Ramai dikalangan kita hari ini telah menggunakan Distro Ubuntu sebagai OS ke dua selepas Windows. Mengapa saya tidak melonjakkan nama Distro linux yang lain seperti Fedora, Open suse dan sebagainya? Ini kerana Ubuntu hari ini telah bertapak kukuh dalam arena perasa linux. Anda boleh lihat kedudukan pencapaian Ubuntu OS di DistroWatch. Maka dengan ini, sudah tentu terdapat banyak sokongan oleh majoriti komuniti seluruh dunia. Jadi, pendapat saya eloklah kita bermula dengan jalan mudah ini sebelum berpindah ke Distro Linux yang lain.
Setiap sesuatu akan ada permulaannya, begitu juga dengan Ubuntu ini. Sila KLIK SINI untuk melihat Timeline bagaimana linux berkembang mengikut peredaran masa. Gambar pautan yang anda klik sebentar tadi jelas menunjukkan Ubuntu berasal daripada cabang Debian. Di mana tujuan asalnya adalah mengeluarkan versi baru Ubuntu enam bulan sekali, maka terhasilnya sistem yang sentiasa dikemaskini. Keluaran pertama Ubuntu adalah pada 20 Oktober 2004.
Nama Ubuntu diambil sempena ideologi etika Afrika Selatan yang bermaksud "Kemanusiaan Untuk Semua". Ubuntu dikeluarkan sebulan selepas keluaran GNOME. Berbanding dengan cabang-cabang Debian lain yang banyak menggunakan tambahan hak milik dan sumber tertutup, Ubuntu mengutamakan perisian bebas, dan hanya membuka sedikit ruang untuk pemacu perkakas hak milik.
Pakej-pakej Ubuntu berasaskan pakej-pakej dari cabang Debian yang tidak stabil. Kedua-dua edaran tersebut menggunakan format pakej deb dan alat pengurusan pakej (APT and Synaptic) dari Debian. Namun begitu, pakej-pakej Debian dan Ubuntu tidak semestinya saling serasi, apalagi kadang-kadang pakej .deb perlu dibina semula dari sumbernya untuk digunakan dalam Ubuntu. Ramai pembangun Ubuntu turut bertugas sebagai penyelenggara pakej-pakej utama dalam Debian. Ubuntu bekerjasama dengan Debian dengan berkongsi perubahannya dengan Debian, tetapi ada desas-desus bahawa ini tidak selalunya dilakukan. Sebelum ini, Ian Murdock, pengasas Debian, meluahkan kebimbangan bahawa pakej-pakej Ubuntu mungkin jauh menyimpang dari Debian Sarge semata-mata demi keserasian. Sebelum dikeluarkan, pakej-pakejnya diimport dari Debian Unstable tanpa henti lalu digabungkan dengan pengubahsuaian khusus Ubuntu. Sebulan sebelum dikeluarkan, importnya dibekukan, kemudian diusahakan oleh pempakej untuk memastikan ciri-ciri beku tersebut serasi apabila dijalankan serentak.
Ubuntu kini dibiayai oleh Canonical Ltd. Pada 8 Julai 2005, Mark Shuttleworth dan Canonical Ltd mengumumkan penubuhan Yayasan Ubuntu dan menyalurkan dana pendahuluan sebanyak AS$10 juta. Tujuan yayasan tersebut adalah memastikan sokongan dan pembangunan untuk semua versi Ubuntu akan datang. Mark Shuttleworth menyifatkan yayasan ini sebagai "tabung kecemasan" (seandainya berakhirnya penglibatan Canonical).
Di sini saya berikan pautan secara ringkas yang mungkin anda boleh baca berkenaan famili Ubuntu http://www.debianadmin.com/list-of-ubuntu-based-linux-distributions-and-live-cds.html.
Satu lagi perkara lagi, bagaimana anda menyebut " UBUNTU"..?
"Oo-Boon-Too" atau "You-Bon-Tou" atau "U-Bun-Tu"..apa kata kalau anda cari sendiri dalam youtube cara sebutan yang betul dalam bahasa Afrika..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan