Memaparkan catatan dengan label Internet Dan Rangkaian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Internet Dan Rangkaian. Papar semua catatan

16 Jun 2013

Pelayar Slimboat Yang Pantas

Tidak saya nafikan, pelayar internet seperti Firefox, Chrome (aka Chromium di Linux), Safari dan Internet Explorer adalah pilihan utama meskinpun terdapat berpuluh-puluh lagi pelayar yang sedang membangun dan sedang digunakan oleh segelintir pengguna.

Ingin mencuba kelainan? Pelayar Slimboat adalah cross-x platform untuk Windows, Mac OS X dan Linux yang mana menjanjikan kepantasan, keselamatan dan amat stabil. Untuk merasai kehebatan pelayar Slimboat ini, anda harus mencubanya sendiri. Di sini saya sertakan beberapa keratan gambar pelayar Slimboat ini.

Gambar 1

Antara muka saat dimulakan. Bagaimanapun, anda boleh mengubahsuai Bookmarks ini di dalam pilihan "Tools > Options".

Gambar 2

Youtube nampaknya serasi dengan pelayar Slimboat ini. Begitu juga beberapa laman lain yang diuji oleh saya.

Gambar 3

Pelayar Slimboat menyokong Windows, Max OS dan Linux. Pengguna Ubuntu boleh muat turun .deb mengikut Architecture CPU samada 32bit atau 64bit.

Gambar 4

Gambar 4 menunjukkan saya sedang muat turun video daripada Youtube tanpa memasang apa extention atau adds on tambahan, malah diberi pilihan untuk ektrak kepada mp3.

Muat turun pelayar Slimboat

*Pengguna Ubuntu, sila muat turun .deb dan selesai muat turun hanya perlu dwi klik sahaja untuk memasang pelayar ini.

26 September 2011

Loudtalks: Perisian Walkie Talkie Ubuntu, Android dan Windows

Loudtalks - Supersonic Communications

Loudtalks adalah sebuah aplikasi yang menghantar dan menerima suara kepada/daripada rakan yang mempunyai akaun dengan Loudtalks. Lebih tepat lagi ialah ianya berkonsepkan PTT iaitu Push-To-Talk. Biar pun perisian kecil ini tidak secanggih Skype, namun keupayaannya tidak dapat saya sangkal lagi kerana saya telah mengujinya pada telefon bimbit Samsung Android dengan hanya dikuasai oleh 2G. (GPRS). Suara akan lagi lebih cepat dihantar jika saya menghidupkan 3G atau HSDPA. 

Loudtalks terbahagi kepada 3 kategori iaitu Loadtalks lite, Loudtalks mesh dan Loudtalks cloud. Hanya Loudtalks lite sahaja yang percuma. Anda boleh baca selanjutnya melalui laman rasminya Loudtalks.com

Perisian PTT ini boleh dipasang pada Android, Blackberry, Windows Mobile, Windows. Menurut pembangunnya, Loudtalks boleh dipasang pada Ubuntu melalui WINE, dan saya telah memasangnya pada Ubuntu tanpa ada masalah. Anda boleh muat turun Loudtalks DISINI.

Pemasangan Loudtalks

  • Pada Ubuntu - Pasang Loudtalks.exe melalui wine.
  • Android - Pasang melalui Android market.
Untuk anda bercakap atau berkomunikasi secara percuma walau di mana rakan anda berada sudah tentu perlu membina akaun Loudtalks terlebih dahulu. Pendaftaran hanya memerlukan username, password dan e-mail sahaja. Kemudian rakan anda perlu membuat perkara yang sama seperti anda. Selepas menghidupkan perisian ini, sila tambah rakan (add a contact) dan rakan anda perlu membenarkan (Accept).

Sekarang anda bebas walkie talkie dengan rakan di seluruh dunia.. Antara kelemahan yang saya nampak ialah perisian PTT ini tidak boleh menukar avatar atau gambar profil rakan dan kita... Bagaimanapun ianya seronok digunakan pada Android, macam guna walkie talkie pulak..

Perhatian:
Penggunaan Loudtalks ini menggunakan 20kps/jam semasa idling dan maximum 110kps semasa bercakap, jadi periksa pelan 3G broadband anda terlebih dahulu sebelum menggunakannya. 

23 September 2011

Berkongsi 3g Broadband melalui WIFI Menggunakan Ubuntu

Sesiapa yang melanggan Streamyx tiada masalah untuk berkongsi Wifi kerana TM telah membekalkan secara percuma modem tanpa wayar kepada pelanggannya. Bagaimana pula kepada pelanggan yang menggunakan DIGI, CELCOM dan MAXIS serta U Mobile? Tahukah anda? Dengan modem 3G/3.5G USB modem yang anda gunakan itu boleh dijadikan sebagai sumber Wifi kepada laptop rakan anda yang lain. Menarik bukan? Ini secara tidak langsung dengan 1 talian internet boleh dikembangkan kepada 2 atau lebih untuk dikongsi Wifi.

Keperluan:
1 unit 3g usb modem (saya hanya guna telefon bimbit Samsung Galaxy S) dan sebuah komputer riba yang dipasang Ubuntu.

Persediaan:
Pastikan 3g usb modem anda tersebut dapat berfungsi dengan baik, maksudnya anda telah berjaya mengkases internet melaluinya. Anda boleh ikut tutorial DISINI jika perlu.

Mencipta New Wireless

Gambar 1

Apabila anda klik pada ikon Network Manager, akan muncul info berkaitannya seperti Gambar 1 di atas. Pastikan koneksi Mobile Broadband telah bersambung seperti no 1. Kemudian klik pada no 2 iaitu Create New Wireless Network.

Gambar 2

Gambar 2. Ciptakan nama Wireless yang ingin dibuat dan kata laluan sebagai kunci keselamatan. Pada ruangan Wireless Security saya memilih WEP 128-bit Passphrase. Klik butang Create untuk pengesahan.

Gambar 3

Pada Gambar 3, dapat diperhatikan muncul 1 nama Wireless baru yang kita ciptakan sebentar tadi.

Membuat konfigurasi Mobile Broadband

Klik kanan pada ikon Network Manager dan pilih Edit Connections. Akan muncul seperti Gambar 4 di bawah.

Gambar 4

Pilih nama koneksi anda (contoh Celcom Default) no 1 dan klik butang Edit no 2.

Gambar 5

Masukan katalaluan Ubuntu anda apabila diminta.

Gambar 6

Merujuk Gambar 6 klik pada tab PPP Setting seperti no 1. Seterusnya dalam ruangan Encho, sila berikan tanda pada Send PPP encho packets seperti no 2 dan klik butang Apply seperti no 3.

Membuat konfigurasi Wireless


Selesai langkah di atas, klik pula pada tab Wireless.

Gambar 7

No 1 pilih nama wireless yang anda cipta dan tekan butang Edit seperti no 2.

Gambar 8

Sampai langkah ini, klik pada tab Wireless seperti no 1. Dalam ruangan Mode pilih Ad-hoc seperti no 2 dan klik pada tab IPv4 Setting seperti no 3 untuk langkah seterusnya.

Gambar 9

Pada Gambar 9, setelah klik pada tab IPv4 setting, dalam ruangan Method seperti no 1 pilih Shared to other computers. Dan akhir sekali klik butang Apply seperti no 2 untuk pengesahan dan mengakhiri semua konfigurasi yang dilakukan.

Tiba di sini, anda sudah boleh mencuba Wifi/Wireless yang anda ciptakan ini pada komputer riba rakan anda yang lain. Cuba akseskan Wifi ini sekarang, katalaluan adalah kekunci keselamatan wireless yang anda ciptakan pada Gambar 2.

Kredit:
Terima kasih saya ucapkan kepada rakan saya iaitu saudara Ahmabd Albab kerana pengkongsian ilmu ini.

24 Ogos 2011

Memasang Google Chrome Pada Ubuntu


Tidak perlu lagi diperkenalkan pelayar internet popular ini. Semua orang tahu, kalau ada yang tidak tahu pun pernah guna Chrome Browser ini. Rata-rata yang telah menggunakannya akan mengatakan ianya sangat ringan, lebih laju daripada pesaingnya yang terdekat iaitu Firefox.

Oleh kerana Firefox adalah pelayar web lalai pada Ubuntu, maka untuk menggunakan Google Chrome ini, sudah tentu anda perlu memasangnya terlebih dahulu. Cara pemasangannya adalah sangat mudah.

Muat turun

  • Klik di sini untuk muat turun.
  • Pada halaman tersebut sila pilih 32 bit .deb atau 63 bit .deb berdasarkan architecture CPU - Ubuntu anda.
  • Klik pada butang Accept and Install.


Pemasangan Google Chrome

Setelah siap muat turun fail google-chrome-stable_current_i386.deb, dwi klik sahaja untuk pemasangannya. Selepas siap pemasangan, untuk mengakses Chrome pada ubuntu 10.04 dan 10.10; Applications > Internet > Chrome. Manakala Ubuntu 11.04 dan 11.10, taip "chrome" pada dash menu.

Chrome ini akan sentiasa dikemas kini oleh sistem Ubuntu jika ada versi terbaru.

Sekian..

17 Ogos 2011

Menghubungkan Uget Download Manager Dengan Firefox

Terdapat banyak aplikasi muat turun yang boleh dipasang pada Ubuntu. Sebelum ini saya pernah menguji kelajuan muat turun DownThemAll (DTA) iaitu extention kepunyaan Firefox Browser, namun daripada pemahaman saya dapatlah saya akui sekarang bahawa menggunakan satu-satunya aplikasi tunggal yang hanya bekerja untuk muat turun data lebih efeksi berbanding menggunakan extention pada Firefox. Ini kerana, selain muat turun fail; dalam pada masa yang sama firefox juga digunakan  untuk tujuan-tujuan lain seperti melayari laman internet, Adobe Flash sentiasa bersedia yang memungkinkan memakan memori PC dan lain-lain sebab. Kerana itu tidak hairanlah mengapa Internet Download Manager (IDM) menjadi kegilaan para pengguna Windows, kerana ia hanya bertugas untuk muat turun sahaja, tiada pincang tugas berlaku semasa fail-fail sedang di muat turun.

Jadi benarlah software yang bersifat demikian lebih cemerlang berbanding extension browser. Kali ini Uget Download Manager menjadi pilihan saya untuk diketengahkan kerana Uget memiliki antara muka yang sangat mudah dan senang digunakan selain daripada Wget, JDownloader, Kget dan lain-lain.

Antara ciri-ciri baru Uget (versi 1.8.0 - stable):

  • Pengguna boleh mengawal kelajuan per muat turun
  • Pengguna boleh melihat Sort muat turun di dalam "All" kategori
  • Penetapan jadual muat turun
  • Wajah baru cop-masa (timestamp)
Selain itu, Uget juga boleh berhubung dengan Torrent mahupun Metalink dengan mengaktifkan Plugin terlebih dahulu. Untuk tugas ini, pengguna perlu memasang pakej aria2 melalui Synaptic Package Manager. (Gambar 1)
Gambar 1

Memasang Uget (Ubuntu 10.04, 10.10, 11.04)

Anda boleh memasang Uget melalui Ubuntu Software Center jika tidak kisah kepada versi, jika mahu versi terkini; pemasangan adalah melalui Uget PPA rasmi. Buka aplikasi terminal dan masukan baris perintah berikut:

sudo add-apt-repository ppa:plushuang-tw/uget-stable
sudo apt-get update
sudo apt-get install uget

Jika anda sudah memasang Uget sebelum ini, hanya naiktaraf selepas kemaskini:

sudo apt-get upgrade

Perhatian! - Sila selesaikan semua muat turun yang sedia ada sehingga selesai barulah boleh upgrade.. jika tidak semua data yang sedang dimuat turun akan dipadamkan jika anda berkeras mahu menaiktaraf versi Uget ini. Abaikan mesej ini jika tiada muat turun yang sedang berjalan.

Sampai di sini anda sudah siap memasang Uget dan boleh mengunakannya untuk memulakan proses muat turun fail. Berbalik kepada tajuk entri saya kali ini, akan saya tunjukkan bagaimana ianya boleh berhubung secara automatik dengan firefox supaya sebaik sahaja fail muat turun dikesan oleh Firefox, maka Uget sudah bersedia untuk menjalankan tugasnya tanpa kita menjalankan apikasi Uget.

Untuk manjadikan Uget dapat berinteraksi dengan Firefox, kita perlu melantik "orang tengah" untuk tugas ini. Orang tengah yang saya maksudkan tersebut ialah Extention FlashGot. Untuk memasang FlashGot apa yang perlu dilakukan ialah hanya mencari dan pasang FlashGot melalui fungsi Add On pada Firefox.

