Memaparkan catatan dengan label Dell Inspiron. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dell Inspiron. Papar semua catatan

30 Julai 2010

Penyelesaian masalah Intel Kad Grafik Ubuntu 10.04


Hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda setelah memasang Ubuntu 10.04 LTS (Lucid Lynx) pada 2 buah komputer iaitu pada HP Desktop PC dan satu lagi pada Dell Inspiron mini 10. Di mana, Netbook Dell Inspiron ini telah saya pasangkan Ubuntu Netbook Edition (UNE) 10.04 pada minggu lepas.

1) Pemasangan UNE 10.04 pada Netbook Dell Mini Inspirion 10.


Sebaik sahaja membakar imej ISO UNE 10.04 ke pendrive menggunakan Netbootin, saya terus sahaja boot netbook tersebut melalui USB pendrive untuk proses pemasangannya. Nampaknya pemasangan Ubuntu 10.04 ini berjalan dengan baik sehingga selesai. Selepas menghidupkan Netbook Dell ini, seperti yang saya sudah jangka, Wifi tidak dapat berfungsi di mana netbook Dell ini menggunakan Wireless Network controller: Broadcom Corparation BCM4312 802. 11/g (rev 01). Tanpa berlengah, saya terus membuat sambungan terus kabel Local Area Network (LAN).

Pertama sekali, saya pilih server paling laju; biasanya di Malaysia melalui Aplikasi Software Sources. Saya pilih secara manual iaitu http://www.mirror.upm.edu.my/ubuntu. Kemudian saya membuat kemaskini, pasang Ubuntu Restricted Format, Mediubuntu dan beberapa perisian yang dirasakan perlu. Jadi untuk mengaktifkan Wifi pada Netbook Dell ini, saya hanya kompilkan kernel sahaja seperti arahan baris ini pada Terminal:

sudo apt-get install bcmwl-kernel-source

Setelah itu, restart; saya cabut LAN dan dalam beberapa saat Wireless Network controller sudah dapat mengesan Wifi. Kes kedua pula, saya cuba mengaktifkan Visual Effect (lihat gambar di bawah), tapi nampaknya fungsi ini tidak membenarkan saya membuat apa-apa perubahan. . (dikuncikan semua fungsinya pada Option Button)


Hasil berkat, usaha kesabaran mencari jawapan di internet bagi menyelesaikan masalah Video driver ini; saya akhirnya mendapat jawapannya. Pertama setelah dikenal pasti dengan menaip baris arahan pada terminal:

lspci

Dell Mini netbook ini menggunakan VGA compatible controller: Intel Corporation Mobile 945GM/GMS/GME, 943/940GML Express Integrated Graphic Controller (rev 03).

Jadi langkah seterusnya, saya pastikan semua driver Nvidia Kad Grafik di buang sepenuhnya. Melalui terminal, saya masukkan baris perintah berikut:

sudo apt-get --purge remove nvidia-*

Dan membuat semakan dalam Synaptic Package Manager bagi memastikan 3 benda di bawah adalah dipasang:

xserver-xorg-video-intel
xserver-xorg-core
libgl1-mesa-dri

Seterusnya, saya pasang "compiz" melalui Synaptic Package Manager. Mark pada compiz dan apply pada semua pakej yang dicadangkan. Setelah pemasangan selesai, saya restart netbook ini dan kembali semula kepada Visual Effect; di sini saya berjaya aktifkan pemacu kad grafik Intel tersebut.

2) Pemasangan Ubuntu 10.04 Pada HP Desktop komputer


***Saya tidak ingat model komputer HP ini, saya akan update kemudian.**

Masalah lain tidak timbul selepas sahaja pemasagan Ubuntu ini, kesnya sama seperti Netbook di atas di mana komputer HP ini menggunakan kad grafik Intel juga.

Saya cuba mengaktifkan Visual Effect kepada "Normal" dan "Extra", namun tidak berjaya dan keluar pesan error lebih kurang begini:

"desktop effects could not be enabled"

Apa yang saya buat ialah membuang semua pemacu kad grafik nVidia melalui Terminal:

sudo apt-get --purge remove nvidia-*


Dan Restart komputer...

