09 Disember 2010

Menghubungkan Peranti Bluetooth Dengan Ubuntu

Saya percaya, tip yang saya mahu kongsikan pada hari ini sudah ramai yang mengetahuinya cara-cara  menghubungkan peranti yang memiliki fungsi Bluetooth kepada komputer yang dipasangkan OS Ubuntu. Tip ini saya fokuskan kepada pengguna Ubuntu yang baru mahu berjinak. Seperti sedia maklum, kebanyakan peranti atau gajet yang mempunyai Bluetooth yang paling hampir dengan kita ialah telefon bimbit. Ada juga gajet lain yang memiliki peranti Bluetooth ini umpamanya kamera, pemain MP4, pemain MP3, perakam suara, Speaker dan macam-macam lagi. Namun tidak ramai yang memilikinya atau menggunakan kaedah Bluetooth tersebut kerana lebih selesa menghubungkan USB kabel yang sudah tentu lagi pantas dalam pemindahan data.

Tanpa bercakap banyak, mari kita mula bagaimana dapat kita berkongsi mahupun menghantar gambar yang ada pada telefon bimbit kita ke komputer ataupun Netboot yang dipasang dengan Ubuntu.

Langkah 1
Sudah tentu anda harus memiliki telefon bimbit yang menyokong pemacu Bluetooth dan kedua komputer anda perlu ada peranti-modem USB Bluetooth. Jika anda menggunakan komputer riba atau Netbook, peranti Bluetooth memang sudah terbina-dalam.

Gambar 1

Klik pada ikon Bluetooth seperti Gambar 1 dan pilih Set up new device. Jika anda memiliki jenis Desktop komputer sila cucuk USB Bluetooth terlebih dahulu, barulah ikon tersebut akan muncul secara automatik.

Langkah 2
Aktifkan Bluetooth pada telefon bimbit dan pastikan ianya tidak sembunyi. Setelah Set up new device dipilih, akan muncul kekotak pengenalan seperti Gambar 2 di bawah.

Gambar 2

Langkah 3
Tekan butang Forward, biarkan aplikasi ini mengesan kehadiran peranti atau telefon bimbit anda. Setelah dijumpai, nama peranti anda akan disenaraikan di dalam ruangan senarai peranti seperti Gambar 3. Klik butang Forward untuk langkah seterusnya.

Gambar 3

Langkah 4
Aplikasi Bluetooth dalam Ubuntu ini akan meminta nombor PIN untuk pengesahan seperti Gambar 4, sila masukan nombor tersebut pada telefon bimbit dan tekan butang Close untuk mengakhiri tetapan.

Gambar 4 

Pada telefon bimbit sila klik OK atau accept peranti Bluetooth pada Ubuntu ini di mana; nama komputer ini akan diiktiraf oleh peranti supaya tidak perlu lagi membuat tetapan ini setiap kali mahu berkongsi fail.

 Gambar 5

Perhatikan Gambar 5, sekiranya telefon bimbit anda menyokong rangkaian Bluetooth internet; sila tandakan pada Access the internet using your mobile phone untuk kegunaan kemudian hari.

Langkah 5
Lihat semula pada Gambar 1, pilih Preference dan akan muncul kekotak seperti Gambar 6 di bawah. Sila tandakan pada Make computer visible dan tekan butang Receive Files.

Gambar 6

Langkah 6
Kemudian, sila tandakan pada Receive files in Downloads folder over Bluetooth seperti Gambar 7 di bawah. Ada beberapa lagi ketetapan lain yang boleh anda cuba selepas ini bagi tujuan keselamatan dan lain-lain. Tekan butang Close untuk pengesahan keluar.

Gambar 7

Pada saat ini, kedua-dua peranti sudah pun saling mengenali antara satu sama lain. Jadi, seterusnya terdapat 2 cara untuk berkongsi fail atau gambar samada komputer ke peranti atau juga peranti ke komputer.


Berkongsi fail dari peranti ke komputer

Pilih fail atau gambar yang ingin dikongsi di dalam telefon bimbit anda, kemudian tandakan "mark" dan hantarkannya melalui Bluetooth, pilihlah nama komputer anda. Setelah fail tersebut berjaya dihantar akan muncul mesej seperti contoh Gambar 8 di bawah.

Gambar 8

Fail tadi boleh dicapai melalui direktori Home/Downloads Ubuntu anda.

Berkongsi fail dari komputer ke peranti

Klik pada ikon Bluetooth>Browse files on device (merujuk Gambar 1), kemudian jendela Nautilus akan memaparkan 2 storan yang ada pada telefon bimbit anda iaitu Phone memory dan Flashdisk memory. Salin dan tampal mana-mana fail yang anda inginkan di dalam 2 storan tesebut seperti biasa.

Selamat mencuba...

1 ulasan:

decent berkata...

Please verify that the "Personal File Sharing" program is correctly installed.

npe error ni kua..
cmne nk enable kan personal file sharing ni dlm linux???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...