08 Mei 2010

Menghias Dan Mencantikkan Ubuntu Anda

Di mata saya Ubuntu yang menggunakan Gnome sebagai "Desktop Enviroment" nampak macam seolah-olah komputer zaman dulu-dulu (win 98 kot..). perkara ini sudah pasti pengguna Windows tidak berminat untuk menggunakannya, apatah lagi mencuba Ubuntu.

Nak kata Ubuntu tidak canggih, salah sebab ianya sarat dengan aplikasi percuma sedia ada dan boleh ditambah lagi jika mahu di mana semua aplikasi percuma ini paling tidak mampu menggugat perisian berbayar untuk Windows. Cuma, wajah Ubuntu nampak suram dan tidak bermaya.

Pernahkah anda nampak artis-artis tidak make-up, agak-agaknya macamana rupa dia orang ni..hensem ker..lawa ker..cunn ker..hee.hee.. Sudah tentu tidak kecuali adalah sorang dua yang ori "cantik".. Selepas kena make-up tebal-tebal, bedak sana-sini, lipstik merah menyala.. barulah masyukkk.. peminat pun ramai walaupun suara "kureenggg".. hee.hee..

Hal ini samalah seperti Ubuntu yang kita pakai sekarang ini. Meskinpun Ubuntu 10.04 Lucid mengalami perubahan wajah yang ketara umpamanya penukaran Brand baru, menerbitkan warna ungu dan perang lembut, pengubahsuaian kedudukan butang kontrol Min, Max dan Close ke sebelah kiri (macam Mac gitu) dan macam-macam lagi.. namun ciri-ciri asal luaran masih boleh lagi dilihat, mungkin Canonical inginkan indentiti ini dikekalkan.

Anda tidak boleh membandingkan tema Ubuntu dengan Windows 100%, sebab Ubuntu adalah percuma!! Dengan Ubuntu, anda akan menemui kebebasan sumber terbuka yang mana anda boleh modi atau make-up sepuas-puasnya, malahan jika anda mahir anda juga boleh "mengusik" enjin sistem operasi Ubuntu untuk menjadikannya lain dari yang lain.

(klik pada imej untuk besarkan)

Gambar yang tertera di atas adalah laman Gnome-Look yang menjadi kegemaran saya untuk meghiasi Ubuntu. Ada lagi beberapa laman lain yang boleh anda cari di internet untuk menunaikan permintaan ini. Jika sudi, berkongsi dengan saya di sini.

Selepas mengujungi laman tersebut, anda boleh pilih dari A sampai Z macamana mahu menghiasi Ubuntu anda. Artikel ini tidak lain dan tidak bukan, hanyalah bertujuan berkongsi minat saya dengan anda sahaja. Tiada tutorial kali ini..

Dari sudut lain, kesan efek 3D juga membantu dalam menghiasi ubuntu anda. Antara utiliti
yang popular ialah Gloobus Preview + Flow, Gnome DO, Screenlets, dan sebagainya.

Mulai minggu depan, saya tidak punyai masa untuk menatap dan menambah post baru ke blog saya ini atas urusan kerja syarikat (tempat tu tiada internet).. kena hantar kerja luar (outstation)... nampaknya blog deensokmo berehat panjang buat seketika... Sehingga bersua kembali...

04 Mei 2010

Zoom In Zoom Out Skrin Di Ubuntu

Artikel kali ini amat ringkas dan bersahaja, namun kadang kala kita memerlukan pembesaran dan pengecilan imej, teks, ikon dan sebagainya untuk keselesaan sewaktu melayari internet mahupun menyelongkar fail-fail pada Nautilus di Ubuntu.


Buka sebarang jendela samada Nautilus atau Fire fox web browser, tekan kekunci Ctrl (jangan lepas) dan skrul tetikus ke atas untuk besarkan imej, skrul ke bawah untuk kecilkan imej. Semua isi yang ada di dalam jendela tersebut akan dibesarkan dan mengecil mengikut arahan skrul.


Cara kedua, jika anda telah mengaktifkan fungsi Super_L; sila nyah-aktifkan (disable) Super_L tersebut dan pastikan anda telah mengaktifkan "Visual Effect" kepada Extra. Pastikan fungsi Enhanced Zoom Desktop (dalam Compiz Setting Manager) telah di aktifkan. Kemudian, tekan kekunci Super_L dan skrulkan tetikus ke atas. Sekarang anda boleh lepas dari menekan kekunci Super_L, cuba gerakkan cursor kiri-kanan-atas-bawah. Ada nampak apa-apa perubahan? Baik, untuk kembali kepada saiz asal, tekan Super_L dan skrul ke bawah sehingga skrin kembali normal.


Sangat sesuai untuk mereka yang rabun dan susah untuk membaca tulisan-tulisan yang agak kecil.. Selamat mencuba..

02 Mei 2010

Menterjemah Bahasa Di Laman Internet (Web Translator)

Dengan rendah dirinya, saya bukanlah seorang yang pandai menulis, memahami dan membaca bahasa Inggeris dengan baik. Saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana mahu menterjemahkan Laman Internet berbahasa Inggeris kepada bahasa Malaysia.

Pertama saya akan terangkan fungsi ini yang ada pada Fire Fox Web Browser dan kedua menggunakan bantuan Google Translator.

Menggunakan Fire Fox web browser

Seperti yang kita sedia maklum, terdapat beratus-ratus Add-Ons yang boleh di pasang ke dalam Fire Fox, begitu juga dengan aplikasi penterjemah bahasa ini. Untuk memasang penterjemah ini sudah tentu anda perlu buka Fire Fox web browser.

Kemudian, klik menu Tools>Add-Ons; pada Tab Get Add-ons taipkan Quick Translator. Jika tidak dijumpai sila tekan "see all results". Sebaik dijumpai, klik butang Add To Firefox dan ikut arahan pemasangannya.

Selepas restart firefox, akan muncul ikon Translator hujung bawah kanan (lihat gambar 1). Setelah itu, pilih bahasa Malay.


Gambar 1

Untuk menggunakannya, sila berkunjung ke laman kegemaran anda yang berbahasa Inggeris dan "Hight-Light" teks yang hendak diterjemahkan. Anda akan dapati muncul ikon Translator (ikon tersebut kabur atau transparent), sila klik pada ikon tersebut.


Gambar 2


Gambar 3

Dalam beberapa saat, akan keluar satu kotak teks keputusan di bawah kanan seperti gambar 2 dan 3 di atas. Ianya amat 'flexible' kerana bukan semua teks yang mahu kita terjemahkan ke dalam bahasa Malaysia. Ianya sungguh mudah.

Menggunakan Bantuan Penterjemah Google

Google sememangnya telah membina penterjemah secara maya tanpa perlu anda memasang aplikasi ini pada komputer. Apa yang perlu anda lakukan ialah:

Pasang Ubuntu anda dengan Google Chrome untuk linux. Anda boleh muat turun Chrome Browser ini di Google Chrome . Seterusnya dwi klik pada DEB chrome tersebut untuk pemasangannya.

Setelah siap pasang, buka Chrome Browser dan masukkan URL ini http://translate.google.com/# . Anda akan dicapai ke laman seperti di bawah (gambar 4).


Gambar 4

Huraian Gambar 4
  1. Pilih bahasa yang anda inginkan contohnya English ke Malay.
  2. Masukkan pautan atau URL
  3. Tekan butang Translate, semua perkataan akan cuba diterjemahkan ke dalam bahasa pilihan anda (Malaysia) sebaik mungkin.
* Sebenarnya, link atau URL Google Translation boleh dicapai melalui FireFox...

Perbezaan kedua-dua browser ini anda bandingkan sendiri, pada saya gunalah mana yang lebih mudah dan mengikut citarasa anda.

01 Mei 2010

Mengaktifkan Kekunci Butang Super_L (Logo Windows)

Kenali butang SUPER
Butang "Super" ini umumnya terdapat logo atau ikon Windows padanya. Terdapat dua butang Super ini pada papan kekunci (USA Keyboard).

Super_L = terletak pada sebelah kiri
Super_R = terletak pada sebelah kanan


Kepada pengguna Windows, butang ini bertujuan untuk memulakan menu utama Explorer. Tahukah anda pengguna Ubuntu juga boleh mengaktifkan butang ini. Jika anda mahu membuat ketetapan "show the main menu" , sebenarnya anda boleh melakukannya dengan cara klik:

System>Preferences>Keyboard Shorcut

pergi "show the main menu", kemudian anda harus pilih gabungan 2 jenis butang pada papan kekunci. Hal ini akan mengecewakan anda, sebab anda hanya mahu butang SUPER_L sahaja yang berfungsi memulakan menu utama ini. Jadi, kita guna cara lain iaitu dengan memasukkan perintah berikut:

Buka terminal: Applications>Accessories>Terminal. Masukkan perintah di bawah.

gconftool-2 --set /apps/metacity/global_keybindings/panel_main_menu --type string "Super_L"

Kemudian tekan Enter. Ok, sekarang tekan butang Super_L dan cuba main-main dengan kekunci anak panah Kiri-Kanan-Atas-Bawah. Ya, anda sudah berjaya melakukannya.

Jika anda tidak suka fungsi pintasan menu ini, masukkan perintah tersebut ke Terminal untuk membatalkannya:

gconftool-2 --set /apps/metacity/global_keybindings/panel_main_menu --type string "Disable"

Selamat mencuba...

Tips: Sila triple click di atas tulisan biru untuk salin dan tampal (copy and paste) perintah tersebut ke Terminal.

Nota:
Jika anda memasang Gnomenu
seperti tutorial saya yang lepas, tidak perlu aktifkan fungsi ini kerana ianya sudah berfungsi lalai (default-function).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...