1. Anda telah mengubah kedudukan panel dan mengubah item pada panel
2. Ke dua-dua panel atas dan bawah terpadam (delete) tanpa sengaja
3. Panel hilang tanpa dikesan akibat memasang sesetengah tema (theme)
4. Dan lain-lain
Jadi, langkah-langkah berikut akan dapat memasang semula panel yang hilang, kemalangan dan sebagainya:
Tanpa berlengah lagi, tekan papan kekunci:
Alt+F2
Kekotak Run Application akan muncul dan masukkan baris perintah ini untuk menghidupkan terminal
gnome-terminal
Selepas klik butang Run, sila ikuti arahan seperti gambar di bawah untuk membenarkan kekotak Aplikasi Terminal ini "Always on top".
1 - klik kanan pada Window border
2 - pilih dan klik "Always On Top"
"cara ini jika anda mengikuti tutorial saya ini secara online. Selain cara bergambar di atas, anda boleh memunculkan Terminal dengan menekan kekunci Alt+Tab sebab selepas copy dan mahu paste baris perintah , Terminal tidak akan kelihatan, ianya ada dibelakang Web Browser. Atau anda juga boleh tekan ikon Maxima/Unmaxima pada Window kontrol Web browser"Kemudian salin-tampal satu persatu baris perintah berikut ke dalam Terminal:
gconftool-2 --recursive-unset /apps/panel
rm -rf ~/.gconf/apps/panel
pkill gnome-panel
Lihat apa yang berlaku. Ya! Anda baru sahaja mengembalikan Gnome panel seperti asal..
Nota tambahan:
Sila salin dan simpan artikel saya ini untuk saat-saat kecemasan, lebih malang lagi jika anda masih baru dan tidak tahu bagaimana mahu menyelesaikan masalah ini sebab semua menu aplikasi hilang bersama panel. Anda mula panik, mana tidaknya Firefox tempat untuk mencari jawapan tidak boleh dihidupkan. Jadi, selepas ini setidak-tidaknya letakkan ikon shortcut firefox ke Desktop.
Sebenarnya walaupun menu hilang, anda masih lagi dapat membuka aplikasi tertentu melalui terminal ataupun bantuan Run Application (Alt+F2) dengan menaip baris perintah aplikasi. tersebut.
Contohnya: selepas tekan Alt+F2, taipkan perkataan
firefox - untuk menghidupkan Firefox web browser
nautilus - untuk membuka Nautilus File Manager
gnome-terminal - untuk membuka aplikasi Terminal
Contohnya: selepas tekan Alt+F2, taipkan perkataan
firefox - untuk menghidupkan Firefox web browser
nautilus - untuk membuka Nautilus File Manager
gnome-terminal - untuk membuka aplikasi Terminal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan