Memaparkan catatan dengan label Ubuntu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ubuntu. Papar semua catatan

16 Jun 2013

Pelayar Slimboat Yang Pantas

Tidak saya nafikan, pelayar internet seperti Firefox, Chrome (aka Chromium di Linux), Safari dan Internet Explorer adalah pilihan utama meskinpun terdapat berpuluh-puluh lagi pelayar yang sedang membangun dan sedang digunakan oleh segelintir pengguna.

Ingin mencuba kelainan? Pelayar Slimboat adalah cross-x platform untuk Windows, Mac OS X dan Linux yang mana menjanjikan kepantasan, keselamatan dan amat stabil. Untuk merasai kehebatan pelayar Slimboat ini, anda harus mencubanya sendiri. Di sini saya sertakan beberapa keratan gambar pelayar Slimboat ini.

Gambar 1

Antara muka saat dimulakan. Bagaimanapun, anda boleh mengubahsuai Bookmarks ini di dalam pilihan "Tools > Options".

Gambar 2

Youtube nampaknya serasi dengan pelayar Slimboat ini. Begitu juga beberapa laman lain yang diuji oleh saya.

Gambar 3

Pelayar Slimboat menyokong Windows, Max OS dan Linux. Pengguna Ubuntu boleh muat turun .deb mengikut Architecture CPU samada 32bit atau 64bit.

Gambar 4

Gambar 4 menunjukkan saya sedang muat turun video daripada Youtube tanpa memasang apa extention atau adds on tambahan, malah diberi pilihan untuk ektrak kepada mp3.

Muat turun pelayar Slimboat

*Pengguna Ubuntu, sila muat turun .deb dan selesai muat turun hanya perlu dwi klik sahaja untuk memasang pelayar ini.

24 Disember 2011

Pelancaran Sabily Uhud 11.10


Sebagai penutup pada tahun 2011 ini, projek Ubuntu edisi Muslim iaitu Sabily.org telah melancarkan OS terbaru mereka yang diberi nama Uhud 11.10 dan menggunakan asas Ubuntu Oneiric Ocelot. OS terbaru ini dipancu oleh persekitaran Gnome 3 dan didatangi bersama kernel Linux 3.0.

Seperti edisi sebelum ini, Sabily Uhud ini masih lagi mengekalkan ciri-ciri Muslim seperti aplikasi mempelajari Al-Quran / alat carian dan pemberitahuan waktu solat, kalendar Islam (Hijra, Thawab, Monajad) dan sokongan untuk bahasa Arab serta  lain-lain lagi. Dan apa yang menariknya ialah ke semua aplikasi yang dibekalkan ini telah diubahsuai supaya memiliki keserasian yang khas untuk Gnome3 (gnome shell). Antara lain, turut memuatkan aplikasi baru seperti:
  • Alfanous: Enjin carian Quran
  • gnome-shell-extension-islamic-datetime: Kemudahan gnome Shell Extention untuk fungsi kalendar / masa.
  • gnome-tweak-tool: Kemudahan untuk mengendalikan dan suntingan Gnome 3 (ikon, tema, extention dll)
Seperti Linux Mint, Uhud 11.10 juga telah dipadatkan dengan Java, Medibuntu, gstreamer, kod sumber terlarang dan macam-macam lagi agar pengguna baru tidak perlu lagi membuang masa untuk memuat turun dan memasang plugin tambahan ini, iaitu berkonsepkan "Pasang-Siap".

Apa lagi yang ditunggu, jom baca selanjutnya di laman rasmi mereka di http://www.sabily.org/website/ dan boleh muat turun Uhud 11.10 ini secara percuma.

Wassalam.

24 Julai 2011

Populariti Ubuntu Setanding Windows XP


Melihat graf yang dihasilkan oleh enjin carian Google Trends, dapat saya simpulkan bahawa Sistem Operasi Ubuntu bukan lagi sesuatu OS kuno. Meskinpun secara kesuluruhan ianya dibelakang namun masih dapat mencucuk rapat bontot Win XP. Harus diingat Ubuntu adalah sumber terbuka yang percuma manakala Windows adalah sumber tertutup yang mesti dibeli. Iya, saya setuju dengan anda bahawa Windows XP sudah tidak lagi dipasarkan yang mana telah digantikan dengan Vista dan terbaru ialah Windows 7. Jadi sebenarnya perbandingan populariti saya buat ini sebenarnya adalah tidak adil!...

Jika anda berkata graf diatas adalah palsu, buktikan sendiri:
  • Buka web browser (Firefox, IE, Chrome dan sebagainya) dan masukan URL ini http://www.google.com/trends
  • Dalam ruangan kotak carian, taipkan perkataan windows xp, ubuntu dan tekan Enter. (jangan lupa tanda koma)
Lihatlah keputusannya...

31 Mei 2011

Koleksi Web Site Berkenaan Ubuntu Tahun 2011

Memang saya akui, bermula sejak dari awal saya mengenali Sistem Operasi Ubuntu ini bermula daripada Zero...

Semua pengetahuan Ubuntu saya datang sedikit demi sedikit.. dan sehingga kini saya bukanlah serba boleh dalam hal Ubuntu... masih lagi belajar selok belok tentang Ubuntu ini... Mana yang saya tahu, saya berkongsi, tidak tahu saya bertanya..
Berikut adalah antara beberapa Website yang menyentuh berkenaan Ubuntu dalam blog mereka. Jika anda taip sahaja perkataan Ubuntu melalui sistem pencarian Google, nescaya tidak terhitung betapa banyakknya pautan terhadap Ubuntu atau pun Linux amnya..

Web site Ubuntu bahasa Melayu:

http://deensokmo.blogspot.com/
http://blog.ubuntuseekers.com/
http://wiki.ubuntu.com.my/
http://melayubuntu.blogspot.com/

http://www.iamnewbie.net/
http://syahrilhafiz.com/blog/
http://www.jomlinux.com/
http://sumberterbuka.net/

Web site Ubuntu negara jiran:

http://ubuntulinux.or.id/blog/
http://id-ubuntu.blogspot.com/
http://planet.ubuntu-id.org/
http://ubuntubrunei.blogspot.com/

Web site bahasa Inggeris:

http://www.liberiangeek.net/linux/
http://www.webupd8.org/
http://www.ubunturoot.com/
http://www.techdrivein.com/
http://www.ubuntugeek.com/
http://ubuntuguide.net/
http://www.hackourlife.com/
http://community.linuxmint.com/tutorial
http://blog.sudobits.com/
http://www.omgubuntu.co.uk/
http://www.ubuntux.org/
http://planet.ubuntu.com/
http://ubuntu-news.org/
http://indianalinux.blogspot.com/
http://blog.ubuntu-tweak.com/
http://ubuntu-tutorials.com/
http://blogubuntu.com/

Senarai yang saya paparkan di atas adalah yang masih aktif dan antara halaman yang ramai pengunjung dari seluruh dunia... Oh ya! Bagaimana pula dengan forum ubuntu dan laman sosial (facebook) peribadi... ini tidak susah anda boleh tanya Pakcik Google (macam pernah dengar jer ayat ini..)

Jika anda tahu selain tersebut, silalah berkongsi dengan pembaca lain di sini..
Sekian..

22 April 2011

Review Ubuntu 11.04 (Natty Narwhal)

Ini kali pertama saya mengetengahkan review berkenaan versi Ubuntu. Semalam saya berkesempatan memasang Ubuntu 11.04 yang diberi nama Natty Narwhal. Nama unik ini di ambil daripada sejenis ikan paus yang mempunyai muncung panjang. Pada hari ini ianya masih diperingkat Beta 2 di mana pada 28 April 2011 akan dilepaskan versi stabil.

Setelah muat turun Ubuntu 11.04 Beta 2, saya terus memasang versi 11.04 ini pada sebuah komputer riba Lenovo Y410. Saya membuat pemasangannya melalui USBlive dan pemasangan berjalan lancar. Saya mengambil masa sekitar 1/2 jam kerana dalam proses pemasangan Ubuntu ini dibenarkan untuk muat turun pakej terlarang. Tujuan pemasangan pakej terlarang ini supaya saya dapat main Flash dan beberapa kod muzik seperti .mp3 dan lain-lain sebaik sahaja selesai pemasangannya.

Seterusnya, sebaik sahaja Restart komputer setelah pemasangan, terpapar muka Unity yang sangat cantik. Bagaimanapun, versi 11.04 ini masih lagi memberi peluang untuk kita memilih desktop Gnome klasik ketika GDM session. Ah.. ada satu Error muncul tanpa sebab, bagaimanapun saya terus tekan Cancel dan tidak memilih untuk Report Problem sebab ini adalah versi Beta (sudah tentu wujudnya pepijat - BUGS).

Keserasian perkakasan
Lenovo Y410 ini dibekalkan dengan webcam 1.3 pixels, Cheese tidak menghampakan saya. Modem wireless Broadcom BCM5906M nampaknya autodetect, sistem audio tiada masalah, begitu juga Intel kad grafik ini pun tiada masalah. Lain-lain seperti Bluetooth, butang pintasan (smartkey), keyboard, pembaca memori kad tiada masalah. Kawalan dual skrin, kawalan kecerahan yang kena tekan Fn+ pun nampaknya berfungsi dengan baik.


Penambah-baikan versi Pakej
Pengurus tetingkap - Nautilus 2.32.2.1
Pelayan Web - Firefox 4
Kernel - 2.6.38-8-generic
Pejabat - Libre Office - 3.3.2
Pengurus e-mail klien - Evolution 2.32.2
Pengurus gambar - Shotwell 0.9.2
Pemain audio - Banshee 2.0 (2.0.0)
Pemain video - Totem Movie Player 2.32.0
Pembakar CD/DVD - Brasero 2.32.1
Dan banyak lagi...

Menguji Ubuntu 11.04 (beta 2)
Saya cuba memasang beberapa pakej aplikasi lain yang selalu saya guna melalui Ubuntu Software Center dan muat turun dari sumber lain:
1. Ubuntu Tweak 0.5.11 dapat berfungsi dengan lancar.
2. OpenShot 1.3.0 dapat digunakan, cuma belum guna maksimum.
3. NTFS-config tidak berjaya dipasang, ada error
4. Picasa 3 tiada masalah
5. Compiz Setting Manager boleh dipasang tetapi berlaku renjatan sifat komputer, Unity hilang entah kemana. semua aplikasi bercelaru, terpaksa unity --reset. Kemudian buang semua CSSM tersebut.
6. Mencuba pasang Gnome3, tema jadi sangat teruk (ada beberapa sahaja pilihan tema yang boleh dipasang), tidak boleh lagi kembali kepada Unity atau Gnome Klasik... hish.. kemudian nyah semula Gnome3.. Pening-pening kepala.. sekarang semua seperti sedia kala.. hee.hee..

Unity Launcher
Saya boleh tambah aplikasi yang saya suka sebagai "favorite" dan boleh buang jika tidak suka. Launcher ini akan auto hilang bila windows dibuka kepada maksimum..bagus. Workspace switcher nampaknya membantu menyenangkan susun letak aplikasi yang dibuka ke desktop lain. Setakat ini ada 4 muka sahaja, tidak pasti bagaimana mahu tambah lebih dekstop ini.

Global Menu
Nampak lebih teruja kot, sebab bar menu langsung tidak kelihatan. Alih Cursor ke panel paling atas baru muncul bar menu tersebut. Windows Tittle Bar Layout akan jadi buruk jika dipesongkan ke kanan di mana lalainya adalah di sebelah kiri. Seperti kita tahu, Global menu menggunakan ruang atas panel, ermm saya tidak tahu bagaimana mahu meletakkan fungsi ikon lain pada panel.. menyusahkan. (Dulu klik kanan, dan tekan Add).

Yang menarik perhatian
Pemain muzik Banshee di intergrasikan pada ikon Sound. Unity menjimatkan ruang skrin ke paras maksimum. Lebih ringan berbanding Gnome Klasik (mungkin kerana tidak bergantung kepada Compiz). Bila klik menu (logo ubuntu) atas kiri skrin, boleh akses atau taip aplikasi tertentu terus akan keluar nama aplikasi yang paling hampir. Menariknya lagi ikon aplikasi ini boleh drag dan drop ke Unity launcher..best dan mudah..

Sebenarnya ada banyak lagi ciri-ciri menarik yang lain, cuma saya tidak sempat godek semuanya. Segalanya di tangan anda, samada mahu bertukar atau masih selesa dengan Ubuntu 10.04 LTS..

18 November 2010

Penubuhan Ubuntu

Ramai dikalangan kita hari ini telah menggunakan Distro Ubuntu sebagai OS ke dua selepas Windows. Mengapa saya tidak melonjakkan nama Distro linux yang lain seperti Fedora, Open suse dan sebagainya? Ini kerana Ubuntu hari ini telah bertapak kukuh dalam arena perasa linux. Anda boleh lihat kedudukan pencapaian Ubuntu OS di DistroWatch. Maka dengan ini, sudah tentu terdapat banyak sokongan oleh majoriti komuniti seluruh dunia. Jadi, pendapat saya eloklah kita bermula dengan jalan mudah ini sebelum berpindah ke Distro Linux yang lain.

Setiap sesuatu akan ada permulaannya, begitu juga dengan Ubuntu ini. Sila KLIK SINI untuk melihat Timeline bagaimana linux berkembang mengikut peredaran masa. Gambar pautan yang anda klik sebentar tadi jelas menunjukkan Ubuntu berasal daripada cabang Debian. Di mana tujuan asalnya adalah mengeluarkan versi baru Ubuntu enam bulan sekali, maka terhasilnya sistem yang sentiasa dikemaskini. Keluaran pertama Ubuntu adalah pada 20 Oktober 2004.

Nama Ubuntu diambil sempena ideologi etika Afrika Selatan yang bermaksud "Kemanusiaan Untuk Semua". Ubuntu dikeluarkan sebulan selepas keluaran GNOME. Berbanding dengan cabang-cabang Debian lain yang banyak menggunakan tambahan hak milik dan sumber tertutup, Ubuntu mengutamakan perisian bebas, dan hanya membuka sedikit ruang untuk pemacu perkakas hak milik.

Pakej-pakej Ubuntu berasaskan pakej-pakej dari cabang Debian yang tidak stabil. Kedua-dua edaran tersebut menggunakan format pakej deb dan alat pengurusan pakej (APT and Synaptic) dari Debian. Namun begitu, pakej-pakej Debian dan Ubuntu tidak semestinya saling serasi, apalagi kadang-kadang pakej .deb perlu dibina semula dari sumbernya untuk digunakan dalam Ubuntu. Ramai pembangun Ubuntu turut bertugas sebagai penyelenggara pakej-pakej utama dalam Debian. Ubuntu bekerjasama dengan Debian dengan berkongsi perubahannya dengan Debian, tetapi ada desas-desus bahawa ini tidak selalunya dilakukan. Sebelum ini, Ian Murdock, pengasas Debian, meluahkan kebimbangan bahawa pakej-pakej Ubuntu mungkin jauh menyimpang dari Debian Sarge semata-mata demi keserasian. Sebelum dikeluarkan, pakej-pakejnya diimport dari Debian Unstable tanpa henti lalu digabungkan dengan pengubahsuaian khusus Ubuntu. Sebulan sebelum dikeluarkan, importnya dibekukan, kemudian diusahakan oleh pempakej untuk memastikan ciri-ciri beku tersebut serasi apabila dijalankan serentak.

Ubuntu kini dibiayai oleh Canonical Ltd. Pada 8 Julai 2005, Mark Shuttleworth dan Canonical Ltd mengumumkan penubuhan Yayasan Ubuntu dan menyalurkan dana pendahuluan sebanyak AS$10 juta. Tujuan yayasan tersebut adalah memastikan sokongan dan pembangunan untuk semua versi Ubuntu akan datang. Mark Shuttleworth menyifatkan yayasan ini sebagai "tabung kecemasan" (seandainya berakhirnya penglibatan Canonical).

Di sini saya berikan pautan secara ringkas yang mungkin anda boleh baca berkenaan famili Ubuntu http://www.debianadmin.com/list-of-ubuntu-based-linux-distributions-and-live-cds.html.

Satu lagi perkara lagi, bagaimana anda menyebut " UBUNTU"..?
"Oo-Boon-Too" atau "You-Bon-Tou" atau "U-Bun-Tu"..apa kata kalau anda cari sendiri dalam youtube cara sebutan yang betul dalam bahasa Afrika..

