28 Disember 2010

Memasang Pakej Secara Tanpa Talian (Offline) Pada Ubuntu

Memasang, menaiktaraf dan mengemaskini sesuatu pakej mahu pun aplikasi secara tanpa talian mungkin disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

  • Menggunakan Ubuntu pada komputer yang tiada talian internet.
  • Talian internet yang sangat perlahan.
  • Tiada masa untuk memasang aplikasi tambahan pada komputer di rumah.
  • Sekadar berkongsi fail dengan rakan-rakan.
  • Menambah koleksi perisian sebagai backup.

Beberapa aplikasi di bawah yang boleh dipertimbangkan untuk pemasangan tanpa talian internet PC di rumah.


Entri pertama ini akan saya sentuh bagaimana menggunakan Synaptic Package Manager untuk pemasangan secara talian tertutup. Jika ada masa, akan saya sentuh berkenaan Keryx dan APTOnCD pada artikel seterusnya.

Mari kita mula: Contoh aplikasi: homebank

Pada komputer tanpa talian internet.


Langkah 1
Buatkan satu direktori baru dan namakannya homebank pada direktori Home anda.

Langkah 2
Buka Synaptic Package Manager melalui menu. Tandakan homebank "mark for installation" seperti gambar 1.

Gambar 1

Langkah 3
Synaptic Package Manager akan memaparkan senarai pakej yang perlukan (dependencies), gambar 2. Klik butang Mark untuk pengesahan keluar.

Gambar 2

Langkah 4
Kemudian, klik menu File>Generate Package Download Script. Lihat gambar 3.

Gambar 3

Langkah 5
Arahan seterusnya meminta anda supaya menyimpan skrip homebank ini. Jadi, namakan fail skrip ini sebagai "homebank" dan simpan ke dalam direktori yang telah diciptakan pada langkah 1 sebentar tadi.

Langkah 6
Salin dan tampal direktori homebank ke dalam USB Pendrive/Flash Disk.

Pada komputer (linux OS) yang ada talian internet

Langkah 7
Cucukan USB Pendrive tersebut dan buka direktori homebank, dwi klik pada skrip homebank dan pilih "Run in terminal". Sepatutnya seperti gambar 4 dan 5 di bawah yang mana fail .DEB sedang dimuat turun ke direktorinya.

Gambar 4

Gambar 5

Pada komputer tanpa talian internet.

Langkah 8
Terdapat beberapa cara untuk memasang pakej DEB tersebut dan saya sarankan hanya 2 cara iaitu:
  1. Buka Synaptic Package Manager, klik menu File>Add downloaded package. Hanya ikut arahan skrin untuk pemasangannya (sila jejak kepada direktori homebank pada USB Pendrive).
  2. Melalui aplikasi Terminal. Salin dan tampal direktori homebank terlebih dahulu dari USB pendrive ke Home anda. Buka aplikasi Terminal dan masukan baris perintah berikut.
cd homebank && sudo dpkg -i *.deb

Setelah siap pemasangan, tutup Terminal tersebut dan sekarang anda sudah boleh menggunakan aplikasi Homebank ini.

Untuk mengemaskini/menaiktaraf sistem, lakukan sama semua langkah di atas kecuali langkah 2 pergi ke menu Edit dan pilih "Mark all upgrades"

24 Disember 2010

Mencuba Opera Mobile Pada Ubuntu

Pelayar Web Opera sememangnya telah lama menyokong ubuntu sebagaimana persaingannya iaitu pelayar web Firefox, Chromium, Google Chrome dan lain-lain. Anda boleh memuat turun pelayar web Opera ini dan memasangnya pada ubuntu untuk versi desktop mahu pun komputer riba.

Namun tahukah anda, pelayar web Opera mobile yang cukup popular tersebut boleh juga dipasang dan dijalankan pada Ubuntu. Sesetengah versi yang dikeluarkan kebanyakannya adalah bersifat skrin sesentuh (touch screen). Bagaimana pun, anda tidak perlu risau kerana pembangunnya telah mengintergrasikan fungsi tersebut sesuai untuk tetikus dan papan kekunci komputer anda.