Saya andaikan anda sudah memasang Flashgot (jangan lupa restart Firefox selepas pasang extention ini). Seterusnya klik menu Tools pada Firefox dan sila rujuk arahan Gambar 2 dan Gambar 3 di bawah.

Gambar 2 (klik untuk besarkan imej)

1 - klik Extenstions
2 - klik Preferences
3 - dalam tab General pilih Uget
4 - klik tab Flashgot Media

Gambar 3

Setelah klik pada tab FlashGot Media, pilih Uget dalam kotak senarainya dan klik butang OK untuk mengakhiri pengesahan.

Lihat Gambar 4 di bawah sebaik sahaja saya menguji fungsi extentions FlashGot pada Firefox, iannya terus dihubungkan kepada Aplikasi Uget.

Gambar 4

Saya harap tip yang saya paparkan kali ini dapat melancarkan proses muat turun fail yang besar-besar terutamanya kepada mereka yang selalu menghadapi gangguan internet yang perlahan dan kadangkala terputus.

Sekian..

13 Ogos 2011

Enjin Carian Google Untuk Ubuntu


Saya rasa sudah lama enjin carian Ubuntu berasaskan enjin Google ini dilancarkan. Cuma saya sahaja yang kurang cakna. Hasil gabungan daripada Google + Ubuntu menjadi googlubuntu (http://www.googlubuntu.com/). Laman carian ini memudahkan mencari berita, tip, tutorial, trik dan pelbagai lagi permasalahan yang mungkin boleh dijawab dengan pantas.

Setiap teks yang ditaip padanya akan dihubungkan atau diarahkan ke laman yang popular seperti Ubuntu.com, Kubuntu.com, Edubuntu.org, Launchpad.net, ubuntuforums.org, 
Kubuntuforums.net, ubuntuguide.org, getdeb.net, google groups «ubuntulinux» and «kubuntu», ubuntu-es.org, kubuntu-es.org, planetubuntu.es, ubuntips.com.ar, guia-ubuntu.org, cesarius.net, tuxpepino.wordpress.com, ubuntulife.wordpress.com dan lain-lain.

Di bawah kotak carian, terdapat 5 ikon teras kepada Ubuntu, Kubuntu, Edubuntu, Xubuntu dan UbuntuStudio. Cara menggunakannya ialah ayat boleh disingkatkan kata cariannya, cuba lihat 2 perbezaan ini di antara  versi google.com dan googlubuntu:

melalui Googlubuntu:
install libreoffice

melalui google.com
how to install libreoffice on ubuntu

Jadi, jangan lupa ditandakan (bookmark) googlubuntu pada browser Firefox atau Chrome anda!

Sekian.

18 Julai 2011

Mewujudkan Laman Sembang Ubuntu Dan Windows Melalui LAN

Internet Messenger Pidgin rasanya pengguna Ubuntu telah mengetahuinya. Di mana Pidgin adalah sebuah aplikasi Sembang seperti Yahoo Messenger, MSN dan sebagainya. Selain menyokong protokol yahoo, MSN, Jabber, Google talk dan lain-lain; ianya juga boleh dijadikan sebagai ruang sembang antara dua buah komputer melalui LAN (Local Area Network) samada melalui kabel atau tanpa wayar (wireless).

Seperti IM Empathy yang menggunakan protokol "People Nearby", MSN pula menggunakan "People Near Me" manakala Pidgin menggunakan "Bonjour". Kalau tidak silap saya Bonjour ini direka berasaskan XMPP yang mana diperkenalkan oleh syarikat Apple untuk proses berkongsian fail dan mencetak dalam "Local Network".

Memasang Pidgin pada Ubuntu:
  1. Buka aplikasi Ubuntu Software Center dan taipkan pidgin.
  2. Seterusnya klik pada butang Install.

Memasang Pidgin pada Windows (XP, Vista, Win 7).
  1. Muat turun Pidgin untuk Windows. Saya sarankan anda pilih "pidgin offline installer".
  2. Muat turun perisian tambahan Pidgin "Bonjour for Windows" daripada laman Apple.
  3. Sila pasang kedua-dua aplikasi tersebut iaitu Pidgin dan Bonjour.
 Memulakan Pidgin


Klik butang Add untuk membina akaun pengguna.


Sila pilih "Bonjour" di dalam protokol dan masukan Username anda, kemudian tekan butang Add.


Anda akan dapati 1 akaun telah dicipta dan tandakan pada Enable untuk memulakannya.

Seterusnya, langkah yang sama juga dilakukan pada Pidgin di komputer Windows. Untuk pengetahuan, jika Pidgin pada Windows gagal menghubungkan Bonjour, sila Restart Windows tersebut.

Sebaik sahaja Ubuntu dan Windows berjaya menghidupkan Pidgin, anda dan rakan anda yang sama Network sudah boleh bersembang (lihat di dalam buddy list), menghantar fail dan lain-lain lagi.

Saya harap tutorial ini memberi manfaat antara Ubuntu-Windows.. Sekian.

19 Mac 2011

Maksimumkan Kelajuan Internet Pada Ubuntu

Cara ini sudah lama saya buat, cuma baru teringat mahu berkongsi. Tahun lepas saya ada buat perbandingan kelajuan muat turun Windows dan Ubuntu di mana Windows menggunakan IDM dan Ubuntu menggunakan DTA. Ketika itu saya telah membuat tutorial yang akan saya tunjukkan di bawah.

Mari kita mula

Buka aplikasi Terminal dan taipkan iwconfig jika menggunakan Wifi dan taipkan ifconfig jika menggunakan Kabel internet (LAN).

Disebabkan saya menggunakan Wifi jadi berikut adalah maklumat yang dipaparkan.

lo        no wireless extensions.

eth0      no wireless extensions.

wlan0     IEEE 802.11bg  ESSID:"Wifi Turbo" 
          Mode:Managed  Frequency:2.437 GHz  Access Point: 5C:D9:98:B5:DD:A3  
          Bit Rate=36 Mb/s   Tx-Power=7 dBm  
          Retry  long limit:7   RTS thr:off   Fragment thr:off
          Power Management:on
          Link Quality=50/70  Signal level=-60 dBm 
          Rx invalid nwid:0  Rx invalid crypt:0  Rx invalid frag:0
          Tx excessive retries:0  Invalid misc:0   Missed beacon:0

vboxnet0  no wireless extensions.

wlan0 adalah sambungan internet saya. Seterusnya, saya masukkan baris perintah ini pada terminal untuk membuka script rc.local

sudo gedit /etc/rc.local

Kemudian, tambahkan ayat seperti di bawah ke dalam script tersebut.

iwconfig wlan0 rate 54M

Ayat yang saya tambahkan itu akan kelihatan sebegini

...
# By default this script does nothing.
iwconfig wlan0 rate 54M
exit 0

Nota: sila tukarkan wlan0 berdasarkan sambungan internet anda. Boleh jadi eth0 atau eth1.

Klik simpan (save) dan tutup text editor tersebut. Akhir sekali restart komputer. Setelah komputer dihidupkan, lalu saya membuat semakan semula dengan menaip iwconfig pada terminal dan hasilnya Bit Rate sudah bertukar kepada kelajuan maksimum 54Mbps iaitu sama seperti yang tertera pada badan USB Wifi adapter saya ini (TP Link/TL-321G). Sekian...

26 Januari 2011

Memasang Enjin Penterjemah Google Pada Ubuntu

Orang macam saya memang perlu sangat kepada aksesori bantuan sistem penterjemah pada komputer, selain memasang kamus pada ubuntu, kita boleh juga mengunakan Web Browser untuk menterjemah bahasa iaitu menggunakan Google Translator, namun ianya nampak sedikit serabut dengan pelbagai fungsi yang kadang kala tidak diperlukan. Bagaimanapun, fungsi ini adalah bergantung kepada keperluan setiap individu.

Di sini saya ingin menunjukan kepada anda terdapat satu aplikasi penterjemah bahasa yang boleh dipasang terus pada Desktop Ubuntu 10.04/10.10 yang mana kita tidak perlu membuka web browser seperti lazimnya. Aplikasi yang amat ringkas ini dinamakan Translate-me.


Untuk memasangnya pada ubuntu 10.04/10.10/11.04 sila buka Terminal; salin dan tampal baris arahan ini:

sudo add-apt-repository ppa:atareao/atareao
sudo apt-get update
sudo apt-get install translate-me

Anda boleh mengakses Translate-me melalui Applications>Accessories>translate-me.

23 Januari 2011

Memasang Internet Explorer 7 Pada Ubuntu

Tujuan saya mengetengahkan entri ini adalah disebabkan masih banyak lagi sektor awam di Malaysia yang tidak menyokong Internet Browser Sumber Terbuka seperti Firefox, Google Chrome, Opera dan sebagainya.

Saya pun tidak faham, kenapa lembap sangat untuk mereka melangkah maju kehadapan bagi merealisasikan kehendak ICT zaman sekarang, mereka fikir semua rakyat Malaysia masih lagi bergantung kepada Windows yang menggunakan IE sebagai lalai (default Intenet Browser).

Jadi, saya harap tutorial bergambar di bawah dapat menyelesaikan kesulitan tersebut terutamanya kepada pengguna Ubuntu di Malaysia khususnya.

Terlebih dahulu, buka Ubuntu Software Center dan sila pasangkan 2 (dua) Aplikasi berikut:
1. Wine.
2. PlayOnLinux.

Buka aplikasi PlayOnLinux. (Applications>Games>PlayOnLinux). Kemudian sila ikut arahan bergambar di bawah. Saya harap gambar-gambar di bawah dapat difahami tanpa saya sertakan penjelasannya.






















Sekian, selamat mencuba..

28 Disember 2010

Memasang Pakej Secara Tanpa Talian (Offline) Pada Ubuntu

Memasang, menaiktaraf dan mengemaskini sesuatu pakej mahu pun aplikasi secara tanpa talian mungkin disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

  • Menggunakan Ubuntu pada komputer yang tiada talian internet.
  • Talian internet yang sangat perlahan.
  • Tiada masa untuk memasang aplikasi tambahan pada komputer di rumah.
  • Sekadar berkongsi fail dengan rakan-rakan.
  • Menambah koleksi perisian sebagai backup.

Beberapa aplikasi di bawah yang boleh dipertimbangkan untuk pemasangan tanpa talian internet PC di rumah.


Entri pertama ini akan saya sentuh bagaimana menggunakan Synaptic Package Manager untuk pemasangan secara talian tertutup. Jika ada masa, akan saya sentuh berkenaan Keryx dan APTOnCD pada artikel seterusnya.

Mari kita mula: Contoh aplikasi: homebank

Pada komputer tanpa talian internet.


Langkah 1
Buatkan satu direktori baru dan namakannya homebank pada direktori Home anda.

Langkah 2
Buka Synaptic Package Manager melalui menu. Tandakan homebank "mark for installation" seperti gambar 1.

Gambar 1

Langkah 3
Synaptic Package Manager akan memaparkan senarai pakej yang perlukan (dependencies), gambar 2. Klik butang Mark untuk pengesahan keluar.

Gambar 2

Langkah 4
Kemudian, klik menu File>Generate Package Download Script. Lihat gambar 3.

Gambar 3

Langkah 5
Arahan seterusnya meminta anda supaya menyimpan skrip homebank ini. Jadi, namakan fail skrip ini sebagai "homebank" dan simpan ke dalam direktori yang telah diciptakan pada langkah 1 sebentar tadi.

Langkah 6
Salin dan tampal direktori homebank ke dalam USB Pendrive/Flash Disk.

Pada komputer (linux OS) yang ada talian internet

Langkah 7
Cucukan USB Pendrive tersebut dan buka direktori homebank, dwi klik pada skrip homebank dan pilih "Run in terminal". Sepatutnya seperti gambar 4 dan 5 di bawah yang mana fail .DEB sedang dimuat turun ke direktorinya.

Gambar 4

Gambar 5

Pada komputer tanpa talian internet.

Langkah 8
Terdapat beberapa cara untuk memasang pakej DEB tersebut dan saya sarankan hanya 2 cara iaitu:
  1. Buka Synaptic Package Manager, klik menu File>Add downloaded package. Hanya ikut arahan skrin untuk pemasangannya (sila jejak kepada direktori homebank pada USB Pendrive).
  2. Melalui aplikasi Terminal. Salin dan tampal direktori homebank terlebih dahulu dari USB pendrive ke Home anda. Buka aplikasi Terminal dan masukan baris perintah berikut.
cd homebank && sudo dpkg -i *.deb

Setelah siap pemasangan, tutup Terminal tersebut dan sekarang anda sudah boleh menggunakan aplikasi Homebank ini.

Untuk mengemaskini/menaiktaraf sistem, lakukan sama semua langkah di atas kecuali langkah 2 pergi ke menu Edit dan pilih "Mark all upgrades"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...