24 Ogos 2011

UBUNTU: U Nak?



U-B-U-N-T-U


Untuk insan biasa. Untuk insan yang kurang berada mampu memilikinya. Untuk insan yang baru berjinak, boleh menguasainya. Untuk insan yang mahu kebebasan boleh menggunakannya. Untuk insan yang takut kepada virus akan tenteram bersamanya.
Bukannya susah, melainkan rajin mencubanya. Bukannya tidak tahu, tapi malas menghampirinya. Bukannya kena bayar, tapi cari yang kena beli. Bukannya haram, tapi cari yang tidak halal. Bukannya tiada internet, tapi tidak mahu mencari. Bukannya tidak reti, tapi buat sombong. Bukannya tiada komuniti, tapi tidak mahu bergaul.
Usah risau, kita ada. Usah takut, kita ada. Usah pemalu, kami temankan. Usah kedekut, lontarkannya di sini. Usah bersedih, kita sedia mengukirkan senyuman. Usah menjauh, kami tidak ke mana. Usah mengata kami, kami telus, kami jujur dan kami ikhlas.
Nak ke tak nak? Kalau nak, setialah bersama kami. Nak senang? Berusahalah sedikit. Nak susah? Pakai yang lain. Nak mudah? Kami tunjukkan. Nak tahu? Kami paparkan. Nak kelainan? Kami usahakan. Nak bayar? Kami terima. Nak lagi? U Nak? Cari sendiri...
Tidak mustahil hari ini anda tahu, tahun depan baru gunakannya. Tidak kisah bila mahu bermula, yang penting anda tahu mengenainya. Tidak rugi anda tahu, sia-sia anda tinggalkannya. Tidak ada yang susah, jika rajin mempelajarinya.
Ubahlah pemikiran negatif, dunia penuh persaingan. Ubahlah perangai sombong, tunduklah pada kenyataan. Ubahlah sikap dengki mendengki, terimalah kelebihan dan kekurangan. Ubahlah minda kepada yang lebih positif. Ubahlah takut kepada kegagalan, tingkatkan semangat berjaya. Usaha tanda kejayaan, anda mampu mengubahnya!

Memasang Google Chrome Pada Ubuntu


Tidak perlu lagi diperkenalkan pelayar internet popular ini. Semua orang tahu, kalau ada yang tidak tahu pun pernah guna Chrome Browser ini. Rata-rata yang telah menggunakannya akan mengatakan ianya sangat ringan, lebih laju daripada pesaingnya yang terdekat iaitu Firefox.

Oleh kerana Firefox adalah pelayar web lalai pada Ubuntu, maka untuk menggunakan Google Chrome ini, sudah tentu anda perlu memasangnya terlebih dahulu. Cara pemasangannya adalah sangat mudah.

Muat turun

  • Klik di sini untuk muat turun.
  • Pada halaman tersebut sila pilih 32 bit .deb atau 63 bit .deb berdasarkan architecture CPU - Ubuntu anda.
  • Klik pada butang Accept and Install.


Pemasangan Google Chrome

Setelah siap muat turun fail google-chrome-stable_current_i386.deb, dwi klik sahaja untuk pemasangannya. Selepas siap pemasangan, untuk mengakses Chrome pada ubuntu 10.04 dan 10.10; Applications > Internet > Chrome. Manakala Ubuntu 11.04 dan 11.10, taip "chrome" pada dash menu.

Chrome ini akan sentiasa dikemas kini oleh sistem Ubuntu jika ada versi terbaru.

Sekian..

22 Ogos 2011

Lekuk-lekuk Ramadan

Lidah Pengarang:
Hampir 20 hari kita berada di bulan Ramadan, dan berbaki lagi lebih kurang 10 hari untuk kita raikan Aidilfitri.

Dalam bulan yang mulia ini, beberapa entri sempat saya muatkan meskin pun ada batasan masa. Berkat bulan ini juga ada satu perkara yang ingin dikongsi oleh saya yang mana pengasas blog MelayuBuntu telah menerima saya sebagai salah seorang penyumbang dalam blog yang terkenal itu.

Buat tatapan kepada pembaca blog saya yang budiman, semua tutorial, tips atau apa-apa perihal tentang Ubuntu secara rasminya akan saya menulis di Melayubuntu. Apa jadi dengan blog deensokmo ini? Blog saya akan diteruskan juga dengan Ubuntu, cuma saya sebagai penulis inginkan kebebasan dalam mengarang.

Maksud saya ialah, entri blog ini yang akan datang lebih menjurus kepada penggunaan Ubuntu secara peribadi, akan saya sumbatkan pelbagai distro lain yang ada hubungan dengan Debian/Ubuntu termasuk Lubuntu, Xubuntu dan Kubuntu atau apa-apa yang saya suka. Selain itu, lebih kepada penggunaan Ubuntu dalam harian.

Ramadan 2011 adalah permulaan langkah saya untuk lebih maju ke hadapan, rasa ingin bersatu dengan komuniti Ubuntu yang lain khususnya di Malaysia ini. Sebelum ini, saya rasa syok sendiri pakai Ubuntu ini, tidak mempunyai kepentingan untuk orang lain walau pun saya berkongsi pengalaman berdasarkan entri-entri yang lepas. Saya harap pengujung blog ini tetap memberi sokongan kepada Ubuntu Malaysia dan bukan kepada blog saya semata-mata.

Kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ShimGeek dan Zulmalc kerana memilih dan memberi kepercayaan kepada saya untuk sama-sama memajukan Sumber Terbuka di Malaysia ini. Siapalah saya untuk dibandingkan dengan mereka berdua, saya masih lagi budak hingusan yang perlukan "tuala" untuk mengesat hingus ini.

Akhir kata, saya deensokmo ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelma tidak lama lagi, semoga ukhwah sesama kita akan terus mekar.

19 Ogos 2011

Memasang Ikon Faenza Pada Ubuntu

Perkara yang menarik perhatian saya berkenaan Ikon Faenza ini ialah kerana ianya berbentuk segi empat sama berbanding dengan ikon yang lain, selain itu tumpuannya diserlahkan lagi dengan aneka warna. 2 Sentuhan inilah yang menjadi ikon Faenza digilai ramai oleh pengemar Distro linux amnya.


Hingga ke hari ini, ikon Faenza telah maju setapak ke depan dengan melancarkan versi terbarunya iaitu versi 1.0.

Terdapat 2 cara mudah untuk memasang ikon Faenza ini pada Ubuntu (10.04/11.10/11.04):

1. Pemasangan melalui aplikasi terminal

sudo add-apt-repository ppa:tiheum/equinox
sudo apt-get update
sudo apt-get install faenza-icon-theme

ATAU

2. Pemasangan dengan muat turun pakej

(a) Muat turun ikon Faenza melalui Deviantart.com (ada arahan pemasangannya di laman ini)
(b) Muat turun ikon Faenza melalui code.google.com, simpan fail faenza-icon-theme.tar.gz ke direktori yang anda suka; contohnya /home/Downloads kemudian ikut arahan di bawah.

Arahan pemasangan kaedah (b):

  • Klik kanan pada Desktop atau Wallpaper, pilih Change Desktop Background.
  • Muncul jendela Appreance Preference dan klik pada tab Theme.
  • Klik butang Install dan jejak (browse) faenza-icon-theme.tar.gz yang dimuat turun tadi.
  • Klik butang Open dan ikut arahan skrin selanjutnya hingga anda berjaya memasangnya.

Setelah siap memasang ikon Faenza, berikut pula adalah cara menukarkan atau mengaktifkan ikon tersebut pada Ubuntu.

  • Klik kanan pada Desktop atau Wallpaper, pilih Change Desktop Background.
  • Muncul jendela Appreance Preference dan klik pada tab Theme.
  • Klik butang Customise dan muncul jendela Customise Theme.
  • Klik tab Icon, dan pilih ikon samada Faenza, Faenza Dark, Faenza Darker atau Faenza Darkest berdasarkan keserasian tema Ubuntu anda.

Macamana, senang bukan? Sehingga bertemu kembali dilain masa. Sekian.

18 Ogos 2011

Cadangan Membuat Baju Ubuntu

Saya bercadang mahu buat baju yang bermotifkan Ubuntu. Baju seperti gambar 1 di bawah..

 Gambar 1

Siap juga aku lukis pakai inkscape dengan logo dan teks Ubuntu depan dan belakang.

Gambar 2 (klik pada gambar utk besarkan imej)

Kemas kini setakat 12/9/2011:

Senarai nama tempahan
  1. deensokmo: 3 helai (M). Bayaran  RM90
  2. nik mohd nazri: 1 helai (XL) Bayaran RM42
  3. william92: 7 helai (S, S, M, M, M, L, XL) Bayaran RM222
  4. Mohd Aidy: 1 helai (M) Bayaran RM36
  5. Mat Yamin Ismail: 3 helai (M, XL, XL) Bayaran RM96
  6. khai a 9000khai: 1 helai (M) Bayaran RM36
  7. Ahmad Nasir: 2 helai (XXL, XXL) Bayaran RM66
  8. Syareez: 1 helai (M) Bayaran RM36
  9. Ismajuri Ramli: 1 helai (L) Bayaran RM36
  10. Shim: 1 helai (M) Bayaran RM36
  11. Mohamad Syafiq Shairan: 1 helai (L) Bayaran RM36
  12. Fadhil Hussin: 2 helai (S, M) Bayaran RM66
  13. Sazli: 1 helai (XXL) Bayaran RM30
  14. abevanmon: 1 helai (XL) Bayaran RM36
  15. Mohd Rethudden: 1 helai (XL) Bayaran RM36
  16. MakLan: 1 helai (S) Bayaran RM36
  17. Mohd Ahmadi: 1 Helai (XL) Bayaran RM36
  18. Kewin Bin Konihing: 1 Helai (XL) Bayaran RM50
  19. Ahmad Muaz Muhaimin: 1 Helai (M) Bayaran RM36
  20. Margaret: 1 Helai (XL) Bayaran RM42
  21. Sahran Rossdi: 1 helai (M) Bayaran RM36
  22. Ahmad Aizuddin Aizat (ak47suk1): 1 helai (5XL) Bayaran RM46
  23. Mohd Amrie: 1 helai (M) Bayaran RM42
  24. Penunu Bunsen: 1 helai (XL)
  25. Suhaimi Hashim: 1 helai (MBayaran RM36
Jumlah: 37 helai

Bertulisan Biru di hujung nama ialah yang telah menjelaskan bayaran.

Sila semak betul-betul alamat anda supaya barang yang di hantar tidak tiba ke tempat lain dan butiran lain seperti nama penuh, nombor telefon, kuantiti serta saiz baju S, M, L, XL, XXL.

Tempahan masih dibuka dan dilanjutkan sehingga  8/9/2011 atau sehingga diberitahu kemudian  telah ditutup. 

Pengumuman!
Kepada mereka yang telah membuat tempahan bolehlah menjelaskan bayaran sepenuhnya seperti jumlah berikut:
Kuantiti 1 helai = RM30, (kecuali saiz 5XL RM40)
Kos ambil sendiri (self collect) = tiada cas
Kos penghantaran Semenanjung = RM6
Kos Penghantaran Sabah/Sarawak = RM12

Pengiraan jumlah bayaran di mana X adalah jumlahnya: 
X = (Kuantiti X RM30) + Kos penghantaran

Bayaran hendaklah ke akaun saya:


Nama Bank: Maybank Berhad
Nama pemilik akaun: Kamarudin bin mahmood
No akaun: bayaran tidak lagi diterima

Setelah bayaran penuh dibuat, sila emelkan kepada saya deensokmo@gmail.com resit/pengesahan maklumat transaksi tersebut seperti No. rujukan resit, nama anda, Nombor telefon, jumlah bayaran, tarikh dan masa. Kegagalan berbuat demikian akan menimbulkan kesukaran untuk dikemaskini status pembayaran anda dan kelewatan mencetak baju. Contoh status bayaran yang dijelaskan sepenuhnya adalah seperti deensokmo di dalam senarai di atas.

Sebarang pertanyaan berhubung pembayaran dan lain-lain boleh hubungi saya 019-2263574 atau sila  emelkan kepada saya deensokmo@gmail.com

Membuang Semua Pakej Cairo Dock Daripada Ubuntu


Ada seorang sahabat kita gagal membuang (uninstall) Cairo Dock sepenuhnya melalui Synaptic Package Manager setelah beliau mengikuti cara-cara pemasangan Cairo Dock pada tutorial saya yang lepas. Baiklah saya akan bentangkan di sini bagaimana boleh kita membuang Cairo Dock tersebut.

Mula-mula buka Aplikasi Terminal dan nyahkan Cairo Dock daripada hidup (running)

killall cairo-dock

Kemudian barulah buang cairo-dock tersebut

sudo apt-get --purge remove cairo-dock-*

Selepas itu, buat cucian sebaik-baiknya

sudo apt-get clean

Ok, sekarang cuba log out dan log in semula adakah Cairo Dock masih wujud atau tidak...?


Sekian.

17 Ogos 2011

Menghubungkan Uget Download Manager Dengan Firefox

Terdapat banyak aplikasi muat turun yang boleh dipasang pada Ubuntu. Sebelum ini saya pernah menguji kelajuan muat turun DownThemAll (DTA) iaitu extention kepunyaan Firefox Browser, namun daripada pemahaman saya dapatlah saya akui sekarang bahawa menggunakan satu-satunya aplikasi tunggal yang hanya bekerja untuk muat turun data lebih efeksi berbanding menggunakan extention pada Firefox. Ini kerana, selain muat turun fail; dalam pada masa yang sama firefox juga digunakan  untuk tujuan-tujuan lain seperti melayari laman internet, Adobe Flash sentiasa bersedia yang memungkinkan memakan memori PC dan lain-lain sebab. Kerana itu tidak hairanlah mengapa Internet Download Manager (IDM) menjadi kegilaan para pengguna Windows, kerana ia hanya bertugas untuk muat turun sahaja, tiada pincang tugas berlaku semasa fail-fail sedang di muat turun.

Jadi benarlah software yang bersifat demikian lebih cemerlang berbanding extension browser. Kali ini Uget Download Manager menjadi pilihan saya untuk diketengahkan kerana Uget memiliki antara muka yang sangat mudah dan senang digunakan selain daripada Wget, JDownloader, Kget dan lain-lain.

Antara ciri-ciri baru Uget (versi 1.8.0 - stable):

  • Pengguna boleh mengawal kelajuan per muat turun
  • Pengguna boleh melihat Sort muat turun di dalam "All" kategori
  • Penetapan jadual muat turun
  • Wajah baru cop-masa (timestamp)
Selain itu, Uget juga boleh berhubung dengan Torrent mahupun Metalink dengan mengaktifkan Plugin terlebih dahulu. Untuk tugas ini, pengguna perlu memasang pakej aria2 melalui Synaptic Package Manager. (Gambar 1)
Gambar 1

Memasang Uget (Ubuntu 10.04, 10.10, 11.04)

Anda boleh memasang Uget melalui Ubuntu Software Center jika tidak kisah kepada versi, jika mahu versi terkini; pemasangan adalah melalui Uget PPA rasmi. Buka aplikasi terminal dan masukan baris perintah berikut:

sudo add-apt-repository ppa:plushuang-tw/uget-stable
sudo apt-get update
sudo apt-get install uget

Jika anda sudah memasang Uget sebelum ini, hanya naiktaraf selepas kemaskini:

sudo apt-get upgrade

Perhatian! - Sila selesaikan semua muat turun yang sedia ada sehingga selesai barulah boleh upgrade.. jika tidak semua data yang sedang dimuat turun akan dipadamkan jika anda berkeras mahu menaiktaraf versi Uget ini. Abaikan mesej ini jika tiada muat turun yang sedang berjalan.

Sampai di sini anda sudah siap memasang Uget dan boleh mengunakannya untuk memulakan proses muat turun fail. Berbalik kepada tajuk entri saya kali ini, akan saya tunjukkan bagaimana ianya boleh berhubung secara automatik dengan firefox supaya sebaik sahaja fail muat turun dikesan oleh Firefox, maka Uget sudah bersedia untuk menjalankan tugasnya tanpa kita menjalankan apikasi Uget.

Untuk manjadikan Uget dapat berinteraksi dengan Firefox, kita perlu melantik "orang tengah" untuk tugas ini. Orang tengah yang saya maksudkan tersebut ialah Extention FlashGot. Untuk memasang FlashGot apa yang perlu dilakukan ialah hanya mencari dan pasang FlashGot melalui fungsi Add On pada Firefox.

Saya andaikan anda sudah memasang Flashgot (jangan lupa restart Firefox selepas pasang extention ini). Seterusnya klik menu Tools pada Firefox dan sila rujuk arahan Gambar 2 dan Gambar 3 di bawah.

Gambar 2 (klik untuk besarkan imej)

1 - klik Extenstions
2 - klik Preferences
3 - dalam tab General pilih Uget
4 - klik tab Flashgot Media

Gambar 3

Setelah klik pada tab FlashGot Media, pilih Uget dalam kotak senarainya dan klik butang OK untuk mengakhiri pengesahan.

Lihat Gambar 4 di bawah sebaik sahaja saya menguji fungsi extentions FlashGot pada Firefox, iannya terus dihubungkan kepada Aplikasi Uget.

Gambar 4

Saya harap tip yang saya paparkan kali ini dapat melancarkan proses muat turun fail yang besar-besar terutamanya kepada mereka yang selalu menghadapi gangguan internet yang perlahan dan kadangkala terputus.

Sekian..

13 Ogos 2011

Enjin Carian Google Untuk Ubuntu


Saya rasa sudah lama enjin carian Ubuntu berasaskan enjin Google ini dilancarkan. Cuma saya sahaja yang kurang cakna. Hasil gabungan daripada Google + Ubuntu menjadi googlubuntu (http://www.googlubuntu.com/). Laman carian ini memudahkan mencari berita, tip, tutorial, trik dan pelbagai lagi permasalahan yang mungkin boleh dijawab dengan pantas.

Setiap teks yang ditaip padanya akan dihubungkan atau diarahkan ke laman yang popular seperti Ubuntu.com, Kubuntu.com, Edubuntu.org, Launchpad.net, ubuntuforums.org, 
Kubuntuforums.net, ubuntuguide.org, getdeb.net, google groups «ubuntulinux» and «kubuntu», ubuntu-es.org, kubuntu-es.org, planetubuntu.es, ubuntips.com.ar, guia-ubuntu.org, cesarius.net, tuxpepino.wordpress.com, ubuntulife.wordpress.com dan lain-lain.

Di bawah kotak carian, terdapat 5 ikon teras kepada Ubuntu, Kubuntu, Edubuntu, Xubuntu dan UbuntuStudio. Cara menggunakannya ialah ayat boleh disingkatkan kata cariannya, cuba lihat 2 perbezaan ini di antara  versi google.com dan googlubuntu:

melalui Googlubuntu:
install libreoffice

melalui google.com
how to install libreoffice on ubuntu

Jadi, jangan lupa ditandakan (bookmark) googlubuntu pada browser Firefox atau Chrome anda!

Sekian.

05 Ogos 2011

Muat Turun Percuma Ubuntu Game Pack 11.04


Saya rasa inilah kali pertama entri saya yang menyentuh berkenaan Permainan Komputer pada Ubuntu, selalunya saya memasang beberapa permainan melalui Ubuntu Software Center sahaja. Itu pun malas mahu bermain, memandangkan saya bukan kaki permainan komputer, jadi saya tidak pandai mengulas lanjut berkenaan permainan komputer ini.

Baru-baru ini telah dilancarkan Ubuntu Game Pack 11.04 dalam 5 DVD secara berasingan yang boleh dimuat turun secara percuma di mana terdapat 156 permainan kesemuanya. Kelebihan Game Pack 11.04 ini ialah pemasangannya tidak memerlukan talian internet (offline installer). Daripada pemahaman saya, pemasangan permainan ini adalah dengan menjalankan Script autorun.sh yang dibekalkan pada setiap DVD melalui root. Berikut ialah senarai permainan yang dibekalkan pada setiap DVD tersebut.

DVD 1 (bersaiz 4.3GB) 47 permainan
FPS (First Person Shooter)
  • Optimized Urban Terror - Optimized Urban Terror client binary
  • Vavoom - Quake-like game
  • Enemy Territory: Quake Wars (Demo) -
  • Smokin 'Guns - Quake 3 engine is based on the games of the "Old West's"
  • OpenArena - a three-dimensional fast-paced first-person shooter
Arcade
  • Pingus - game is created based on the game Lemmings (Lemmings)
  • Frogatto - 2D platformer game starring a quixotic frog
  • Streets of Rage Remake -
  • Sonic Robo Blast 2 -
  • Open Sonic - Game based on the "Sonic the Hedgehog"
  • Neverball - 3D game with a sloping floor
  • THE SCND GENESIS - Fighting game bases on webcomic
  • xmoto - 2D motocross game
  • scorched3d - 3D game artileriyskaya similar Scorched Earth
  • Legends - Fast-paced FPS online multiplayer game
  • wormux - 2D game funny
  • Lugaru HD - Third-person action game about an anthropomorphic rebel bunny rabbit
  • irrlamb - 3D Physics Game
  • Go Ollie! - Go Ollie!
  • BZFlag - 3D-game first-person tank battle
  • S.C.O.U.R.G.E. - Many game platform with open source
  • AstroMenace - 3d shooter
  • OpenLieroX - Worms clone with support for online play
  • Bombic - like Bomberman Game
  • Capitan Sevilla - Seville Save from the evil Dr. Torrebruno
  • teeworlds - online 2D shooter
  • ardentryst - Action / RPG focused on story and character development
  • Hedgewars - Playing in the style of Worms
  • D2X-XL - Descent 2 game port
  • TORIBASH! - Fighting a new generation
  • Yo Frankie! - 3D platform game of this generation
  • Paintown - Paintown 2D fighting game
  • Secret Maryo Chronicles - a running and jumping games like Super Mario World
  • Hannah's Horse - Aimed at children playing in the style of Pacman
  • Rocks'n'Diamonds - Arcade game
  • SuperTux - 2D arcade classic in the genre of "jump 'n run" in the title role in Tux'om
  • I Have No Tomatoes - tomato game of destruction
  • Armagetron - 3D Tron-like high speed game
  • Battle Tanks - "tanks" with multi-user mode and split screen
  • Extreme Tux Racer - 3D racing game with Tux, the penguin Linux
  • Atomic tanks - tank battles
  • Trackballs - The balls in the maze
  • LBreakout2 - Game-type ball-and-paddle with nice graphics
  • Blob Wars: Episode II - three-dimensional game-shooter
  • BRIQUOLO - 3d Breakout at a rapid pace
  • Nikwi - platform game where your task - to collect candy
  • Neverputt - Miniature Golf 3D

