30 Julai 2010

Penyelesaian masalah Intel Kad Grafik Ubuntu 10.04


Hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda setelah memasang Ubuntu 10.04 LTS (Lucid Lynx) pada 2 buah komputer iaitu pada HP Desktop PC dan satu lagi pada Dell Inspiron mini 10. Di mana, Netbook Dell Inspiron ini telah saya pasangkan Ubuntu Netbook Edition (UNE) 10.04 pada minggu lepas.

1) Pemasangan UNE 10.04 pada Netbook Dell Mini Inspirion 10.


Sebaik sahaja membakar imej ISO UNE 10.04 ke pendrive menggunakan Netbootin, saya terus sahaja boot netbook tersebut melalui USB pendrive untuk proses pemasangannya. Nampaknya pemasangan Ubuntu 10.04 ini berjalan dengan baik sehingga selesai. Selepas menghidupkan Netbook Dell ini, seperti yang saya sudah jangka, Wifi tidak dapat berfungsi di mana netbook Dell ini menggunakan Wireless Network controller: Broadcom Corparation BCM4312 802. 11/g (rev 01). Tanpa berlengah, saya terus membuat sambungan terus kabel Local Area Network (LAN).

Pertama sekali, saya pilih server paling laju; biasanya di Malaysia melalui Aplikasi Software Sources. Saya pilih secara manual iaitu http://www.mirror.upm.edu.my/ubuntu. Kemudian saya membuat kemaskini, pasang Ubuntu Restricted Format, Mediubuntu dan beberapa perisian yang dirasakan perlu. Jadi untuk mengaktifkan Wifi pada Netbook Dell ini, saya hanya kompilkan kernel sahaja seperti arahan baris ini pada Terminal:

sudo apt-get install bcmwl-kernel-source

Setelah itu, restart; saya cabut LAN dan dalam beberapa saat Wireless Network controller sudah dapat mengesan Wifi. Kes kedua pula, saya cuba mengaktifkan Visual Effect (lihat gambar di bawah), tapi nampaknya fungsi ini tidak membenarkan saya membuat apa-apa perubahan. . (dikuncikan semua fungsinya pada Option Button)


Hasil berkat, usaha kesabaran mencari jawapan di internet bagi menyelesaikan masalah Video driver ini; saya akhirnya mendapat jawapannya. Pertama setelah dikenal pasti dengan menaip baris arahan pada terminal:

lspci

Dell Mini netbook ini menggunakan VGA compatible controller: Intel Corporation Mobile 945GM/GMS/GME, 943/940GML Express Integrated Graphic Controller (rev 03).

Jadi langkah seterusnya, saya pastikan semua driver Nvidia Kad Grafik di buang sepenuhnya. Melalui terminal, saya masukkan baris perintah berikut:

sudo apt-get --purge remove nvidia-*

Dan membuat semakan dalam Synaptic Package Manager bagi memastikan 3 benda di bawah adalah dipasang:

xserver-xorg-video-intel
xserver-xorg-core
libgl1-mesa-dri

Seterusnya, saya pasang "compiz" melalui Synaptic Package Manager. Mark pada compiz dan apply pada semua pakej yang dicadangkan. Setelah pemasangan selesai, saya restart netbook ini dan kembali semula kepada Visual Effect; di sini saya berjaya aktifkan pemacu kad grafik Intel tersebut.

2) Pemasangan Ubuntu 10.04 Pada HP Desktop komputer


***Saya tidak ingat model komputer HP ini, saya akan update kemudian.**

Masalah lain tidak timbul selepas sahaja pemasagan Ubuntu ini, kesnya sama seperti Netbook di atas di mana komputer HP ini menggunakan kad grafik Intel juga.

Saya cuba mengaktifkan Visual Effect kepada "Normal" dan "Extra", namun tidak berjaya dan keluar pesan error lebih kurang begini:

"desktop effects could not be enabled"

Apa yang saya buat ialah membuang semua pemacu kad grafik nVidia melalui Terminal:

sudo apt-get --purge remove nvidia-*


Dan Restart komputer...

Iya! nampaknya kaedah ini berjaya mengaktifkan pemacu Intel Graphic Card dan dapat menyelesaikan pemasangan pemacu Kad Grafik yang berketurunan Intel!..

Dengan pengetahuan saya yang cetek ini, dapatlah saya rumuskan bahawa jika sesuatu komputer didatangkan dengan Intel Graphic Card; anda harus membuang semua "nVidia" supaya hanya pemacu "Intel" sahaja yang berada di dalam OS Ubuntu anda!! Tapi ingat, mungkin 2 cara yang saya terangkan di atas berbeza dengan komputer-komputer di luar sana..

Saya harap berkongsian saya ini sedikit sebanyak mampu membuka mata anda untuk terus bersama Ubuntu...

Ciri-ciri Komputer Yang Terkena Jangkitan Virus.

Berikut salah satu simpton komputer Windows sudah "Demam" :

Sebenarnya tajuk "Ciri-ciri Komputer Yang Terkena Jangkitan Virus" tidak tepat. Sebetulnya begini "Ciri-ciri Windows Yang Dijangkiti Virus"

1. Komputer Anda berjalan lebih lambat dari biasanya.
2. Menu Run, Search disembunyikan oleh virus.
3. CTRL+ALT+DEL tidak boleh digunakan.
4. Regedit dan MSCONFIG di disabled
5. Folder asli pada komputer anda disembunyikan dan diganti dengan file virus.
6. Menu Tools -> Folder Options di Windows EXplorer hilang.
7. Komputer sering berhenti atau tidak merespon.
8. Komputer tiba-tiba restart atau crash dan ini terjadi beberapa minit sekali.
9. Aplikasi komputer tidak berjalan dengan baik dan sering error.
10. Muncul File dengan Icon Folder tetapi mempunyai file type .exe
11. Hardisk atau disk drive tidak boleh diakses.
12. Aktiviti print tidak bekerja dengan sempurna.
13. Sering terjadi pesan error yang aneh.
14. Sering terlihat menu atau dialog box yang rosak.
15. Terdapat Duplikasi nama folder di dalam folder tersebut.
16. Komputer selalu mengeluarkan pesan dari mana virus ini berasal.

Jika komputer anda mengalami salah satu ciri-ciri di atas, ada kemungkinan komputer anda terkena virus, segera update antivirus anda dan scan komputer anda untuk membersihkan virus tersebut.

ATAU

Sudah tiba masanya untuk anda beralih kepada
UBUNTU!
yang sememangnya percuma..

27 Julai 2010

Menukar Desktop Enviroment UNE Kepada Gnome

Artikel ini khas buat pengguna Ubuntu Netbook Edition 10.04 (UNE)

Gambar 1 ialah rupa desktop Ubuntu Netbook Edition (UNE) 10.04 Lucid. Sebenar persekitaran meja ini boleh ditukar kepada Gnome Desktop seperti gambar 2 tanpa memasang perisian sampingan.

Gambar 1

Gambar 2

Cara-caranya:

Klik pada ikon power switch dan pilih Log Out. Semasa muncul skrin Login, klik pada username anda, pilih Sessions Gnome, masukkan katalaluan anda dan enter. Nah.. Persekitaran meja kerja anda akan berubah seperti gambar 2...

Jika anda tidak suka dan ingin kembali kepada sessions Ubuntu Netbook Edition lakukan perkara yang sama sebaliknya. Mudah bukan?

10 Kesilapan Pengguna Baru Linux Amnya

1. Mengatakan Ubuntu adalah Windows

Tabiat kebiasaan menguasai tetingkap Windows di bawa ke Ubuntu. Maka, mereka akan mencari sesuatu yang sama antara 2 Operasi Sistem ini. Jika demikian, terasa Ubuntu tidak ada yang kena. Lihat sahaja pengguna Win XP akan merangkak bila mencuba Win 7, begitu juga dengan Ubuntu ini. Pada tahap ini, seharusnya menimba ilmu dengan membaca, mencuba Live Ubuntu dan bertanya.

2. Mencuba format exe supaya bekerja pada Ubuntu

Tidak mungkin ini akan berlaku melainkan pengguna baru menjalankan fail exe pada WINE, tetapi tidak semua yang tahu. Semua exe akan dicuba ke dalam WINE jika mereka tahu WINE itu adalah pentas aplikasi Windows. Sudah terjun ke dalam Ubuntu, alihkan kepada format deb, carilah aplikasi yang ada dalam Ubuntu Software Centre.

3. Salah memilih Distro

Terdapat beratus-ratus Distro linux yang semakin membiak dan bercabang. Antara yang popular Fedora, slackware, Open Suse, linux Mint, Ubuntu, Kubuntu dan lain-lain; semua Distro ini adalah tahap Beginner dan mudah digunakan, tapi fikirkan juga sokongan komuniti di Malaysia khususnya. Mungkin ada server setiap Distro ini jauh di lain benua yang akan melambatkan talian muat turun, kemaskini dan sebagainya.

4. Tidak berjaya mencari perisian yang sesuai

Sewaktu menggunakan Windows, ramai kawan sekeliling banyak menyimpan koleksi perisian tertentu samada tulen atau tidak, mudah di muat turun di internet. Sebenarnya terdapat 80 peratus perisian untuk linux yang hampir setanding dengan perisian pada Windows. Kesilapan ini akan menjadi punca malas untuk berusaha maju ke depan.

5. Menghantar Open Office format kepada pengguna MS Office

Mereka pengguna Windows akan menyalahkan penggunaan format sumber terbuka yang gagal di akses. Pengetahuan yang rendah bagi pengguna Windows akan mencemuh perisian sumber terbuka. Jadi, hantarkan kepada mereka format yang telah diubah kepada DOC, xls dan sebagainya. Dalam masa yang sama, ciptakan alasan kepada mereka untuk sama-sama berubah seperti anda.

6. Menjauhkan baris arahan/perintah melalui terminal.

Jangan mencipta seribu alasan untuk tidak mahu menggunakan baris perintah. Ianya amat mudah kerana hanya perlu salin dan tampal sahaja. Nanti sudah biasa, rasa macam suatu kemestian.

7. Berfikir Windows Hirarki "Directori" dalam Ubuntu Linux

Tiada C:\ pada linux, Anda juga tidak menggunakan "\" aksara. Cuba untuk memetakan Windows ke Linux, direktori untuk direktori, mustahil. Anda boleh mendapatkan sampai C: \ = / dan mungkin Default Pengguna = ~ /, tapi lebih dari itu anda tidak akan berjaya. Pastikan pengguna baru memahami bahawa segalanya bermula di Direktori / dan yang paling penting adalah direktori home mereka (aka ~ / aka / home / USERNAME /).

8. Menjauhkan kemaskini (update)

Pengguna yang bijak akan selalu mengemaskini Ubuntu mereka untuk menutup lubang-lubang haram yang tercipta dalam filesystem. Security Patch akan membetulkan kelemahan dan membaikpulih semua perisian secara serentak dalam Ubuntu khasnya. Kebanyakkan kemaskini akan membetulkan Bugs yang berlaku. Lakukanlah kemaskini sekerap mungkin kerana ianya adalah percuma!

9. Mengabaikan keselamatan kononya linux kebal

Mana ada benda atas dunia ini yang tidak jahanam. linux tidak kebal, ianya mudah di usik dengan satu script sahaja. Bijaknya orang yang mecipta script dengan meminta anda memasukan root password untuk menjalankan perisian yang tidak sah dan seterus anda tertipu. Jadi, muat turun hanya melalui laman sesawang yang dipercayai sahaja. "sudo add-apt-repository ppa:" adalah jaminan daripada pengusaha untuk keselamatan dan baikpulih serta kemaskini versi terbaru tentang produknya.

10. Auto "Logging in" dalam ROOT

Hindarkan perkara ini, anda mudah menjadi mangsa yang tidak bertanggungjawab. Kelemahan ini akan merosakan filesystem oleh tangan anda sendiri. Ciptakan new user dengan password lain untuk penggunaan biasa. Gunakan Root jika perlu sahaja.

26 Julai 2010

Fungsi Extra Pane Pada Nautilus 2.30.1 Ubuntu 10.04

Jika anda pernah membaca artikel saya yang lepas memafaatkan fungsi Nautilus, kali ini saya mahu tambahkan sedikit lagi apa yang ada pada Nautilus 2.30.1; Ubuntu 10.04 dengan Gnome 2.30.

Klik pada gambar untuk besarkan imej

Sebenarnya banyak benda baru pada Nautilus ini, cuma saya sentuh beberapa perkara ini yang menarik dan seringkali saya menggunakannya iaitu:

Dalam petak HIJAU

Untuk mewujudkan suasana jendela ini, hanya tekan F3 atau klik pada menu View>Extra Pane setelah anda membuka Nautilus. Pada saya, "Extra pane" ini amat berguna kerana ianya akan menjimatkan ruang kerja pada skrin tanpa membuka jendela Nautilus yang baru.

Dalam petak MERAH

Pada masa yang sama, anda masih lagi dapat membuka New Tab pada Extra Pane, selain menekan Ctrl+T, antara kaedah lain membuka New Tab ini ialah dengan menekan tengah kekunci skrul pada tetikus anda!!.. (bukan klik kiri atau kanan, tekan "tayar" tengah)

Maklumat lanjut Nautilus..

24 Julai 2010

Memasang Pemacu Kad Grafik nVidia Secara Manual Pada Ubuntu 10.04

Ada sesetengah Kad Grafik nVidia tidak berjaya dipasang dengan jayanya pada Ubuntu 10.04 di atas sebab-sebab tertentu. Antara masalah lain ialah keluar ralat seperti berikut:

ERROR: Unable to load the kernel module ‘nvidia.ko’. This happens most frequently when this kernel module was built against the wrong or improperly configured kernel sources, with a version of gcc that differs from the one used to build the target kernel, or if a driver such as rivafb/nvidiafb is present and prevents the NVIDIA kernel module from obtaining ownership of the NVIDIA graphics device(s), or NVIDIA GPU installed in this system is not supported by this NVIDIA Linux graphics driver release.

Untuk mengatasi masalah ini, cuba langkah-langkah di bawah:


1. Muat turun NVIDIA Driver sesuai dengan kad grafik anda di SINI. Letakkannya pada Desktop anda.

2. Buka module blacklist melalui terminal


gksudo gedit /etc/modprobe.d/blacklist.conf


Tambahkan senarai di bawah dan save ( kemudian tutup):


blacklist vga16fb
blacklist nouveau
blacklist rivafb
blacklist nvidiafb
blacklist rivatv


3. Buang semua driver nVidia yang di pasang sebelum ini:

sudo apt-get --purge remove nvidia-*

4. Restart komputer.

5. Apabila keluar mesej ralat "Ubuntu cannot loads Nvidia driver, pilih Exit to terminal (exit to console)


6. Sila login dan taipkan:

cd Desktop

7. Memasang driver (nombor versi driver di bawah mungkin berbeza, pastikan serupa yang anda muat turun)

sudo sh NVIDIA-Linux-x86_64-195.36.24-pkg2.run

8. start GDM

sudo service gdm start

kredit kepada Ubuntugeek.com (lihat lanjut)

18 Julai 2010

Membuat Tetapan Audio

Buka terminal, kemudian taipkan arahan di bawah:

alsamixer

Naikkan mana-mana yang patut. Semasa adjust volume audio ini, seelok-eloknya mainkan lagu mp3..

10 Julai 2010

Uninstall Wine Software

Ada sesetengah aplikasi Windows yang boleh dipasang ke dalam Wine. Setelah memasang aplikasi tersebut dan anda rasa sudah sampai masa untuk membuangnya, lalu anda klik pada:

Applications>Wine>Uninstall Wine Software.


Di sini ada boleh pilih software mana yang mahu dibuang. Kemudian tekan butang remove. Proses membuang akan berjalan lancar. Tapi ada satu lagi iaitu ikon launcher aplikasi masih melekat pada Wine, sedangkan anda telah membuangnya.. Apa lagi yang tidak kena? Ok, untuk membuang ikon launcher yang masih degil tidak mahu hilang; begini caranya:

Salin dan tampal baris perintah di bawah ke dalam Terminal atau tekan ALT+F2:

nautilus ~/.local/share/applications/wine

Nautilus akan membuka lokasi di mana aplikasi pada Wine di tempatkan. Kemudian, pilihlah nama software yang hendak dibuang dengan menekan kekunci DELETE. Itu sahaja.


Terima kasih..

09 Julai 2010

Apa Itu Terminal Di Ubuntu



Apa yang anda faham TERMINAL? Kalau secara am, terminal adalah tempat di mana kita mahu bermula, pendek kata tempat kita mula-mula mahu meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

Kalau terminal bas, tempat kita hendak naik bas. Macam itu juga dalam Ubuntu ini, sesuatu arahan untuk menjalankan proses tertentu kita harus bermula satu titik permulaan iaitu Terminal.

Dalam Ubuntu, aplikasi TERMINAL di datangkan secara lalai (default). Kalau dalam Windows di panggil Command Prompt. Baiklah, ramai orang akan bercakap linux ini susah sebab menggunakan terminal untuk menjalankan arahan samada memasang aplikasi, membuat tetapan tertentu, mengubah tema dan sebagainya. Tahukah anda, sebelum wujudnya Graphic User Interface (GUI) semua komputer menggunakan Arahan Berbaris (command line) untuk komputer beroperasi tidak kira Windows atau Linux. Selepas beberapa kurun, dunia komputer semakin dekat dengan End User (pengguna biasa) yang dahulunya terhad untuk bidang industri perubatan, pertempuran, astronomi, perfileman dan lain-lain.

Hari ini komputer semakin murah mampu milik, dan di sinilah tercetusnya mengubah sesuatu yang susah menjadi senang. Maksud saya di sini ialah penggunaan command line telah diperbaharui dengan mengantikan arahan asas tersebut kepada dalam bentuk butang-butang, Option, textbox, listbox dalam GUI aplikasi. Maka dengan itu, tidak hairanlah Ubuntu Linux mula mendapat perhatian dikalangan pengguna tegar Windows.

Meskinpun GUI telah mengambil alih fungsi Baris Arahan dan Terminal, namun kadangkala lebih senang menggunakan Terminal dalam kes-kes tertentu, sebab bukan semua GUI aplikasi mampu menjalankan sesetengah kehendak Baris Arahan ini sepantas kilat.

Saya buktikan satu arahan ini dengan menggunakan terminal, saya jalankan baris arahan di bawah:

gconftool-2 --set "/apps/metacity/general/button_layout" --type string ":minimize,maximize,close"

Apa maksud baris arahan di atas? Arahan ini akan menukarkan butang kontrol min,max, dan close daripada sebelah kiri kepada sebelah kanan pada buntu 10.04. Perubahannya hanya mengambil masa 1 saat sahaja sebaik anda menekan Enter.

Berbanding jika menggunakan GUI anda akan ambil masa sekurang-kurangnya 15 saat hingga 30 saat (bergantung kemahiran masing-masing). OK, sekarang buka Aplikasi Ubuntu Tweak.

Applications>System Tools>Ubuntu Tweak, kemudian pilih tajuk Desktop>Windows Manger Setting> dan pilih Windows tittlebar layout dan klik pada butang option "right ". Anda bandingkan sendiri dan buatlah kesimpulan, bahawanya kita masih memerlukan pertolongan terminal meskinpun GUI telah dipermudahkan.

