Memaparkan catatan dengan label Menangani ralat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Menangani ralat. Papar semua catatan

16 Disember 2011

Memasang Microsoft Font Pada Ubuntu

Gambar 1

Penting ke Huruf Microsoft ini pada Ubuntu? Errmm, sebenarnya tidak penting jika tidak perlu, namun ianya diperlukan bagi menjamin keaslian jenis tulisan pada dokumen yang ditaip oleh kawan kita (jika mereka menggunakan MS Office). Libre Office dan Open Office pada Ubuntu akan automatik mengesan jenis huruf pada dokumen MS Office (2003/2007/2010), jika tiada; maka sistem TrueType Font pada Ubuntu akan menggantikan jenis tulisan yang paling hampir dan sesuai.

Sebahagian jenis font MS Office
Andale Mono
Arial Black
Arial (Bold, Italic, Bold Italic)
Comic Sans MS (Bold)
Courier New (Bold, Italic, Bold Italic)
Georgia (Bold, Italic, Bold Italic)
Impact
Times New Roman (Bold, Italic, Bold Italic)
Trebuchet (Bold, Italic, Bold Italic)
Verdana (Bold, Italic, Bold Italic)
Webdings

Jadi untuk mengelak kepincangan jenis huruf ini, adalah lebih baik memasang Microsoft Truetype Font pada Ubuntu. Caranya mudah sahaja, buka aplikasi Terminal dan salin-tampal arahan ini:

sudo apt-get install msttcorefonts

Semasa pemasangannya, akan muncul jendela seperti gambar 2 (configuring ttf-mscorefonts-installer), tekan kekunci Tab untuk mengalihkan ke butang arahan "OK" dan tekan kekunci Enter.

Gambar 2

Seterusnya, akan muncul jendela pengesahan lesen EULA seperti gambar 3 dan tekan kekunci Tab atau kekunci anak panah kiri/kanan untuk mengalihkan kursor ke "Yes". Kemudian tunggulah sehingga semuanya selesai.

Gambar 3

Ada kemungkinan perlu logout dan login semula Ubuntu anda untuk mengaktifkan Font ini.

Nota:
Jika anda telah memasang Wine 1.3 dan memasang MS Office melalui PlayOnLinux tidak perlu mengikuti tutorial ini kerana PlayOnLinux akan memuat turun dan memasang Microsoft Font secara automatik.

18 Ogos 2011

Membuang Semua Pakej Cairo Dock Daripada Ubuntu


Ada seorang sahabat kita gagal membuang (uninstall) Cairo Dock sepenuhnya melalui Synaptic Package Manager setelah beliau mengikuti cara-cara pemasangan Cairo Dock pada tutorial saya yang lepas. Baiklah saya akan bentangkan di sini bagaimana boleh kita membuang Cairo Dock tersebut.

Mula-mula buka Aplikasi Terminal dan nyahkan Cairo Dock daripada hidup (running)

killall cairo-dock

Kemudian barulah buang cairo-dock tersebut

sudo apt-get --purge remove cairo-dock-*

Selepas itu, buat cucian sebaik-baiknya

sudo apt-get clean

Ok, sekarang cuba log out dan log in semula adakah Cairo Dock masih wujud atau tidak...?


Sekian.

12 Jun 2011

Error mounting: mount exited with exit code 13

Selama saya guna Ubuntu lebih kurang hampir 3 tahun, ini pertama sekali saya menghadapi ralat untuk ubuntu berhubung dengan external hard disk saya. Mesej yang keluar adalah seperti berikut:

Error mounting: mount exited with exit code 13;
ntfs_attr_pread_i: ntfs_pread failed: Input/output error
Failed to read NTFS $Bitmap: Input/output error
NTFS is either inconsistent, or there is a hardware fault, or it's a
SoftRaid/FakeRaid hardware. In the first casw run chkdsk /f on
Windows then reboot into Windows twice. The usage of the f/ parameter is very important! If the device is a SoftRaid/FakeRaid then first activate
it and mount a differnet device under the /dev/mapper/directory, (e.g
/dev/mapper/nividia_eahaabcc1). Please see the 'dmraid' documentation for more details.

 Secara terperinci saya tidak tahu bagaimana mahu menghuraikan masalah ini, dan apakah puncanya. Masalah ini terjadi pada komputer saya Ubuntu 11.04, saya kira ini masalah Ubuntu 11.04 gagal baca external hard disk ini. Kemudian saya sambungkan pula external hard disk ini ke laptop ubuntu 10.04... rupanya mesej ralat yang sama keluar!..

Dengan beberapa penilitian melalui hasil pencarian jawapan di internet dapatlah saya selesaikan masalah ini. Jadi, entri ini hanya untuk nota saya dan sebagai panduan jika anda senasib dengan saya kemudian hari.

Sambungkan external hard disk ke komputer, pedulikan mesej yang muncul. Saat ini Ubuntu tidak akan dapat membaca fail dalam hard disk ini.

Buka aplikasi terminal dan semak hard disk tersebut:

sudo fdisk -l

Ini adalah keluaran daripada terminal saya:

Disk /dev/sda: 160.0 GB, 160041885696 bytes
255 heads, 63 sectors/track, 19457 cylinders
Units = cylinders of 16065 * 512 = 8225280 bytes
Sector size (logical/physical): 512 bytes / 512 bytes
I/O size (minimum/optimal): 512 bytes / 512 bytes
Disk identifier: 0x000f1ea5

   Device Boot      Start         End      Blocks   Id  System
/dev/sda1   *           1          6374    51199123+   7  HPFS/NTFS
/dev/sda2            6375       19458   105090049    5  Extended
/dev/sda5            6375       18840   100124672   83  Linux
/dev/sda6           18840       19214     3010560   82  Linux swap / Solaris

Disk /dev/sdb: 300.1 GB, 300069052416 bytes
255 heads, 63 sectors/track, 36481 cylinders
Units = cylinders of 16065 * 512 = 8225280 bytes
Sector size (logical/physical): 512 bytes / 512 bytes
I/O size (minimum/optimal): 512 bytes / 512 bytes
Disk identifier: 0x000223a2

 Device Boot      Start         End      Blocks   Id  System
/dev/sdb1               1       33931   272550726    7  HPFS/NTFS

Disk /dev/sdc: 500.1 GB, 500107862016 bytes
255 heads, 63 sectors/track, 60801 cylinders
Units = cylinders of 16065 * 512 = 8225280 bytes
Sector size (logical/physical): 512 bytes / 512 bytes
I/O size (minimum/optimal): 512 bytes / 512 bytes
Disk identifier: 0x34d4c1e8

 Device Boot      Start         End      Blocks   Id  System
/dev/sdc1               1       60801   488384001    7  HPFS/NTFS
Jadi dapat saya kenal pasti hard disk saya iaitu /dev/sdc: 500 GB.

Seterusnya, saya taip arahan ini pada terminal:

sudo ntfsfix /dev/sdc1

Dan ini pula adalah tindak balas terhadap arahan di atas:

Mounting volume... FAILED
Attempting to correct errors...
Processing $MFT and $MFTMirr...
Reading $MFT... OK
Reading $MFTMirr... OK
Comparing $MFTMirr to $MFT... FAILED
Correcting differences in $MFTMirr record 0...OK
Processing of $MFT and $MFTMirr completed successfully.
Setting required flags on partition... OK
Going to empty the journal ($LogFile)... OK
NTFS volume version is 3.1.
NTFS partition /dev/sdc1 was processed successfully.

Tanpa mencabut USB External hardisk, melalui Nautilus saya cuba klik kanan pada nama hard disk tersebut dan pilih Mount. Ya!!... Nautilus pada Ubuntu berjaya membacanya semula.

Sebelum mengakhiri, tolong jangan tanya saya bagaimana ralat ini muncul dan kenapa perlukan kaedah ini untuk menyelesaikannya, apakah tiada cara yang lebih mudah? Tanya internet Ok..he3..

Sekian.

05 Mei 2011

Sembunyikan Direktori RECYCLER Kepunyaan Windows

Jika diamati, dual boot Windows dan Ubuntu akan menghasilkan 2 direktori asing yakni apabila kita berkongsi sesebuah partisi, maka secara automatik Windows akan mencipta 2 Folder atau direktori yang bernama RECYCLER dan System Volume Information. Melalui Ubuntu kita dapat padamkan (delete) folder tersebut, namun selepas mengakses daripada Windows dan kembali kepada Ubuntu, 2 direktori ini akan muncul semula. Seratus kali kita padam pun tidak akan menyelesaikan masalah kecil ini.

Baiklah senang sahaja caranya untuk menanganinya. Buka aplikasi Gedit dan masukan nama direktori tersebut seperti di bawah ini:

RECYCLER
System Volume Information

kemudian simpan (save) skrip ini pada partisi yang berkongsi dengan Windows, dan namakan skrip ini ".hidden" (tanpa simbol quote). Perhatian, bubuh satu titik sebelum perkataan hidden.

Untuk mengujinya tekan Ctrl+H. Jika anda mahu direktori lain juga disembunyikan, hanya tambahkan nama direktori ke dalam skrip tadi dan simpan. Lazimnya, anda hanya perlu renamekan  direktori tersebut dengan menambah titik pada awal perkataan nama direktori.

15 April 2011

Mengembalikan Panel Ubuntu Dengan 2 Klik

Bila Ubuntu menyediakan kemudahan mengubah panel, ada orang kata perkara ini adalah kelemahan. Semua tetapan asal boleh hilang dan boleh timbul icon aplikasi baru padanya. Lain pula jadinya bila Ubuntu 10.10 (unity panel - Netbook) tidak boleh diubah, ada orang kata Ubuntu tidak bebas. Mana satu pembangun Ubuntu mahu ikut?

Baiklah, untuk mengatasi keadaan panel yang mudah terusik ada baiknya kita kuncikan panel tersebut. Kalau anda pakai Ubuntu 10.10 Desktop edition belum sempat mahu kunci dan terjadinya keadaan launcher icon yang berterabur, kita boleh mengembalikannya semula dengan hanya 2 klik pada script khas.

Skrip RestorePanel ini boleh dimuat turun melalui http://forums.ubuntu.com.my/viewtopic.php?f=10&t=2119 (terima kasih kepada warringirc).


Setelah muat turun, sila unzip fail tersebut. Kemudian dwi klik padanya:


Klik pada butang "Run"


Ada 3 Option untuk dipilih, klik Restore Default Panel Setting dan tekan OK.

Oh! ya. Jawab semua soalan yang ditanya (soalan pengesahan sahaja) dengan betul.

23 Februari 2011

Mematikan Screensaver Semasa Menonton Video Pada Ubuntu

Tengah asyik menonton flash video pada Youtube, tiba-tiba dalam beberapa minit skrin bertukar malap dan  Ubuntu Screensaver system akan mengaktifkan Screensaver, seolah-olah komputer dalam keadaan pegun (idle). Mahu atau tidak, kena usik tetikus untuk memunculkan semula tayangan video tersebut. Gangguan kecil ini amatlah tidak menyenangkan.

Saya percaya anda juga turut mengalaminya meskinpun telah membuat tetapan pada Screensaver kepada minit yang lebih panjang. Saya tidak pasti di mana kesilapan (bug) ini pada Ubuntu. Cuma salah satu puncanya yang saya tahu adalah disebabkan kerana kehadiran Flash. Jadi, mari kita mula untuk mematikan sistem Screensaver yang mengganggu ini.

Buka aplikasi terminal (Applications>Accessories>Terminal) dan sila ikut langkah-langkah di bawah.

Bina satu direktori baru pada Home, direktori ini kita namakan bin. Salin dan tampal arahan ini:-

mkdir -p ~/bin

Kemudian, kita akan binakan script di dalam direktorii tersebut. Salin dan tampal arahan ini:-

gedit ~/bin/flash_ss_disable.sh

Seterusnya akan muncul satu paparan text editor (gedit), jadi salin semua dan tampal sahaja perintah script ini pada terminal dan simpankannya (save):-


#!/bin/bash


# Cleanup any bad state we left behind if the user exited while flash was
# running
gconftool-2 -s /apps/gnome-screensaver/idle_activation_enabled --type bool true


we_turned_it_off=0


while true; do
sleep 60
flash_on=0


for pid in `pgrep firefox` ; do
if grep libflashplayer /proc/$pid/maps > /dev/null ; then
flash_on=1
fi


ss_on=`gconftool-2 -g /apps/gnome-screensaver/idle_activation_enabled`


if [ "$flash_on" = "1" ] && [ "$ss_on" = "true" ]; then
gconftool-2 -s /apps/gnome-screensaver/idle_activation_enabled \
--type bool false
we_turned_it_off=1
elif [ "$flash_on" = "0" ] && [ "$ss_on" = "false" ] \
&& [ "$we_turned_it_off" = "1" ]; then
gconftool-2 -s /apps/gnome-screensaver/idle_activation_enabled \
--type bool true
we_turned_it_off=0
fi


done
done

Sila tutup text editor tersebut. Langkah selanjutnya, berikan keizinan kepada script yang dicipta tadi. Salin dan tampal arahan ini:-

chmod +x ~/bin/flash_ss_disable.sh

Sebelum memulakan Flash, terdapat 2 cara untuk mengaktifkan script yang dibina tadi iaitu:

1. Menggunakan aplikasi Startup (System>Preference>Startup Applications)

Masukkan command ini: sh ~/bin/flash_ss_disable.sh

2. Menjalankannya sebelum memulakan Flash video

Tekan kekunci Alt+F2, masukkan arahan ini: sh ~/bin/flash_ss_disable.sh dan klik Run.

Sekarang, bolehlah memulakan tayangan Flash Video tanpa gangguan sistem Screensaver. Selamat mencuba!

23 Disember 2010

Mengunci Gnome Panel Ubuntu 10.04

Jika anda perasan, dahulu saya ada menulis artikel mengembalikan Gnome Panel pada Ubuntu. Ini kerana Gnome-panel yang secara lalai berada pada bahagian atas dan bawah skrin komputer kita di mana ianya sangat mudah terpadam di atas sebab-sebab tertentu.

Jadi kali ini, saya ingin memberikan tip bagaimana kita boleh mengunci Gnome-panel ini bagi mengelakkan berlakunya kejadian seperti mana yang saya sebutkan tadi. Tidak salah saya, kaedah ini juga boleh dilakukan pada Ubuntu 10.10.

Mari kita mula...

Tekan kekunci Alt+F2 dan taipkan baris seperti berikut dan tekan butang Run. Llihat gambar 1.

gconf-editor

Gambar 1

Seterusnya, sila jejak apps/panel/global dan tandakan pada "lock_down" kemudian tutup kekotak konfigurasi ini. Lihat seperti gambar 2.

Gambar 2

Itu sahaja yang perlu anda lakukan. Sekian.

06 November 2010

Memasang Tema (Themes) Pada Ubuntu

Tips memasang tema ini saya buat berikutan seorang sahabat kita iaitu saudara Safari cuba memasang Tema pilihan beliau iaitu Lexinya di mana Tema tersebut tidak berjaya dipasang secara "Drag and Drop".. Katanya keluar error seperti ini:


Baiklah, kita mula daripada awal, mula-mula muat turun Tema ini Lexinya.tar.gz DISINI dan tempatkannya ke Desktop. 

Cara Pertama:
Kemudian klik kanan pada Desktop>Change Desktop Background>Themes. Tekan butang Install dan jejak (browse) Lexinya.tar.gz yang ada pada Desktop. Jika tiada masalah tema tersebut akan berjaya dipasang.

Ini pula cara mengatasi jika keluar ralat seperti gambar di atas:

Cara Kedua:
Buka direktori Home (nama anda) anda, tekan Ctrl+H, cari dan buka direktori .themes; padamkan direktori yang bernama Lexinya. Seterusnya ulangi Cara Pertama.. Lihat gambar di bawah, Tema Lexinya sudah berjaya di pasang..


Sekian..

30 Ogos 2010

Auto Mount Partition Lain Pada Ubuntu

Toturial ini dilakukan pada Ubuntu 10.04

Saya telah mencuba beberapa perisian Device Manager untuk membuatkan auto mount partition lain yang berformat EXT4, namun gagal untuk saya mengakses partition tersebut. berikut gambaran pada hardisk saya:

/dev/sda1 - sebanyak 40GB saya buat untuk root partition Ubuntu
/dev/sda2 - sebanyak 1GB saya buat untuk Swap
/dev/sda3 - sebanyak 100GB saya labelkan sebagai "MyData" bertujuan backup partition

Sebaik sahaja klik pada Places>MyData, muncul satu folder yang bernama Lost+Found yang mana terdapat ikon " X " yang bertenggek padanya. Dalam Partition MyData ini saya tidak boleh create folder dan menyimpan apa-apa fail. Jadi harap perkongsian tutorial ini akan membantu jika anda mempunyai masalah seperti saya.

Anda boleh mengenali nama label partisi dengan membuka perisian Disk Utility (System>Administrations>Disk Utility) untuk mengetahui kedudukan /dev/sdXY; di mana X ialah hardisk dan Y adalah kedudukan partition. Contoh pada saya ialah partition MyData berada pada /dev/sda3.

Ok, sekarang kita mula untuk auto mount kan partisi ini. Buka Terminal dan masukan baris perintah ini:

sudo mkdir /mnt/MyData

Seterusnya, kenal pasti UUID hardisk/partition ini dengan menaip arahan ini pada terminal:

sudo blkid

Setelah itu, sila salin dan tampal keseluruhan UUID tersebut pada Gedit (Applications>Accessories>Gedit) untuk langkah seterusnya.

Contoh:
/dev/sda3: LABEL="MyData" UUID="338abd18-3035-40c9-996e-a2cacd99b8bd" TYPE="ext4"

Kemudian buat sedikit perubahan pada fstab file yang mana akan membenarkan ubuntu auto mount partisi ini semasa start up. Jadi masukan baris arahan ini pada terminal:

sudo nano /etc/fstab

Terminal akan memaparkan GNU nano, anda akan nampak UUID yang sedia ada. Sila skrul paling bawah dan tambah ayat ini untuk rujukan akan datang (termasuk simbol #);

#Saya tambah line ini untuk auto mount MyData

dan di bawah ayat tersebut pula, sila masukan (salin dan tampal) UUID yang telah disalin pada Gedit sebentar tadi tanpa ada simbol quote (") seperti di bawah:

UUID=338abd18-3035-40c9-996e-a2cacd99b8bd /media/MyData ext4 defaults 0 2

Sampai di sini, siap langkah-langkah di atas dan tekan kekunci Ctrl+X untuk simpan dan keluar. fstab akan menanyakan pengesahan perubahan ini dan tekan "Y" dan enter tanda bersetuju. Tekan Enter sekali lagi untuk keluar.

Sekarang Terminal sudah pun keluar daripada GNU nano. Peringkat seterusnya untuk memberitahu kepada Ubuntu untuk mount kan fstab ini dengan memasukkan baris arahan ini pada terminal:

sudo mount -a

Setelah itu masukan baris arahan ini pula:

sudo chown -R deensokmo:deensokmo /mnt/MyData

Nota: tukarkan deensokmo kepada usernama anda.

Anda sudah pun berada pada langkah akhir, sekarang boleh tutup terminal tersebut dan restart Ubuntu anda. Sebaik sahaja ini selesai, sepatutnya partition MyData sudah boleh diakses seperti biasa.

Sekian..

12 Ogos 2010

Padam Pakej Yang Tidak Siap Atau Gagal Pada Ubuntu

Ada sesetengah kes di mana pakej aplikasi yang sedang dipasang secara Online tidak berjaya dimuat turun dan ianya akan rosak (mis-configured), masalah ini akan menyebabkan Ubuntu semacam keluar error setiap kali mahu memasang pakej aplikasi yang lain. Hal ini berlaku kerana mungkin internet terganggu, komputer mati secara tiba-tiba dan lain-lain kecacatan yang tidak disengajakan.

Apa yang anda perlu lakukan pada Ubuntu anda ialah dengan salin-tampal baris arahan ini:


sudo aptitude purge $(dpkg -l|grep ^rc|awk '{ print $2 }')

Itu sahaja.. Terima kasih..

01 Ogos 2010

Mengembalikan Gnome Panel Ubuntu 10.04

Gnome panel pada Ubuntu 10.04 (Lucid lynx) didatangkan 2 panel secara lalai iaitu satu di ruang paling atas dan satu lagi ruang paling bawah. Ada beberapa alasan kenapa perlu mengembalikan semula Gnome panel seperti asal atau sedia kala. Antaranya seperti berikut:

1. Anda telah mengubah kedudukan panel dan mengubah item pada panel
2. Ke dua-dua panel atas dan bawah terpadam (delete) tanpa sengaja
3. Panel hilang tanpa dikesan akibat memasang sesetengah tema (theme)
4. Dan lain-lain

Jadi, langkah-langkah berikut akan dapat memasang semula panel yang hilang, kemalangan dan sebagainya:

Tanpa berlengah lagi, tekan papan kekunci:

Alt+F2

Kekotak Run Application akan muncul dan masukkan baris perintah ini untuk menghidupkan terminal

gnome-terminal

Selepas klik butang Run, sila ikuti arahan seperti gambar di bawah untuk membenarkan kekotak Aplikasi Terminal ini "Always on top".


1 - klik kanan pada Window border
2 - pilih dan klik "Always On Top"


"cara ini jika anda mengikuti tutorial saya ini secara online. Selain cara bergambar di atas, anda boleh memunculkan Terminal dengan menekan kekunci Alt+Tab sebab selepas copy dan mahu paste baris perintah , Terminal tidak akan kelihatan, ianya ada dibelakang Web Browser. Atau anda juga boleh tekan ikon Maxima/Unmaxima pada Window kontrol Web browser"
Kemudian salin-tampal satu persatu baris perintah berikut ke dalam Terminal:

gconftool-2 --recursive-unset /apps/panel
rm -rf ~/.gconf/apps/panel
pkill gnome-panel

Lihat apa yang berlaku. Ya! Anda baru sahaja mengembalikan Gnome panel seperti asal..

Nota tambahan:

Sila salin dan simpan artikel saya ini untuk saat-saat kecemasan, lebih malang lagi jika anda masih baru dan tidak tahu bagaimana mahu menyelesaikan masalah ini sebab semua menu aplikasi hilang bersama panel. Anda mula panik, mana tidaknya Firefox tempat untuk mencari jawapan tidak boleh dihidupkan. Jadi, selepas ini setidak-tidaknya letakkan ikon shortcut firefox ke Desktop.


Sebenarnya walaupun menu hilang, anda masih lagi dapat membuka aplikasi tertentu melalui terminal ataupun bantuan Run Application (Alt+F2) dengan menaip baris perintah aplikasi. tersebut.

Contohnya: selepas tekan
Alt+F2, taipkan perkataan

firefox - untuk menghidupkan Firefox web browser
nautilus - untuk membuka Nautilus File Manager
gnome-terminal - untuk membuka aplikasi Terminal
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...