereka tersusun indah mengikut Negeri, Daerah, No Telefon (jika ada) dan juga emel. Ingatlah, mereka tidak di bayar gaji atau elaun, mereka adalah sukarelawan dan sudah tentu emel tidak dibalas serta merta.. Harap maklum.

Panduan Bertanya kepada Wakil Ubuntu Malaysia:

Pastikan bukan soalan yang mahu diajukan telah terjawab "solved" dalam forum.
Pilih emel wakil yang berhampiran. (SMS tidak digalakkan)
Berikan kata laluan yang manis untuk mereka.
Soalan mestilah terang dan jelas.
Diakhiri ucapan hormat terima kasih kepada mereka.

*Tambahan*
Tanyakan kepada 3 atau lebih wakil dengan soalan yang sama, mungkin pendapat/jawapan mereka berbeza-beza.

deensokmo pun mahu join juga, tapi tidak berapa faham setelah berdaftar..ermmm..

13 Oktober 2010

Tentang HSDPA dan HSUPA

HSDPA - High-Speed Download Packet Access

Dalam bahasa Malaysia; Capaian Paket Pindah Turun Berkelajuan Tinggi. HSDPA ialah satu protokol komunikasi telefoni bergerak 3G (generasi ketiga) dalam famili Capaian Paket Berkelajuan Tinggi (HSPA), yang membolehkan rangkaian berdasarkan Sistem Telekomunikasi Mudah Alih Universal (UMTS) menikmati kelajuan dan kemampuan pemindahan data yang lebih tinggi.

Penggunaan HSDPA kini menyokong kelajuan pindah turun sebanyak 1.8, 3.6, 7.2 dan 14.4 Mbit/s, lebihan pula peningkatan kelajuan dirancang untuk masa hadapan yang terdekat. Rangkaian-rangkaian berkenaan kemudiannya dinaik taraf ke HSPA Evolved yang membolehkan kelajuan pindah turun sebanyak 42 Mbit/s dalam keluaran pertamanya.

Jika anda terjumpa HSPA ianya juga daripada famili HSDPA yang mana disertakan ke dalam telefon bimbit dan juga 3G USB Modem.


HSUPA (High-Speed Uplink Packet Access)

Sebuah protokol telefoni bergerak 3G dalam keluarga HSPA dengan kelajuan laluan menaik sehingga 5.76 Mbit/s. Nama HSUPA dicipta oleh Nokia. 3GPP tidak menyokong nama 'HSUPA', tetapi malah menggunakan nama "Enhanced Uplink" (EUL). Spesifikasi HSUPA disertakan dalam piawaian Universal Mobile Telecommunications System Release 6 yang diterbitkan oleh 3GPP - "Matlamat teknikal ciri Enhanced Uplink ini adalah untuk meningkatkan prestasi saluran pengangkutan khusus laluan menaik, iaitu untuk meningkatkan keupayaan dan daya pemprosesan dan mengurangkan lengah."


Kesimpulan

Apakah faedahnya saya menerangkan HSDPA dan HSUPA? Jawapannya ialah kedua-dua protokol ini ada pada perkakasan 3.5G/4G/3G USB Modem dan sesetengah model telefon bimbit bersifat pintar (Smart Phone). Pada telefon bimbit, sila baca speksifikasi biasanya tertera pada kotak produk tersebut.

Tujuan saya tidak lain dan tidak bukan ialah menerangkan kepada anda tentang keperluan pemacu perkakasan ini pada sistem Ubuntu. Jika penerangan ini sangat teknikal, secara ringkasnya Ubuntu telah menyokong protokol komunikasi ini samada menggunakan USB 3G modem mahupun telefon pintar tidak kira apa jenama produk tersebut (sesetengah pemacu mungkin dalam pembangunan untuk Linux amnya). Dengan ini, semua perisian berbentuk CD yang ada bersama pembungkusan 2 jenis produk ini tidak boleh digunakan sama sekali pada Ubuntu kerana perisian PC suite/pemacu/synchronization sistem tersebut hanya untuk pengguna Operasi Windows sahaja (dan mungkin juga untuk Mac). Gammu, Wammu dan TuxMobil mungkin jawapan kepada pengguna linux untuk telefoni mereka. Manakala gMobileMedia adalah aplikasi ringkas untuk menyelongkar data/audio/video dan imej dalam telefon bimbit. Bagaimanapun, gMobileMedia dan Wammu sudah tersedia di dalam Synaptic Package Manager (Ubuntu 10.04, versi ke bawah tidak pasti). Klik sahaja untuk memasangnya.

Seperti yang saya jelaskan tadi, anda pengguna Ubuntu tidak perlu terkilan sebab ianya telah disokong awal sebaik sahaja anda memasang Ubuntu pada komputer, hampir 80% semua jenama telefon pintar di Malaysia boleh digunakan terus sebagai HSDPA modem (untuk rangkain Celcom, Maxis dan Digi).*

Ramai yang masih keliru jika mahu berinternet dengan komputer (yang belum melanggan P1, Streamyx dan sebagainya) mesti beli 3G USB Modem untuk tujuan ini. Sebenarnya jika telefon bimbit anda menyokong HSPA/HSDPA/UMTC/HSUPA rasanya tidak perlu membazir duit untuk membeli portable USB modem ini melainkan anda memperuntukkan 8 jam sehari di depan komputer untuk melayan karenah Facebook!!!.

07 Oktober 2010

Memasang Pemacu Printer Dan Scanner Jenama BROTHER Pada Ubuntu

Perhatian! ini adalah panduan ringkas dan jangan ikut bulat-bulat...printer yang ditunjukkan di sini mungkin tidak sama untuk setiap orang.. Jika perlu sila baca artikel pencetak Brother - Ubuntu

(A) Memasang Pemacu Pencetak Brothers

Sebelum memuat turun pemacu, sepatutnya anda sudah tahu model pencetak contohnya DCP-145C. Model ini memiliki fungsi pencetak dan pengimbas (all in one)

Langkah 1 - mencari pemacu
Kunjungi laman pembangunnya Brother Solutions Center untuk Linux

Langkah 2 - muat turun pemacu pencetak
Muat turun 2 (dua) pemacu pencetak Brother, pilih deb format berdasarkan model pencetak anda:
- LPR Driver dan;
- cupswrapper driver

Langkah 3 - pasang pemacu pencetak
Sambungkan pencetak ke komputer dan dwi klik untuk pemasangannya. Jika pemasangan melalui terminal ikut format baris perintah di bawah:

Pasang LPR
sudo dpkg -i --force-all (lpr-drivername)
contohnya sudo dpkg -i --force-all dcp145clpr-1.1.2-2.i386.deb

Pasang cupswrapper
sudo dpkg -i --force-all (cupswrapper-drivername)
contohnya sudo dpkg -i --force-all dcp145ccupswrapper-1.1.2-2.i386.deb

Langkah 4 - Menguji pencentak
Sekarang pergi ke menu System>Administration>Printing dan buat sedikit konfigurasi penambahan pencetak dengan menekan butang "Add" jika perinter model printer ini tidak muncul. Sila ikut arahan pada skrin sehingga selesai, dan sepatutnya pencetak sudah boleh berfungsi.

(B) Memasang Pemacu Pengimbas (Scanner) Brother

Langkah 1 - mencari pemacu pengimbas
Kunjungi laman pembangunnya Brother Solutions Center untuk Linux

Langkah 2 - muat turun
Muat turun 2 (dua) pemacu pengimbas Brother, pilih deb format berdasarkan model pengimbas anda samada:
- brscan driver 32bit atau 64bit (brscan model, brscan2 model atau brscan3 model) dan;
- scan-key-tool driver 32bit atau 64bit

Langkah 3 - pasang pemacu
Dwi klik 2 (dua) pemacu tersebut untuk pemasangannya.

Langkah 4 - Mengubah penetapan pengimbas (Ubuntu 9.10, 10.04)
1. Tekan Alt+F2, taipkan gksu nautilus dan tekan run, masukan password untuk edit sebagai root. Jejak secara manual filesystem>lib>udev>rules.d>40-libsane.rules

2. Buka fail 40-libsane.rules; skrul paling bawah sekali masukan 2 ayat ini dan simpan (save).

# Brother scanners
ATTRS{idVendor}=="04f9", ENV{libsane_matched}="yes"

3. Restart komputer.

Langkah 5 - Menguji pengimbas
Mungkin anda perlu membaca artikel pengimbas ini.

Sekarang jalankan mana-mana aplikasi Simple Scanner, Xsane atau GIMP. Paling mudah bagi saya ialah guna Simple Scanner (pada Ubuntu 10.04).

Tambahan:

Anda boleh memeriksa ke semua 4 pemacu yang telah di pasang tadi untuk pengesahan atau semakan. Buka Terminal dan masukan baris arahan ini.

dpkg -l | grep Brother

Saya harap panduan am pemasangan pemacu pencetak dan pemacu pengimbas ini dapat membantu anda.

03 Oktober 2010

Internet Download Manager VS DownThemAll

IDM (Internet Download Manager) VS DTA (DownThemAll)

Saya tidak mahu membuat perbandingan menyeluruh kedua-dua aplikasi enjin muat turun ini, seperti yang anda ketahui masing-masing mempunyai ciri-ciri asas yang saya suka iaitu boleh menentukan speed rate fail yang dimuat turun, fungsi pause, cancel, beberapa info fail yang dimuat turun, time remaining dan macam-macam lagi.

2 gambar di bawah adalah berbandingan secara fizikal perlawanan kelajuan memuat turun menggunakan Windows XP (IDM) dan Ubuntu 10.04 (DTA). Ujian ini menggunakan komputer yang sama, sumber internet yang sama, sumber URL-server yang sama dan semuanya sama kecuali aplikasi yang berbeza. Supaya lebih adil, pada Windows saya mematikan antivirus dan semua aplikasi lain kecuali IDM sahaja yang dihidupkan.


Gambar 1 - DownThemAll


Gambar 2 - Internet Download Manager

Jika anda perhatikan 2 perbezaan di atas, transfer rate tidak banyak beza, ukuran ini sebenarnya tidak boleh dipakai sebab saya percaya semasa berlangsungnya perlawanan ini mungkin ada ketidaktepat jumlah dan penggunaan internet di kawasan saya tinggal.

Fail yang saya muat run ialah PC Suite bersaiz 18.42MB:

IDM - mengambil masa 2 minit 10 saat.
DTA - mengambil masa 1 minit 58 saat.

Pada saya, IDM dan DTA sama hebat. Dalam Ubuntu ada beberapa lagi aplikasi enjin muat turun antaranya Wget, Gwget, Curl, Axel, WxDownloadFast, RoxBird dan sebagainya..

02 Oktober 2010

Memeriksa MD5

MD5 (Message-Digest algorithm 5, 128-bit cryptographic hash) secara ringkasnya diciptakan untuk memastikan fail yang dimuat turun adalah benar-benar asli daripada pihak yang mencipta fail tersebut, maksudnya jika kod md5sum tidak sama setelah di buat pemeriksaan; boleh jadi fail tersebut rosak, telah diubah oleh seseorang ataupun lain-lain perkara yang bersifat negatif.

Jika hasil daripada pemeriksaan md5sum tidak sama, bermakna anda perlu memuat turun semula fail tersebut. Contoh sekiranya kod md5sum Ubuntu.ISO tidak sama dengan yang asli, maka pemasangan Ubuntu akan menemui pelbagai masalah yang tidak diduga.

Memeriksa MD5SUM Pengguna Windows:
  1. Muat turun Hash Tab untuk Windows OS.
  2. Dwi klik untuk pemasangan Hash Tab Tersebut.
Berikut adalah contoh saya memeriksa/menguji md5sum Distro Zenwalk yang mana saya telah memuat turun 2 fail iaitu Zenwalk.ISO dan md5sum. Gambar 1 di bawah menerangkan bagaimana saya memulakan pemeriksaan md5sum ini menggunakan Windows XP.


Gambar 1 (klik pada gambar untuk besarkan)

1. Terdapat 2 fail iaitu md5sum (dalam bentuk text) dan imej ISO.
2. kod md5sum terpapar pada Notepad - ini kod asli.
3. Klik kanan pada imej ISO dan pilih properties.
4. Klik pada Tab "File Hashes" dan tunggu seketika, kod md5sum akan dipaparkan.
5. salin dan tampal md5sum asli (dlm kotak nombor 2) ke ruang Hash Comparison.
6. Muncul ikon "right"yang berwarna hijau jika kod md5sum adalah sama seperti yang asli.

Memeriksa MD5SUM Pengguna Ubuntu Linux.

Seterusnya saya ingin memeriksa md5sum Linumint 9 Xfce melalui Ubuntu pula. Gambar 2 juga menerangkan secara ringkas langkah-langkah menguji keaslian imej Distro ISO Mint ini melalui ujian kod md5sum.


Gambar 2 (klik pada gambar untuk besarkan)

1. Kelihatan ada dua fail di dalam direktori iaitu fail teks md5sum dan imej.ISO
2. Dwi klik pada fail md5sum untuk membuka kodnya melalui Geditor.
3. Klik kanan pada imej ISO distro tersebut dan pilih Properties.
4. Salin semua nama penuh pada ruangan "Name".
5. Buka Terminal: Applications>Accessories>Terminal dan arahkan kepada direktori di mana imej ISO tersebut berada.

Contoh saya: imej LinuMint 9 XFCE ini berada di dalam direktori media/MyData/Distro/Linumint9XFCE.

Saya andaikan imej ISO anda berada di dalam direktori Downloads. Jadi taipkan arahan ini pada terminal:

cd Downloads

Setelah itu, taipkan md5sum dan diikuti (setelah copy and paste) nama penuh imej yang ada dalam dialog properties yang dibuka sebelum ini. Pada terminal sepatutnya kelihatan seperti berikut:

md5sum linuxmint-9-xfce-cd-i386.iso

Tekan kekunci Enter dan tunggu seketika, dan akan muncul kod hasil pemeriksaan md5sum pada terminal. Sila buat perbandingan kod md5sum tersebut untuk menentukan keasliannya. Perbandingan kod md5sum ini saya buat "pakai mata" sahaja...

Selepas ini, tiada lagi alasan tidak tahu menguji MD5SUM. Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...