01 Mei 2010

Mengaktifkan Kekunci Butang Super_L (Logo Windows)

Kenali butang SUPER
Butang "Super" ini umumnya terdapat logo atau ikon Windows padanya. Terdapat dua butang Super ini pada papan kekunci (USA Keyboard).

Super_L = terletak pada sebelah kiri
Super_R = terletak pada sebelah kanan


Kepada pengguna Windows, butang ini bertujuan untuk memulakan menu utama Explorer. Tahukah anda pengguna Ubuntu juga boleh mengaktifkan butang ini. Jika anda mahu membuat ketetapan "show the main menu" , sebenarnya anda boleh melakukannya dengan cara klik:

System>Preferences>Keyboard Shorcut

pergi "show the main menu", kemudian anda harus pilih gabungan 2 jenis butang pada papan kekunci. Hal ini akan mengecewakan anda, sebab anda hanya mahu butang SUPER_L sahaja yang berfungsi memulakan menu utama ini. Jadi, kita guna cara lain iaitu dengan memasukkan perintah berikut:

Buka terminal: Applications>Accessories>Terminal. Masukkan perintah di bawah.

gconftool-2 --set /apps/metacity/global_keybindings/panel_main_menu --type string "Super_L"

Kemudian tekan Enter. Ok, sekarang tekan butang Super_L dan cuba main-main dengan kekunci anak panah Kiri-Kanan-Atas-Bawah. Ya, anda sudah berjaya melakukannya.

Jika anda tidak suka fungsi pintasan menu ini, masukkan perintah tersebut ke Terminal untuk membatalkannya:

gconftool-2 --set /apps/metacity/global_keybindings/panel_main_menu --type string "Disable"

Selamat mencuba...

Tips: Sila triple click di atas tulisan biru untuk salin dan tampal (copy and paste) perintah tersebut ke Terminal.

Nota:
Jika anda memasang Gnomenu
seperti tutorial saya yang lepas, tidak perlu aktifkan fungsi ini kerana ianya sudah berfungsi lalai (default-function).

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...