27 Disember 2009

Menukar Installer CD/DVD kepada ISO

Mungkin ada di antara kita yang pernah beli CD installer software-software tertentu (tak kiralah tulen ke palsu) contohya Photoshop, Windows dan lain-lain. Adalah bagus untuk simpan CD tersebut dan buat satu salinannya semula.

Tetapi anda mempunyai cara tersendiri untuk menyimpannya dalam bentuk softcopy ke dalam hard disk, maklumlah hard disk sekarang ini saiznya semuanya besar-besar, boleh simpan macam-macam.

Apa yang saya hendak berkongsi di sini ialah, bagaimana saya menukar installer (Windows 7 Starter dalam DVD) menjadi ISO untuk di pasang ke dalam Ubuntu melalui Virtual Box. Saya lakukan ini sebab saya tiada External DVD rom, sebab Netbook Dell mini 10 memang tiada DVD rom. Installer OS Windows ini saya dapat semasa membeli komputer mini tersebut.

Saya tidak mahu cerita aplikasi yang boleh di pasang pada windows untuk convert OS ini, sebab memang windows ada banyak pilihan converter. Cuma saya mahu tunjukkan cara ini melalui 2 kaedah mengunakan Terminal (command line) dan Brasero dalam Ubuntu.

Tukar ke ISO menggunakan Terminal

Oleh kerana saya ada sebuah lagi komputer yang ada DVD Rom yang sudah di pasang Ubuntu, saya pun masukan OS installer Windows 7 dan buka terminal (Applications>Accessory>Terminal), kemudian saya taip code berikut:

cat /dev/sr0 > /home/deensokmo/Win7Starter.iso

Di mana /dev/sr0 adalah nama peranti/cakera pada komputer. Untuk mengenalinya klik System>System Monitor>kemudian pilih TAB file system, anda akan nampak di sana.

"Win7Starter" saya reka untuk nama baru OS Windows.

Selepas taip code di atas, tunggu sehingga selesai.

Contoh yang saya buat di atas, bermaksud kerja-kerja convert akan diletakkan kedalam folder home saya dengan nama baru yang telah diberi.

Kemudian hasil imej ISO ini dapatlah saya pasang ke dalam Ubuntu melalui Virtual box dalam Netbook saya.

Tukar ke ISO menggunakan Brasero Disc Burner

Masukan CD/DVD installer ke CD Rom komputer anda. kemudian buka Brasero:
Applications>Sound & Video>Brasero Disc burner

Gambar 1
Klik Disc copy seperti dalam gambar 1

Gambar 2

Contoh CD yang saya buat ialah Operating System Linux wattOS-RC1; Gambar 2:
1. Installer CD yang dikesan oleh Brasero
2. Pilih "Image File"
3. Klik properties untuk membuat beberapa tetapan, akan muncul seperti Gambar 3.

Gambar 3

1. Berikan nama data yang hendak di tukar ISO tersebut.
2. Disc Image Type: pilih ISO
3. Cari lokasi folder untuk simpan ISO yang bakal dibuat.
4. Tekan "Close" selepas anda berpuas hati dengan ketetapan ini.
5. Tekan butang "Copy" spt Gambar 2 untuk memulakannya.

Gambar 4

Proses Copy CD installer kepada ISO sedang dilakukan. Setelah selesai, browse imej ISO di dalam folder yang anda telah simpan.

Imej ISO ini bolehlah berkongsi dengan rakan melalui USB pendrive...

Sekian..

25 Disember 2009

Clean Up Ubuntu Grub Boot Menu After Upgrades

Clean Up Ubuntu 9.04 Grub Boot Menu After Upgrades

Masa aku pasang Ubuntu dual boot dengan Windows, pada mulanya Grub Boot Menu ada 2 perenggan sahaja. Tapi bila sudah banyak kali Upgrade Ubuntu, Menu Recovery mula bertambah dari 2 menjadi banyak sehingga sampai 5 recovery. Recovery ini penting sekiranya kita sudah menganggu file system dan berlaku kacau bilau, maka kita boleh masuk ke Recovery yang sebelum ini sebaik sahaja start up system.

Tapi jika banyak sangat, ianya akan mengganggu mata kita sehingga Windows terletak jauh ke bawah. Baiklah saya akan tunjukkan bagaimana untuk membuang recovery yang bersepah tersebut. Tapi, aku cadangkan tinggalkan 1 atau 2 yang terakhir recovery.

