Memaparkan catatan dengan label Aplikasi Dalam Linux. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aplikasi Dalam Linux. Papar semua catatan

16 Jun 2013

Pelayar Slimboat Yang Pantas

Tidak saya nafikan, pelayar internet seperti Firefox, Chrome (aka Chromium di Linux), Safari dan Internet Explorer adalah pilihan utama meskinpun terdapat berpuluh-puluh lagi pelayar yang sedang membangun dan sedang digunakan oleh segelintir pengguna.

Ingin mencuba kelainan? Pelayar Slimboat adalah cross-x platform untuk Windows, Mac OS X dan Linux yang mana menjanjikan kepantasan, keselamatan dan amat stabil. Untuk merasai kehebatan pelayar Slimboat ini, anda harus mencubanya sendiri. Di sini saya sertakan beberapa keratan gambar pelayar Slimboat ini.

Gambar 1

Antara muka saat dimulakan. Bagaimanapun, anda boleh mengubahsuai Bookmarks ini di dalam pilihan "Tools > Options".

Gambar 2

Youtube nampaknya serasi dengan pelayar Slimboat ini. Begitu juga beberapa laman lain yang diuji oleh saya.

Gambar 3

Pelayar Slimboat menyokong Windows, Max OS dan Linux. Pengguna Ubuntu boleh muat turun .deb mengikut Architecture CPU samada 32bit atau 64bit.

Gambar 4

Gambar 4 menunjukkan saya sedang muat turun video daripada Youtube tanpa memasang apa extention atau adds on tambahan, malah diberi pilihan untuk ektrak kepada mp3.

Muat turun pelayar Slimboat

*Pengguna Ubuntu, sila muat turun .deb dan selesai muat turun hanya perlu dwi klik sahaja untuk memasang pelayar ini.

20 Disember 2011

Muat turun Pakej DEB Untuk Ubuntu

Saya terpanggil untuk mengetengahkan entri ini kerana masih ada lagi segelintir pengguna Ubuntu baru yang bertanya kepada saya di manakah tempat (URL/Link) untuk muat turun aplikasi Ubuntu terutamanya pakej DEB. Mereka yang bertanya ini kerana komputer mereka terhad kepada sambungan internet, maksudnya mereka mahukan Offline Installer.

Terdahulu saya telah tuliskan entri memasang pakej secara tanpa talian melalui Synaptic Package Manager. Cara tersebut amatlah senang, saya tidak tahu di manakah kegagalan untuk muat turun pakej melalui kaedah ini. 

Ok, baiklah; selain daripada kaedah itu, sebenarnya APTonCD juga boleh memain peranan untuk memasang pakej secara tanpa talian internet. Cuma ada di antara meraka tidak tahu menggunakan APTonCD ini.

APTonCD mestilah dipasang dahulu pada komputer Ubuntu yang ada talian internet dan Ubuntu tersebut mestilah sama versi dengan Ubuntu yang tiada talian internet. Dengan APTonCD, kita boleh mencipta meta package dan aplikasi ISO untuk dibakar ke CD/DVD dengan syarat-syarat berikut:
  • Komputer Ubuntu yang ada talian internet telah mengemas kini dengan aplikasi terkini.
  • Komputer ini juga tidak pernah menjalankan autoremove, clean dan sebagainya yang memaksa membuang pakej sementara deb.
Anda boleh ikuti tutorial APTonCD di sini. Antara lain, anda boleh mencuba Keryx Project di sini.

Cara seterusnya ini adalah kegemaran saya untuk muat turun pakej DEB melalui:
  1. Ubuntu Package (laman rasmi)
  2. pkgs.org (laman third party)
Mungkin ada banyak lagi laman yang menyediakan pakej deb seumpama ini, oleh kerana Ubuntu telah menyediakan USC (Ubuntu Software Center) jadi tidaklah susah sangat untuk memasang aplikasi (mesti ada talian internet). Walaupun entri ini ringkas, setidak-tidaknya anda tahu apa yang mahu saya sampaikan.

Sekian.

07 Mac 2010

Kenali Aplikasi Dalam Ubuntu Linux Sebagai Pengganti Aplikasi Windows

Saya percaya, kenapa sesetengah pengguna takut untuk mencuba Ubuntu (atau Linux amnya) sebagai Sistem Operasi komputer adalah kerana mungkin Linux tiada aplikasi yang sedang digunakan seperti di dalam Windows. Sebenarnya golongan ini, tidak tahu sumber rujukan di mana perlu mendapatkan aplikasi yang diinginkan bagi tujuan-tujuan peribadi, pejabat, grafik, multimedia, permainan dan lain-lain.


Anda sebagai pengguna komputer telah disajikan dengan Windows sebagai Sistem Operasi komputer sejak mengenali komputer. Di mana, rakan sekeliling anda juga begitu; jadi secara tidak langsung anda akan terbiasa menggunakan aplikasi yang dipasang di dalam Windows. Ini bukan salah anda, malah sesiapa pun tidak bersalah. Windows didatangkan lengkap semasa membeli komputer, inilah strategi pemasaran Microsoft dan pembekal perkakasan lain.


Baiklah, bagaimana pula jika pada peringkat awal anda membeli dan belajar komputer yang disertakan sekali dengan Ubuntu Linux? Sudah tentu anda akan terbiasa dengan aplikasi yang ada di dalam Linux tersebut. Tiba-tiba ada rakan yang memperkenalkan "Windows" kepada anda, sudah tentu anda takut menggunakan Windows tersebut dan khuatir aplikasi didalamnya tidak memenuhi kemahuan anda. Apakah ada aplikasi atau perisian Windows yang boleh menyunting gambar, Video, Internet messenger dan sebagainya?


Inilah gambaran yang saya cuba sampaikan kepada anda, jika saya menulis sehingga seribu patah perkataan sekalipun untuk memperkenalkan Ubuntu Linux kepada anda sedangkan anda tidak pernah mencuba Ubuntu, sampai bila-bila anda akan bergantung kepada yang satu. Saya bukanlah fanatik Linux, malah saya juga kadang kala bergantung juga kepada Windows atas alasan tertentu. Saya ada Netbook Dell mini 10 dual boot Ubuntu dan Win 7. Komputer Desktop yang saya taip artikel ini, saya pasang Win XP di dalam Virtual Box.


Okeylah, berbalik kepada tajuk; saya hanya bagi pautan ini Linux Equivalents untuk anda menyelongkar apakah perisian yang sama fungsi yang terdapat di dalam Windows yang mana boleh di pasang di dalam Ubuntu Linux anda. Percayalah, semua perisian yang terdapat di dalam pautan ini hampir keseluruhannya adalah percuma (lebih kurang 4,000 aplikasi percuma menanti anda). Selepas ini, anda yang masih menggunakan Windows tidak was-was untuk mencuba atau menggunakan Ubuntu!

08 Februari 2010

Memasang aplikasi dalam ubuntu secara Online

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Selain daripada memasang aplikasi melalui Add/Remove atau Ubuntu software center, anda juga boleh memasang aplikasi tertentu melalui talian internet yang akan dipasang secara automatik. Paling best web site ini akan mengesan versi ubuntu anda.

klik myallapps untuk memulakannya.

Gambar 1 - masuk ke laman myallapps
Gambar 2 - Pilih aplikasi yang anda suka untuk dipasang
Gambar 3 - Klik free button dan akan bertukar Install, masukakan password.

Tunggu sehingga pemasangan selesai.

Tambahan:
Selain di myallapps, anda juga boleh membuat perkara sama di GETDEB dan Appnr.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...