Memaparkan catatan dengan label Muzik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muzik. Papar semua catatan

24 Oktober 2011

umPlayer: Muat Turun Video YouTube Dan SHOUTcast Radio Pada Ubuntu

Gambar 1

umPlayer bukan sekadar pemain muzik dan pemain video yang biasa, seperti juga pemain VLC yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Antara ciri-ciri utama yang membuatkan saya berminat dengan umPlayer ini ialah:
  • Muat turun video daripada Youtube
  • SHOUTcast Radio - mendengar radio internet
  • Sebagai pemain muzik
  • Sebagai penayang video
Pemasangan umplayer (kredit kepada Webupd8.org)
Menambahkan PPA umPlayer pada Ubuntu (Ubuntu 10.04, 10.10, 11.04, 11.10) dan pemasangannya dengan menyalin dan tampal baris arahan berikut pada terminal:

sudo add-apt-repository ppa:webupd8team/umplayer
sudo apt-get update
sudo apt-get install umplayer

Jika umPlayer gagal dihidupkan, ini adalah berpunca daripada isu "subtitles", jadi perlu dinaik taraf melalui PPA MPlayer harian (MPlayer daily builds PPA):

sudo add-apt-repository ppa:motumedia/mplayer-daily
sudo apt-get update
sudo apt-get dist-upgrade

Cuba hidupkan semula pemain umPlayer ini. Muncul seperti gambar 1 yang berskrin hitam kerana belum memainkan apa-apa video lagi. Dalam ruangan / kotak carian - Youtube - sila taipkan video kegemaran anda dan akan muncul jendela baru yang menyenaraikan beberapa berkaitan video pencarian anda seperti gambar 2.

 Gambar 2

Klik kanan pada salah satu senarai video itu terdapat 3 pilihan iaitu:
  • Play video
  • Record video
  • Watch on YuoTube
Untuk mendengar SHOUcast Radio (radio internet), klik menu Tools -> SHOUTcast dan akan terpapar jendela senarai radio internet seperti gambar 3 di bawah.

Gambar 3

Terdapat kotak carian di hujung bawah, taipkan kata kunci contohnya melayu atau cinta atau juga muzik untuk menapis radio internet berbahasa melayu. Kemudian dwi klik atau klik kanan dan muncul pilihan Tune In untuk mendengar.

Tips:
Jika anda berminat untuk merakam radio internet ini jangan lupa pasangkan Audio Recorder pada Ubuntu anda.

23 Oktober 2011

Merakam Streaming Audio Melalui Ubuntu

Ada beberapa cara untuk kita merekod apa sahaja audio melalui Ubuntu samada suara melalui mikrofon, Streaming audio (online radio) perbualan Skype mahupun Google Talks-plugin dan lain-lain. Saya cuba mencari dan memasang pelbagai aplikasi yang membolehkan saya merekod radio online, namun terdapat pelbagai masalah seperti kualiti audio yang lemah, terdapat gangguan audio (noisy) dan macam-macam ragam dengan Ubuntu ini. Dan akhirnya saya terjumpa satu kaedah yang praktikal untuk merekod bunyi yang sedang berkumandang di corong pembesar suara.

Rakaman audio yang akan saya tunjukan di bawah ini adalah menggunakan Ubuntu 11.04, namun saya percaya tiada masalah untuk sebarang versi Ubuntu. Tutorial rakaman audio ini melibatkan streaming audio (radio online) dengan sambungan ke THR Gegar Pantai Timur.

Langkah 1
Dengar THR Gegar Pantai Timur - Klik THR Gegar Capsule

Seharusya anda dapat mendengar radio online tersebut dengan lancar. Jika gagal, sila kemaskini versi terkini Adobe Flash Player atau periksa kelajuan internet.

Langkah 2
Gstreamer plugin: Ini adalah persediaan ke dua untuk memastikan sistem audio Ubuntu anda dapat menyokong Wav dan Flac, ugly/multiverse untuk mp3 dan bad/multiverse untuk AAC dan m4a. Pasang pakej ini melalui terminal:

"sudo apt-get install gstreamer0.10-plugins-base gstreamer0.10-plugins-good gstreamer0.10-plugins-ugly gstreamer0.10-plugins-ugly-multiverse gstreamer0.10-plugins-bad gstreamer0.10-plugins-bad-multiverse"

Nota: Salin semua arahan di atas tanpa simbol quote.

Langkah 3
Memasang aplikasi PulseAudio Volume Control atau pavucontrol, buka Ubuntu Software Center dan taipkan pavucontrol (PulseAudio Volume Control).

Langkah 4
Pastikan THR Gegar masih berkumandang. Hidupkan aplikasi Pulse Audio Volume Control dan Sound Recorder - Sound Recorder adalah aplikasi lalai pada Ubuntu. Lihat gambar 1 di bawah.

Gambar 1

Langkah 5
Aplikasi Sound Recorder:
>Record as: pilih ogg atau mp3

Mulakan rekod pada butang Sound Recorder. Kemudian klik tab Recording pada PulseAudio Volume Control, buat 2 tetapan berikut:
>Show: Application
>record stream from: pilih Monitor of Internal Audio Analogue Stereo. 

Langkah 6
Klik butang stop pada Sound Recorder untuk mengakhiri rakaman dan klik butang Save untuk simpan. Lihat gambar 2 di bawah.

Gambar 2

Fail yang ingin disimpan tersebut boleh dinamakan mengikut kesesuaian atau ikut sahaja nama lalai yang telah disyorkan (format tarikh dan masa). 

Sekarang anda boleh main-semula (playback) rakaman yang telah direkodkan tadi. Ada kemungkinan fail pertama tadi audionya terputus-putus, namun ulangi Langkah 5 dan anda akan dapati audionya kini lebih baik.

Tips:
Selain menggunakan Sound Recorder (default Ubuntu), anda boleh juga memasang Audio Recorder di mana tetapannya yang lebih terperinci dan menyokong persekitaran Unity.

Selamat mencuba.. jika anda ada cara yang paling senang silalah berkongsi dengan saya, sila tinggalkan komen..

21 Mei 2011

Mixxx: Aplikasi Percuma Untuk DeeJay (DJ) Pada Ubuntu

(klik pada gambar untuk besarkan imej)

Terdapat banyak aplikasi sebegini untuk mengemudikan alunan lagu-lagu dalam majlis keramaian, saya rasa anda patut mencuba perisian Mixxx ini kerana fungsi-fungsi yang disediakan amat mudah dan dalam beberapa minit sahaja anda sudah petah untuk menjadi seorang DJ (Tukang putar lagu-lagu).

Antara keistimewaan yang disokong oleh Mixxx:
  • mp3, ogg, wave and flac playback
  • automatic crossfading
  • waveform summaries
  • database-powered library and can read Rhythmbox library
  • playlists and crates
  • Pitch-independent time stretch
  • live broadcasting (soutcast / icecast)
  • Vinyl emulation
  • Hot cues
  • Looping
  • Wave recording
  • BPM detection and estimation
  • Multichannel soundcard support (playback and capture)
  • Multiple soundcard support
  • Adjustable EQ shelves
  • Crossfader curve control
  • Advanced MIDI scripting engine
  • Dan banyak lagi
Selain daripada ciri-ciri di atas, Mixxx juga menyediakan pilihan antara-muka yang boleh diubah mengikut saiz skrin laptop, netbook mengikut citarasa dan disediakan beberapa tema tambahan.

Memasang Mixxx pada Ubuntu 10.04, 10.10 (Melalui Terminal):

sudo add-apt-repository ppa:mixxx/mixxx
sudo apt-get update
sudo apt-get install mixxx libportaudio2

Memasang Mixxx pada Ubuntu 11.04 (Natty), anda boleh memasang versi untuk 10.10 (Maverick)

Komputer 32 bit: Mixxx, Mixxx-data
Komputer 64 bit: Mixxx, Mixxx-data

Muat turun Mixxx untuk Sistem Operasi lain (Windows, Mac, Linux)

Kredit tutorial: webupd8.org

27 Januari 2011

Memasang Pemain Muzik Clementine

Clementine adalah pemain muzik berasaskan ejin pemain Amarok daripada projek KDE. Namun, Clementine yang menggunakan logo ulas limau ini telah diubah sedikit antara muka yang menampakkannya supaya lebih serasi dengan GNOME.


Berikut ialah antara muka Clementine pada Ubuntu.


Clementine mempunyai ciri-ciri sebuah pemain muzik pilihan kerana banyak menyokong pelbagai format audio, Dynamic, Smart Playlist, mampu menukar format audio, pencarian lirik, mampu berhubung dengan Ipod atau sebarang pemain muzik bimbit (portable USB MP3 Player) dan lain-lain lagi.

Pasang Clementine pada Ubuntu:

Langkah pertama, pilih Clementine berdasarkan versi Ubuntu dan CPU architecture (32bit/64bit).

Muat turun daripada URL ini:  http://code.google.com/p/clementine-player/downloads/list

* jangan lupa pilih DEB format sahaja untuk Ubuntu, hanya dwi klik sahaja untuk pemasangan fail yang dimuat turun tadi.

Anda boleh mengaksesnya Applications>Sound & Video>Clementine.

18 Disember 2010

Memasang Equalizer Pada Pemain Muzik Rhythmbox

Dalam artikel lepas saya pernah tunjukkan iaitu bagaimana Memasang Pulse Audio Equalizer pada Ubuntu , hari ini pula saya ingin berkongsi bagaimana boleh kita tambahkan plugin Equalizer pada pemain muzik Rhythmbox pada Ubuntu. Tutorial ini dibuat pada Ubuntu 10.04, sepatutnya 10.10 tiada masalah.

Mula-mula muat turun rbeq-1.4.tar.gz  dan pindahkan fail ini ke Home (nama anda); buka aplikasi Terminal (Applications>Accessories>Terminal) dan sila salin dan tampal baris arahan ini pada Terminal:

tar -xvzf rbeq-1.4.tar.gz -C ~/.gnome2

Sebaik sahaja dimasukan baris arahan di atas, ianya kelihatan seperti gambar 1 di bawah

Gambar 1

Seterusnya, tutup Terminal tersebut. buka Rhythmbox (Applications>Sound & Video>Rhythmbox); dan pergi ke Edit -> Plugins, lalu pilih "Rhythmbox Equalizer." Sila ikut seperti gambar 2 dan gambar 3.

Gambar 2

Tekan butang Close untuk mengakhiri tetapan. Kemudian klik pada menu Tools, pilih Set Equalizer.

Gambar 3

Sekarang anda boleh membuat tetapan jenis alunan muzik berdasarkan Equalizer yang telah dipasang seperti gambar 4 di bawah.

Gambar 4

Sudah siap. Selamat mencuba.

08 Disember 2010

Aplikasi Rosegarden Komposer Dalam Ubuntu

Anda seorang pengubah lagu, seorang pencipta lagu, atau mungkin juga bakal menjadi komposer terkenal? Saya rasa aplikasi percuma ini walau tidak secanggih mana, namun cukup untuk memerahkan keringat otak untuk menghasilkan alunan pelbagai irama daripada alatan muzik yang disertakan mengikut kemahiran masing-masing.


Klik pada imej untuk besarkan

Rosegarden salah satu aplikasi yang mudah digunakan dan tidak harus dilepaskan. Untuk memasangya, anda hanya perlu menaip "Rosegarden" di dalam Ubuntu Software Center, dan klik "Install" untuk pemasangannya.

Nota:
Jika anda seorang buta nota muzik, saya rasa jangan harap ianya semudah ABC!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...