Memaparkan catatan dengan label Aksesori Ubuntu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aksesori Ubuntu. Papar semua catatan

25 Januari 2012

Memasang Deepin Software Center Pada Ubuntu 11.10

Deepin Software Center (DSC)

Baru semalam saya memasang Ubuntu 11.10 pada Desktop saya setelah menggunakan Ubuntu 10.04 berbulan-bulan lamanya. Banyak benda yang perlu dibuat konfigurasi untuk menyesuaikan dengan kehendak saya.

Pada kali ini, tidak banyak yang ingin disentuh bagaimana mahu "Tweak" kan Ubuntu dengan Persekitaran Unity ini. Telah banyak blog mengetengahkan kelebihan Unity dan kekurangannya. Pada saya, Unity juga mudah diakses dan hanya mengambil sedikit waktu untuk membiasakan diri.

Baiklah, gambar di atas adalah Deepin Software Center (DSC). Aplikasi pemasangan perisian berpusat ini mempunyai tugas yang sama seperti Ubuntu Software Center yang didatangkan secara lalai, namun DSC nampaknya lebih menawan dan ditambah lagi ciri mesra seperti:
  1. Home - Muka paparan utama (seperti gambar)
  2. Repository - Menyelongkar perisian atau aplikasi untuk dibaca dahulu sebelum memasangnya dengan 1 klik.
  3. Upgrade - Memunculkan notis kemaskini secara automatik  jika ada versi terbaru aplikasi yang telah dipasang.
  4. Uninstall - Membuang aplikasi dalam sistem dengan selamat dan mudah.
  5. Download - Ikon notis yang menunjukan status aplikasi yang sedang dipasang.
  6. Pengguna juga boleh menukar tema DCS ini dengan menekan ikon petak-petak di sebelah butang Control windows (Max, Min, Closed).
Pemasangan
Pengguna Ubuntu boleh memuat turun pakej deb Deepin Software Center ini di sini:

Muat turun Deepin Software Center

Secara keseluruhan, dengan adanya DSC ini, kerja-kerja mengurus aplikasi dalam sistem Repo menjadi lagi lebih mudah dan menyeronokkan. Anda juga boleh mengaturkan DSC ini ke dalam Unity Launcher untuk senang diakses dan menjalankannya.

23 Julai 2011

Synapse: Quick Launcher Program Untuk Ubuntu

Setelah sekian lama saya menggunakan Gnome DO sebagai pemula atau pelancar cepat untuk menghidupkan sesuatu aplikasi, kini saya ingin berkongsi dengan anda sebuah Quickly Launch Program yang mempunyai sifat yang hampir sama dengan Gnome-DO. Aplikasi yang saya maksudkan ini ialah Synapse yang mana ianya sangat ringan kerana dipacu oleh enjin Zeitgeist.



Berikut adalah ciri-ciri yang ditawarkan:
  • Kemampuan mencari hampir semua data yang dilog oleh enjin Zeitgeist.
  • Restart, Log out, Hibernate, dan Turn Off komputer.
  • Mencari definisi perkataan (Dictionary)
  • Mencari dan melancarkan aplikasi, dokumen, fail dan sebagainya.

Memasang Synapse pada Ubuntu 10.04/10.10/11.04
Buka Terminal, salin dan tampal baris perintah di bawah:

sudo add-apt-repository ppa:synapse-core/ppa

sudo apt-get update

sudo apt-get install synapse

Manakala berikutnya pula adalah pemasangan tambahan iaitu Zeistgeist Data Providers. (saya tidak memasangnya kerana menjadikan Synapse sekadar pelancar aplikasi sahaja, terpulang kepada anda untuk memasangnya).

sudo add-apt-repository ppa:zeitgeist/ppa

sudo apt-get update

sudo apt-get install zeitgeist-fts-extension zeitgeist-datasource-bzr zeitgeist-datasource-emacs zeitgeist-datasource-eog zeitgeist-datasource-geany zeitgeist-datasource-gedit zeitgeist-datasource-rhythmbox zeitgeist-datasource-totem zeitgeist-datasource-vim

Jalankan Synapse, Ubuntu 11.04 taipkan synapse pada "Dash", manakala gnome klasik Applications > Accessories > Synapse


Jika anda ingin membuat beberapa ketetapan, hanya klik pada Preferences seperti  Startup on login, Show notifications icon dan lain-lain. Lihat gambar Preferences di bawah.


Hanya tekan kekunci Ctrl+Space, segalanya akan di hujung jari anda. Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...