Mereka yang menggunakan Libre Office atau Open Office tiada masalah untuk mencetak dokumen tertentu ke format PDF, hanya tekan butang PDF semua dokumen daripada .odt akan bertukar kepada .pdf. Tapi bagaimana pula seseorang itu yang memasang Micsrosoft Office pada Ubuntu melalui Wine ingin menukar dokumen itu ke format PDF? Pemasangan CutePDF tidak berhasil melalui Wine dan banyak lagi aplikasi kecil "print to PDF" yang dipasang ke dalam wine juga gagal bekerja sebagai virtual pdf printer. Sebenar jika mereka pakar sistem Unix dan wine boleh sahaja membuat beberapa konfigurasi untuk membenarkan satu-satu aplikasi berfungsi dengan baik dalam Wine. Tetapi saya bukanlah golongan orang yang demikian. Oleh kerana itu, saya mengambil jalan mudah iaitu dengan memasang cups-pdf.
CUPS-PDF
CUPS-PDF menyediakan PDF Writer backend kepada CUPS. Ini bolehlah digunakan sebagai satu pencetak maya dalam satu rangkaian dokumen tanpa kertas atau boleh juga membuat persembahan ujian pada CUPS. (Sistem Pencetak Linux)
Pemasangan CUPS-PDF
Jalankan Ubuntu Software Center dan taipkan cups-pdf, tekan butang Install untuk mula memasang.
Membuat semakan pencetak.
Jalankan aplikasi Printing, sila periksa adakah wujud pencetak PDF di situ. Jika tiada sila Add > Printer > generic CUPS printer. Ada kemungkinan anda perlu Logout dan login semula Ubuntu anda untuk restart sistem CUPS. Apabila berjaya, sepatutnya seperti gambar 1 di bawah.
Gambar 1
Mari kita uji pencetak maya PDF ini melalui Microsoft Word 2007 (dalam Wine). Buka mana-mana dokumen sedia ada .docx atau .doc atau buat 1 dokumen baru melalui MS Office Word 07. Contohnya gambar 2 di bawah.
Gambar 2
Kemudian tekan papan kekunci Ctrl+P, jendela Print akan muncul dan sila pilih nama pencetak iaitu PDF dan klik OK untuk menukarkan dokumen tersebut ke format pdf. Rujuk gambar 3.
Gambar 3
Sebaik sahaja klik OK, di mana dokumen.pdf ini berada? Semua dokumen akan di tempatkan direktori Home anda contonhya: deensokmo/PDF/ < nama dokumen pdf >.
Sekian..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan