03 Oktober 2010

Internet Download Manager VS DownThemAll

IDM (Internet Download Manager) VS DTA (DownThemAll)

Saya tidak mahu membuat perbandingan menyeluruh kedua-dua aplikasi enjin muat turun ini, seperti yang anda ketahui masing-masing mempunyai ciri-ciri asas yang saya suka iaitu boleh menentukan speed rate fail yang dimuat turun, fungsi pause, cancel, beberapa info fail yang dimuat turun, time remaining dan macam-macam lagi.

2 gambar di bawah adalah berbandingan secara fizikal perlawanan kelajuan memuat turun menggunakan Windows XP (IDM) dan Ubuntu 10.04 (DTA). Ujian ini menggunakan komputer yang sama, sumber internet yang sama, sumber URL-server yang sama dan semuanya sama kecuali aplikasi yang berbeza. Supaya lebih adil, pada Windows saya mematikan antivirus dan semua aplikasi lain kecuali IDM sahaja yang dihidupkan.


Gambar 1 - DownThemAll


Gambar 2 - Internet Download Manager

Jika anda perhatikan 2 perbezaan di atas, transfer rate tidak banyak beza, ukuran ini sebenarnya tidak boleh dipakai sebab saya percaya semasa berlangsungnya perlawanan ini mungkin ada ketidaktepat jumlah dan penggunaan internet di kawasan saya tinggal.

Fail yang saya muat run ialah PC Suite bersaiz 18.42MB:

IDM - mengambil masa 2 minit 10 saat.
DTA - mengambil masa 1 minit 58 saat.

Pada saya, IDM dan DTA sama hebat. Dalam Ubuntu ada beberapa lagi aplikasi enjin muat turun antaranya Wget, Gwget, Curl, Axel, WxDownloadFast, RoxBird dan sebagainya..

7 ulasan:

linuxfan berkata...

bpe sec je beza dia.Tapi bagi aku yang suka download video.Idm terbaik la.

Aku tgu linux ada software mcm idm.

deensokmo berkata...

Roxbird dengar citer setanding juga dengan IDM, cuma saya belum mencubanya lagi..

Baihaqi Mohamad berkata...

software ape kat ubuntu 10.10 yg boleh download video kat youtube mcm IDM tu??IDM ade terus ikon "download video" kat atas screen youtube.tolong ye abg. deen

Baihaqi Mohamad berkata...

software ape kat ubuntu 10.10 yg boleh download terus video kat Youtube? saya dah lame cri software yg boleh download video kat youtube yg senang mcm IDM.tolong ye deensokmo

deensokmo berkata...

Dalam firefox, pasangkan Add-on Downloadhelper.. lagi senang sebab ada pilihan format video, flv, 3gp, mp4 dan bla..blaa.blaa

azlan berkata...

abe deen bole k bagitaw cara pemasangan DTA,cara penggunaan DTA

deensokmo berkata...

Buka firefox webrowser, klik tools, addons, kemudian taip downthemall.. pasang dan restart firefox setelah selesai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...