30 Julai 2011

2 Cara Mudah Aktifkan Screen Edge Effect Pada Ubuntu


Video di atas adalah kesan bila mengaktifkan Screen Edge pada Ubuntu yang dapat saya rakamkan. Saya lakukannya pada Ubuntu 10.04, saya rasa kaedah ini juga boleh diguna pakai untuk Ubuntu 10.10 dan 11.04. Cuma dinasihatkan pengguna Ubuntu 11.04 perlu memilih mod Gnome Classic dalam Session Login semasa sistem dimulakan. Ini bagi mengelakkan berlakunya bug sebab Ubuntu 11.04 menggunakan Unity sebagai persekitaran meja kerjanya. Kalau betul caranya, Unity boleh juga mengaktifkan Compiz.cuma yang ini anda perlu cari sendiri, tanya pada Google, ok.

Saya percaya semua orang tidak sama apa yang disukai, sebaliknya kesan Screen Edge amat berguna kepada saya kerana saya kurang gemar klik pada Window List di panel bawah. Andainya saudara mahu mencuba boleh ikuti beberapa langkah mudah di bawah.

Terdapat 2 aplikasi yang memudahkan untuk mengaktifkan kesan Screen Edge ini.
  1. Simple CompizConfig Setting Manager
  2. Ubuntu Tweak
Sebelum memulakan sebarang kesan efek samada biasa atau 3D pada Ubuntu, pastikan Ubuntu pada komputer anda telah pun dipasang dengan pemacu kad grafik samada Intel, Nvidia mahupun ATI. 

(1) Memasang Compiz:
Pasang 4 pakej di bawah melalui Synaptic Package Manager.
  • simple-ccsm
  • compiz
  • compiz-fusion-plugin-extra
  • compizconfig-settings-manager
Atau melalui terminal:

sudo apt-get update 
sudo apt-get install namapakej

(2) Memasang Ubuntu Tweak
Buka terminal dan salin tampal arahan di bawah untuk pemasangan Ubuntu Tweak

sudo add-apt-repository ppa:tualatrix/ppa
sudo apt-get update
sudo apt-get install ubuntu-tweak

Atau muat turun Ubuntu Tweak.deb. (dwi klik pakej deb ini untuk pemasangannya).

(3) Mengaktifkan melalui Simple CompizConfig Setting Manager.


Pilih lokasi penjuru yang disukai, klik pada ikon bonggol dan pilih Scale: Initiate Windows Picker For All Window.

ATAU

(4) Mengaktifkan melalui Ubuntu Tweak.


Jalankan Ubuntu Tweak. Pada menu Desktop pilih Compiz Setting dan pada ruangan Workspace Edge Setting pilih Show Windows.

Sekarang boleh cuba kesan ini dengan mengalihkan Cursor Mouse ke penjuru skrin seperti yang anda lakukan penetapan di atas. Sekurang-kurangnya 2 aplikasi sedang berjalan. Contoh yang saya buat dalam video di atas ialah 5 aplikasi dihidupkan, dengan mengalihkan ke penjuru bawah-kiri. Jika anda perhatikan, terdapat beberapa lagi kesan-kesan Compiz yang boleh dilaraskan dengan 2 aplikasi yang mudah ini. Dan sekiranya anda seorang yang gilakan pada kesan-kesan khas seperti Workspace, kesan extra, Desktop cube, Animations Add-on, lutsinar dan sebagainya sila terokai CompizConfig Setting Manager; cabarlah  kewibawaan anda di sini!...

Sekian..

25 Julai 2011

Apa Yang Mereka Tentang Ubuntu


Siapakah mereka berdua di atas? Itulah saya bersama isteri sewaktu perjumpaan Geng Kembar pada bulan lepas. Memandangkan saya tiada baju yang serupa, jadi saya dan isteri sarungkan baju Ubuntu tersebut. Oh ya! Gambar di atas tidak nampak anak kembar saya, jadi di bawah saya sertakan gambar anak kembar saya yang kedua!


Lebih kurang 20 keluarga kembar yang hadir pada masa tersebut. Baju Ubuntu yang kami pakai sedikit sebanyak mencuit mata antara mereka yang hadir. Purata kebanyakan tidak tahu apa itu Ubuntu. Di belakang baju tersebut tertera slogan " Real Man, Don't Use Antivirus". Hah! lagi parah nak faham... Ok, baiklah apa kata mereka tentang Ubuntu.

Antara koleksi pendapat yang sempat saya himpunkan di sini:

  1. "Tak tahu"
  2. "Yeke tak perlu pasang antivirus.. mana ada komputer kebal camni, tak caya ar"
  3. "Ubuntu percuma? Nanti saya download dan cuba kodek-kodek"
  4. "Susah la bang, kita dah lama guna Window. Dengar kata Linux susah, kawan kat office saya pun kata susah"
  5. "Tak per lah, kita guna mana yang ada jer"
  6. "Mula-mula percuma ar, lepas tu kena bayar itu ini bila nak aktifkan lesen"
  7. "Tak tahu"
  8. "Tak tahu"
  9. Tak tahu pun wujudnya perisian percuma ni!"
  10. "Ntah, tak pernah dengar pun.. kelakar bunyinya.."
Kesimpulannya, masih ramai yang TIDAK TAHU! Dah nak buat macamana lagi, memang mereka tidak tahu wujudnya Sistem Operasi ini.. Ramai mereka juga tersasul sebut " Windows Ubuntu".. dia orang ingat macam Windows XP, Vista atau Seven gitu.. Purata yang menggunakan Windows hanya untuk mendengar lagu, berFacebook, boleh taip surat, simpan gambar dan lain-lain lagi yang boleh saya katakan sebagai Pengguna Akhir (End User).

Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama mempromosikan sumber terbuka ini. Dedahkan kepada mereka di luar sana sebenarnya mereka ada pilihan yang percuma atau berbayar tanpa menggunakan perisian cetak rompak..

24 Julai 2011

Populariti Ubuntu Setanding Windows XP


Melihat graf yang dihasilkan oleh enjin carian Google Trends, dapat saya simpulkan bahawa Sistem Operasi Ubuntu bukan lagi sesuatu OS kuno. Meskinpun secara kesuluruhan ianya dibelakang namun masih dapat mencucuk rapat bontot Win XP. Harus diingat Ubuntu adalah sumber terbuka yang percuma manakala Windows adalah sumber tertutup yang mesti dibeli. Iya, saya setuju dengan anda bahawa Windows XP sudah tidak lagi dipasarkan yang mana telah digantikan dengan Vista dan terbaru ialah Windows 7. Jadi sebenarnya perbandingan populariti saya buat ini sebenarnya adalah tidak adil!...

Jika anda berkata graf diatas adalah palsu, buktikan sendiri:
  • Buka web browser (Firefox, IE, Chrome dan sebagainya) dan masukan URL ini http://www.google.com/trends
  • Dalam ruangan kotak carian, taipkan perkataan windows xp, ubuntu dan tekan Enter. (jangan lupa tanda koma)
Lihatlah keputusannya...

23 Julai 2011

Synapse: Quick Launcher Program Untuk Ubuntu

Setelah sekian lama saya menggunakan Gnome DO sebagai pemula atau pelancar cepat untuk menghidupkan sesuatu aplikasi, kini saya ingin berkongsi dengan anda sebuah Quickly Launch Program yang mempunyai sifat yang hampir sama dengan Gnome-DO. Aplikasi yang saya maksudkan ini ialah Synapse yang mana ianya sangat ringan kerana dipacu oleh enjin Zeitgeist.



Berikut adalah ciri-ciri yang ditawarkan:
  • Kemampuan mencari hampir semua data yang dilog oleh enjin Zeitgeist.
  • Restart, Log out, Hibernate, dan Turn Off komputer.
  • Mencari definisi perkataan (Dictionary)
  • Mencari dan melancarkan aplikasi, dokumen, fail dan sebagainya.

Memasang Synapse pada Ubuntu 10.04/10.10/11.04
Buka Terminal, salin dan tampal baris perintah di bawah:

sudo add-apt-repository ppa:synapse-core/ppa

sudo apt-get update

sudo apt-get install synapse

Manakala berikutnya pula adalah pemasangan tambahan iaitu Zeistgeist Data Providers. (saya tidak memasangnya kerana menjadikan Synapse sekadar pelancar aplikasi sahaja, terpulang kepada anda untuk memasangnya).

sudo add-apt-repository ppa:zeitgeist/ppa

sudo apt-get update

sudo apt-get install zeitgeist-fts-extension zeitgeist-datasource-bzr zeitgeist-datasource-emacs zeitgeist-datasource-eog zeitgeist-datasource-geany zeitgeist-datasource-gedit zeitgeist-datasource-rhythmbox zeitgeist-datasource-totem zeitgeist-datasource-vim

Jalankan Synapse, Ubuntu 11.04 taipkan synapse pada "Dash", manakala gnome klasik Applications > Accessories > Synapse


Jika anda ingin membuat beberapa ketetapan, hanya klik pada Preferences seperti  Startup on login, Show notifications icon dan lain-lain. Lihat gambar Preferences di bawah.


Hanya tekan kekunci Ctrl+Space, segalanya akan di hujung jari anda. Sekian.

18 Julai 2011

Mewujudkan Laman Sembang Ubuntu Dan Windows Melalui LAN

Internet Messenger Pidgin rasanya pengguna Ubuntu telah mengetahuinya. Di mana Pidgin adalah sebuah aplikasi Sembang seperti Yahoo Messenger, MSN dan sebagainya. Selain menyokong protokol yahoo, MSN, Jabber, Google talk dan lain-lain; ianya juga boleh dijadikan sebagai ruang sembang antara dua buah komputer melalui LAN (Local Area Network) samada melalui kabel atau tanpa wayar (wireless).

Seperti IM Empathy yang menggunakan protokol "People Nearby", MSN pula menggunakan "People Near Me" manakala Pidgin menggunakan "Bonjour". Kalau tidak silap saya Bonjour ini direka berasaskan XMPP yang mana diperkenalkan oleh syarikat Apple untuk proses berkongsian fail dan mencetak dalam "Local Network".

Memasang Pidgin pada Ubuntu:
  1. Buka aplikasi Ubuntu Software Center dan taipkan pidgin.
  2. Seterusnya klik pada butang Install.

Memasang Pidgin pada Windows (XP, Vista, Win 7).
  1. Muat turun Pidgin untuk Windows. Saya sarankan anda pilih "pidgin offline installer".
  2. Muat turun perisian tambahan Pidgin "Bonjour for Windows" daripada laman Apple.
  3. Sila pasang kedua-dua aplikasi tersebut iaitu Pidgin dan Bonjour.
 Memulakan Pidgin


Klik butang Add untuk membina akaun pengguna.


Sila pilih "Bonjour" di dalam protokol dan masukan Username anda, kemudian tekan butang Add.


Anda akan dapati 1 akaun telah dicipta dan tandakan pada Enable untuk memulakannya.

Seterusnya, langkah yang sama juga dilakukan pada Pidgin di komputer Windows. Untuk pengetahuan, jika Pidgin pada Windows gagal menghubungkan Bonjour, sila Restart Windows tersebut.

Sebaik sahaja Ubuntu dan Windows berjaya menghidupkan Pidgin, anda dan rakan anda yang sama Network sudah boleh bersembang (lihat di dalam buddy list), menghantar fail dan lain-lain lagi.

Saya harap tutorial ini memberi manfaat antara Ubuntu-Windows.. Sekian.

03 Julai 2011

Menukar Video format FLV kepada MP4 Pada Ubuntu

Selalunya video berformat FLV dapat kita perolehi daripada muat turun YouTube, manakala MP4 adalah salah satu format video yang disokong oleh kebanyakkan telefon pintar (smart phone) hari ini umpamanya Android OS,.. Nokia, Sony Ericcson dan lain-lain.


Arista Transcoder menjadi pilihan saya untuk menukar FLV kepada MP4 menggunakan komputer yang dipasang Ubuntu OS.

Anda boleh memasang aplikasi Arista ini melalui Ubuntu Software Center secara percuma. Atau jika anda ingin versi terbaru (untuk Ubuntu 11.04 dan 10.10) ikuti cara pemasangan melalui PPA yang disediakan oleh Webupd8 DISINI.

Setelah siap dipasang, buka aplikasi Arista dan anda akan dapati antara muka seperti gambar di atas.

Seterusnya klik pada ikon berdasarkan telefon bimbit atau gajet anda. Ikuti langkah seperti gambar di bawah.


Gambar di bawah pula adalah proses menukar sedang berjalan.


Setelah siap proses pertukaran format ini, secara lalai video yang berformat MP4 ini berada direktori yang sama dengan fail yang dipilih.

Sekarang anda sudah boleh memindahkan fail .MP4 ini ke telefon bimbit anda.

Selamat mencuba...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...