Gambar 1
umPlayer bukan sekadar pemain muzik dan pemain video yang biasa, seperti juga pemain VLC yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Antara ciri-ciri utama yang membuatkan saya berminat dengan umPlayer ini ialah:
- Muat turun video daripada Youtube
- SHOUTcast Radio - mendengar radio internet
- Sebagai pemain muzik
- Sebagai penayang video
Menambahkan PPA umPlayer pada Ubuntu (Ubuntu 10.04, 10.10, 11.04, 11.10) dan pemasangannya dengan menyalin dan tampal baris arahan berikut pada terminal:
sudo add-apt-repository ppa:webupd8team/umplayer
sudo apt-get update
sudo apt-get install umplayer
sudo apt-get update
sudo apt-get install umplayer
Jika umPlayer gagal dihidupkan, ini adalah berpunca daripada isu "subtitles", jadi perlu dinaik taraf melalui PPA MPlayer harian (MPlayer daily builds PPA):
sudo add-apt-repository ppa:motumedia/mplayer-daily
sudo apt-get update
sudo apt-get dist-upgrade
sudo apt-get update
sudo apt-get dist-upgrade
Cuba hidupkan semula pemain umPlayer ini. Muncul seperti gambar 1 yang berskrin hitam kerana belum memainkan apa-apa video lagi. Dalam ruangan / kotak carian - Youtube - sila taipkan video kegemaran
anda dan akan muncul jendela baru yang menyenaraikan beberapa berkaitan
video pencarian anda seperti gambar 2.
Gambar 2
Klik kanan pada salah satu senarai video itu terdapat 3 pilihan iaitu:
- Play video
- Record video
- Watch on YuoTube
Untuk mendengar SHOUcast Radio (radio internet), klik menu Tools -> SHOUTcast dan akan terpapar jendela senarai radio internet seperti gambar 3 di bawah.
Gambar 3
Terdapat kotak carian di hujung bawah, taipkan kata kunci contohnya melayu atau cinta atau juga muzik untuk menapis radio internet berbahasa melayu. Kemudian dwi klik atau klik kanan dan muncul pilihan Tune In untuk mendengar.
Tips:
Jika anda berminat untuk merakam radio internet ini jangan lupa pasangkan Audio Recorder pada Ubuntu anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan