22 Mac 2010

Memasang OpenShot Video Editor Ke Ubuntu



OpenShot Video Editor

Melihat GUI OpenShot di atas, teringat saya semasa menggunakan Pinacle Studio sewaktu dahulu. Masing-masing memiliki rupa yang hampir sama. Bagaimanapun, OpenShot adalah perisian sumber terbuka dan sudah pasti ianya percuma. Sewaktu artikel ini ditulis, versi terkini OpenShot ialah 1.1.1.

Perisian penyunting video ini dilengkapi kesan ciri-ciri video/gambar, penyuntingan teks ke atas video, memotong video, kemasukan kesan bunyi (lagu dan sound back ground) dan lain-lain ciri yang menarik. Ianya menyokong pelbagai format video dan gambar serta audio. Bagi yang sudah biasa menggunakan aplikasi seumpama ini, tidak menjadi masalah malahan anda akan dapati ciri-ciri butang fungsi yang disediakan amat mudah berbanding perisian penyunting video yang lain.

Pemasangan OpenShot untuk Ubuntu 9.10 Karmic dan 10.04 Lucid (Ubuntu 9.04 dan ke bawah klik SINI)

Mulakan : Applications>Accessories>Terminal

Masukan command line tersebut:

sudo add-apt-repository ppa:jonoomph/openshot-edge
sudo apt-get update
sudo apt-get install openshot openshot-doc

Untuk memulakannya: Applications>Sound & Video>OpenShot Video Editor

Perhatian:
Pengguna ubuntu 9.10, 9.04, 8.10, 8.04 dsb boleh memasang dengan memuat turun .DEB installer di mana terdapat 3 DEB yang disertakan.

Anda digalakkan memasangya melalui Personal Package Archice (PPA) melalui jendela terminal kerana akan memudahkan untuk dinaiktaraf versi terkini di kemudian hari.

21 Mac 2010

Dari Lidah Pengarang Blog Deensokmo

Pengetahuan
Saya tidak pasti bagaimana penulis blog lain menghasil artikel berkaitan Linux amnya. Mungkin ada di antara mereka yang mahir pengatur-caraan, tetapi tidak untuk saya. Ada antara mereka yang cari makan mengajar Ubuntu-Linux, tetapi tidak untuk saya. Segelintir daripada mereka memang daripada pengajian sains dan komputer, tetapi tidak untuk saya. Ilmu pengetahuan Ubuntu Linux saya bermula daripada sifar, kosong, buta IT dan sifat mahu mencuba.

Secara peribadi, semua artikel yang menghiasi ruang blog “deensokmo” adalah datang setelah saya membuatnya terlebih dahulu; try and error; mencari bahan-bahan ilmiah ini di internet dan menggunakannya; barulah di copy and paste di sini. Saya bukanlah seorang yang mahir berkomputer yang di pasang Windows, jauh sekali Ubuntu. Tergerak hati ini menggunakan Ubuntu ada di dalam artikel Sejarah Saya. Pengetahuan Ubuntu saya datang secara berperingkat, hampir 6 bulan bersama Ubuntu cuma baru 5% sahaja dapat dikuasai. Namun saya gagahi untuk anda menatapi artikel saya ini. Bukan mudah untuk menghasilkan artikel yang orang lain memadang Linux sebelah mata. Begitu juga dengan penulis blog Ubuntu yang lain, saya berkongsi pengetahuan Ubuntu dengan anda secara percuma! Bukan soal duit. Keinginan berbakti sejauh mungkin dan ingin berdiri sama taraf dengan mereka yang sudah profesional dalam blogger tempatan (Malaysia) meskinpun ilmu saya cuma setitik air di padang pasir yang gersang. Janganlah membezakan artikel saya dengan orang lain yang lebih berwibawa. Terimalah seadanya...

Tindakbalas

Sejak blog deensokmo aktif 3 – 4 bulan kebelakangan ini, saya ada menerima e-mail pelbagai ragam, berbentuk soalan, tohmahan, tidak puas hati, menyuruh saya “close” blog ini dan ada juga yang menyokong, memberi pujian, memberi pandangan positif dan lain-lain. Semua emel yang diterima saya ucapkan ribuan terima kasih dan dibalas sebaik mungkin. Tiada yang lebih istimewa di sini, melainkan perkongsian ilmu sahaja..

Kesempatan ini, saya memohon maaf andai ada terkurang, terkasar bahasa, tersalah ejaan, struktur blog yang tidak seragam dan pelbagai lagi kelemahan lain. Saya dalam proses merombak, membaiki dan mengemaskini blog saya ini, sudah tentu penulis macam saya memerlukan masa untuk tempoh tertentu bagi merealisasikan impian ini. Jika anda mempunyai pandangan, idea dan sebagainya sila berkongsi ke deensokmo@gmail.com. Sekian.

Mari Memasang Ubuntu Tweak

Ubuntu Tweak
Ubuntu Tweak adalah salah satu perisian "bijak" yang boleh mengurus pemasangan, membuang aplikasi dalam Ubuntu tanpa risau kesan-kesan sampingan. Sangat sesuai untuk pengguna baru Ubuntu. Selain mem- udahkan membuang sistem yang tidak perlu, ianya juga berfungsi untuk mengubah ikon, compiz, Gnome dan lain-lain.

Di bawah, adalah cara pemasangan Ubuntu Tweak:

Buka jendela terminal: Applications>Accessories>Terminal. Masukan keyserver warna biru di bawah


sudo apt-key adv --recv-keys --keyserver keyserver.ubuntu.com FE85409EEAB40ECCB65740816AF0E1940624A220

Kemudian tekan Enter. Tunggu sehingga pengesahan selesai.

Setelah itu, perlu ubah sedikit pada source.list. Copy dan Paste kod berikut ke terminal:

sudo gedit /etc/apt/sources.list

Dan tekan enter.


Scroll paling bawah dan masukkan:-

Untuk Ubuntu 9.04 Jaunty:

deb http://ppa.launchpad.net/tualatrix/ppa/ubuntu jaunty main
deb-src http://ppa.launchpad.net/tualatrix/ppa/ubuntu jaunty main

Untuk Ubuntu 9.10 Karmic:

deb http://ppa.launchpad.net/tualatrix/ppa/ubuntu karmic main
deb-src http://ppa.launchpad.net/tualatrix/ppa/ubuntu karmic main

Kemudian Save dan tutup gedit tersebut. Seterusnya, taipkan kod berikut
pada terminal:

sudo apt-get update
sudo apt-get install ubuntu-tweak

Untuk Ubuntu 10.04


Muat turun pakej DEB DI SINI. Kemudian dwi klik pakej deb tersebut.
Jika anda telah memasang dan ingin upgrade versi terkini (Ubuntu 9.10), taipkan pada terminal:


sudo apt-get dist-upgrade


Untuk membukanya, Applications>Systems Tools>Ubuntu Tweak. Se- karang anda boleh menutup jendela terminal. Jika gagal mana-mana bahagian pemasangan, sila ulangi dari mula.

Tahniah anda baru sahaja memasang Ubuntu Tweak.

19 Mac 2010

Menonton Video 3GP Dan Mendengar Audio Format AMR Di Ubuntu


Kebanyakan di antara kita memiliki koleksi video klip yang berformat 3gp yang ada dalam telefon bimbit dan juga rakaman suara daripada telefon bimbit menggunakan format amr. Saya dapati, ubuntu tidak menyokong 2 format ini secara lalai (default). Setiap kali mahu memainkan video format 3gp menggunakan Movie Player, akan meminta decoder AMR untuk di pasang. Bila saya ikut arahan pemasangan ini. AMR decoder ini tidak dijumpai.

Sebenarnya ianya telah lengkap di MEDIBUNTU. Namun saya belum sempat menyelongkar code AMR ini. Jika anda ada masa terluang bolehlah membaca dan menyelongkar cara-cara pemasangan decoder ini di medibuntu. Untuk menyenangkan kerja saya memainkan video format tersebut, saya terus sahaja memasang RealPlayer untuk Linux. Pemain mutilmedia ini ternyata menyokong 3ggp, 3gp, amr dan lain-lain tanpa perlu memasang apa-apa decoder tambahan sebaik sahaja memasangnya di Ubuntu.

Untuk memasangnya, Klik RealPlayer dan muat turun download deb installer. Anda hanya dwi klik fail yang dimuat turun tadi. Selesai pemasangannya, semua format audio dan video yang ada di dalam simpanan anda akan membuatkan RealPlayer sebagai default player. Jika anda tidak suka, contohnya fail video "KL Drift.avi"; di mana format avi ini mahu dimainkan secara default oleh VLC Player dan bukannya RealPlayer; apa yang anda harus lakukan ialah klik kanan pada fail tersebut Properties>Open with>VLC. Pastikan anda memasang VLC terlebih dahulu. Begitu juga dengan format video dan audio yang lain. VLC Player boleh dipasang melalui ubuntu Software center atau Add/Remove program..

Sekian. Terima kasih...

13 Mac 2010

Mari Memasang Songbird Media Music Player

Songbird Media music player
Songbird boleh dikatakan Desktop Web-player. Antara banyak-banyak aplikasi pemain muzik dalam ubuntu, saya boleh beri 5 bintang kepada Songbird. Kalau anda mahu tahu, anda harus mencubanya sendiri. Secara ringkasnya:
  1. Banyak Add-ons menarik yang boleh ditambah, enable dan disable jika tidak suka
  2. Senang mencari lagu dalam Library (gambar 1 kotak 1)
  3. Memaparkan lirik lagu apabila lagu dimainkan (gambar 1 kotak 2). Ini perlu ada sambungan internet, kemudian anda boleh save lirik tersebut.
  4. Sukar diterangkan sebab terlalu banyak fungsi-fungsi, anda boleh selongkar sendiri!
klik pada gambar untuk besarkan imej
Gambar 1

Muat turun lagu
Anda juga boleh muat turun lagu-lagu daripada talian internet dengan memasang "SkreemR". Contoh gambar 2 di bawah menunjukkan saya sedang memuat turun lagu setelah menaip judul lagu.
Klik untuk besarkan imej
Gambar 2

Gambar 2 kotak 1 - taip judul lagu
Gambar 2 kotak 2 - muncul senarai lagu yang ditaip
Gambar 2 kotak 3 - klik untuk muat turun percuma

Memasang Songbird Ke Dalam Ubuntu Anda
Saya bagi pautan ini untuk anda muat turun dan memasang Songbird. Ada macam-macam cara...
Saya rekemen ambil versi yang terkini..

Pemasangan Songbird 1
Pemasangan Songbird 2


Entah saya jadi pening mahu tulis tutorial pemasangan Songbird ini, ada banyak cara pulak :) :) . saya ambil paling senang iaitu pemasangan Songbird 1. Di situ ada Songbird fail deb, selepas muat turun dwi klik jer dah siap.. dan buatlah beberapa setting seperti mana yang disyorkan. Melalui GetDeb juga amat mudah.. hanya tekan install sahaja, cuma pilih versi Ubuntu anda sahaja..

lihat Songbird Screenshot

Sekian..

07 Mac 2010

Kenali Aplikasi Dalam Ubuntu Linux Sebagai Pengganti Aplikasi Windows

Saya percaya, kenapa sesetengah pengguna takut untuk mencuba Ubuntu (atau Linux amnya) sebagai Sistem Operasi komputer adalah kerana mungkin Linux tiada aplikasi yang sedang digunakan seperti di dalam Windows. Sebenarnya golongan ini, tidak tahu sumber rujukan di mana perlu mendapatkan aplikasi yang diinginkan bagi tujuan-tujuan peribadi, pejabat, grafik, multimedia, permainan dan lain-lain.


Anda sebagai pengguna komputer telah disajikan dengan Windows sebagai Sistem Operasi komputer sejak mengenali komputer. Di mana, rakan sekeliling anda juga begitu; jadi secara tidak langsung anda akan terbiasa menggunakan aplikasi yang dipasang di dalam Windows. Ini bukan salah anda, malah sesiapa pun tidak bersalah. Windows didatangkan lengkap semasa membeli komputer, inilah strategi pemasaran Microsoft dan pembekal perkakasan lain.


Baiklah, bagaimana pula jika pada peringkat awal anda membeli dan belajar komputer yang disertakan sekali dengan Ubuntu Linux? Sudah tentu anda akan terbiasa dengan aplikasi yang ada di dalam Linux tersebut. Tiba-tiba ada rakan yang memperkenalkan "Windows" kepada anda, sudah tentu anda takut menggunakan Windows tersebut dan khuatir aplikasi didalamnya tidak memenuhi kemahuan anda. Apakah ada aplikasi atau perisian Windows yang boleh menyunting gambar, Video, Internet messenger dan sebagainya?


Inilah gambaran yang saya cuba sampaikan kepada anda, jika saya menulis sehingga seribu patah perkataan sekalipun untuk memperkenalkan Ubuntu Linux kepada anda sedangkan anda tidak pernah mencuba Ubuntu, sampai bila-bila anda akan bergantung kepada yang satu. Saya bukanlah fanatik Linux, malah saya juga kadang kala bergantung juga kepada Windows atas alasan tertentu. Saya ada Netbook Dell mini 10 dual boot Ubuntu dan Win 7. Komputer Desktop yang saya taip artikel ini, saya pasang Win XP di dalam Virtual Box.


Okeylah, berbalik kepada tajuk; saya hanya bagi pautan ini Linux Equivalents untuk anda menyelongkar apakah perisian yang sama fungsi yang terdapat di dalam Windows yang mana boleh di pasang di dalam Ubuntu Linux anda. Percayalah, semua perisian yang terdapat di dalam pautan ini hampir keseluruhannya adalah percuma (lebih kurang 4,000 aplikasi percuma menanti anda). Selepas ini, anda yang masih menggunakan Windows tidak was-was untuk mencuba atau menggunakan Ubuntu!

06 Mac 2010

Kesan Efek 3D Ubuntu

Video ini menceritakan pelbagai kesan-kesan khas untuk menampilkan kesan 3D. Enjoy..



Antara aplikasi yang digunakan di dalam ubuntu ini ialah Compiz Config Setting Manager, Gnome DO, Song Bird, Screenlets atau boleh juga Cairo Dock.

Pastikan Visual Effect komputer anda telah ditetapkan kepada Extra. Ada masa, saya akan panjangkan dan tunjukkan di sini bagaimana mahu menjadikan ubuntu anda seperti video ini.

04 Mac 2010

Kejayaan Ubuntu Linux Dalam Pembikinan Filem Ternama

Ada segelintir di antara kita yang sudah menonton filem hebat ini bukan? Filem fiksyen sains Avatar ini mendapat pelbagai anugerah dan kejayaan yang memaparkan kecanggihan penggunaan peralatan dan perisian termaju disebalik pembikinannya. Sudah tentu memerlukan perkakasan, perisian dan Operating System yang berkupayaan "supersonik".

Apakah kaitan filem ini dengan Ubuntu? Pihak Weta Digital adalah sebuah syarikat Digital Visual Effect yang mana mereka telah mengubah-suai kediaman software Massive dan menggunakan 10,000 kaki persegi pengkalan datanya dengan lebih 35,000 CPU.

Sejak dari tahun 2008 hingga sekarang, Weta Digital telah memuatkan pengkalan datanya dengan 34 rak di mana disumbatkan lebih 4,000 Hewlett-Packard Blade Server berkeupayaan RAM 104TB. Dan, di sinilah lebih kurang 90% menggunakan Ubuntu sebagai nadi untuk mengerakkan mesin-mesin tersebut yang setiap satunya dihubungkan dengan rangkaian berkelajuan 10 gigabytes persaat.

Antara filem-filem lain yang dihasilkan oleh Weta Digital adalah seperti The Lord Of The Ring, King Kong, Fantastic Four, Eragon, X Men, dan i-Robot.

Bukan itu sahaja, terdapat juga syarikat animasi lain seperti DreamWorks dan Pixar menggunakan bantuan Linux untuk menghasilkan filem-filem besar seperti Titanic dan lain-lain. Selain itu, kartun animasi tempatan Upin & Ipin juga turut melalui proses yang sama yang diterajui oleh Linux Mimos.

Adakah anda nampak Ubuntu Linux sebuah sistem operasi komputer yang "bodoh-bodoh"??? Jelaslah di sini, mereka di luar sana masih menganggap Linux sama seperti 6 - 7 tahun lepas! Sepatutnya anda bangga menggunakan Ubuntu Linux. Jika anda masih belum mencuba Ubuntu linux, inilah masanya untuk mengorak langkah dan mencipta kelainan. Rasailah sendiri kehebatan Ubuntu yang percuma ini....!!

02 Mac 2010

Buang Virus Dalam Windows Dan Pendrive Menggunakan Ubuntu

Ada baiknya juga saya mengetengahkan tajuk ini atas sifat tolong menolong. Seperti yang kita ketahui Win XP, Vista amat mudah terkena virus. Setakat yang saya baca, Win 7 mempunyai keselamatan yang amat tinggi berbanding 2 OS yang saya sebut tadi. Win 7 yang saya dengar daripada kawan saya tidak mudah untuk virus membiak kerana Microsoft sudah membuat perubahan-perubahan besar dari segi keselamatan, selain ditambah ciri-ciri grafik yang menawan, aplikasi yang diperbaharui dan macam-macam lagi. Itulah kelebihan Win 7.

Kalau anda sekarang pakai Win 7, "acu cuba try test" jangan install sebarang antivirus, anti mallware, antipopup atau sebagainya yang seangkatan dengannya, pakailah Win 7 tersebut macam biasa... tengok dan uji kekebalannya..pastu pergi ke website #%&$*^(*) atau berkongsi fail dengan rakan yang anda sudah tahu pendrivenya ada virus..Errmmm .. saya tidak mahu komen apa-apa tentang ini...

Baiklah, sebelum saya sentuh kepada tajuk; apa yang saya tahu setakat hari ini 99% tiada syarikat antivirus yang mahu menghasilkan dan memasarkan produknya kepada pengguna Ubuntu Linux atau pengguna OS linux secara amnya. Saya tinggalkan anda dengan soalan ini dan anda carilah sendiri.!!

Rasanya cukup saya buat 3 perenggan karangan di atas, kita berbalik kepada tajuk. Scan dengan antivirus terlebih dahulu seluruh komputer anda, ada sesetengah antivirus percuma akan memaparkan rekod di mana virus berada di dalam folder dan subfolder. Sila print atau tulis kedudukan lokasinya. Biasanya antivirus berbayar tidak perlu buat perkara di bawah yang mana boleh dibuang terus virus tersebut atau kuarantin.

  1. Mula-mula dapatkan LiveCD Ubuntu. Jika belum ada, boleh muaturun daripada laman rasmi Ubuntu. Kemudian bakar image ISO Ubuntu tersebut ke CD/DVD. Atau anda boleh juga hasilkan ubuntu Live USB menggunakan UNetbootin.
  2. Saya andaikan anda mempunyai Ubuntu LiveCD. Semasa anda hidupkan komputer, sila boot option ke CD/DVD room untuk boot daripada CD. Ada sesetengah komputer tekan ESC, Del, F2, F9 dan sebagainya (ikut bios dan brand komputer) untuk jalankan option BIOS ini.
  3. Tunggu sehingga loading selesai ubuntu tersebut, di mana anda sudah boleh mula mengunakan komputer seperti biasa. Boleh cuba beberapa aplikasi yang disertakan untuk pengguna Windows.
  4. Menu Ubuntu terletak atas sebelah kiri. Klik Places>Computer. Anda mungkin akan nampak saiz hardisk, CD/DVD Drive, File System dan juga Floppy Drive.
  5. Seterusnya klik Dwi klik pada hardisk tersebut, anda boleh selongkar semua folder yang ada dalam sistem Windows.. Virus apa yang perlu dibuang, jangan tanya saya. Sepatutnya anda pengguna Windows sudah tahu yang mana betul-betul komponen Windows dan yang mana bukan komponennya serta beberapa aplikasi lain.
  6. Contoh mudah: merujuk kepada rekod/log yang anda print mula-mula tadi, pergi ke partition di mana Windows dipasang, anda akan nampak fail dan komponen yang tidak pernah kelihatan semasa anda ON Windows. Contohnya terdapat 1 folder Program Files dan 1 lagi Program Files.exe serta autorun.inf. Kenal pasti .exe dan autorun ini. Jika rasa itu bukan fail anda tekan sahaja kekunci "delete". Hati-hati buat, silap haribulan itu adalah program game flash yang juga menggunakan format .exe. Carilah virus/mallware ikut kepada kertas yang anda print tersebut tadi.
  7. Untuk membuang virus dalam pendrive lebih senang, cucuk pendrive dan buka folder pendrive anda. Caranya sama seperti langkah no 6 dan langkah no 7.

Kalau rasa susah sangat, cuba-cubalah mengintai dan belajar ubuntu LiveCD tanpa perlu memasangnya. Biasakan diri dengan OS linux ini. Semoga artikel kali ini memberi sedikit sebanyak kemudahan Ubuntu kepada pengguna Windows.

Sekian, terima kasih kerana sudi "membuang masa" membaca blog saya ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...