27 April 2010

Menambah Dan Memasang Gnomenu Pada Ubuntu

Secara lalai, menu pemula Ubuntu untuk Gnome terdapat pada penjuru kiri bahagian atas dengan susunan Applications..Places..System.. dan diikuti Fire Fox Web Browser serta Help ikon. Pada Ubuntu, kita boleh memasang menu pemula (Start) dengan tema dan bentuk yang berlainan dan rupanya seakan-akan KDE, Vista mahupun Win XP serta banyak lagi. Menu ini anda boleh letak mengikut kesukaan kebebasan anda pada ruang "panel" samada di atas mahupun di bawah. Gambar 1 di bawah menunjukkan contoh Gnomenu yang telah saya pasang.
Gambar 1
Memasang Gnomenu
Mula-mula anda mestilah muat turun Gnomenu DISINI. Kalau boleh pilih versi yang terbaru dan pindahkan fail .tar.gz tersebut ke Home anda.
Contohnya: gnomenu-2.5.tar.gz
Seterusnya, klik kanan pada fail tersebut dan klik Extract Here. Anda akan nampak muncul satu folder gnomenu.
Seperti biasa; buka aplikasi terminal: Applications>Accessories>Terminal. Masukkan perintah berikut:

Arahan masuk ke folder gnomenu

cd gnome

Kemudian, pasang Gnomenu

sudo make install

Berikan katalaluan anda dan tekan kekunci enter (katalaluan tidak akan ditunjukkan). Pemasangan akan berjalan beberapa saat, setelah selesai tutup tetingkap Terminal tadi.
Katakan anda ingin letak ikon Gnomenu ini pada hujung kiri panel bawah. Sila alihkan (move) terlebih dahulu ikon Show the desktop dan Windows List sedikit ke kanan satu persatu dengan cara klik kanan padanya. Jarak yang perlu dikosongkan sekadar muat untuk ruang ikon Gnomenu pada hujung panel bawah paling kiri.

Jika ikon Show the Desktop dan Windows List tidak dapat dialihkan, sila "unmark" Lock to Panel.
Klik kanan pada ruang kosong pada panel (seperti anda lakukan di atas) dan pilih Add to Panel seperti gambar 2 di bawah.
Gambar 2
Gambar 3

Kini, muncul menu pemula Gnomenu hujung kiri panel bawah seperti gambar 4.


Gambar 4
Kilik kanan pada ikon "Menu" yang baru ini dan pilih Preferences (gambar 5) untuk membuat penukaran wajah "menu Selections" mengikut kesukaan anda.

Gambar 5

Gambar 6

Huraian Gambar 6
1 - Pilih jenis menu kesukaan anda. 2 - Pilih jenis butang pemula kesukaan anda. 3 - Pilih jenis ikon. 4 - Klik OK setelah setuju dengan tetapan yang dibuat.


Gambar 7


Gambar 8
Gambar 7 dan gambar 8, tekan YES dan Reload untuk pengesahan.
Jika anda tidak suka menu Gnome ini, klik kanan pada menu ikon pemula Gnomenu dan pilih Remove from panel.
Sekian untuk tutorial memasang Gnomenu...

22 April 2010

Memasang Fire Fox 3.6 Pada Ubuntu


Fire Fox ialah salah satu internet browser yang paling popular yang didatangkan dengan pakej OS mana-mana Linux. Terbaru, versi 3.6 ini banyak menyokong untuk Web Developer selain menawarkan kepantasan berbanding versi terdahulu. Fire fox ini dibangunkan menggunakan Mozilla Gecko 1.9.2 Web rendering platform.


Baiklah berikut ialah cara-cara memasang fire fox 3.6 ini:

Pasang Fire Fox 3.6 pada Ubuntu 9.10 dan 10.04 (Karmic/Lucid)

1. Buka Terminal, masukkan perintah di bawah ini.


sudo add-apt-repository ppa:mozillateam/firefox-stable

2. Kemaskini Source List

sudo apt-get update

3. Pasang Fire Fox 3.6

sudo apt-get install firefox-3.6


Pasang Fire Fox 3.6 pada Ubuntu versi 9.04 ke bawah

1. Ubahsuai file /etc/apt/sources.list

sudo gedit /etc/apt/sources.list

2. Masukkan baris-baris di bawah:

Ubuntu 9.04 (Jaunty Jackalope)

deb http://ppa.launchpad.net/mozillateam/firefox-stable/ubuntu jaunty main
deb-src http://ppa.launchpad.net/mozillateam/firefox-stable/ubuntu jaunty main

3. Simpan dan keluar

4. Kemaskini source list

sudo apt-get update

5. Pasang Fire Fox 3.6

sudo apt-get install firefox-3.6

6. Jika sudah ada Fire Fox 3.5 dan ingin menaiktaraf kepada versi 3.6 , masukkan arahan berikut

sudo apt-get upgrade

7. Bila pemasangan telah siap, buka Application> Internet macam biasa untuk menjalankannya.

11 April 2010

Memafaatkan Kelebihan Nautilus

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda macamana saya memafaatkan pengurus aplikasi nautilus 2.2.81 pada Ubuntu 9.10.

Pengenalan
Sebelum itu, saya ingin memperkenalkan Apa itu Nautilus? Dalam Windows dipanggil Windows Explorer, manakala dalam Ubuntu di namakan Nautilus. Nautilus merupakan Aplikasi antaramuka pengurus fail (file manager), data, gambar dan lain-lain dalam sistem operasi Ubuntu pada komputer. Maka dengan ini, semua maklumat atau data mudah dicapai bagi tujuan menambah fail baru, membuang data sedia ada, mengubahsuai data/fail, menyalin, melihat maklumat data (properties) dan sebagainya sepertimana yang ada pada Windows-windows explorer. Anda boleh mengetahuinya lanjut dengan memuatturun Panduan Asas Ubuntu 9.10. daripada website Jom Linux.

Perhatikan Gambar 1 di bawah (klik untuk besarkan). Terdapat nombor-nombor yang ditanda dan penerangan ringkas disertakan.

Gambar 1

1 - Arahan Nautilus; menu-menu yang disediakan membolehkan anda mengurus semua data yang terdapat pada Nautlilus.

2 - Toolbar Icon; pintasan ringkas yang berbentuk ikon membenarkan anda maju, mundur, berpatah kepada kedudukan asal, refresh, mencari data dan sebagainya dengan mudah.

3 - Lokasi; mengesan kedudukan fail yang anda capai sekarang. Anda boleh klik pada ikon sebelah kirinya untuk mengubah nama paparan lokasi dalam bentuk teks atau ikon.

4 - Ruangan ini boleh jadi tempat folder utama, melihat info data, mengembangkannya dalam bentuk tree dsb seperti gambar 2 dibawah:

Gambar 2

5 - Tab; membenarkan anda membuka lebih daripada satu folder dalam satu-satu masa yang mana anda tidak perlu membuka jendela Nautilus yang lain. Secara lalai (default), sebaik sahaja Nautilus dibuka; tiada Tab yang muncul. Untuk mewujudkannya, hanya tekan papan kekunci Ctrl+T atau pergi ke menu nautilus File>New Tab. Anda boleh mencapai Tab 1, Tab 2 dan seterusnya dengan menekan papan kekunci Ctrl+Page Up atau Ctrl Page Down. Saya suka mengunakan fungsi Tab sebab ianya seakan Firefox dan Google Chrome Web browser.Satu lagi, klik pada mana-mana folder, lepas itu klik tengah tetikus akan muncul isi folder tersebut dalam Tab yang baru .

6 - Membenarkan anda melihat dalam 3 cara folder/data iaitu ikon view, compact view dan details view. Manakala disebelah kirinya terdapat fungsi zoom yang boleh diselaraskan.

7 - Memaparkan terdapatnya partisi lain dalam hardisk, memaparkan Thumbdrive sebaik sahaja dicucuk dan lain-lain storan (storage) jika ada yang bersambung dengan komputer. Butang "eject" disebelahnya membenarkan anda menanggalkan Storan luaran dengan selamat.


8 dan 9 - Menunjukkan saya Drag and Drop Folder kegemaran saya ke ruangan tepi untuk diletakan sebagai Bookmark. Memudahkan saya mencapainya tanpa perlu masuk ke Sub-Sub-sub-Sub folder yang sebelumnya.

Memafaatkan Fungsi Bookmark dalam Nautilus.
Saya mempunyai cara tersendiri sewaktu memasang Ubuntu. Saya tidak suka kaedah 'Used Entire Hardisk' yang mana kaedah pemasangan Ubuntu pada hardisk akan digunakan 100% oleh Root. Oleh kerana Hardisk saya bersaiz besar (300Gb mungkin tidak besar bagi anda), saya cuma memperuntukkan 50Gb sahaja untuk Ubuntu dan selebihnya 250GB saya format kepada NTFS dan dilabelkan sebagai Data (seperti gambar 1: nombor 7). Tujuannya saya jadikan partisi "Data" ini adalah sebagai tempat backup dan sumbat semua maklumat/data/fail dsb.


Dalam Places>Home(deensokmo) terdapat nama folder Documents, Videos, Picture, Music dan sebagainya yang telah ditetapkan secara lalai. Namun saya tidak akan menggunakan folder-folder ini sebab ianya terletak dalam root sistem ubuntu, sengaja biarkan kosong. Apa yang saya buat ialah, saya akan menciptakan semula folder-folder tersebut dalam Data (250GB) dengan nama folder yang sama iaitu Documents, Videos, Music, Pictures dsb. Perlu diingat, cara saya ini akan menyebabkan fail yang dipadamkan (delete) tidak dapat masuk ke Tong Sampah (Trash). Namun saya memandangnya secara positif dari sudut lain.

Jika partisi Data ini di formatkan kepada EXT4, setiap data yang dipadamkan akan disumbatkan ke dalam Trash terlebih dahulu. Partisi NTFS yang saya punya ini akan saya formatkan kepada EXT4 suatu hari nanti. Dengar cerita, EXT4 lebih menjimatkan penggunaan memori.. cuma Ext4 mengambil ruang yg lebih sedikit untuk Journal


Berikut ialah tutorial bagaimana saya membuat pautan automatik folder-folder (Documents, Pictures, Videos dll) yang ada pada Data (partisi NTFS). Ini bertujuan, contohnya apabila saya klik pada menu Places>Music, Nautilus akan terus ke lokasi /media/Data/Music dan bukannya /Home/deensokmo/Music.
  1. Buka Nautilus, klik menu Bookmark>Edit Bookmarks seperti gambar di bawah:
  2. Muncul kekotak seperti di bawah. Pada ruangan kiri iaitu Bookmarks; selepas klik Videos, saya tukarkan Location daripada /home/deensokmo/Videos kepada /media/Data/Videos. Langkah ini sama untuk nama folder yang lain-lain.
  3. Setelah semuanya dihubungkan kepada /media/Data, tekan butang close.
  4. Untuk menjalankan konfigurasi Nautilus yang baru siap ini, saya tutup semua aplikasi paparan Nautilus. Kemudian, klik menu Places>Videos, Nautilus akan terus ke lokasi Folder Vidoes dalam Data (/media/Data/Videos).
Terdapat cara lain untuk membuat tetapan bookmark ini seperti menggunakan Ubuntu Tweak>Default Folder Locations. Entah di mana silap buat-buat tidak jadi, maka saya buatlah cara sebegini. Jika anda ada partisi (partition) yang berformat NTFS, anda perlu memasang NTSF Config Tools terlebih dahulu.

Maklumat lanjut berkenaan fungsi-fungsi lain Nautilus klik DISNI

09 April 2010

Nyamannya Perbankan Internet Melalui Ubuntu

Saya tidak tahu bagaimana mahu membuat tajuk artikel ini. Ahh nyamannya!! Hari ini, perbankan melalui internet sudah kemestian, jimat masa dan kos. Tahukah anda, pengguna "jendela" amat terdedah dengan Virus Clampi Trojan dan SilentBanker yang mana beribu-ribu komputer telah dijangkiti oleh Clampi Trojan. Penjahat maya ini mencuri 1 sen sahaja daripada anda!! (pengguna jendela). Adakah anda kisah? Mungkin tidak bagi anda, mereka telah mencuri 1 sen x 10 juta online banking setiap hari.. Ohh sangat kaya tuh.. titik.


Sedikit info Clampi Trojan DI SINI. Manakala SilentBanker klik SINI. Saya tidak arif mengenai 2 jenis virus ini bagaimana ia mencuri maklumat username dan password setelah anda logout. Mungkin virus ini bersembunyi dalam cookies. Iya! padamkan semua serpihan dalam cookies, betulkah ini selamat? Saya tinggalkan persoalan ini memandangkan saya pun tidak tahu menjawabnya melainkan anda memasang perisian "kebal" yang berbayar. Dalam jendela mungkin boleh juga Run kan "CCleaner".. untuk menghapus jejak dalam cookies. Kawan! Tahukah anda hardisk yang baru lepas format pun boleh dapatkan semula data melalui "Recovery Application"? Inikan pula Application tambahan..Ahh pening-pening aku..

Saya tidak kisah selagi anda kata "Eh okey jer aku pakai Jendela, dah berpuluh-puluh kali aku login dan logout, tak der apa-apa pun?" Saya tidak kata Jendela tidak selamat apabila perbankan internet, cuma nasihat saya berhati-hati. Saya juga bertanya pada diri sendiri, "selamatkah saya pakai ubuntu ni semasa perbankan internet?. Jawapannya adalah SELAMAT. Inilah dikatakan NYAMAN!! ada bukti? Saya tidak reti untuk membuktikan kenyataan ini yang sememangnya sudah terbukti sebab saya membaca di internet sahaja. Okay lah, artikel ini nampaknya sudah merapu-rapu..

Apa yang saya buat: Apabila saya mahu guna Maybank2u dan CIMBclicks saya akan guna fire fox web browser dalam Ubuntu, selepas selesai, saya hanya Klik pada menu History>Show All History>Today dan delete page perbankan Online. itu sahaja. Jangan cari Cookies dalam Ubuntu, memang takkan jumpa. Namun ianya di simpan di sini:

/home/NamaAnda/.mozilla/firefox/NamaProfil/Cache.

Hah, delete jer kalau ada pelik-pelik di sini.

Tak jumpa .mozilla?? Pergi ke menu Places, nama Home anda dan tekan kekunci Ctrl+H. lepas tu jangan lupa tekan Ctrl+H sekali lagi untuk menyembunyikannya semula.

Dalam pautan SilentBanker di atas, dia menyarankan pakai Ubuntu Live CD, sudah semestinya SELAMAT sebab sudah bypass cakera keras...

Artikel ini bukan bertujuan menunding jari kepada sesiapa, cuma nak bagitau NYAMANYA perbankan internet melalui Ubuntu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...