09 November 2010

Lidah Pengarang: Ubuntu Help Center

Adakah anda pengguna Ubuntu yang baru hendak bermula? Tidak kira versi Ubuntu yang anda guna, pasti mula-mula anda akan kekok atau tidak biasa dengan antaramuka (interface) Gnome. Saya yakin, rata-rata pengguna Ubuntu adalah berasal daripada pengguna Windows XP, Vista mahupun 7. Sudah pasti pengalaman anda bersama Windows dahulu masih segar dalam menguasai fungsi, panel, perangai, warna, susun letak icon dan pelbagai lagi arahan Windows.

Adakah semua ini akan membantu anda menguasai dunia Ubuntu? Jawapannya adalah 30% sahaja, kenapa saya berkata demikian? Ini kerana Ubuntu mempunyai antaramuka yang dinama GNOME. Susunatur Menu pada Gnome jauh sekali berbanding Windows.

Di sini saya mahu andaikan anda sudah 4 hingga 5 tahun menggunakan telefon bimbit Nokia, tiba-tiba kemahuan anda beralih arah mahu membeli telefon bimbit jenama Sony Ericsson pula. Buat pertama kali, penggunaan menu dan fungsi butang-butang tertentu membuat anda terhenggeh-henggeh menggunakan Sony Ericsson. Perlahan-lahan anda cuba menguasainya, hari ke hari, minggu silih berganti, dan hampir sebulan anda akan mahir dengan aplikasi pada Sony Ericsson ini.

Pengalaman di atas bolehlah saya simpulkan sebagai "budaya baru". Maka dengan ini, sebaik sahaja anda melangkah ke Ubuntu; sudah pasti anda memerlukan masa untuk menguasai Distro Linux Ubuntu ini. Saya ingin mengingatkan kepada diri sendiri dan kepada anda;  bak kata pepatah, malu bertanya sesat jalan. Maksudnya, Jika tidak faham mana-mana bahagian dalam Ubuntu baik dari segi operasi, fungsi, pemacu mahupun perkakasan; eloklah bertanya atau minta pertolongan daripada komuniti, forum, blog-blog tertentu atau rajinkan dengan mencari ilmu daripada sumber percuma di internet.

Menyentuh mengenai tajuk artikel saya ini berkenaan Ubuntu Help Center, berapa ramai yang menggunakannya. Hilang 1 ikon pada panel sudah menggelabah, terus tanya dalam forum. Bukan cara ini tidak betul, cuma jawapan bukanlah serta-merta, mereka (otai-otai) bukannya memasang sistem SMS yang boleh berhubung terus daripada Forum tertentu ke telefon bimbit mereka untuk mengesan setiap soalan yang muncul. Satu perkara lagi, sekiranya soalan anda sudah terjawab dan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi, tandakan SOLVED serta ringankan jemari untuk menaip ucapan terima kasih kepada mereka yang sudi membantu. Setidak-tidaknya mereka dihargai biarpun tiada komisen.

Sebenarnya, masalah-masalah kecil sudah ada jawapannya pada Ubuntu Help Center. Tekan sahaja papan kekunci F1, carilah penyelesaian masalah anda berdasarkan tajuk-tajuk yang telah disusun kemas. Saya percaya, jika tiada masalah sekalipun, anda ada masa terluang bacalah Ubuntu Help Center. Sekurang-kurangnya 40% anda sudah boleh menguasai panel Ubuntu dengan pantas.

Sekian buat kali ini.

17 September 2010

Newbie: Mengenal Dan Mencuba Ubuntu Pada Komputer

Saya percaya, ada dikalangan mereka terfikir Ubuntu adalah sebuah perisian yang percuma, bukannya Sistem Operasi, malah ada juga yang hari ini baru mendengar UBUNTU. Kenapa, mengapa dan untuk apa saya mencuba Ubuntu. Tentu persoalan ini bermain di kotak fikiran kita setiap kali kawan kita bercerita tentang Ubuntu. Mungkin anda sudah banyak mencari jawapan di internet apa itu Ubuntu. Jadi, saya andaikan anda kini sudah bersedia untuk berkenalan dengan OS ini.

Kenapa saya mesti mencuba Ubuntu
  1. Sudah penat memasang bermacam-macam antivirus pada Windows.
  2. Tiada bajet untuk menaik taraf perkakasan komputer (RAM, Cakera keras, Kad grafik dsb)
  3. Anda ada komputer lama atau komputer kedua yang sudah berhabuk namun masih berfungsi.
  4. Anda sedar membeli perisian cetak rompak, memiliki Windows lesen palsu adalah haram dan suatu kesalahan. Ingatlah, jika OS sudah haram, maka semua jenis kegunaan komputer anda adalah tidak berkat.
  5. Sebagai penyelamat untuk mengambil Data pada Windows jika Windows bermasalah.
Kepada pengguna Windows yang ingin tahu bagaimana boleh mencuba OS Ubuntu pada komputer. Berikut ialah kaedah mencuba Ubuntu tanpa memasangnya pada komputer, jadi tidak perlu risau akan kesan sampingan pada Windows yang sedia ada.

Muat turun dan bakar Ubuntu:
  1. Muat turun Ubuntu.
  2. Bakar imej (ISO) Ubuntu ke CD/DCD atau ke pendrive.
  3. Bakar imej Ubuntu ke CD/DVD mestilah kelajuan perlahan (8x, 4X).
  4. Jika mahu menggunakan Pendrive/Flashdrive sila guna Unetbootin

Menguji Ubuntu:

(A) Menguji Ubuntu melalui WUBI.
  1. Hidupkan Windows seperti biasa dan masukkan LiveCD Ubuntu.
  2. Windows automatik mengesan perisian WUBI.
  3. Buatlah pemasangan Ubuntu tersebut seperti anda memasang perisian-perisian lain pada Windows.
  4. Kaedah WUBI memerlukan sambungan internet. Sebaik sahaja dipasang, semasa komputer dihidupkan, anda boleh memilih samada boot Windows atau Ubuntu Linux.
  5. Sebenarnya menguji cara begini adalah anda sudah memasangnya dan jika ingin membuang Ubuntu; boleh uninstall melalui Add/Remove program.
(B) Menguji Ubuntu Melalui LiveCD/DVD atau LiveUSB
  1. Masukkan LiveCD Ubuntu ke CDROM, manakala Live USB cucuk pada port USB.
  2. Restart komputer anda, semasa start up system, tekan F2 atau F8 atau F9 atau Delete (bergantung kepada BIOS) untuk menu pilihan boot.
  3. Saya andaikan anda memilih CD/DVD ROM, setelah loading, pilih bahasa dan pilih menu "try ubuntu".
  4. Untuk mengakhiri Ubuntu ini, klik butang Shut Down dan keluarkan CD tersebut.

(C) Menguji Ubuntu melalui VirtualBox.
  1. Muat turun VirtualBox untuk Windows dan pasangkan aplikasi ini terlebih dahulu.
  2. Jalankan perisian VirtualBox ini dan Klik butang New.
  3. Sila baca arahan pemasangannya sehingga anda berjaya mencipta Virtual Hardisk.
  4. Setelah selesai klik butang Setting>Storage. Dalam IDE controller (klik icon CD), sila browse imej Ubuntu.ISO dan OK untuk pengesahan keluar.
  5. Klik butang klik butang Start untuk memulakan Ubuntu Live ini.
Meskinpun 3 penerangan di atas tidak terperinci, saya percaya anda boleh melakukannya sehingga berjaya. Namun harus diingat, menguji Ubuntu tidak seperti memasangnya, maksud saya anda hanya boleh menguasai kebebasan Operasi Sistem ini hanya sekadar 80% sahaja. Ini bermakna, jika anda mahu menampakkan "taring" Ubuntu, anda harus memasang Ubuntu secara kekal pada Hardisk...

P/S: Tiada orang terus pandai melainkan dengan langkah pertama

27 Julai 2010

10 Kesilapan Pengguna Baru Linux Amnya

1. Mengatakan Ubuntu adalah Windows

Tabiat kebiasaan menguasai tetingkap Windows di bawa ke Ubuntu. Maka, mereka akan mencari sesuatu yang sama antara 2 Operasi Sistem ini. Jika demikian, terasa Ubuntu tidak ada yang kena. Lihat sahaja pengguna Win XP akan merangkak bila mencuba Win 7, begitu juga dengan Ubuntu ini. Pada tahap ini, seharusnya menimba ilmu dengan membaca, mencuba Live Ubuntu dan bertanya.

2. Mencuba format exe supaya bekerja pada Ubuntu

Tidak mungkin ini akan berlaku melainkan pengguna baru menjalankan fail exe pada WINE, tetapi tidak semua yang tahu. Semua exe akan dicuba ke dalam WINE jika mereka tahu WINE itu adalah pentas aplikasi Windows. Sudah terjun ke dalam Ubuntu, alihkan kepada format deb, carilah aplikasi yang ada dalam Ubuntu Software Centre.

3. Salah memilih Distro

Terdapat beratus-ratus Distro linux yang semakin membiak dan bercabang. Antara yang popular Fedora, slackware, Open Suse, linux Mint, Ubuntu, Kubuntu dan lain-lain; semua Distro ini adalah tahap Beginner dan mudah digunakan, tapi fikirkan juga sokongan komuniti di Malaysia khususnya. Mungkin ada server setiap Distro ini jauh di lain benua yang akan melambatkan talian muat turun, kemaskini dan sebagainya.

4. Tidak berjaya mencari perisian yang sesuai

Sewaktu menggunakan Windows, ramai kawan sekeliling banyak menyimpan koleksi perisian tertentu samada tulen atau tidak, mudah di muat turun di internet. Sebenarnya terdapat 80 peratus perisian untuk linux yang hampir setanding dengan perisian pada Windows. Kesilapan ini akan menjadi punca malas untuk berusaha maju ke depan.

5. Menghantar Open Office format kepada pengguna MS Office

Mereka pengguna Windows akan menyalahkan penggunaan format sumber terbuka yang gagal di akses. Pengetahuan yang rendah bagi pengguna Windows akan mencemuh perisian sumber terbuka. Jadi, hantarkan kepada mereka format yang telah diubah kepada DOC, xls dan sebagainya. Dalam masa yang sama, ciptakan alasan kepada mereka untuk sama-sama berubah seperti anda.

6. Menjauhkan baris arahan/perintah melalui terminal.

Jangan mencipta seribu alasan untuk tidak mahu menggunakan baris perintah. Ianya amat mudah kerana hanya perlu salin dan tampal sahaja. Nanti sudah biasa, rasa macam suatu kemestian.

7. Berfikir Windows Hirarki "Directori" dalam Ubuntu Linux

Tiada C:\ pada linux, Anda juga tidak menggunakan "\" aksara. Cuba untuk memetakan Windows ke Linux, direktori untuk direktori, mustahil. Anda boleh mendapatkan sampai C: \ = / dan mungkin Default Pengguna = ~ /, tapi lebih dari itu anda tidak akan berjaya. Pastikan pengguna baru memahami bahawa segalanya bermula di Direktori / dan yang paling penting adalah direktori home mereka (aka ~ / aka / home / USERNAME /).

8. Menjauhkan kemaskini (update)

Pengguna yang bijak akan selalu mengemaskini Ubuntu mereka untuk menutup lubang-lubang haram yang tercipta dalam filesystem. Security Patch akan membetulkan kelemahan dan membaikpulih semua perisian secara serentak dalam Ubuntu khasnya. Kebanyakkan kemaskini akan membetulkan Bugs yang berlaku. Lakukanlah kemaskini sekerap mungkin kerana ianya adalah percuma!

9. Mengabaikan keselamatan kononya linux kebal

Mana ada benda atas dunia ini yang tidak jahanam. linux tidak kebal, ianya mudah di usik dengan satu script sahaja. Bijaknya orang yang mecipta script dengan meminta anda memasukan root password untuk menjalankan perisian yang tidak sah dan seterus anda tertipu. Jadi, muat turun hanya melalui laman sesawang yang dipercayai sahaja. "sudo add-apt-repository ppa:" adalah jaminan daripada pengusaha untuk keselamatan dan baikpulih serta kemaskini versi terbaru tentang produknya.

10. Auto "Logging in" dalam ROOT

Hindarkan perkara ini, anda mudah menjadi mangsa yang tidak bertanggungjawab. Kelemahan ini akan merosakan filesystem oleh tangan anda sendiri. Ciptakan new user dengan password lain untuk penggunaan biasa. Gunakan Root jika perlu sahaja.

20 Februari 2010

Versi-versi Ubuntu

Sistem Operasi Ubuntu akan dinaiktaraf setiap 6 bulan sekali. Bagaimanapun untuk versi Long term Support (LTS) akan disokong sehingga 5 tahun. Meskinpun versi bukan LTS dinaiktaraf 6 bulan sekali, versi ini akan disokong sehingga 18 bulan. Jika anda lihat, setiap versi/siri akan diberi nama berdasarkan nama-nama haiwan. Manakala nombornya adalah berdasarkan bulan dan tahun ianya dilancarkan.

Contohnya Ubuntu 9.10 (Karmic Koala) : 9.10 = tahun 2009 pada bulan Sepuluh (Oktober). Di bawah saya senaraikan versi-versi Ubuntu yang telah dilancarkan dan akan diterbitkan:

  1. 11.04 (Narty Narwhal) : dilancarkan April 2011
  2. 10.10 (Maveric Meerkat) : di sokong sehingga April 2011
  3. 10.04 LTS (Lucid Lynx) : di sokong sehingga April 2013
  4. 9.10 (Karmic Koala) : di sokong sehingga April 2011
  5. 9.04 (Jaunty Jackalope) : sokongan telah tamat
  6. 8.10 (Intrepid Ibex) : sokongan telah tamat
  7. 8.04 LTS (Hardy Heron) : di sokong sehingga April 2011
  8. 7.10 (Gusti Gibbon) : sokongan telah tamat
  9. 7.04 (Feisty Fawn) : sokongan telah tamat
  10. 6.10 (Edgy Eft) : sokongan telah tamat
  11. 6.06 LTS (Dapper Drake) : sokongan telah tamat
  12. 5.10 (Breezy Badger) : sokongan telah tamat
  13. 5.04 (Hoary Hedgehog) : sokongan telah tamat
  14. 4.10 (Warty Warthog) : sokongan telah tamat
Versi LTS tujukan khas kepada syarikat, korporat atau organinasi yang besar untuk tempoh sokongan yang lebih lama. Mereka tidak perlu naiktaraf kepada versi terkini untuk tempoh-tempoh tertentu bagi menjamin keberkesanan penggunaan sesetengah perkakasan dan perisian pejabat, server, mesin serta sebagainya. Selalunya versi ini lebih stabil untuk tempoh yang lama.

Manakala versi biasa (bukan LTS) ditujukan kepada end-user yang mana setiap beberapa bulan akan dinaiktaraf Repo, kernel dll bagi menyahut cabaran gajet-gajet terkini, sistem sekuriti terkini, kestabilan dan persaingan sistem operasi.

Bagi sesetengah kes terutama pengguna Ubuntu yang baru, adalah digalakkan untuk mengekalkan versi yang ada sekarang bagi mengelakkan masalah "BUG". Setelah 3 - 4 bulan bolehlah mencuba versi terkini.

Semoga artikel ini memberi sedikit sebanyak pengetahuan di mana kita tidak berpeluang mencuba versi yang telah berlalu.

25 November 2009

Ubuntu sebagai sebuah sistem operasi PERCUMA



Kebanyakkan pengguna komputer mengenali komputer melalui perantaraan Windows sebagai sistem operasi. Windows merupakan sistem operasi yang dihasilkan oleh syarikat Microsoft yang mengenakan bayaran kepada setiap pengguna komputer untuk menggunakannya. Versi terbaru Windows Vista contohnya berharga lebih kurang RM600 untuk sekeping DVD edisi Home Premiumnya. Kerana itulah setiap komputer baru yang kita beli dikenakan harga yang tinggi kerana kita bukan sahaja membayar untuk harga komputer itu sahaja tetapi juga harga bagi sistem operasi Windows didalamnya.

Mengapa perlu membayar mahal untuk sistem operasi berbayar jika mempunyai altenatif menggunakan sistem operasi percuma? Ubuntu itu sendiri percuma dan disertakan dengan ribuan perisian percuma lain yang menjadi altenatif terbaik untuk perisian berbayar yang sedia ada. Ribuan ringgit boleh dijimatkan hanya dengan keberanian seseorang mencuba Ubuntu untuk mengantikan Windows. Ubuntu adalah sistem operasi yang ideal untuk persendirian ,organisasi dan perniagaan kecil kerana kita tidak perlu mengeluarkan apa-apa modal untuk membayar lebih kepada harga sistem operasi!

petikan daripada EMAJ 1, m/s 4

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...