Dalam artikel terbaru 6 Dec 2010, Salah satu syarikat pengeluar perkakasan telekomunikasi terbesar di China iaitu Huawei telah pun mendaftarkan dirinya sebagai ahli di dalam Linux Foundation. Anda boleh membaca maklumat lanjut di sini Huawei Joins Linux Foundation.
Seperti yang kita sedia maklum, sebelum ini para pembangun pemacu debian/Ubuntu amnya bertungkus-lumus mencipta script pemacu untuk sesetengah produk Huawei demi memenuhi permintaan pengguna peranti daripada syarikat ini. Diharapkan dengan terjalinnya hubungan ini, dapatlah mengurangkan karenah pemacu semua produk Huawei di dalam Linux khususnya. Harap-harap dia orang boleh hasilkan pemacu DEB yang akan memudahkan pemasangannya sekiranya versi Ubuntu yang seterusnya tidak dapat mengesan sesetengah produknya. Dan kalau boleh dimuatkan dalam senarai Repository sebagaimana pemacu grafik Intel dan Nvidia. Nampaknya, hari ini telah banyak syarikat gergasi telah menyokong sumber terbuka, kita di Malaysia masih lagi mentah dalam mengenal dan mencuba sumber terbuka. Terasa amat kerdil dan menyesal apabila difikir-fikir kenapa baru setahun dua ini saya mengenali sumber terbuka.
Benarlah rakyat Malaysia sudah kaya, semuanya kalau boleh hendak dibeli meskinpun ada yang percuma. Fikirkanlah, timbang-timbanglah mana yang terbaik...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan