Memaparkan catatan dengan label Pemasangan ubuntu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pemasangan ubuntu. Papar semua catatan

16 Januari 2011

Ubuntu linux 32 bit atau 64 bit?

Sebelum saya mengenali linux khususnya Ubuntu, langsung tidak ambil peduli 32 bit dan 64 bit. Dan sehingga sehingga sekarang saya lagi masih samar-samar tentang kedua-dua perbezaan sistem ini. Namun setakat yang saya tahu, angka ini adalah salah satu sistem pemprosesan (architecture) sesebuah komputer.

Kalau anda ada banyak masa boleh baca wiki 32 bit dan 64 bit untuk maklumat lanjut. Secara ringkasnya dari mata kasar, sudah tentu 64 bit lebih berkuasa berbanding 32 bit. Hari ini, komputer yang mempunyai spesifikasi 64 bit sudah tidak jauh harganya dengan 32 bit.

Berbalik semula kepada tajuk entri ini, oleh kerana komputer yang memiliki ciri 64 bit boleh di pasang dengan 32 bit, jadi manakah pilihan yang terbaik 32 bit atau 64 bit? Jawapannya adalah seperti huraian saya di bawah. Sebaliknya, anda tidak boleh sama sekali memasang Ubuntu pakej 64 bit pada komputer 32 bit.


1. Sokongan perkakasan sistem komputer

Anda yakin komputer anda memiliki 64 bit, maka anda boleh memasang Ubuntu 64 bit. Pemasangan akan berjalan dengan sempurna, begitu juga semasa menggunakan Ubuntu 64 bit tersebut.

2. Sokongan aplikasi

Di dalam sumber terbuka, terdapat banyak sokongan perisian 32 bit dan 64 bit. Tetapi bagaimana pula jika memasang perisian sumber tertutup umpamanya Flash yang masih diragui kecekapannya.

3. Sokongan RAM

64 bit bergerak selesa jika komputer anda memiliki lebih daripada 4GB RAM. Bagaimanapun jika anda lihat PAE, linux yang dibekalkan 64GB RAM masih lagi tiada masalah jika menggunakan 32 bit. Adakah komputer anda memiliki RAM 64GB??

4. Sokongan kelajuan

64 bit amat selesa jika anda menggunakan komputer untuk mengkoding Audio dan Video yang memerlukan kepantasan yang amat laju. Namun, 32 bit masih tiada masalah untuk menunaikan tugasan koding ini walaupun tidak secekap 64 bit. Antara lain, rata-rata pengguna komputer hari ini menjurus ke arah penggunaan biasa seperti menaip, mendengar lagu, bermain permainan, menyusuri internet, melukis dan pelbagai lagi kerja-kerja seharian sesebuah komputer.

Tambahan lagi, laman rasmi Ubuntu (Canonical) juga mengesyorkan anda memuat turun Ubuntu 32 bit tanpa mengambil kira spesifikasi komputer anda. Lihat pautan URL ini: Muat turun Ubuntu.

Jika anda masih keliru pilihan 32 bit atau 64 bit, sila cari kebuntuan ini di internet tanpa mengajukan kepada saya mana yang sesuai kerana saya bukanlah insan yang mencipta CPU 32 bit atau 64 bit tersebut.

20 Disember 2009

Perkara Yg Perlu Dibuat Selepas Pemasangan Ubuntu

Pilih Server Terbaik


  1. Klik ke System>Administration>Software Source
  2. Dalam Tab "Ubuntu Software", terdapat download from. Klik butang ditepinya, dan pilih "Others" dan Select Best Server. Tunggu sehingga selesai proses PING.
  3. Setelah itu, Chose Server yang terpapar dan tutup. Akan keluar mesej Reload, ikut sahaja arahan tersebut sehingga selesai download dan pemasangannya.
  4. Sebaik sahaja tutup, akan muncul upgrade yang mana terdapat banyak REPO, nak senang ikut sahaja arahan tersebut. Kalau internet rumah aku mengambil masa 1 jam 30 minit untuk arahan ke 4 ini.
Memasang Ubuntu Restricted Extras

Bertujuan untuk mendengar muzik, menonton video dalam dvd yang tidak berdaftar dengan lesen sumber terbuka


  1. Klik System>Administration>Synaptic Package Manager
  2. Kemudian taipkan Restricted dalam kotak carian. Pilih ubuntu-restricted-extras.
  3. Selepas itu, Mark for installation dan Apply.
  4. Jika tiada dalam kotak carian tersebut, anda boleh memasangnya terus dengan klik Ubuntu-restricted-extras
  5. Dan terakhir, taipkan flashplugin dalam kotak carian dan pasang flashplugin-nonfree (macam gambar di bawah). Ini macam adobe flash player jugaklah.. nanti nak tengok youtube tak der masalah.

Anda juga boleh memasang lain aplikasi yang memudahkan untuk anda menggunakan komputer. Kalau aku, pasang Google Chrome for linux supaya jika berlaku masalah firefox jem, kita masih ada web browser yang kedua. Chrome pun best, ringan jer..

Boleh cuba juga aplikasi lain seperti yang terdapat dalam ubuntu software center.

01 Disember 2009

Tutorial AM Pemasangan Ubuntu

ASAS PEMASANGAN UBUNTU

Untuk pemasangan mentah, anda memerlukan perkakasan yang disokong oleh Ubuntu itu sendiri. Dari erti kata lain, tidak semua perkakasan anda akan mampu disokong oleh Ubuntu kerana sesetengah perkakasan memerlukan langkah-langkah lain untuk berfungsi didalam ubuntu. Selain itu, anda juga memerlukan Cakera Keras Ubuntu yang telah sedia diburnkan di CD. Untuk mendapatkan ISO Ubuntu ini, anda perlu muat turun imej tersebut dilaman Ubuntu itu sendiri.

Mendapatkan Imej/ISO Ubuntu
  1. Lawat laman Ubuntu di Ubuntu.com - Download
  2. Pilih jenis Ubuntu yang anda inginkan bersesuaian dengan jenis alat pemprosesan anda. Alat pemprosesan Intel dan AMD kesemuanya menyokong Ubuntu versi 32bit (x86). Bagaimanapun jika alat pemprosesan anda menyokong arahan x86-64 maka Ubuntu versi 64bit juga boleh digunakan.

  3. Selesai memilih jenis imej untuk installasi, anda perlu memilih mirror paling dekat untuk muat turun. Ingat, bahawa tidak semestinya mirror yang dekat dengan lokasi anda adalah mirror yang terpantas. Kemungkinan mirror lain juga boleh memberikan prestasi yang lebih pantas dari mirror berdekatan.

  4. Jika proses muat turun sudah dijalankan, anda hanya perlu tunggu dan tunggu sehingga proses muat turun tadi selesai.

Cara Membakar ISO/Imej ke dalam CD

Perhatian, sebelum bakar imej CD Ubuntu, pastikan keutuhannya dengan menggunakan md5sum. Katakan jika checksum fail ISO tersebut adalah 24ea1163ea6c9f5dae77de8c49ee7c03 seperti yang dipaparkan pada halaman muaturun imej tersebut dalam fail bernama MD5SUMS, hasil md5sum juga mestilah sama dengan yang diberi. Contoh menjalankan checksum pada terminal mana-mana sistem GNU+Linux:

$ md5sum ubuntu-8.10-desktop-i386.iso 24ea1163ea6c9f5dae77de8c49ee7c03 ubuntu-8.10-desktop-i386.iso

Rujuk MD5 hash untuk ubuntu di sini

Pada windows pula:

  1. Dapatkan md5sum dari http://www.etree.org/cgi-bin/counter.cgi/software/md5sum.exe

  2. Salin md5sum.exe ke dalam %windir%\system32

  3. cd ke direktori imej iso tersebut. Katakan ubuntu-8.10-desktop-i386.iso berada dalam C:\Document and Settings\Administrator\Desktop\

$ cd "C:\Document and Settings\Administrator\Desktop"

  1. Periksa md5sum

$ md5sum ubuntu-8.10-desktop-i386.iso

Atau boleh juga guna perisian yang mempunyai antaramuka seperti winmd5sum.

Menggunakan WINDOWS

Untuk memulakan proses membakar anda perlu mempunyai satu aplikasi yang membenarkan anda bakar dari imej. Terdapat beberapa kekeliruan yang kerap terjadi dimana pengguna melakukan proses bakar imej Ubuntu seperti cara bakar fail-fail biasa. Langkah berbeza perlu di ambil untuk bakar fail imej/ISO. Aplikasi-aplikasi di Windows yang membenarkan proses bakar CD dengan menggunakan ISO adalah:

Anda perlu memuat turun aplikasi tersebut sekiranya anda ingin melakukan proses bakar ke atas ISO/imej tersebut. Jika anda sudah memiliki aplikasi tersebut, maka langkah-langkah membakar akan dimulakan.

  1. Masukkan CD kosong ke dalam CD Drive anda.

  2. Pergi ke lokasi di mana imej/ISO Ubuntu anda berada.

  3. Right-Click ISO/imej tersebut dan pilih Open With, kemudian anda harus memilih untuk membuka imej tersebut dengan menggunakan UltraISO.

  4. Setelah membuka imej tersebut menggunakan UltraISO, anda hanya perlu menekan icon 'Burn Image' tersebut.

  5. Sistem anda secara automatik akan memulakan proses menulis data tersebut kepada CD yang anda masukkan.

  6. Selesai proses burn, CDROM anda akan terbuka.

  7. Untuk memastikan proses tadi berjaya, masukkan semula CD tadi ke dalam CDROM dan lihat jika terdapat fail-fail Ubuntu di dalam CD tersebut.

Bakar Menggunakan Ubuntu

Untuk memulakan proses bakar dengan menggunakan Sistem Pengoperasian Ubuntu, anda memerlukan satu CD kosong bersama dengan fail imej/ISO yang telah anda muat turun sebentar tadi. Jika kedua-duanya sudah tersedia, proses membakar boleh dimulakan.

  • Masukkan CD ke dalam pemacu CDROM.

  • Satu tetingkap popup akan terpapar, padam tetingkap tersebut kerana kita tidak akan menggunakan tetingkap tersebut.

  • Buka nautilus, kemudian browse kepada lokasi di mana ISO tadi di simpan.

  • Right-Click kepada iso tersebut, kemudian pilih pilihan "Burn to Disk". Anda mungkin akan mempunyai pilihan "file image" atau CD Drive, pilih untuk bakar ke dalam CD Drive.

  • Untuk pilihan kelajuan proses bakar, seelok-eloknya anda pilih kelajuan yang paling perlahan untuk memastikan tiada data yang terlewah.

  • Sistem Ubuntu anda akan memulakan proses membakar dan anda hanya perlu tunggu sehingga proses tersebut selesai.

  • Jika CDROM telah terbuka, pastikan fail sudah ditulis pada CD tersebut.

Proses Pemasangan Bermula (rakaman skrin)

Boot komputer anda daripada CD dengan membuat penetapan awal pada BIOS. Ada sesetengah BIOS hanya tekan F12 atau ESC untuk bermula boot. Pilih CD rom atau seumpamnya.


Pilih Bahasa


Pilih Install ubuntu


Tunggu sehingga selesai



kemudian pilih bahasa lagi..



Pilih Kuala Lumpur


Pilih jenis Keyboard (Default US)


Pembahagian cakera, tentukan pilihan anda, kemudian forward. Sila google cara ini di internet. (saya akan update kemudian)


Isi semua maklumat anda


Langkah akhir pastikan semuanya seperti awal tadi. Jika tidak sila BACK untuk mengulanginya. Dan tekan Install jika sudah pasti!


Pemasangan bermula, 20 - 30 minit. Bergantung keupayaan komputer anda.


Restart komputer anda


keluarkan CD dan ENTER


Sekarang anda boleh bermula UBUNTU. Nantikan tajuk apa yang perlu dibuat selepas pemasangan. Bagaimana pun anda sudah boleh menggunakannya.

Kaedah Pemasangan Ubuntu

Terdapat beberapa cara bagaimana memasang ubuntu pada komputer, laptop mahupun netbook anda. Di sini, post ini tiada cara pemasangan ubuntu, tunggu episod pemasangannya nanti. Cuma saya mahu bagi pandangan mengenai pemasangan yang sesuai pada apa jenis komputer anda.


Ubuntu9.04 Netboot Remix

Sebelum itu, saya mahu jelaskan yang saya bukanlah seorang yang mahir komputer, kata orang baru setahun jagung pegang "mouse". Bagaimanapun saya akan utarakan idea apa yang saya tahu sahaja seberapa jelas.

Keperluan
  • Mesti ada komputer, laptop netbook mini atau apa sahaja peralatan yang boleh dipasang OS (Operating System).
  • Live CD ubuntu (ubuntu 9.04, 9.10 atau ikut pilihan anda). Live CD ubuntu boleh didapati secara percuma melalui website rasmi http://www.ubuntu.com/ samada muat turun atau order CD.
  • Kalau untuk netbook, sila muat turun file ISO dan pakai aplikasi Unetbootin di sini
  • Dan terakhir, sudah tentu minat pada ubuntu. Sebab newbie akan banyak try and error dan anggaplah kesilapan dan kesalahan sebagai tapak permulaan untuk berjaya.
Kategori kaedah pemasangan ubuntu
  • Manual Dual boot. Untuk pengguna mahir. (pasang sebelah menyebelah dengan Windows sedia ada).
  • Guide: Entire Used Hardisk - Guna kesemua ruang hardisk dan buang OS lain.
  • Kaedah Wubi: pasang ubuntu dalam Windows anda.
  • Klik sini untuk pemasangan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...