- Menggunakan Ubuntu pada komputer yang tiada talian internet.
- Talian internet yang sangat perlahan.
- Tiada masa untuk memasang aplikasi tambahan pada komputer di rumah.
- Sekadar berkongsi fail dengan rakan-rakan.
- Menambah koleksi perisian sebagai backup.
Beberapa aplikasi di bawah yang boleh dipertimbangkan untuk pemasangan tanpa talian internet PC di rumah.
Entri pertama ini akan saya sentuh bagaimana menggunakan Synaptic Package Manager untuk pemasangan secara talian tertutup. Jika ada masa, akan saya sentuh berkenaan Keryx dan APTOnCD pada artikel seterusnya.
Mari kita mula: Contoh aplikasi: homebank
Pada komputer tanpa talian internet.
Langkah 1
Buatkan satu direktori baru dan namakannya homebank pada direktori Home anda.
Langkah 2
Buka Synaptic Package Manager melalui menu. Tandakan homebank "mark for installation" seperti gambar 1.
Gambar 1
Langkah 3
Synaptic Package Manager akan memaparkan senarai pakej yang perlukan (dependencies), gambar 2. Klik butang Mark untuk pengesahan keluar.
Gambar 2
Langkah 4
Kemudian, klik menu File>Generate Package Download Script. Lihat gambar 3.
Gambar 3
Langkah 5
Arahan seterusnya meminta anda supaya menyimpan skrip homebank ini. Jadi, namakan fail skrip ini sebagai "homebank" dan simpan ke dalam direktori yang telah diciptakan pada langkah 1 sebentar tadi.
Langkah 6
Salin dan tampal direktori homebank ke dalam USB Pendrive/Flash Disk.
Pada komputer (linux OS) yang ada talian internet
Langkah 7
Cucukan USB Pendrive tersebut dan buka direktori homebank, dwi klik pada skrip homebank dan pilih "Run in terminal". Sepatutnya seperti gambar 4 dan 5 di bawah yang mana fail .DEB sedang dimuat turun ke direktorinya.
Gambar 4
Gambar 5
Pada komputer tanpa talian internet.
Langkah 8
Terdapat beberapa cara untuk memasang pakej DEB tersebut dan saya sarankan hanya 2 cara iaitu:
- Buka Synaptic Package Manager, klik menu File>Add downloaded package. Hanya ikut arahan skrin untuk pemasangannya (sila jejak kepada direktori homebank pada USB Pendrive).
- Melalui aplikasi Terminal. Salin dan tampal direktori homebank terlebih dahulu dari USB pendrive ke Home anda. Buka aplikasi Terminal dan masukan baris perintah berikut.
cd homebank && sudo dpkg -i *.deb
Setelah siap pemasangan, tutup Terminal tersebut dan sekarang anda sudah boleh menggunakan aplikasi Homebank ini.
Untuk mengemaskini/menaiktaraf sistem, lakukan sama semua langkah di atas kecuali langkah 2 pergi ke menu Edit dan pilih "Mark all upgrades"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan