02 Oktober 2010

Memeriksa MD5

MD5 (Message-Digest algorithm 5, 128-bit cryptographic hash) secara ringkasnya diciptakan untuk memastikan fail yang dimuat turun adalah benar-benar asli daripada pihak yang mencipta fail tersebut, maksudnya jika kod md5sum tidak sama setelah di buat pemeriksaan; boleh jadi fail tersebut rosak, telah diubah oleh seseorang ataupun lain-lain perkara yang bersifat negatif.

Jika hasil daripada pemeriksaan md5sum tidak sama, bermakna anda perlu memuat turun semula fail tersebut. Contoh sekiranya kod md5sum Ubuntu.ISO tidak sama dengan yang asli, maka pemasangan Ubuntu akan menemui pelbagai masalah yang tidak diduga.

Memeriksa MD5SUM Pengguna Windows:
  1. Muat turun Hash Tab untuk Windows OS.
  2. Dwi klik untuk pemasangan Hash Tab Tersebut.
Berikut adalah contoh saya memeriksa/menguji md5sum Distro Zenwalk yang mana saya telah memuat turun 2 fail iaitu Zenwalk.ISO dan md5sum. Gambar 1 di bawah menerangkan bagaimana saya memulakan pemeriksaan md5sum ini menggunakan Windows XP.


Gambar 1 (klik pada gambar untuk besarkan)

1. Terdapat 2 fail iaitu md5sum (dalam bentuk text) dan imej ISO.
2. kod md5sum terpapar pada Notepad - ini kod asli.
3. Klik kanan pada imej ISO dan pilih properties.
4. Klik pada Tab "File Hashes" dan tunggu seketika, kod md5sum akan dipaparkan.
5. salin dan tampal md5sum asli (dlm kotak nombor 2) ke ruang Hash Comparison.
6. Muncul ikon "right"yang berwarna hijau jika kod md5sum adalah sama seperti yang asli.

Memeriksa MD5SUM Pengguna Ubuntu Linux.

Seterusnya saya ingin memeriksa md5sum Linumint 9 Xfce melalui Ubuntu pula. Gambar 2 juga menerangkan secara ringkas langkah-langkah menguji keaslian imej Distro ISO Mint ini melalui ujian kod md5sum.


Gambar 2 (klik pada gambar untuk besarkan)

1. Kelihatan ada dua fail di dalam direktori iaitu fail teks md5sum dan imej.ISO
2. Dwi klik pada fail md5sum untuk membuka kodnya melalui Geditor.
3. Klik kanan pada imej ISO distro tersebut dan pilih Properties.
4. Salin semua nama penuh pada ruangan "Name".
5. Buka Terminal: Applications>Accessories>Terminal dan arahkan kepada direktori di mana imej ISO tersebut berada.

Contoh saya: imej LinuMint 9 XFCE ini berada di dalam direktori media/MyData/Distro/Linumint9XFCE.

Saya andaikan imej ISO anda berada di dalam direktori Downloads. Jadi taipkan arahan ini pada terminal:

cd Downloads

Setelah itu, taipkan md5sum dan diikuti (setelah copy and paste) nama penuh imej yang ada dalam dialog properties yang dibuka sebelum ini. Pada terminal sepatutnya kelihatan seperti berikut:

md5sum linuxmint-9-xfce-cd-i386.iso

Tekan kekunci Enter dan tunggu seketika, dan akan muncul kod hasil pemeriksaan md5sum pada terminal. Sila buat perbandingan kod md5sum tersebut untuk menentukan keasliannya. Perbandingan kod md5sum ini saya buat "pakai mata" sahaja...

Selepas ini, tiada lagi alasan tidak tahu menguji MD5SUM. Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...