DVD 2 (bersaiz 4.3GB) 17 permainan
Arcade
  • asylum - a shooter platform
  • goonies - a remake of the 8-bit 'The Goonies'
  • Robombs - free multiplayer 3D game like Bomberman
Logic and Puzzle
  • PyTraffic - a Python version of Rush Hour
  • Caph - Playing like "sand box", based on the laws of physics.
  • Numpty Physics
  • OGS Mahjong
FPS (First Person Shooter)
  • America's Army - v.2.5.0 -
  • Assault Cube - realistic first-person-shooter
  • World of Padman - World of Padman client
  • Warsow - fast 3D first-person shooter
  • Red Eclipse - Single-player and multi-player first-person ego-shooter
  • Alien Arena - A single 3D online first-person shooter
  • Enemy Territory - multiplayer shooter
  • Blood Frontier - single and multiplayer first-person shooter
  • True Combat Elite - An Enemy Territory modification
  • tremulous - People against strangers. Command shooter with elements of real-time strategy

DVD 3 (bersaiz 4.3GB) 28 permainan
Arcade
  • Steel Storm - Episode 1
FPS (First Person Shooter)
  • Revenge Of The Cats - Fast-paced, team multiplayer FPS
  • nexuiz - swift 3D first-person shooter
  • Sauerbraten - shell game 3D first-person
MMORPG (massively multiplayer online role playing)
  • Savage XR
  • Daimonin Online
  • RuneScape
  • IConquerU
  • Auteria Online
  • Tibia Online
  • Regnum Online
  • Online Wakfu
  • Eternal Lands - the client package for Eternal Lands, a free MMORPG
  • Project Diaspora - 2D Space Trading MMORPG
RPG (RPG)
  • SoulFu - Graphical role-playing game similar to Rogue
  • Lips Of Suna - game with elements of action-RPG
  • Warlock's Gauntlet - Dyablopodobnaya game
  • Freedroid RPG - RPG based on the isometric Paradroid
  • The Ur-Quan Masters - Intergalactic Adventure
Logic and Puzzle
  • jag - 2D arcade puzzle
  • OpenAlchemist - Open Alchemist
  • 5Ball - a small application logic
  • vertris - Tetris clone
  • Deadly Cobra - like the classic game Nibbles (tm)
  • Zaz - puzzle game
  • Biniax-2 - logic game with arcade and tactical mode
  • PipeWalker - string any all computers in network
  • Fish Fillets - pazlovaya game about witty fish, save the world

DVD 4 (bersaiz 4.3GB) 27 permainan
Racing in cars
  • Super TuxKart - a game in racing karts
  • StuntRally - Rally game with stunt elements
  • VDrift - Cross-platform open simulator
  • Speed ​​Dreams - racing simulator
  • Tile Racer - 3D stunt racing
  • The Open Racing Car Simulator - a three-dimensional (OpenGL) racing simulator
Space
  • NAEV - 2D game competition in trade
  • Funguloids - space-flying-mushroom-picking-simulator game
  • The Babylon Project - Babylon 5 modifications for FreeSpace 2 SCP
  • Oolite - Oolite cosmological simulation for portable GNUStep / OpenGL linux
Strategy
  • OpenRA
  • Freeciv - Civilization turn-based strategy
  • Pax Britannica - One-button real-time strategy game
  • TripleA - Turn-based strategy
  • megaglest - a free 3D real-time customizable strategy game
  • FreeCol - a free version of Colonization
  • Warzone2100 - 3D strategy relnogo time
  • UFO Alien Invasion - create your team and stop the aliens
  • Spring RTS - real-time strategy
  • 0 A.D. - A war / economy strategy game
  • Widelands - fantasy real-time strategy
  • Bos Wars - a futuristic real time strategy
  • 8Kingdoms - 3D turn-based strategy
  • MegaMek - Network Java clone BattleTech
  • The Battle for Wesnoth - a turn-based strategy - full versya
  • Globulation 2 - an innovative cutting edge real-time strategy
  • netPanzer - online multiplayer tactical game

DVD 5 (bersaiz 2.9 GB) 37 permainan
Simulators
  • corsix-th - Open source clone of Theme Hospital
  • OpenTTD - a new implementation of Transport Tycoon Deluxe with enhancements
  • Zero Ballistics - a mixture of first-person shooter and tank battles
  • Snowglobe - a new viewer for Second Life
  • Flight Gear Flight Simulator - Flight Simulator
  • Unknown Horizons - RealTime economic simulator with strategy elements
  • CRRCsim - flight simulator on an airplane
  • Simutrans - transportation simulator
  • Lincity - town-planning simulator with sophisticated graphics
  • GL-117 - Flight simulator
  • Danger from the deep - submarine simulator
  • openBVE - Train Simulator Driving
  • The Powder Toy - Physics sandbox game
Strategy
  • FreeOrion - turn-based game, which aims to space exploration and conquest of the galaxy
  • Glest - Free 3D strategy
Sport
  • Maxi Mini Golf
  • Underworld Hockey Club - 3D Arcade Hockey from the Underworld
  • Free Tennis - Realistic simulator of tennis.
  • DreamChess - 3D Chess
  • Foobillard - three-dimensional billiards, use OpenGL
  • BillardGL - three-dimensional billiards
Commercial
  • Soldier of Fortune
  • FizzBall (Demo)
  • World of Goo - DEMO - a puzzle game with an emphasis on physics.
Editors
  • Sandbox Game Maker - 3D game developed by corporate for children
  • Syntensity - A platform for 3D games
Space
  • Vegastrike - 3D space battles
Logic and Puzzle
  • Angry Drunken Dwarves - a puzzle of "falling blocks"
  • Frozen-Bubble - bursting balloons!
  • JAMP - Game on responsiveness
  • Nimuh - puzzle game based on the "Theseus and the Minotaur Mazes"
  • Too Hard For You - It's too hard for you
Music
  • sm-ssc - Advanced fork of StepMania
  • Performous - karaoke with support for custom songs
  • StepMania - Dance simulator.
  • Frets on Fire - a game for training musical skills, fast fingers
  • Arcade
  • Warlock's Gauntlet - a dynamic shooter with a top
ke semua 5 DVD permainan ini boleh di muat turun daripada URL di bawah ini:

Perhatian: terdapat beberapa permainan yang disenaraikan ini berbentuk komersial, harap maklum.

02 Ogos 2011

Perlukah Ubuntu Kepada Antivirus?

Menjawab kepada tajuk ini, terdapat 2 jawapan samada perlu atau tidak  untuk Ubuntu dipasang antivirus.
Dalam artikel kali ini akan saya jelaskan secara sepintas lalu berhubung keperluan ini.

Hampir 3 tahun saya menggunakan Ubuntu ada komputer yang saya pasang antivirus dan ada yang tidak dipasang antivirus. Secara dasarnya, sepanjang tempoh 3 tahun yang telah berlalu, saya sudah tidak ambil peduli lagi pasal virus. Dari mana ianya datang, daripada siapa, untuk apa antivirus dan boleh dikatakan langsung tidak mahu tahu lagi pasal virus-virus ini.

Sesuatu ketenangan dapat saya rasakan sejak menggunakan OS Ubuntu ini. Tidak saya nafikan, Windows masih lagi menjadi Sistem Operasi kedua saya kerana sebab-sebab kerja di pejabat. Ketenangan tanpa gangguan virus inilah yang mejadi penyebab utama saya menghasilkan Blog berkaitan Ubuntu. Meskin pun blog saya mempunyai jumlah pengujung yang boleh dibilang jari, namun itu bukan halangan saya. Dengan penuh ikhlas, tanpa rasa dipaksa, saya akan terus menaip walaupun ilmu Ubuntu saya tidak terkehadapan seperti orang lain. Setidak-tidaknya sumbangan saya yang sekecil ini dapat membuka minda bahawa kita ada pilihan untuk menggunakan Sistem Operasi selain daripada Windows.

Berbalik kepada tajuk entri, berikut adalah alasan kenapa Ubuntu perlukan kepada Antivirus:
  1. Mengimbas pemacu OS Windows pada PC.
  2. Mengimbas rangkaian data Windows-based di dalam pelayan mahupun cakera keras.
  3. Mengimbas mesin yang dikuasai Windows dalam rangkaian yang sama.
  4. Mengimbas data yang mahu dihantar kepada rakan yang menggunakan mesin Windows.
  5. Mengimbas e-mail sebelum di hantar semula kepada rakan yang menggunakan Windows.
  6. Sesetengah Virus Windows boleh mengaktifkan dirinya di dalam sistem WINE.
  7. Teori kemungkinan Virus Linux boleh merebak dalam sistem Ubuntu.
Manakala Ubuntu tidak perlukan sebarang antivirus jika anda tidak kisah kepada 7 perkara yang saya nyatakan di atas. Nasihat saya jika anda pengguna Ubuntu, janganlah mempunyai kepentingan diri sendiri atau dengan sengaja tanpa memikirkan nasib rakan kita yang menggunakan Windows. Walaupun mereka membeli perisian tulen Antivirus, ini tidak bermakna anda boleh abaikan tanggunjawab anda untuk menjaga kententeraman mereka.

Seterusnya, apakah jenama antivirus Windows yang serasi dengan Linux Ubuntu? Percuma atau berbayar? Kalau sudah kena bayar, baik jangan guna Ubuntu betul tak?

Baiklah, di bawah saya senaraikan Antivirus yang boleh dipasang pada Ubuntu:

Antivirus Sumber Terbuka
  1. ClamAV Antivirus
  2. ClamTK - GUI untuk Gnome
  3. KlamAV - untuk KDE desktop
Versi percuma proprietari Antivirus
  1. Avast! Linux Home Editions - Maklumat lanjut tentang Avast! di Wikipedia dan cara pemasangan Avast disediakan oleh UbuntuGeek. Product key Avast! tidak boleh dipakai melainkan hubungi syarikat terbabit dan tunggu pengesahan daripada mereka.
  2. AVG Antivirus - AVG sangat popular dikalangan Windows. Seperti pengeluar antivirus yang lain, ianya dapat bekerja dengan baik bila mengesan fail tercemar, namun tidak mampu membuang kesan jahat ini dan tidak dipindahkan ke direktori kurantin. Di sini terdapat maklumat lanjut AVG untuk Ubuntu.
  3. Avira Antivirus - Memerlukan Java supaya dapat menggunakan GUI.
  4. BitDefender Antivirus - Limited Time Trial, maklumat lanjut boleh diakses pada dokumentasi oleh komunitinya.
  5. Panda Antivirus - saya rasa perisian ini sudah tidak dikemas kini lagi, namun terdapat ciri-ciri hebat yang mungkin boleh membantu anda untuk mengengkang kehadiran Virus Windows.
  6. F-PROT Antivirus for Workstations (home users) - Percuma untuk persendirian. Boleh dipasang GUI, namun ramai yang mengatakan terdapat banyak kerja-kerja manual untuk memasangnya seperti XFProt.
  7. Lagi senarai Antivirus untuk Linux di dalam Wiki List.

Ringkasan kenapa Ubuntu Linux jarang atau tidak terdedah kepada Virus.

  • Sistem Linux berjalan dalam mod pengguna biasa, bukan pengurus tadbir (Root atau administrator)
  • Terdapat banyak sistem pemerhati, tiada tempat untuk Virus atau Malware bersembunyi.
  • Semua aplikasi dan pemacu dalam Ubuntu dikemas kini oleh Synaptic Package Manager yang 100% selamat.
  • Software dipasang melalui Repositori dan bukan datang daripada laman internet yang tidak dikenali.
  • Elegan, kod keselamatan dikuasai oleh Admin, bukan pengguna biasa.
  • Kebebasan yang jitu terletak pada pengguna samada mahu pasang dan jalankan sesuatu perisian atau tidak. Bila dipadamkan sesetengah aplikasi, ke semua pakej yang berkaitan turut dinyah daripada sistem.
  • Tiada syarikat atau individu mendapat keuntungan daripada perisian antivirus.
  • Dan lain-lain yang tidak terlintas pada fikiran saya buat masa sekarang.
Kesimpulannya, anda mesti pasang Antivirus demi untuk  rakan anda yang menggunakan Windows dan anda sebagai pengguna Ubuntu rajinlah kemas kini demi keamanan semua pihak.

Pesanan: Taip perkataan virus di dalam enjin carian dalam blog ini untuk melihat entri berkaitan.

Sekian...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...