Dalam artikel lepas saya pernah tunjukkan iaitu bagaimana Memasang Pulse Audio Equalizer pada Ubuntu , hari ini pula saya ingin berkongsi bagaimana boleh kita tambahkan plugin Equalizer pada pemain muzik Rhythmbox pada Ubuntu. Tutorial ini dibuat pada Ubuntu 10.04, sepatutnya 10.10 tiada masalah.
Mula-mula muat turun rbeq-1.4.tar.gz dan pindahkan fail ini ke Home (nama anda); buka aplikasi Terminal (Applications>Accessories>Terminal) dan sila salin dan tampal baris arahan ini pada Terminal:
tar -xvzf rbeq-1.4.tar.gz -C ~/.gnome2
Sebaik sahaja dimasukan baris arahan di atas, ianya kelihatan seperti gambar 1 di bawah
Gambar 1
Gambar 2
Tekan butang Close untuk mengakhiri tetapan. Kemudian klik pada menu Tools, pilih Set Equalizer.
Gambar 3
Sekarang anda boleh membuat tetapan jenis alunan muzik berdasarkan Equalizer yang telah dipasang seperti gambar 4 di bawah.
Gambar 4
Sudah siap. Selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan