27 September 2010

Buka Fail Dengan 1 Klik

Buka Fail Dengan 1 Klik - Single Click To Open Item

Sesetengah pengguna suka membuka direktori, fail atau apa sahaja dengan 1 klik. 1 Malaysia 1 klik, 1 Ubuntu untuk 1 rumah..hee.hee.heee.

Mula-mula buka Nautilus Window Manager, kemudian capai ke menu
Edit>Preferences; klik ke Tab Behavior seperti gambar di bawah.

Tandakan pada "Single Click To Open Items" dan Closed. Untuk menjalankan arahan ini, sila buka mana-mana direktori, gambar atau apa sahaja yang ada pada Nautilus.

21 September 2010

Memasang Aplikasi P2P FrostWire

(klik untuk besarkan gambar)

Mungkin anda tercari-cari apakah software P2P yang boleh dipasang pada Ubuntu. Sebenarnya ada beberapa aplikasi yang seumpama perisian tersebut, anda boleh cari di dalam Ubuntu Software Center.

Saya ingin berkongsi Aplikasi FrostWire yang mampu mencari sumber di internet untuk dimuat turun lagu, Video, fail-fail tertentu dan macam-macam lagi. Saya bagi 4 bintang untuk FrostWire. FrostWire dicipta berdasarkan enjin LimeWire.


2 cara mudah memasang FrostWire pada Ubuntu

(A) Melalui Ubuntu Software Center

Buka Aplikasi Ubuntu Software Centre dan taipkan perkataan "frostwire", kemudian klik butang "install".

(B) Muat turun FrostWire.deb

Klik FrostWire.DEB, pilih distro "ubuntu" dan muat turun pakej DEB tersebut. Dwi klik untuk pemasangannya.

Untuk menjalankan aplikasi ini, pergi ke Applications>Internet>FrostWire. Kemudian buat sedikit konfigurasi, setelah siap; anda sudah boleh memuat turun video atau lagu kegemaran anda..

Selamat mencuba..

20 September 2010

Memasang Nautilus Elementary Pada Ubuntu

Nautilus Elementary 2.30

Gambar 1

Keterangan ringkas Gambar 1

1 - Kedudukan Places mengikut kategori.
2 - Ikon 1 klik untuk memaparkan fail-fail (Icon, List dan Compact).
3 - Butang pelarasan saiz kandungan fail dalam Nautilus.

Jika anda mahu Nautilus pada Ubuntu anda kelihatan seperti Gambar 1, sila ikuti langkah pemasangan yang mudah di bawah; buka Terminal, salin dan tampal 3 baris arahan ini:

Ubuntu 10.04

sudo add-apt-repository ppa:am-monkeyd/nautilus-elementary-ppa
sudo apt-get update && sudo apt-get upgrade
nautilus -q #restarts nautilus

Ubuntu 10.10

sudo add-apt-repository ppa:am-monkeyd/nautilus-elementary-ppa
sudo apt-get update
sudo apt-get dist-upgrade
nautilus -q

Manakala Gambar 2 di bawah menunjukkan Locations Bar ada "gaya" sedikit dengan pemasangan tema Nautilus Elementary Breadcrumbs.

Gambar 2

Jika anda suka tema ini, untuk memasangnya amat mudah. Cuma perlu salin dan tampal baris arahan ini pula pada Terminal.

cd #this should take you to your home folder
wget http://gnaag.k2city.eu/nautilus-breadcrumbs-hack.tar.gz
tar -xvf nautilus-breadcrumbs-hack.tar.gz

Kemudian buka Nautilus; pergi ke Edit>Preferences. Klik Tab Tweaks dan tandakan pada "Show like breadcrumbs". Boleh juga tandakan pada "show slider icon" untuk lebih kekemasan.

Akhir sekali jalankan arahan ini pada terminal untuk restart:

nautilus -q

Sekian...

17 September 2010

Newbie: Mengenal Dan Mencuba Ubuntu Pada Komputer

Saya percaya, ada dikalangan mereka terfikir Ubuntu adalah sebuah perisian yang percuma, bukannya Sistem Operasi, malah ada juga yang hari ini baru mendengar UBUNTU. Kenapa, mengapa dan untuk apa saya mencuba Ubuntu. Tentu persoalan ini bermain di kotak fikiran kita setiap kali kawan kita bercerita tentang Ubuntu. Mungkin anda sudah banyak mencari jawapan di internet apa itu Ubuntu. Jadi, saya andaikan anda kini sudah bersedia untuk berkenalan dengan OS ini.

Kenapa saya mesti mencuba Ubuntu
  1. Sudah penat memasang bermacam-macam antivirus pada Windows.
  2. Tiada bajet untuk menaik taraf perkakasan komputer (RAM, Cakera keras, Kad grafik dsb)
  3. Anda ada komputer lama atau komputer kedua yang sudah berhabuk namun masih berfungsi.
  4. Anda sedar membeli perisian cetak rompak, memiliki Windows lesen palsu adalah haram dan suatu kesalahan. Ingatlah, jika OS sudah haram, maka semua jenis kegunaan komputer anda adalah tidak berkat.
  5. Sebagai penyelamat untuk mengambil Data pada Windows jika Windows bermasalah.
Kepada pengguna Windows yang ingin tahu bagaimana boleh mencuba OS Ubuntu pada komputer. Berikut ialah kaedah mencuba Ubuntu tanpa memasangnya pada komputer, jadi tidak perlu risau akan kesan sampingan pada Windows yang sedia ada.

Muat turun dan bakar Ubuntu:
  1. Muat turun Ubuntu.
  2. Bakar imej (ISO) Ubuntu ke CD/DCD atau ke pendrive.
  3. Bakar imej Ubuntu ke CD/DVD mestilah kelajuan perlahan (8x, 4X).
  4. Jika mahu menggunakan Pendrive/Flashdrive sila guna Unetbootin

Menguji Ubuntu:

(A) Menguji Ubuntu melalui WUBI.
  1. Hidupkan Windows seperti biasa dan masukkan LiveCD Ubuntu.
  2. Windows automatik mengesan perisian WUBI.
  3. Buatlah pemasangan Ubuntu tersebut seperti anda memasang perisian-perisian lain pada Windows.
  4. Kaedah WUBI memerlukan sambungan internet. Sebaik sahaja dipasang, semasa komputer dihidupkan, anda boleh memilih samada boot Windows atau Ubuntu Linux.
  5. Sebenarnya menguji cara begini adalah anda sudah memasangnya dan jika ingin membuang Ubuntu; boleh uninstall melalui Add/Remove program.
(B) Menguji Ubuntu Melalui LiveCD/DVD atau LiveUSB
  1. Masukkan LiveCD Ubuntu ke CDROM, manakala Live USB cucuk pada port USB.
  2. Restart komputer anda, semasa start up system, tekan F2 atau F8 atau F9 atau Delete (bergantung kepada BIOS) untuk menu pilihan boot.
  3. Saya andaikan anda memilih CD/DVD ROM, setelah loading, pilih bahasa dan pilih menu "try ubuntu".
  4. Untuk mengakhiri Ubuntu ini, klik butang Shut Down dan keluarkan CD tersebut.

(C) Menguji Ubuntu melalui VirtualBox.
  1. Muat turun VirtualBox untuk Windows dan pasangkan aplikasi ini terlebih dahulu.
  2. Jalankan perisian VirtualBox ini dan Klik butang New.
  3. Sila baca arahan pemasangannya sehingga anda berjaya mencipta Virtual Hardisk.
  4. Setelah selesai klik butang Setting>Storage. Dalam IDE controller (klik icon CD), sila browse imej Ubuntu.ISO dan OK untuk pengesahan keluar.
  5. Klik butang klik butang Start untuk memulakan Ubuntu Live ini.
Meskinpun 3 penerangan di atas tidak terperinci, saya percaya anda boleh melakukannya sehingga berjaya. Namun harus diingat, menguji Ubuntu tidak seperti memasangnya, maksud saya anda hanya boleh menguasai kebebasan Operasi Sistem ini hanya sekadar 80% sahaja. Ini bermakna, jika anda mahu menampakkan "taring" Ubuntu, anda harus memasang Ubuntu secara kekal pada Hardisk...

P/S: Tiada orang terus pandai melainkan dengan langkah pertama

11 September 2010

VirtualBox: Multiple User Virtual Machine Hard Disk On Ubuntu

Tutorial dan Tips yang saya mahu berkongsi di sini ialah jika komputer anda mempunyai lebih daripada 1 pengguna (user). Di mana, pengguna kedua ingin mengunakan atau berkongsi Sistem Operasi yang ada pada Virtual Machine (VM) pengguna pertama. Hasil perkongsian ini bermakna pengguna kedua tidak perlu lagi memasang Sistem Operasi yang baru pada VirtualBox nya bagi mengelakkan pembaziran ruang cakera maya (Virtual Hard Disk).

Saya ingin memberi contoh apa yang telah saya lakukan. Saya deensokmo sebagai pengguna pertama dan ayu adalah pengguna kedua pada Ubuntu 10.04 di komputer saya. Sistem Operasi yang deensokmo mahu kongsikan kepada ayu ialah Windows XP di dalam VM. Secara lalai, Ayu belum lagi memiliki VM meskinpun mempunyai aplikasi VirtualBox, Jadi, Ubuntu ayu ternyata tidak dapat mengakses VM Hard Disk di dalam VM deensokmo. Ini kerana, deensokmo belum lagi membenarkan/mengizinkan VirualBox ayu untuk mengakses pengkalan VM Hard Disk tersebut.

(A) Membuat ketetapan keizinan VM deensokmo kepada VM pengguna ayu:
  1. Login Ubuntu melalui deensokmo. Masuk kepada System> Administration> User and Groups. Di dalam kekotak user setting tersebut; pilih deensokmo dan tekan butang Manage Group.
  2. Kemudian cari perkataan “vboxusers” dan klik properties. Berikan tanda kepada pengguna ayu, klik OK dan masukkan katalaluan. Tekan Kekunci Enter untuk pengesahan. Tutup kekotak user setting tersebut.
  3. Jejak secara manual File System> Home> deensokmo> .VirtualBox> HarDisk> WinXP.vdi. Nota: Tekan Ctrl+H untuk memunculkan .VirtualBox, manakala WinXP.vdi adalah nama virtual hardisk yang dicipta semasa memasang OS Windows sebelum ini.
  4. Klik kanan pada WinXP.vdi, pilih properties>permission. Tetapkan ayu di dalam Group dan benarkan Read and Write. Tandakan pada Execute. Kemudian tekan Closed untuk mengakhirinya.
  5. Logout deensokmo.

(B) Membuat ketetapan VM pengguna ayu:
  1. Login Ubuntu melalui pengguna ayu. Kemudian klik menu Applications> System Tools> Oracle VM VirtualBox.
  2. Sebaik sahaja Virtualbox dipaparkan, klik butang New> Next dan berikan nama OS Windows ini. Contohnya WinXP, Pastikan Operating System: Microsoft Windows dan Version: Windows XP.
  3. Klik Next lagi dan tentukan saiz memori. Klik Next dan pilih used existing hard disk. Sila jejak Hard disk dengan mengklik ikon Browse seperti langkah (A) 3 di atas.
  4. Klik butang Finish setelah selesai. Hidupkan OS WinXP ini dengan butang start seperti macam biasa.
P/s: Lakukan arahan Menghubungkan Shared Folder untuk mencapai kepada Partisi lain. Terima kasih kerana membaca Tips ini meskipun Ubuntu anda hanya mempunyai 1 pengguna sahaja. Sekian.

05 September 2010

Kenali Aplikasi PICASA - Google

Picasa 3 (Beta for linux)Mungkin agak terlewat saya mengetengahkan Aplikasi Photo Picasa 3 ini. Picasa adalah salah satu produk yang dikeluarkan oleh Google yang mana fungsi utamanya ialah berkaitan pengurusan Photo/Gambar/Imej. Antara fungsi lain Picasa ialah menyunting, kemaskini, muat naik gambar dan banyak lagi.


Tidak dapat disangkal lagi, paparan pada keseluruhan gambar dalam direktori amat membanggakan, sangat laju dan ringan apabila mengakses kepada direktori yang berasingan.

Bagi saya, amat mudah menggunakan Picasa berbanding aplikasi lain dalam Ubuntu seperti ShotWell. F-Spot Photo Manager, GIMP kerana ianya agak mesra pengguna kepada pengguna separuh mahir dalam menyunting koleksi gambar.



Pasang Dan Guna Picasa 3 Pada Ubuntu

2. Dwi klik pakej DEB tersebut.
3. Jalan perisian Picasa ini Applications>Graphic>Picasa

Disebabkan versi Picasa 3 (pada linux) ini adalah beta, maka anda harus terima beberapa BUG wujud dan sesetengah fungsi tidak boleh digunakan pada Ubuntu. Namun, ianya cukup membantu dalam kerja-kerja saya untuk menyunting dan mengemaskini gambar-gambar pada komputer saya.

Saya sedikit kecewa (dah namanya versi beta) sebaik sahaja memasang Picasa ini kerana fungsi default Photo Viewer tidak dapat diaktifkan. Jika anda memasang Picasa pada OS Windows, Picasa akan terus menanyakan Photo Viewer ini untuk ditetapkan secara lalai (default).

Walau bagaimanapun, Picasa Photo Viewer ini dapat dipasang secara berasingan sebaik sahaja memasang Picasa 3.

Lihat gambar di bawah, saya telah mengantikan Image Viewer pada Ubuntu dengan Picasa Photo Viewer sebagai lalai sewaktu mengetik fail gambar dalam komputer.

Pasang PicasaPhotoViewer Pada Ubuntu

2. Dwi klik PicasaPhotoViewer.deb ini untuk pemasangan.

Membuat sedikit konfigurasi default Photo Viewer

>Pergi ke mana-mana direkori yang ada fail gambar dalam Nautilus.
>Klik kanan, kemudian pilih Open With dan pilih other application.
>Seterusnya klik "use a custom command" dan jejak (browse) ke aplikasi PicasaPhotoViewer.

Setelah selesai langkah di atas, cuba dwi klik mana-mana gambar. Saya rasa paparan grafiknya lebih memukau berbanding default ImageViewer ubuntu yang sedia ada.

Sekian.

02 September 2010

Mengakses Internet Secara Offline (Tanpa talian)

Mengakses internet semasa offline? Biar betul, sebenarnya memang tidak boleh. Namun dengan bantuan aplikasi tertentu kita boleh mengakses semula laman sesawang yang pernah kita lawati. Sebenarnya terdapat banyak cara untuk merealisasikan "working offline" ini. Di sini saya ingin menunjukkan kelebihan add ons ScrapBook Plus yang boleh menyimpan semua kandungan laman sesawang yang telah kita lawati.

Pasang ScrapBook Plus pada Firefox:

Pada menu Firefox, klik Tools>Add Ons>Get Add Ons; taipkan ScrapBook Plus dalam kotak carian. Kemudian sila pasang dan ikut arahan pemasangan. Setelah restart firefox, anda akan nampak satu menu baru iaitu ScrapBook Plus.

Lihat screenshot di bawah, saya huraikan secara ringkas.


Gambar 1 (klik pada gambar untuk besarkan imej)

Huraian Gambar 1
1 - Menu yang muncul setelah pemasangan Srapbook Plus
2 - Kandungan fail URL di dalam komputer yang saya akses secara talian tertutup.
3 - Antara beberapa tajuk yang sempat saya simpan semasa Online dan disimpan untuk rujukan akan datang.
4 - Setiap kali klik pada tajuk artikel/post, blog tersebut akan muncul dengan paparan penuh beserta gambar dan flash.


Gambar 2
Gambar 2:
Salah satu cara untuk menyimpan Website yang dilawati. Klik kanan pada mana-mana ruang kosong pada permukaan website dan "Capture Page" ke direktori pilihan anda.


Gambar 3

Gambar 3:
Untuk memaparkan "Sidebar" pergi ke menu Firefox ScrapBook Plus>Show In Sidebar. Terdapat butang "Tools" untuk anda menguruskan laman-laman sesawang yang pernah disimpan.

Anda boleh selongkar sendiri menu dan fungsi-fungsi lain yang disediakan, antara yang menarik minat saya ialah:
  1. Scrapbook Plus ini boleh memuat turun hampir keseluruhan post Blog Deensokmo (blog-blog lain pun boleh juga) dengan menggunakan fungsi Capture Multiples URLs.
  2. Semua data-data Website yang dimuat turun boleh dipindahkan ke komputer lain.
  3. Scrapbook Plus juga dapat menjimatkan masa dan wang ringgit.
  4. Paling penting, dapat akses macam ada internet di mana-mana jua.
Sekiranya anda ingin berkongsi fungsi-fungsi lain ScrapBook Plus atau anda pernah menggunakan aplikasi selain ScrapBook Plus ini; luahkan di sini untuk paparan pengujung yang lain, jangan malu-malu tinggalkan ulasan atau komen anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...