06 November 2010

Memasang Tema (Themes) Pada Ubuntu

Tips memasang tema ini saya buat berikutan seorang sahabat kita iaitu saudara Safari cuba memasang Tema pilihan beliau iaitu Lexinya di mana Tema tersebut tidak berjaya dipasang secara "Drag and Drop".. Katanya keluar error seperti ini:


Baiklah, kita mula daripada awal, mula-mula muat turun Tema ini Lexinya.tar.gz DISINI dan tempatkannya ke Desktop. 

Cara Pertama:
Kemudian klik kanan pada Desktop>Change Desktop Background>Themes. Tekan butang Install dan jejak (browse) Lexinya.tar.gz yang ada pada Desktop. Jika tiada masalah tema tersebut akan berjaya dipasang.

Ini pula cara mengatasi jika keluar ralat seperti gambar di atas:

Cara Kedua:
Buka direktori Home (nama anda) anda, tekan Ctrl+H, cari dan buka direktori .themes; padamkan direktori yang bernama Lexinya. Seterusnya ulangi Cara Pertama.. Lihat gambar di bawah, Tema Lexinya sudah berjaya di pasang..


Sekian..

2 ulasan:

CWM Safari berkata...

time kasih deen

deensokmo berkata...

Dulu-dulu suka jugak main-main dengan pelbagai Tema.. Sekarang dah kurang skit..tabiat tukar-tukar tema ni. Tengah kemasikini tema Blog deensokmo pulak ni..sempena Tahun baru dengan azam baru huu.huu.huu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...