  1. Muat turun fail Opera Mobile .deb, dwi klik untuk pemasangannya.
  2. Sebaik sahaja dipasang, anda boleh mengubah saiz skrin asal, membuat beberapa ketetapan seperti fungsinya pada telefon bimbit sebenar.
Berikut adalah screen shot yang sempat saya tangkap.




Sekian. Selamat mencuba.

23 Disember 2010

Mengunci Gnome Panel Ubuntu 10.04

Jika anda perasan, dahulu saya ada menulis artikel mengembalikan Gnome Panel pada Ubuntu. Ini kerana Gnome-panel yang secara lalai berada pada bahagian atas dan bawah skrin komputer kita di mana ianya sangat mudah terpadam di atas sebab-sebab tertentu.

Jadi kali ini, saya ingin memberikan tip bagaimana kita boleh mengunci Gnome-panel ini bagi mengelakkan berlakunya kejadian seperti mana yang saya sebutkan tadi. Tidak salah saya, kaedah ini juga boleh dilakukan pada Ubuntu 10.10.

Mari kita mula...

Tekan kekunci Alt+F2 dan taipkan baris seperti berikut dan tekan butang Run. Llihat gambar 1.

gconf-editor

Gambar 1

Seterusnya, sila jejak apps/panel/global dan tandakan pada "lock_down" kemudian tutup kekotak konfigurasi ini. Lihat seperti gambar 2.

Gambar 2

Itu sahaja yang perlu anda lakukan. Sekian.

18 Disember 2010

Memasang Equalizer Pada Pemain Muzik Rhythmbox

Dalam artikel lepas saya pernah tunjukkan iaitu bagaimana Memasang Pulse Audio Equalizer pada Ubuntu , hari ini pula saya ingin berkongsi bagaimana boleh kita tambahkan plugin Equalizer pada pemain muzik Rhythmbox pada Ubuntu. Tutorial ini dibuat pada Ubuntu 10.04, sepatutnya 10.10 tiada masalah.

Mula-mula muat turun rbeq-1.4.tar.gz  dan pindahkan fail ini ke Home (nama anda); buka aplikasi Terminal (Applications>Accessories>Terminal) dan sila salin dan tampal baris arahan ini pada Terminal:

tar -xvzf rbeq-1.4.tar.gz -C ~/.gnome2

Sebaik sahaja dimasukan baris arahan di atas, ianya kelihatan seperti gambar 1 di bawah

Gambar 1

Seterusnya, tutup Terminal tersebut. buka Rhythmbox (Applications>Sound & Video>Rhythmbox); dan pergi ke Edit -> Plugins, lalu pilih "Rhythmbox Equalizer." Sila ikut seperti gambar 2 dan gambar 3.

Gambar 2

Tekan butang Close untuk mengakhiri tetapan. Kemudian klik pada menu Tools, pilih Set Equalizer.

Gambar 3

Sekarang anda boleh membuat tetapan jenis alunan muzik berdasarkan Equalizer yang telah dipasang seperti gambar 4 di bawah.

Gambar 4

Sudah siap. Selamat mencuba.

16 Disember 2010

Mudahnya Berkongsi Fail Melalui Dropbox

Dropbox adalah aplikasi yang dikhususkan untuk menyimpan data secara talian internet (online). Uniknya, aplikasi ini akan mencipta direktori yang sama pada komputer anda seperti direktori di dalam akaun dropbox. Jadi, semasa tiada talian internet anda masih lagi dapat mencapai direktori ini. Sebaik sahaja komputer disambungkan ke internet, Dropbox akan automatik Syncronise semua fail dan direktori. Mana-mana direktori (folder) yang ingin dikongsi dengan rakan, anda hanya perlu tentukan pilihan "sharing" dan masukan e-mel rakan anda.

Baiklah, untuk mula menggunakannya, anda harus membuat pendaftaran yang ringkas (macam facebook sahaja) untuk memiliki akaun Dropbox tersebut. Sesiapa yang belum lagi memiliki akaun dropbox, Klik Daftar Dropbox untuk memulakannya.

Selain boleh dipasang pada Ubuntu, ianya juga menyokong Windows, Mac, IPhone dan Android Phone serta lain-lain. Anda boleh muat turun Aplikasi ini melalui laman rasminya di www.dropbox.com. Pemasangannya amat mudah, kalau DEB tidak perlu saya jelaskan secara perinci; anda hanya perlu dwi klik sahaja. Begitu juga kepada pengguna Windows.

Terdapat beberapa pakej saiz simpanan (storage) yang disediakan,  pakej percuma yang ditawarkan  adalah cuma 2G sahaja.

Selamat mencuba.

09 Disember 2010

Akhirnya Huawei Bergabung Dengan Linux

Dalam artikel terbaru 6 Dec 2010, Salah satu syarikat pengeluar perkakasan telekomunikasi terbesar di China iaitu Huawei telah pun mendaftarkan dirinya sebagai ahli di dalam Linux Foundation. Anda boleh membaca maklumat lanjut di sini Huawei Joins Linux Foundation.

Seperti yang kita sedia maklum, sebelum ini para pembangun pemacu debian/Ubuntu amnya bertungkus-lumus mencipta script pemacu untuk sesetengah produk Huawei demi memenuhi permintaan pengguna peranti daripada syarikat ini. Diharapkan dengan terjalinnya hubungan ini, dapatlah mengurangkan karenah pemacu semua produk Huawei di dalam Linux khususnya. Harap-harap dia orang boleh hasilkan pemacu DEB yang akan memudahkan pemasangannya sekiranya versi Ubuntu yang seterusnya tidak dapat mengesan sesetengah produknya. Dan kalau boleh dimuatkan dalam senarai  Repository sebagaimana pemacu grafik Intel dan Nvidia. Nampaknya, hari ini telah banyak syarikat gergasi telah menyokong sumber terbuka, kita di Malaysia masih lagi mentah dalam mengenal dan mencuba sumber terbuka. Terasa amat kerdil dan menyesal apabila difikir-fikir kenapa baru setahun dua ini saya mengenali sumber terbuka.

Benarlah rakyat Malaysia sudah kaya, semuanya kalau boleh hendak dibeli meskinpun ada yang percuma. Fikirkanlah, timbang-timbanglah mana yang terbaik... 

Menghubungkan Peranti Bluetooth Dengan Ubuntu

Saya percaya, tip yang saya mahu kongsikan pada hari ini sudah ramai yang mengetahuinya cara-cara  menghubungkan peranti yang memiliki fungsi Bluetooth kepada komputer yang dipasangkan OS Ubuntu. Tip ini saya fokuskan kepada pengguna Ubuntu yang baru mahu berjinak. Seperti sedia maklum, kebanyakan peranti atau gajet yang mempunyai Bluetooth yang paling hampir dengan kita ialah telefon bimbit. Ada juga gajet lain yang memiliki peranti Bluetooth ini umpamanya kamera, pemain MP4, pemain MP3, perakam suara, Speaker dan macam-macam lagi. Namun tidak ramai yang memilikinya atau menggunakan kaedah Bluetooth tersebut kerana lebih selesa menghubungkan USB kabel yang sudah tentu lagi pantas dalam pemindahan data.

Tanpa bercakap banyak, mari kita mula bagaimana dapat kita berkongsi mahupun menghantar gambar yang ada pada telefon bimbit kita ke komputer ataupun Netboot yang dipasang dengan Ubuntu.

Langkah 1
Sudah tentu anda harus memiliki telefon bimbit yang menyokong pemacu Bluetooth dan kedua komputer anda perlu ada peranti-modem USB Bluetooth. Jika anda menggunakan komputer riba atau Netbook, peranti Bluetooth memang sudah terbina-dalam.

Gambar 1

Klik pada ikon Bluetooth seperti Gambar 1 dan pilih Set up new device. Jika anda memiliki jenis Desktop komputer sila cucuk USB Bluetooth terlebih dahulu, barulah ikon tersebut akan muncul secara automatik.

Langkah 2
Aktifkan Bluetooth pada telefon bimbit dan pastikan ianya tidak sembunyi. Setelah Set up new device dipilih, akan muncul kekotak pengenalan seperti Gambar 2 di bawah.

Gambar 2

Langkah 3
Tekan butang Forward, biarkan aplikasi ini mengesan kehadiran peranti atau telefon bimbit anda. Setelah dijumpai, nama peranti anda akan disenaraikan di dalam ruangan senarai peranti seperti Gambar 3. Klik butang Forward untuk langkah seterusnya.

Gambar 3

Langkah 4
Aplikasi Bluetooth dalam Ubuntu ini akan meminta nombor PIN untuk pengesahan seperti Gambar 4, sila masukan nombor tersebut pada telefon bimbit dan tekan butang Close untuk mengakhiri tetapan.

Gambar 4 

Pada telefon bimbit sila klik OK atau accept peranti Bluetooth pada Ubuntu ini di mana; nama komputer ini akan diiktiraf oleh peranti supaya tidak perlu lagi membuat tetapan ini setiap kali mahu berkongsi fail.

 Gambar 5

Perhatikan Gambar 5, sekiranya telefon bimbit anda menyokong rangkaian Bluetooth internet; sila tandakan pada Access the internet using your mobile phone untuk kegunaan kemudian hari.

Langkah 5
Lihat semula pada Gambar 1, pilih Preference dan akan muncul kekotak seperti Gambar 6 di bawah. Sila tandakan pada Make computer visible dan tekan butang Receive Files.

Gambar 6

Langkah 6
Kemudian, sila tandakan pada Receive files in Downloads folder over Bluetooth seperti Gambar 7 di bawah. Ada beberapa lagi ketetapan lain yang boleh anda cuba selepas ini bagi tujuan keselamatan dan lain-lain. Tekan butang Close untuk pengesahan keluar.

Gambar 7

Pada saat ini, kedua-dua peranti sudah pun saling mengenali antara satu sama lain. Jadi, seterusnya terdapat 2 cara untuk berkongsi fail atau gambar samada komputer ke peranti atau juga peranti ke komputer.


Berkongsi fail dari peranti ke komputer

Pilih fail atau gambar yang ingin dikongsi di dalam telefon bimbit anda, kemudian tandakan "mark" dan hantarkannya melalui Bluetooth, pilihlah nama komputer anda. Setelah fail tersebut berjaya dihantar akan muncul mesej seperti contoh Gambar 8 di bawah.

Gambar 8

Fail tadi boleh dicapai melalui direktori Home/Downloads Ubuntu anda.

Berkongsi fail dari komputer ke peranti

Klik pada ikon Bluetooth>Browse files on device (merujuk Gambar 1), kemudian jendela Nautilus akan memaparkan 2 storan yang ada pada telefon bimbit anda iaitu Phone memory dan Flashdisk memory. Salin dan tampal mana-mana fail yang anda inginkan di dalam 2 storan tesebut seperti biasa.

Selamat mencuba...

08 Disember 2010

Aplikasi Rosegarden Komposer Dalam Ubuntu

Anda seorang pengubah lagu, seorang pencipta lagu, atau mungkin juga bakal menjadi komposer terkenal? Saya rasa aplikasi percuma ini walau tidak secanggih mana, namun cukup untuk memerahkan keringat otak untuk menghasilkan alunan pelbagai irama daripada alatan muzik yang disertakan mengikut kemahiran masing-masing.


Klik pada imej untuk besarkan

Rosegarden salah satu aplikasi yang mudah digunakan dan tidak harus dilepaskan. Untuk memasangya, anda hanya perlu menaip "Rosegarden" di dalam Ubuntu Software Center, dan klik "Install" untuk pemasangannya.

Nota:
Jika anda seorang buta nota muzik, saya rasa jangan harap ianya semudah ABC!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...