08 September 2008

Resepi Sup Tulang Rusuk

Sup Tulang Rusuk

Bahan-bahan:
  • 5 kg tulang rusuk dan daging
  • 1 kg lemak
  • 3 sudu besar perencah sup (dikisar)
  • 2 sudu besar ketumbar (dikisar)
  • 1 sudu besar lada hitam (dikisar)
  • 3 batang kayu manis (ditumis)
  • 1 sudu besar bunga cengkih (ditumis)
  • 1 sudu besar bunga lawang (ditumis)
  • 3 ulas bawanbg putih (dihiris dan ditumis)
  • 10 ulas bawang merah (dihiris dan ditumis)
Bahan Perisa:
  • Sedikit garam, serbuk perasa dan sos tiram
Bahan Untuk Sup:
  • 3 biji bawang besar (dipotong empat)
  • 1 inci halia diketuk
  • 10 keping asam keping
  • *kesemua bahan di atas direbus terlebih dahulu bersama dengan 20 liter air
Cara Membuatnya:
  1. Air yang direbus bersama bahan untuk kuah sup direbus sekali lagi bersama dengan tulang dan lemak sehingga empuk.
  2. Kemudian masukkan perencah sup bersama dengan bahan yang dikisar.
  3. Selepas itu, masukkan bahan yang telah digoreng tadi bersama dengan bahan perasa. Kacau dan biarkan ia hingga mendidih.
  4. Angkat dan hidangkan. Makan bersama roti kosong atau nasi putih. Selamat mencuba.

09 Ogos 2008

Resepi Nasi Dagang

Nasi Dagang

Bahan-bahan
8 cawan / 1 cupak beras siam
2 cawan beras pulut 1 biji kelapa - ambil santan pekat
6 ulas bawang merah - dihiris halus 2.5 cm. halia - dihiris halus
1 sudu makan halba garam secukup rasa

Cara membuatnya
Beras dibersih dan direndam dengan air selama lebih kurang 7 jam atau semalaman sebelum dikukus Letak pengukus atas dapur dan masukkan air. Bila air menggelegak, masukkan beras dan kukus sehingga separuh masak Angkat dan siramkan santan keatasnya dan kacau hingga rata. Kukus sekali lagi Bila masak, gaulkan nasi dengan halba, halia dan bawang yang dimayang tadi. Masukkan garam secukup rasa. Kacau sehingga rata dan sebati
Gulai Ikan Tongkol
Bahan-bahan
1 ekor ikan aya / tongkol yang sederhana besar
2 sudu besar ciliboh
2 sudu serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk jintan manis
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji kelapa 2 cm.
halia 2 cm. lengkuas
4 keping asam gelugur
2.5 cm. kunyit
2 sudu besar gula melaka
5 - 6 biji buah belimbing
10 biji lada kecil garam dan serbuk perasa secukup rasa
Cara membuatnya
Ikan dipotong berkeping-keping dibasuh dan dibersihkan. Kemudian direbus dengan sedikit air Masukkan garam, asam gelugur dan 2 hiris kunyit Biarkan sehingga mendidih dan hampir kering airnya. Diangkat dan biarkan sejuk ( Boleh juga disediakan sehari lebih awal atau disimpan satu malam kemudian dibuat gulai ). Bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan kunyit ditumbuk lumat Gaulkan bersama jintan manis, jintan putih dan ciliboh Perah 4 cawan santan dari sebiji kelapa tadi Masukkan ke dalam periuk dan jerangkan atas api Masukkan bahan-bahan yang telah digaul tadi kedalam santan bersama garam dan serbuk perasa. Kacau sehingga mendidih. Masukkan ikan yang telah direbus tadi, asam gelugur dan gula melaka. Biarkan ia mendidih sehingga menjadi pekat sedikit. Masukkan lada kecil dan buah belimbing Biarkan mendidih sehingga pecah minyak baru diangkat.
ACAR TIMUN (ACAR NASI DAGANG)
Bahan-bahan
2 biji timun
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
1 biji bawang besar
1 batang lobak merah (carrot)
2.5 cm. halia
4 sudu makan cuka
2 sudu gula Sedikit kapur sirih ( jika ada - untuk merapuhkan timun)
Garam secukupnya

CARA MEMBUATNYA
Timun, cili merah, cili hijau, bawang besar, dan carrot dipotong kecil memanjang lebih kurang 2.5 cm. Masukkan ke dalam sebuah bekas dan direndam dengan kapur sirih kira-kira 15 - 20 minit. Kemudian ditoskan. Cuka, gula dan garam dimasukkan ke dalam sebuah bekas. Kacau sehingga sebati dan rata. Masukkan semua bahan sayuran tadi ke dalam bekas itu dan kacau sehingga rata Biarkan kira-kira 15-20 minit baru dihidangkan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...