Memaparkan catatan dengan label Panel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Panel. Papar semua catatan

15 April 2011

Mengembalikan Panel Ubuntu Dengan 2 Klik

Bila Ubuntu menyediakan kemudahan mengubah panel, ada orang kata perkara ini adalah kelemahan. Semua tetapan asal boleh hilang dan boleh timbul icon aplikasi baru padanya. Lain pula jadinya bila Ubuntu 10.10 (unity panel - Netbook) tidak boleh diubah, ada orang kata Ubuntu tidak bebas. Mana satu pembangun Ubuntu mahu ikut?

Baiklah, untuk mengatasi keadaan panel yang mudah terusik ada baiknya kita kuncikan panel tersebut. Kalau anda pakai Ubuntu 10.10 Desktop edition belum sempat mahu kunci dan terjadinya keadaan launcher icon yang berterabur, kita boleh mengembalikannya semula dengan hanya 2 klik pada script khas.

Skrip RestorePanel ini boleh dimuat turun melalui http://forums.ubuntu.com.my/viewtopic.php?f=10&t=2119 (terima kasih kepada warringirc).


Setelah muat turun, sila unzip fail tersebut. Kemudian dwi klik padanya:


Klik pada butang "Run"


Ada 3 Option untuk dipilih, klik Restore Default Panel Setting dan tekan OK.

Oh! ya. Jawab semua soalan yang ditanya (soalan pengesahan sahaja) dengan betul.

23 Disember 2010

Mengunci Gnome Panel Ubuntu 10.04

Jika anda perasan, dahulu saya ada menulis artikel mengembalikan Gnome Panel pada Ubuntu. Ini kerana Gnome-panel yang secara lalai berada pada bahagian atas dan bawah skrin komputer kita di mana ianya sangat mudah terpadam di atas sebab-sebab tertentu.

Jadi kali ini, saya ingin memberikan tip bagaimana kita boleh mengunci Gnome-panel ini bagi mengelakkan berlakunya kejadian seperti mana yang saya sebutkan tadi. Tidak salah saya, kaedah ini juga boleh dilakukan pada Ubuntu 10.10.

Mari kita mula...

Tekan kekunci Alt+F2 dan taipkan baris seperti berikut dan tekan butang Run. Llihat gambar 1.

gconf-editor

Gambar 1

Seterusnya, sila jejak apps/panel/global dan tandakan pada "lock_down" kemudian tutup kekotak konfigurasi ini. Lihat seperti gambar 2.

Gambar 2

Itu sahaja yang perlu anda lakukan. Sekian.

01 Ogos 2010

Mengembalikan Gnome Panel Ubuntu 10.04

Gnome panel pada Ubuntu 10.04 (Lucid lynx) didatangkan 2 panel secara lalai iaitu satu di ruang paling atas dan satu lagi ruang paling bawah. Ada beberapa alasan kenapa perlu mengembalikan semula Gnome panel seperti asal atau sedia kala. Antaranya seperti berikut:

1. Anda telah mengubah kedudukan panel dan mengubah item pada panel
2. Ke dua-dua panel atas dan bawah terpadam (delete) tanpa sengaja
3. Panel hilang tanpa dikesan akibat memasang sesetengah tema (theme)
4. Dan lain-lain

Jadi, langkah-langkah berikut akan dapat memasang semula panel yang hilang, kemalangan dan sebagainya:

Tanpa berlengah lagi, tekan papan kekunci:

Alt+F2

Kekotak Run Application akan muncul dan masukkan baris perintah ini untuk menghidupkan terminal

gnome-terminal

Selepas klik butang Run, sila ikuti arahan seperti gambar di bawah untuk membenarkan kekotak Aplikasi Terminal ini "Always on top".


1 - klik kanan pada Window border
2 - pilih dan klik "Always On Top"


"cara ini jika anda mengikuti tutorial saya ini secara online. Selain cara bergambar di atas, anda boleh memunculkan Terminal dengan menekan kekunci Alt+Tab sebab selepas copy dan mahu paste baris perintah , Terminal tidak akan kelihatan, ianya ada dibelakang Web Browser. Atau anda juga boleh tekan ikon Maxima/Unmaxima pada Window kontrol Web browser"
Kemudian salin-tampal satu persatu baris perintah berikut ke dalam Terminal:

gconftool-2 --recursive-unset /apps/panel
rm -rf ~/.gconf/apps/panel
pkill gnome-panel

Lihat apa yang berlaku. Ya! Anda baru sahaja mengembalikan Gnome panel seperti asal..

Nota tambahan:

Sila salin dan simpan artikel saya ini untuk saat-saat kecemasan, lebih malang lagi jika anda masih baru dan tidak tahu bagaimana mahu menyelesaikan masalah ini sebab semua menu aplikasi hilang bersama panel. Anda mula panik, mana tidaknya Firefox tempat untuk mencari jawapan tidak boleh dihidupkan. Jadi, selepas ini setidak-tidaknya letakkan ikon shortcut firefox ke Desktop.


Sebenarnya walaupun menu hilang, anda masih lagi dapat membuka aplikasi tertentu melalui terminal ataupun bantuan Run Application (Alt+F2) dengan menaip baris perintah aplikasi. tersebut.

Contohnya: selepas tekan
Alt+F2, taipkan perkataan

firefox - untuk menghidupkan Firefox web browser
nautilus - untuk membuka Nautilus File Manager
gnome-terminal - untuk membuka aplikasi Terminal
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...