Memaparkan catatan dengan label Cantikkan Ubuntu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cantikkan Ubuntu. Papar semua catatan

19 Ogos 2011

Memasang Ikon Faenza Pada Ubuntu

Perkara yang menarik perhatian saya berkenaan Ikon Faenza ini ialah kerana ianya berbentuk segi empat sama berbanding dengan ikon yang lain, selain itu tumpuannya diserlahkan lagi dengan aneka warna. 2 Sentuhan inilah yang menjadi ikon Faenza digilai ramai oleh pengemar Distro linux amnya.


Hingga ke hari ini, ikon Faenza telah maju setapak ke depan dengan melancarkan versi terbarunya iaitu versi 1.0.

Terdapat 2 cara mudah untuk memasang ikon Faenza ini pada Ubuntu (10.04/11.10/11.04):

1. Pemasangan melalui aplikasi terminal

sudo add-apt-repository ppa:tiheum/equinox
sudo apt-get update
sudo apt-get install faenza-icon-theme

ATAU

2. Pemasangan dengan muat turun pakej

(a) Muat turun ikon Faenza melalui Deviantart.com (ada arahan pemasangannya di laman ini)
(b) Muat turun ikon Faenza melalui code.google.com, simpan fail faenza-icon-theme.tar.gz ke direktori yang anda suka; contohnya /home/Downloads kemudian ikut arahan di bawah.

Arahan pemasangan kaedah (b):

  • Klik kanan pada Desktop atau Wallpaper, pilih Change Desktop Background.
  • Muncul jendela Appreance Preference dan klik pada tab Theme.
  • Klik butang Install dan jejak (browse) faenza-icon-theme.tar.gz yang dimuat turun tadi.
  • Klik butang Open dan ikut arahan skrin selanjutnya hingga anda berjaya memasangnya.

Setelah siap memasang ikon Faenza, berikut pula adalah cara menukarkan atau mengaktifkan ikon tersebut pada Ubuntu.

  • Klik kanan pada Desktop atau Wallpaper, pilih Change Desktop Background.
  • Muncul jendela Appreance Preference dan klik pada tab Theme.
  • Klik butang Customise dan muncul jendela Customise Theme.
  • Klik tab Icon, dan pilih ikon samada Faenza, Faenza Dark, Faenza Darker atau Faenza Darkest berdasarkan keserasian tema Ubuntu anda.

Macamana, senang bukan? Sehingga bertemu kembali dilain masa. Sekian.

30 Julai 2011

2 Cara Mudah Aktifkan Screen Edge Effect Pada Ubuntu


Video di atas adalah kesan bila mengaktifkan Screen Edge pada Ubuntu yang dapat saya rakamkan. Saya lakukannya pada Ubuntu 10.04, saya rasa kaedah ini juga boleh diguna pakai untuk Ubuntu 10.10 dan 11.04. Cuma dinasihatkan pengguna Ubuntu 11.04 perlu memilih mod Gnome Classic dalam Session Login semasa sistem dimulakan. Ini bagi mengelakkan berlakunya bug sebab Ubuntu 11.04 menggunakan Unity sebagai persekitaran meja kerjanya. Kalau betul caranya, Unity boleh juga mengaktifkan Compiz.cuma yang ini anda perlu cari sendiri, tanya pada Google, ok.

Saya percaya semua orang tidak sama apa yang disukai, sebaliknya kesan Screen Edge amat berguna kepada saya kerana saya kurang gemar klik pada Window List di panel bawah. Andainya saudara mahu mencuba boleh ikuti beberapa langkah mudah di bawah.

Terdapat 2 aplikasi yang memudahkan untuk mengaktifkan kesan Screen Edge ini.
  1. Simple CompizConfig Setting Manager
  2. Ubuntu Tweak
Sebelum memulakan sebarang kesan efek samada biasa atau 3D pada Ubuntu, pastikan Ubuntu pada komputer anda telah pun dipasang dengan pemacu kad grafik samada Intel, Nvidia mahupun ATI. 

(1) Memasang Compiz:
Pasang 4 pakej di bawah melalui Synaptic Package Manager.
  • simple-ccsm
  • compiz
  • compiz-fusion-plugin-extra
  • compizconfig-settings-manager
Atau melalui terminal:

sudo apt-get update 
sudo apt-get install namapakej

(2) Memasang Ubuntu Tweak
Buka terminal dan salin tampal arahan di bawah untuk pemasangan Ubuntu Tweak

sudo add-apt-repository ppa:tualatrix/ppa
sudo apt-get update
sudo apt-get install ubuntu-tweak

Atau muat turun Ubuntu Tweak.deb. (dwi klik pakej deb ini untuk pemasangannya).

(3) Mengaktifkan melalui Simple CompizConfig Setting Manager.


Pilih lokasi penjuru yang disukai, klik pada ikon bonggol dan pilih Scale: Initiate Windows Picker For All Window.

ATAU

(4) Mengaktifkan melalui Ubuntu Tweak.


Jalankan Ubuntu Tweak. Pada menu Desktop pilih Compiz Setting dan pada ruangan Workspace Edge Setting pilih Show Windows.

Sekarang boleh cuba kesan ini dengan mengalihkan Cursor Mouse ke penjuru skrin seperti yang anda lakukan penetapan di atas. Sekurang-kurangnya 2 aplikasi sedang berjalan. Contoh yang saya buat dalam video di atas ialah 5 aplikasi dihidupkan, dengan mengalihkan ke penjuru bawah-kiri. Jika anda perhatikan, terdapat beberapa lagi kesan-kesan Compiz yang boleh dilaraskan dengan 2 aplikasi yang mudah ini. Dan sekiranya anda seorang yang gilakan pada kesan-kesan khas seperti Workspace, kesan extra, Desktop cube, Animations Add-on, lutsinar dan sebagainya sila terokai CompizConfig Setting Manager; cabarlah  kewibawaan anda di sini!...

Sekian..

12 Mac 2011

Memasang Tema Mesej Pada IM Empathy

Empathy adalah sebuah aplikasi Internet Messenger yang menyokong pelbagai saluran IM seperti Facebook Chat, Google Talk, YM, MSN, Jabber, AIM, ICQ, MySpace dan lain-lain. Jika menggunakan Ubuntu 10.04 ke atas, Empathy didatangkan sebagai aplikasi lalai yang mana versi sebelum ini menggunakan Pidgin.

Tutorial ini adalah permintaan daripada PaklahSyok, mari kita mula:






Terdapat banyak lagi tema untuk Empathy DISINI.

Tempatkan tema yang dimuat turun tadi ke Desktop, contohnya adium_matte_5_3631_4987.zip

Klik kanan padanya dan Extract here. Akan muncul direktori adium_matte_5_3631_4987. Lalu buka direktori ini dan cut and paste direktori Adium Matte.AdiumMessageStyle ke Desktop semula.

Rename Adium Matte.AdiumMessageStyle iaitu buang JARAK antara Adium dan Matte supaya jadi begini AdiumMatte.AdiumMessageStyle. (buang jarak ini jika nama tema tersebut tidak bercantum)

Sekarang buka Aplikasi Terminal dan masukkan perintah ini:

cd Desktop
sudo mv AdiumMatte.AdiumMessageStyle /usr/share/adium/message-styles/

Setelah itu, buka aplikasi Empathy > Preferences dan buat tetapan pemilihan Theme. Seperti gambar di bawah:


Sebenarnya, proses pemasangan ini mudah sahaja di mana NamaTema.AdiumMassageStyle perlu di letakkan ke ~/.local/usr/share/adium/message-styles

Buat secara manual sebagai Root, tekan Alt+F2, masukan gksu nautilus, beri kata laluan yang diminta dan tekan Run. Kemudian copy NamaTema.AdiumMassageStyle ke direktori file system / usr / share / adium / message-styles

Sekian. Terima kasih.

10 Mac 2011

Mewujudkan Bayangan 3D Thumbnails Pada Nautilus

Apa itu bayangan 3D Thumbnails? Gambar di bawah mungkin akan menjelaskan kepada anda, sebaik sahaja anda memasangnya, 3D Shadow ini akan muncul pada hampir semua thumbnails pada Nautilus contohnya fail dokumen, gambar, pdf dan sebagainya.. Cuma thumbnail Direktori sahaja yang tidak kelihatan. Untuk bayang 3D Direktori bergantung jenis tema ikon yang anda pasang pada Ubuntu.

klik pada gambar untuk besarkan imej

Mari kita mula:

Buka aplikasi Terminal dan masukan 3 perintah arahan ini satu persatu (pastikan komputer anda mempunyai sambunagn internet)

wget http://a.imageshack.us/img135/8666/thumbnailframe.png
sudo mv thumbnailframe.png /usr/share/pixmaps/nautilus/thumbnail_frame.png
sudo nautilus -q

Manakala perintah arahan di bawah pula adalah untuk mengembalikan imej pada nautilus seperti asal iaitu tanpa bayang 3D.

wget http://a.imageshack.us/img651/5790/thumbnailframey.png
sudo mv thumbnailframey.png /usr/share/pixmaps/nautilus/thumbnail_frame.png
sudo nautilus -q

Ringkas dan mudah. Sekian.

04 Mac 2011

Mencipta Wallpaper Berlainan Pada Setiap Desktop Ubuntu



Secara lalai, desktop Ubuntu memiliki 4 muka yang mana gambar wallpapernya adalah sama. Di sini saya ingin tunjukkan bagaimana dapat kita tukarkannya agar setiap desktop mempunyai gambar yang berbeza-beza seperti sreenshot saya di atas.

Langkah 1
Pasang Advanced Desktop Manager (Compiz Config Setting Manager - CCSM) melalui Ubuntu Software Center.

Buka Aplikasi CCSM. Dalam kategori Desktop sila aktifkan Desktop Cube dengan memberi tanda padanya. Lihat gambar 1 di bawah.

Gambar 1

Langkah 2
Kemudian klik pula pada kategori Utility dan tandakan pada Wallpaper, lihat gambar 2 di bawah.

Gambar 2

Langkah 3
Seterusnya klik pada Ikon Wallpaper tersebut untuk membuat tetapan dan pemilihan gambar, akan muncul kekotak untuk kita memilih gambar daripada koleksi dlam komputer kita seperti gambar 3 di bawah.

Gambar 3

Tekan butang New untuk menetapkan pilihan wallpaper/gambar. Lakukan sehingga 4 kali dengan gambar yang berbeza-beza.

Langkah 4
Tekan papan kekunci Alt+F2 dan taipkan dalam kekotak tersebut gconf-editor dan tekan butang Run. Akan muncul kekotak seperti gambar 4 di bawah.

Gambar 4

Sila jejak Apps/nautilus/preferences dan buangkan tanda pada show desktop. Nah! Sekarang jadi atau tidak? Cuba anda tekan kekunci Super+E (kekunci Super ialah pada logo Windows keyboard anda), sepatutnya seperti screenshot saya.

Anda mungkin terkejut, semua fail, data, atau shortcut hilang daripada permukaan Desktop. Jangan risau ianya tidak hilang, cuma caranya berbeza untuk kita mengakses fail tadi, Ok sekarang klik pada menu Places > Desktop. Ada nampak?

Sekian untuk kali ini.

26 Februari 2011

Mencantikkan Bootloader Dengan Memasang BURG



Entri ini khas buat pengguna yang dual boot Sistem Operasi pada komputer Ubuntu dan Windows atau mana-mana OS.

Seperti sedia maklum, menu grub semasa bootloader hanya bertulisan putih dan berlatar warna hitam. Bagaimana kalau kita dapat menukarkan bootloader tersebut agar temanya berwarna, cantik bukan? Terdapat pelbagai lagi tema yang menarik DI SINI. Mari kita memasang BURG tersebut.

Macam biasa, buka aplikasi terminal.

1. Tambahkannya ke dalam Repositori:

sudo add-apt-repository ppa:bean123ch/burg

2. Kemaskini Repo, pasang BURG dan temanya:

sudo apt-get update && sudo apt-get install burg burg-themes

3. Memasang BURG pada MBR (Master Boot Record):

sudo burg-install "(hd0)"

4. Kemaskini BURG:

sudo update-burg

Nota: semasa proses pemasangan akan muncul beberapa arahan, setujukan semua arahan tersebut. (tekan kekunci Tab untuk mengalihkan kepada "Yes" atau "OK")

Kemudian restart komputer, semasa boot oleh BURG, tekan kekunci T untuk memilih tema. Jika kali kedua dan seterusnya semasa menghidupkan komputer, anda boleh menekan kekunci F2 untuk menukar Tema BURG. Manakala F3 untuk menukar resolusi skrin sesuai dengan monitor.

Nota: Untuk mengubah konfigurasi (andvaced user) fail BURG: /boot/burg/burg.cfg

Jika anda mahu memasang BURG Manager (ada GUI) sila ikut tutorial DISINI. Anda juga boleh membuang BURG dengan aplikasi ini jika tidak suka.

Kemaskini:
Kini Burg telah dikemaskini dengan versi terbaru. Sila baca di sini http://www.jomlinux.com/2011/05/26/super-boot-manager-versi-0-6-1-4/

20 Januari 2011

Memasang Menu Cardapio Pada Ubuntu 10.04 (lucid)

Cardapio ialah menu pemula yang boleh juga digantikan dengan gnomenu. Gambar di sebelah menunjukkan Carpadio menu.

Pertama sekali saya pasang menu ini, saya amat terkejut kerana kepantasannya sebaik sahaja ianya dimulakan.

Dengan susunan menu dan ikon yang teratur, ianya nampak kemas. Suka saya nyatakan, semasa menggunakan menu Cardapio ini, amat berbeza sekali dengan MintMenu, Gnome menu asal dan juga menu Gnomenu.

Akan nampak lagi menawan, bila anda memasang ikon Faenza pada Ubuntu anda.






Langkah pemasangan Cardapio

Buka terminal dan masukan arahan di bawah satu per satu:

sudo add-apt-repository ppa:cardapio-team/unstable
sudo apt-get update
sudo apt-get install cardapio

Untuk meletakkannya pada panel, klik kanan pada panel dan pilih Add to panel.. Cari Cardapio, kemudian tekan butang Add dan Close bila sudah selesai.

Pertama sekali dihidupkan, ada rasa sedikit lambat namun ianya akan pantas sebaik sahaja menggunakan Cardapio ini. Untuk mengatasinya akan datang, atau juga sebagai menu lalai anda pada ubuntu, sila buat tetapan pada Startup Applications.

System>Preference>Startup Applications. Klik Add dan isi maklumat seperti di bawah:
Name: Cardapio
Command: cardapio hidden

Menu pemula Cardapio ini akan lebih pantas jika anda buat tetapan iaitu klik kanan pada ikonnya, pilih Properties dan tandakan pada Open catergories when cursor over them. 


Berikut adalah sedikit tip bagaimana kalau anda mahu meletakkannya pada Cairo Dock. (lihat gambar di bawah)


Klik kanan pada Cairo Dock>Add>Add a custom launcher. Isikan seperti di bawah:
Launcher name: Cardapio
Command to run on click: cardapio show-near-mouse
Image's name of path: *anda tentukan sendiri ikon yang disukai, boleh muat turun di sini

Kemudian tekan Apply mengakhiri tetapan.

Nah! kalau nak pelik lagi letak menu ini pada Desktop... Klik kanan pada Desktop>Create launcher dan isikan maklumat arahan seperti berikut:
Type: Aplication
Name: CardapioMenu
Command: cardapio show-near-mouse

Klik OK... sudah siap!

21 November 2010

Memasang Tema Macbuntu Pada Ubuntu

Kadang kala kita terasa boring jika menggunakan tema yang sama sepanjang masa, paling tidak hanya tukar Wallpaper untuk mencipta sedikit kelainan pada Ubuntu. Kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda memasang Tema Macbuntu pada Ubuntu 10.10 dan boleh juga pada Ubuntu 10.04 (sila muat turun tema mengikut versi Ubuntu anda).

Gambar 1

Muat turun tema Macbuntu melalui laman sesawang Gnome-Look.org. Di sini saya akan tunjukkan pemasangan Tema ini pada Ubuntu 10.10 Marverick Meerkat.


Pasang Tema Macbuntu:
Tema Macbuntu-10.10.tar.gz yang dimuat turun tadi pindahkannya ke Direktori Home anda (Places>yourname).

Klik kanan Macbuntu-10.10.tar.gz dan pilih "exract here". Anda akan nampak satu direktori baru Macbuntu-10.10 dan di dalamnya terdapat beberapa komponen tema tersebut seperti pada Gambar 2.

Gambar 2

Seterusnya, dwi klik pada "install.sh" dan pilih "Run in terminal" seperti pada Gambar 3 di bawah.

Gambar 3

Aplikasi terminal akan terbuka dan sila ikut semua arahan script pemasangan di dalam terminal tersebut. Jika anda tidak pasti pemilihan arahan yang dicadangkan, terdapat tanda * (star) yang bermaksud Default. Jadi, tekan sahaja kekunci "Enter"

Pemasangan tema Macbuntu ini mengambil masa 2 hingga 4 minit. Setelah siap memasang tema, Script akan mencadangkan kepada anda untuk membuat pemilihan Tema Mac pada Web Browser. Ikut arahan jika anda bersetuju.

Setelah semuanya selesai, sila "restart" komputer seperti arahan script pada terminal. Apabila Ubuntu anda kembali semula, kini tema Macbuntu sudah pun menghiasi skrin komputer anda seperti Gambar 1.

Pasang Arahan Patch Gnome Globalmenu Ubuntu 10.10
Pergi semula ke Gnome-Look dan klik pada butang Download - (Gnome GlobalMenu patch for Macbuntu 10.10). Pindahkan fail g2gm.tar.gz ke Home anda.

Klik kanan; pilih exract here dan buka direktori g2gm, seterusnya dwi klik pada g2gm.sh. Tunggu sehingga selesai, anda akan nampak perubahan pada panel dan menu.

Tambahan:
Docky launcher (default) pada tema Macbuntu di komputer saya ini telah saya gantikan dengan memasang Cairo-Dock. Bagaimana pun, terpulang kepada anda untuk memilih pelancar (launcher) yang disukai. Cuma jangan gunakan kedua aplikasi pelancar ini secara serentak, nanti akan nampak berserabut. Anda boleh membuat tetapan ini pada System>Preferences>Startup Application.

Maklumat lanjut tentang pemasangan Tema Macbuntu ini klik Forum Sourceforge.

Buang Tema Macbuntu:
Jika anda tidak suka tema ini dan ingin membuangnya, senang sahaja. Dwi klik fail Script yang bernama "uninstall.sh" yang ada seperti dalam Gambar 2.

Sekian.

06 November 2010

Memasang Tema (Themes) Pada Ubuntu

Tips memasang tema ini saya buat berikutan seorang sahabat kita iaitu saudara Safari cuba memasang Tema pilihan beliau iaitu Lexinya di mana Tema tersebut tidak berjaya dipasang secara "Drag and Drop".. Katanya keluar error seperti ini:


Baiklah, kita mula daripada awal, mula-mula muat turun Tema ini Lexinya.tar.gz DISINI dan tempatkannya ke Desktop. 

Cara Pertama:
Kemudian klik kanan pada Desktop>Change Desktop Background>Themes. Tekan butang Install dan jejak (browse) Lexinya.tar.gz yang ada pada Desktop. Jika tiada masalah tema tersebut akan berjaya dipasang.

Ini pula cara mengatasi jika keluar ralat seperti gambar di atas:

Cara Kedua:
Buka direktori Home (nama anda) anda, tekan Ctrl+H, cari dan buka direktori .themes; padamkan direktori yang bernama Lexinya. Seterusnya ulangi Cara Pertama.. Lihat gambar di bawah, Tema Lexinya sudah berjaya di pasang..


Sekian..

26 Oktober 2010

Memasang Cairo Dock Pada Ubuntu versi 10.04 Ke Atas

Oleh kerana hari ini ada seorang sahabat saya teruja dengan seekor Penguin yang melakukan pelbagai aksi pada laptop saya, maka saya telah memasang Cairo Dock pada komputer ribanya dan seterusnya mewujudkan Penguin tersebut.

Jadi, saya mahu berkongsi dengan anda cara memasang Cairo Dock ini pada Ubuntu 10.04 dan Ubuntu 10.10.


Mula-mula buka terminal; Applications>Accessories>Terminal. Kemudian salin dan tampal baris arahan ini untuk penambahan ke Repository.

sudo add-apt-repository ppa:cairo-dock-team/ppa

Diikuti arahan kemaskini

sudo apt-get update

Dan lakukan pemasangan Cairo Dock

sudo apt-get install cairo-dock cairo-dock-plug-ins

Setelah itu, pergi ke menu Application>System Tools>Cairo Dock. Terdapat 2 menu Cairo Dock di sini iaitu: no Open GL dan Cairo Dock with open GL. Pilih salah satu...

Okey sekarang ini mahu mewujudkan Penguin seperti gambar di bawah, setelah Cairo Dock berada di panel bawah; klik kanan padanya dan pilih Cairo Dock>Configure.


Muncul satu kekotak Cairo Dock Configuration, klik pada Tab "Add -ons" dan tandakan pada Cairo-penguin. Tekan Apply, siap...

Anda boleh mencuba pelbagai fungsi, tema, ikon dan macam-macam lagi pada Cairo Dock ini.. semuanya terletak pada masa yang anda ada... Selamat mencuba.

04 Ogos 2010

Mewujudkan Ikan Wanda Pada Desktop Ubuntu

Mahu lihat seekor ikan yang bernama Wanda berenang-renang pada skrin komputer anda?

Baiklah sekarang tekan kekunci Alt+F2 dan masukkan perkataan ini:

free the fish

tekan enter.. Cuba anda tangkap dengan kursor ikan tersebut..ia akan lari ke luar skrin, hee..heee.hee.. Jika tidak suka ikan ini, logout dan login semula..

Nota:
Sumber daripada facebook/jomlinux

08 Mei 2010

Menghias Dan Mencantikkan Ubuntu Anda

Di mata saya Ubuntu yang menggunakan Gnome sebagai "Desktop Enviroment" nampak macam seolah-olah komputer zaman dulu-dulu (win 98 kot..). perkara ini sudah pasti pengguna Windows tidak berminat untuk menggunakannya, apatah lagi mencuba Ubuntu.

Nak kata Ubuntu tidak canggih, salah sebab ianya sarat dengan aplikasi percuma sedia ada dan boleh ditambah lagi jika mahu di mana semua aplikasi percuma ini paling tidak mampu menggugat perisian berbayar untuk Windows. Cuma, wajah Ubuntu nampak suram dan tidak bermaya.

Pernahkah anda nampak artis-artis tidak make-up, agak-agaknya macamana rupa dia orang ni..hensem ker..lawa ker..cunn ker..hee.hee.. Sudah tentu tidak kecuali adalah sorang dua yang ori "cantik".. Selepas kena make-up tebal-tebal, bedak sana-sini, lipstik merah menyala.. barulah masyukkk.. peminat pun ramai walaupun suara "kureenggg".. hee.hee..

Hal ini samalah seperti Ubuntu yang kita pakai sekarang ini. Meskinpun Ubuntu 10.04 Lucid mengalami perubahan wajah yang ketara umpamanya penukaran Brand baru, menerbitkan warna ungu dan perang lembut, pengubahsuaian kedudukan butang kontrol Min, Max dan Close ke sebelah kiri (macam Mac gitu) dan macam-macam lagi.. namun ciri-ciri asal luaran masih boleh lagi dilihat, mungkin Canonical inginkan indentiti ini dikekalkan.

Anda tidak boleh membandingkan tema Ubuntu dengan Windows 100%, sebab Ubuntu adalah percuma!! Dengan Ubuntu, anda akan menemui kebebasan sumber terbuka yang mana anda boleh modi atau make-up sepuas-puasnya, malahan jika anda mahir anda juga boleh "mengusik" enjin sistem operasi Ubuntu untuk menjadikannya lain dari yang lain.

(klik pada imej untuk besarkan)

Gambar yang tertera di atas adalah laman Gnome-Look yang menjadi kegemaran saya untuk meghiasi Ubuntu. Ada lagi beberapa laman lain yang boleh anda cari di internet untuk menunaikan permintaan ini. Jika sudi, berkongsi dengan saya di sini.

Selepas mengujungi laman tersebut, anda boleh pilih dari A sampai Z macamana mahu menghiasi Ubuntu anda. Artikel ini tidak lain dan tidak bukan, hanyalah bertujuan berkongsi minat saya dengan anda sahaja. Tiada tutorial kali ini..

Dari sudut lain, kesan efek 3D juga membantu dalam menghiasi ubuntu anda. Antara utiliti
yang popular ialah Gloobus Preview + Flow, Gnome DO, Screenlets, dan sebagainya.

Mulai minggu depan, saya tidak punyai masa untuk menatap dan menambah post baru ke blog saya ini atas urusan kerja syarikat (tempat tu tiada internet).. kena hantar kerja luar (outstation)... nampaknya blog deensokmo berehat panjang buat seketika... Sehingga bersua kembali...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...