04 Mac 2011

Mencipta Wallpaper Berlainan Pada Setiap Desktop Ubuntu



Secara lalai, desktop Ubuntu memiliki 4 muka yang mana gambar wallpapernya adalah sama. Di sini saya ingin tunjukkan bagaimana dapat kita tukarkannya agar setiap desktop mempunyai gambar yang berbeza-beza seperti sreenshot saya di atas.

Langkah 1
Pasang Advanced Desktop Manager (Compiz Config Setting Manager - CCSM) melalui Ubuntu Software Center.

Buka Aplikasi CCSM. Dalam kategori Desktop sila aktifkan Desktop Cube dengan memberi tanda padanya. Lihat gambar 1 di bawah.

Gambar 1

Langkah 2
Kemudian klik pula pada kategori Utility dan tandakan pada Wallpaper, lihat gambar 2 di bawah.

Gambar 2

Langkah 3
Seterusnya klik pada Ikon Wallpaper tersebut untuk membuat tetapan dan pemilihan gambar, akan muncul kekotak untuk kita memilih gambar daripada koleksi dlam komputer kita seperti gambar 3 di bawah.

Gambar 3

Tekan butang New untuk menetapkan pilihan wallpaper/gambar. Lakukan sehingga 4 kali dengan gambar yang berbeza-beza.

Langkah 4
Tekan papan kekunci Alt+F2 dan taipkan dalam kekotak tersebut gconf-editor dan tekan butang Run. Akan muncul kekotak seperti gambar 4 di bawah.

Gambar 4

Sila jejak Apps/nautilus/preferences dan buangkan tanda pada show desktop. Nah! Sekarang jadi atau tidak? Cuba anda tekan kekunci Super+E (kekunci Super ialah pada logo Windows keyboard anda), sepatutnya seperti screenshot saya.

Anda mungkin terkejut, semua fail, data, atau shortcut hilang daripada permukaan Desktop. Jangan risau ianya tidak hilang, cuma caranya berbeza untuk kita mengakses fail tadi, Ok sekarang klik pada menu Places > Desktop. Ada nampak?

Sekian untuk kali ini.

10 ulasan:

Naisophon berkata...

aku punya dah uninstall mozilla firefox, sebab tak nyaman nak pakai.

Tapi aku tak tahu pulak kalau FF takda, linux mint tak boleh pdate. Adoi.

Sekaang dah lama tak berupdate ni. Ada cara ke?

deensokmo berkata...

Install semula firefox tu, lepas tu guna jer Opera, chrome, konqueror atau lain2.

Cuba setting Chrome sebagai Default Browser kemudian update, setahu saya update system tidak bergantung kpd firefox..

Naisophon berkata...

TQ eh.. nanti nak try lh..huhu

decent berkata...

deensokmo...
ak de mslh nk enable kan desktop cube la..
dy akn kua dont enable desktop cube or dont enable desktop wallpaper...
cmne nk settle kan mslh ak ni???

deensokmo berkata...

secara ringkasnya, sistem hanya membenarkan satu-satu aplikasi tertentu untuk melakukan tugas yg sama utk boleh mengelak pincangan tugas.. soalan yg muncul tu utk kita memeilih salah satu, tak guna secara serentak..nak tengok apa yg belaku, cuba kedua-dua. masing2 ada kelebihan masing2..

decent berkata...

thanks deens...
rupenye ak x download compiz y de fully plug-in...
hehehe

fiq berkata...

deen...
aku punye ubuntu x kluar taskbar lps aku enablekan wallpaper kat utility tu...
pastu aku restart ubuntu tu...
lps dh masok ubuntu tu, x kluar pun taskbar tu...
camne sy nk gune ubuntu kalu x ad taskbar???
camne nak selesaikan???

deensokmo berkata...

fiq, apa yg ko maksudkan taskbar tu.. gnome panel, unity panel, atau bar apa tu?

fiq berkata...

unity panel hilang...
kalu aku msuk ubuntu (safe mode), unity panel tu msih ad...

deensokmo berkata...

fiq,

ALT+F2 dan masukan unity --reset

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...