Saya tahu buka terminal sangat senang Applications>Accessories>Terminal, yang susah mahu mengingatkan baris arahan! Sumpah sampai sekarang saya sendiri hanya tahu 2 - 3 kerat sahaja baris arahan dalam linux heee.heee.hee.. Apa perlu dibuat ialah simpan nota baris arahan dalam komputer anda, sebab senang mahu salin dan tampal sahaja. Mudah bukan?

Kes pertama, bagi anda yang terbiasa menggunakan Ctrl+C dan Ctrl+V (copy and paste); dalam terminal semasa mahu tampal (paste) fungsi Ctrl+V tidak akan berfungsi. Perlu digantikan dengan Shift+Ctrl+V

Kes ke dua, ada juga selepas tampal arahan pada terminal, ada yang tanya saya tiada apa-apa yang berlaku pun? Setelah puas saya cari jawapan, rupanya rakan saya ni, tidak tekan butang "ENTER"... Jadi, semua arahan yang ditaip atau ditampal pastikan tekan butan kekunci ENTER, barulah permintaan arahan akan ditunaikan..

Kes ketiga, semasa taip katalaluan; tidak muncul apa teks mahupun *****, ini bukan kerosakan pada terminal. Katalaluan yang anda taip memang diterima, cuma tidak dipaparkan sahaja. Jadi jangan panik, taip macam biasa dan tekan ENTER. Sebarang arahan yang ada perkataan yang di awalnya SUDO, akan meminta anda masukan katalaluan sebagai pengesahan anda ialah root kepada sistem.

06 Julai 2010

Memasang Mint Menu Pada Ubuntu 10.04

Mint Menu
Saya rasa ada di antara kita yang belum lagi mencuba Linux Mint. Distro ini merupakan antara yang popular dikalangan pengguna Linux amnya. Di pejabat saya, ada 1 komputer yang telah saya pasang ( komputer tersebut adalah kegunaan saya dahulu) dengan Linux Mint. Kini sedang digunakan oleh seorang perempuan yang tidak tahu menahu tentang ilmu komputer. Sehari dua sahaja beliau sudah dapat menguasai Distro ini.
 
Ialah amat mudah digunakan kerana Linux Mint dicipta di atas dasar Ubuntu dan Debian. Pokoknya sekarang, saya ingin menunjukkan bagaimana memasang Mint menu ini pada Ubuntu dan terpulang kepada anda samada lebih baik guna sahaja Linux Mint atau ikut tutorial saya ini.


Mint Menu ini pada dasarnya adalah menu Slab yang mana jika anda ikuti tutorial saya Memasang Gnomenu , di situ terdapat pilihan untuk Menu slab. Pastinya Mint Menu ini agak kemas dan tersusun indah selain penggunaannya yang amat flesksibel.

Pemasangan Mint Menu
(kredit kepada WebUpd8)

Tambahkan PPA MintMenu ke repositori melalui terminal, klik Applications>Accessories>Terminal. Salin dan tampal arahan di bawah:

sudo add-apt-repository ppa:webupd8team/mintmenu

Kemudian kemaskini repositori

sudo apt-get update

Setelah siap kemaskini, lakukan pemasangan MintMenu ini seperti berikut:

sudo apt-get install mintmenu

Semasa pemasangan, taipkan "Y" tanda anda bersetuju. Selepas siap, berikan sedikit ruang pada panel bawah hujung kiri. Dengan cara "move" ikon Show Desktop dan Windows List ke kanan sedikit. Cara ini ada dalam tutorial Memasang Gnomenu.

Klik kanan pada panel dan pilih "Add to panel", cari MintMenu dan tekan butang Add. Sekiranya MintMenu tiada dalam senarai cuba logout dan Login kembali komputer anda dan ulangi langkah terakhir ini. Sekian....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...