Iya! nampaknya kaedah ini berjaya mengaktifkan pemacu Intel Graphic Card dan dapat menyelesaikan pemasangan pemacu Kad Grafik yang berketurunan Intel!..

Dengan pengetahuan saya yang cetek ini, dapatlah saya rumuskan bahawa jika sesuatu komputer didatangkan dengan Intel Graphic Card; anda harus membuang semua "nVidia" supaya hanya pemacu "Intel" sahaja yang berada di dalam OS Ubuntu anda!! Tapi ingat, mungkin 2 cara yang saya terangkan di atas berbeza dengan komputer-komputer di luar sana..

Saya harap berkongsian saya ini sedikit sebanyak mampu membuka mata anda untuk terus bersama Ubuntu...

27 Julai 2010

Menukar Desktop Enviroment UNE Kepada Gnome

Artikel ini khas buat pengguna Ubuntu Netbook Edition 10.04 (UNE)

Gambar 1 ialah rupa desktop Ubuntu Netbook Edition (UNE) 10.04 Lucid. Sebenar persekitaran meja ini boleh ditukar kepada Gnome Desktop seperti gambar 2 tanpa memasang perisian sampingan.

Gambar 1

Gambar 2

Cara-caranya:

Klik pada ikon power switch dan pilih Log Out. Semasa muncul skrin Login, klik pada username anda, pilih Sessions Gnome, masukkan katalaluan anda dan enter. Nah.. Persekitaran meja kerja anda akan berubah seperti gambar 2...

Jika anda tidak suka dan ingin kembali kepada sessions Ubuntu Netbook Edition lakukan perkara yang sama sebaliknya. Mudah bukan?

27 Disember 2009

Menukar Installer CD/DVD kepada ISO

Mungkin ada di antara kita yang pernah beli CD installer software-software tertentu (tak kiralah tulen ke palsu) contohya Photoshop, Windows dan lain-lain. Adalah bagus untuk simpan CD tersebut dan buat satu salinannya semula.

Tetapi anda mempunyai cara tersendiri untuk menyimpannya dalam bentuk softcopy ke dalam hard disk, maklumlah hard disk sekarang ini saiznya semuanya besar-besar, boleh simpan macam-macam.

Apa yang saya hendak berkongsi di sini ialah, bagaimana saya menukar installer (Windows 7 Starter dalam DVD) menjadi ISO untuk di pasang ke dalam Ubuntu melalui Virtual Box. Saya lakukan ini sebab saya tiada External DVD rom, sebab Netbook Dell mini 10 memang tiada DVD rom. Installer OS Windows ini saya dapat semasa membeli komputer mini tersebut.

Saya tidak mahu cerita aplikasi yang boleh di pasang pada windows untuk convert OS ini, sebab memang windows ada banyak pilihan converter. Cuma saya mahu tunjukkan cara ini melalui 2 kaedah mengunakan Terminal (command line) dan Brasero dalam Ubuntu.

Tukar ke ISO menggunakan Terminal

Oleh kerana saya ada sebuah lagi komputer yang ada DVD Rom yang sudah di pasang Ubuntu, saya pun masukan OS installer Windows 7 dan buka terminal (Applications>Accessory>Terminal), kemudian saya taip code berikut:

cat /dev/sr0 > /home/deensokmo/Win7Starter.iso

Di mana /dev/sr0 adalah nama peranti/cakera pada komputer. Untuk mengenalinya klik System>System Monitor>kemudian pilih TAB file system, anda akan nampak di sana.

"Win7Starter" saya reka untuk nama baru OS Windows.

Selepas taip code di atas, tunggu sehingga selesai.

Contoh yang saya buat di atas, bermaksud kerja-kerja convert akan diletakkan kedalam folder home saya dengan nama baru yang telah diberi.

Kemudian hasil imej ISO ini dapatlah saya pasang ke dalam Ubuntu melalui Virtual box dalam Netbook saya.

Tukar ke ISO menggunakan Brasero Disc Burner

Masukan CD/DVD installer ke CD Rom komputer anda. kemudian buka Brasero:
Applications>Sound & Video>Brasero Disc burner

Gambar 1
Klik Disc copy seperti dalam gambar 1

Gambar 2

Contoh CD yang saya buat ialah Operating System Linux wattOS-RC1; Gambar 2:
1. Installer CD yang dikesan oleh Brasero
2. Pilih "Image File"
3. Klik properties untuk membuat beberapa tetapan, akan muncul seperti Gambar 3.

Gambar 3

1. Berikan nama data yang hendak di tukar ISO tersebut.
2. Disc Image Type: pilih ISO
3. Cari lokasi folder untuk simpan ISO yang bakal dibuat.
4. Tekan "Close" selepas anda berpuas hati dengan ketetapan ini.
5. Tekan butang "Copy" spt Gambar 2 untuk memulakannya.

Gambar 4

Proses Copy CD installer kepada ISO sedang dilakukan. Setelah selesai, browse imej ISO di dalam folder yang anda telah simpan.

Imej ISO ini bolehlah berkongsi dengan rakan melalui USB pendrive...

Sekian..

02 Disember 2009

Dell Inspiron mini 10


Dell inspiron mini 10 Dengan Ubuntu Remix 9.10

2 Hari lepas, aku ke Low Yat di Kuala Lumpur dengan tujuan mencari dan membeli laptop. Hampir 1 jam dari tingkat 2 hingga ke tingkat 3 berlegar-legar, masuk kedai keluar kedai, bukan tiada laptop. Cuma cari harga yang paling murah. Kalau cakap pasal jenama, ini agak subjektif, masing-masing punya citarasa. Aku mencari komputer riba dalam harga anggaran RM1,700 free DOS (tanpa Windows), memang banyak pilihan, kelabu mata dibuatnya.

Speksifikasi yang dicari asal ada 3D efek sudah memadai, untuk ubuntu RAM pun tidak perlu besar sangat dan jika RAM512 pun sudah memadai. Sambil belek-belek laptop, terdetik hati ini mencuba Netbook (komputer riba mini). Mula dah... langsung aku tolak tepi laptop dan pasang niat ingin membeli Netbook. Dipendekan cerita, aku pun beli Dell Inspiron mini 10 pada harga RM1,299. Tapi sayang, komputer "cute" ini di datangkan sekali dengan Windows 7 starter edition. Cari punya cari yang tanpa DOS, memang tiada, aku ingat mahu beli sahaja di kedai dalam web site jomlinux. Tapi, kita ada pilihan kan? He..hee.hee..

Sebaik sahaja sampai di rumah, aku ON Windows 7 tersebut, tidak banyak beza dengan Vista dari segi luaran, aku malas nak selongkar Windows ini. jadi malamnya aku pun install UNR 9.10 (Ubuntu Netbook Remix) yang telah didownload awal-awal lagi. Kalau nak tahu UNR ini klik di sini http://www.canonical.com/projects/ubuntu/unr

Mula-mula aku bedah Partition C, 50G untuk ubuntu, 35G untuk Windows dan selebihnya 1xxG untuk NTFS sebagai Share folder. Proses memasang dual boot berjalan dengan sempurna selama 20 minit. Selepas itu RESTART, dan GRUB nampak cantik, aku klik ubuntu. Loading....

Alamak wifi tidak dapat berfungsi, nasib baik aku ada USB Wifi modem. Cucuk dan berfungsi dengan baik, aku pun mula mencari jawapan di internet terjumpa jawapannya dengan mengkompil kernel

sudo apt-get install bcmwl-kernel-source

Lepas tu, logout dan login semula. Alhamdulillah, semua dah ok, Webcam -OK, Mic-OK, resolution screen - OK, 3D effect - OK, Sound - OK, test dual monitor - OK, semua oklah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...