16 Oktober 2010

Memasang pemacu 3G USB Modem ZTE MF190 Pada Ubuntu 10.04

Sebelum ini ada artikel saya yang menyentuh tentang HSDPA dan HSUPA. Kebetulan hari ini saya berpeluang mencuba HSUPA USB Stick pada Ubuntu 10.04; broadband modem 3G ini adalah pakej daripada Celcom Broadband iaitu modem 3G USB famili ZTE MF190. Dipendekkan cerita; beberapa kali saya mencuba kaedah memasang 3G modem pada artikel saya yang lepas, namun gagal. Saya ada bertanya tentang masalah ini di forum jomlinux, dan tidak sampai 5 minit saya sudah berjaya memasang pemacu modem ZTE ini setelah mencuba sakis3G.

Tanpa membuang masa mari kita mula; anda perlu muat turun script SAKIS3G DI SINI. Pilih i386 -full version. (atau AMD64 - full version jika ubuntu anda ialah AMD64).

Pindahkan fail sakis3g.gz ke direktori Home anda, kemudian klik kanan padanya dan pilih "exctrat here". Muncul satu fail skrip saki3g; klik kanan padanya, pilih properties dan lakukan kebenaran untuk menjalan arahan skrip ini seperti Gambar 1 di bawah. Tandakan pada "Execute", setelah itu tekan butang Closed.

Gambar 1

Sekarang, cucuk modem ZTE MF190 ini ke sambungan USB pada komputer dan tunggu seketika sehingga lampu LED stabil. Barulah anda boleh dwi klik fail skrip saki3g dan pilih "run", akan keluar GUI sakis3g seperti gambar 2 di bawah. Seterusnya klik pada "Connect with 3G" dan tekan OK.

Gambar 2

Gambar 3 menunjukan proses penyambungan sedang dilakukan.

Gambar 3

Jika sambungan ini berjaya, masukan Custom APN berdasarkan provider anda.

Celcom - celcom.net.my
Maxis - maxisbb
Digi - diginet

Klik OK untuk pengesahan, seterusnya akan muncul seperti Gambar 4, pilih "Report by your modem (celcom.net.my) dan klik OK.

Gambar 4

Sampai langkah seperti Gambar 5, saya taipkan celcom3g (main masuk jer ni)..

Gambar 5

Gambar 6 menunjukkan Ubuntu telah berjaya membuat sambungan dengan modem 3G ini. Manakala Gambar 7 adalah maklumat sambungan yang telah berjaya dibuat.

Gambar 6

Gambar 7

Boleh jadi sambungan akan gagal beberapa kali, apa yang perlu dilakukan ialah ulang semula penyambungan seperti langkah-langkah di atas.

Pada komputer saya, ikon Network Manager tidak berubah seoalah-olah tiada sambungan ke internet. Namun jika sudah keluar seperti Gambar 7, bermakna sudah berjaya. Buka sahaja Firefox/Chrome browser macam biasa.

Selepas sambungan internet berjaya, anda boleh tetapkan untuk membuat pintasan sakis3G ke Desktop, lihat di dalam senarai Option sakis3G.

Tambahan


Modem USB 3G ZTE ini jika disambung pada OS Windows, pemacu sudah tersedia untuk dipasang bagi sambungan ke internet, malaham turut disertakan aplikasi yang membenarkan anda menghantar pesanan ringkas (SMS), melihat senarai contact dalam SIM, baca SMS serta lain-lain.

Disebabkan rasa dengki dengan aplikasi yang celcom ciptakan pada Windows ini, saya pula mencuba Aplikasi Wammu yang diciptakan khas untuk linux... Iya! saya berjaya menghantar SMS, membaca SMS dalam SIM, menyimpan dan menambah no contact ke dalam SIM serta lain-lain iaitu seperti mana pengguna Windows boleh buat...

Tutorial bagaimana membuat sambungan aplikasi Wammu dengan modem USB 3G ini (ZTE MF190) akan saya sambungkan ke tajuk baru..

7 ulasan:

deensokmo berkata...

3G USB Modem ZTE ini kalau dicucuk pada Ubuntu, ianya akan dipaparkan seakan CDrom..tengah syok melayan internet terjumpa cara yang lebih otai http://news.softpedia.com/news/How-to-Connect-the-ZTE-MF636DB-USB-Modem-on-Ubuntu-158663.shtml utk penyelesaiannya (ZTE modem). Namun sya tak sempat mencubanya..

a berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
deensokmo berkata...

Apa masalah dengan modem tu, nak unlock cmane? tak faham..

a berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
deensokmo berkata...

Jual jer modem tu, habis cerita. Beli lain. Celcom memang dah lock dgn PIN.. supaya SIMnya shj yg dapat guna.. Saya ada tanya member2, dia cakap memang tak boleh nak unlock..

Tanpa Nama berkata...

http://www.bloggertrix.com/search/label/Unlock%20modems
it's workin'..

Psychodelic berkata...

bro deen, boleh buat tuto cara install gammu ??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...