Lihat gambar dibawah, muncul recovery mode yang tidak sedap dipandang.


Cara Pertama:
Untuk membersihkannya, tidak susah. Tekan kekunci Alt+F2 dan masukkan kod berikut

gksu gedit /boot/grub/menu.lst

seperti gambar di bawah. Kemudian masukkan kata laluan anda selepas diminta.


Muncul teks berikut, dan cari bahagian ## End Default Option ##. Buang paling bawah (lihat gambar) hingga ke 2 paling atas. Jika ada Windows, Windows punya jangan buang, buang teks kernel bermula di atas Windows. Tolong perhatikan betul-betul, jangan salah buat. Kalau rasa takut tersalah, cut dan paste teks tersebut ke dokumen lain (buka baru open office word) dan ingat kedudukan asal teks itu.


Selepas itu, Save dan Close. Sudah siap...

Kalau mahu tengok hasilnya, sila restart komputer anda dan sepatutnya seperti gambar di atas.

Cara Kedua:
Clean Up Ubuntu 9.10 Grub Boot Menu After Upgrades

Mula-mula periksa kernel yang anda pakai sekarang ini, taip kod berikut di terminal:

uname -r

katakan kernel sekarang ialah "2.6.31-14-generic", maka kernel yang boleh dibuang ialah 2.6.31-13 dan sebelumnya sahaja. Ikuti langkah di bawah:

System>Administration>Synaptic package Manager

Taipkan linux image dalam kotak quick search, sila uncheck linux image sebelum versi yang anda pakai sekarang. Kemudian Apply.


Cara Ketiga:
Menggunakan Ubuntu Tweak. Cara ini adalah paling senang dan selamat.

Gambar Ubuntu Tweak (klik untuk besar imel)


Huraian Gambar Ubuntu Tweak:

Mula-mula anda harus memasang Ubuntu Tweak seperti yang ada dalam tutorial saya.
  1. Klik pada "Package Cleaner"
  2. Klik "Unlock". Masukkan katalauan anda.
  3. Klik pada butang "Clean kernels"
  4. Semua kernels akan dipaparkan di sini, tandakan kernel yang ingin dibuang atau boleh juga tandakan pada "Select all". Jangan bimbang, "Select all" tidak akan membuang kernel yang sedang digunakan sekarang ini.
  5. Klik pada butang "Cleanup", masukkan katalaluan sekali lagi. Tunggu sehingga selesai proses pembuangan kernel. Hasilnya, kernel akan dibuang berdasarkan pemilihan yang dilakukan.
  6. Tekan "Quit" untuk keluar.
Anda sudah berjaya membuang kernel yang tidak dipakai dan restart komputer anda. Lihatlah hasilnya..

Soal Jawab Ubuntu

Soalan 1
Sekiranya saya ingin memuatkan Ubuntu ke dalam notebook saya, adakah ianya disokong oleh aplikasi Windows Multiboot sedia ada yang mana masih membolehkan saya memilih Operating System (OS) yang ingin digunakan?

Jawapan 1
Boleh sahaja. Pasang Ubuntu. Ketika pemasangan pilih "Install them side by side" dan berikan Ubuntu partition dalam 10GB atau lebih. Ini dikira serupa multiboot juga.

Soalan 2
Sekiranya saya memuatkan Ubuntu, perlukah saya memuatkan "driver" seperti menggunakan Windows, contohnya display driver? Jika perlu bagaimana saya mahu mendapatkannya sebab kebanyakan jenama komputer tidak menyokong ubuntu?

Jawapan 2
Soalan ini sering ditanya pengguna Windows apabila bertukar kepada linux ataupun Mac. Sebenarnya banyak pemacu/driver perkakasan telah pun dimasukkan ke dalam Ubuntu. Saudara mungkin terkejut kerana banyak perkakasan boleh digunakan terus apabila memasang Ubuntu seperti pencetak, bluetooth, telefon bimbit dan lain-lain. Jika ada Ubuntu tidak menyokong perkakasan itu, akan keluar "pop pup" ketika menggunakan Ubuntu. Hanya sambung ke internet dan tekan "Active". Ubuntu akan muat turun dan memasangnya secara automatik.

Soalan 3
Adakah Ubuntu menyokong semua jenis antivirus atau hanya beberapa jenis / jenama sahaja, dan adakah Ubuntu juga mempunyai masalah yang sama seperti Windows 7 yang hanya menyokkong antivirus 2010 sahaja?

Jawapan 3
Ubuntu tidak menyokong semua jenis antivirus sebab Ubuntu bebasvirus, jadi tidak perlu antivirus selepas memasangnya.

Soalan 4
Bagaimana pula dengan perisian, contohnya CCleaner atau Game Booster, adakah masih boleh digunakan walaupun dinyatakan ianya untuk OS Windows?

Jawapan 4
CCLeaner bertindak untuk mencuci Registry dan lain-lain seperti History Internet Explorer. Ubuntu tidak memerlukan fungsi tersebut sebab ia tidak menggunakan Registry jadi jika anda gunakannya dalam waktu yang panjang ia tidak akan menjadi lambat seperti Windows.

Soalan 5
Bagaimana pula dengan pengaktifan OS Ubuntu ini, adakah merumitkan seperti Windows yang memerlukan kita menelefon mereka semata-mata untuk mengaktifkan OS yang "telah kita beli tapi tidak dimiliki sepenuhnya"?

Jawapan 5
Ubuntu tidak perlu diaktifkan. Ubuntu bebas untuk digunakan seberapa banyak komputer, anda berhak menyalin CD/DVD seberapa banyak untuk berkongsi pada rakan selagi mana ia bukan untuk tujuan perniagaan. Ia juga tidak perlukan anda membayar lesen. Semuanya percuma!

Soalan 6
Apakah Ubuntu Linux? Adakah ianya merupakan Oparating System atau pun Open Source? atau lain-lain?

Jawapan 6
Ubuntu adalah sistem operasi yang berkongsepkan sumber terbuka (open Source) yang bermaksud anda bebas untuk melihat kod-kod programnya dan bebas untuk menggunakan seberapa banyak PC yang and amahu.

Soalan 7
Apakah kegunaan bagi Ubuntu?

Jawapan 7
Kegunaan Ubuntu adalah sama seperti Windows. Anggaplah Windows dan Ubuntu seperti kereta yang berlainan jenama. Tugasnya sama tapi reka bentuk berbeza.

Soalan 8
Di manakah saya boleh mendapatkan sumber rujukan bagi Ubuntu Linux?

Jawapan 8
Cara mudah mendapatkan rujukan adalah dari carian di internet atau anda boleh melayari laman web www.jomlinux.com , http://wiki.ubuntu.com , https://help.ubuntu.com dan forum ubuntu di www.ubuntu.com.my . Terdapat juga di www.melayubuntu.blogspot.com .

Soalan 9
Adakah Ubuntu memerlukan antivirus seperti mana Windows lain?

Jawapan 9
Ubuntu tidak memerlukan antivirus.

Soalan 10
Apakah kelebihan Ubuntu?

Jawapan 10
Ubuntu lebih laju, stabil, selamat dan bebas virus. Lagi menarik anda boleh memasangnya ke seberapa banyak komputer yang anda mahu.

Soalan 11
Adakah betul linux hanya untuk orang yang pakar dalam bidang pengaturcaraan (programming)?

Jawapan 11
Itu anggapan yang kurang tepat. Orang tidak pakar pengaturcaraan atau pengguna biasa pun sesuai menggunakannya. Ubuntu sendiri ada lebih 8 juta pengguna. Tidak semuanya pakar pengaturcaraan.

Semua soalan dan jawapan di atas dipetik daripada Majalah PC keluaran December 2009. Anda boleh membeli majalah tersebut di pasaran kerana majalah ini akan memuatkan beberapa perkembangan dunia Ubuntu pada keluaran seterusnya. Terima kasih juga kepada warga kerja Majalah PC dan www.jomlinux.com.

20 Disember 2009

Perkara Yg Perlu Dibuat Selepas Pemasangan Ubuntu

Pilih Server Terbaik


  1. Klik ke System>Administration>Software Source
  2. Dalam Tab "Ubuntu Software", terdapat download from. Klik butang ditepinya, dan pilih "Others" dan Select Best Server. Tunggu sehingga selesai proses PING.
  3. Setelah itu, Chose Server yang terpapar dan tutup. Akan keluar mesej Reload, ikut sahaja arahan tersebut sehingga selesai download dan pemasangannya.
  4. Sebaik sahaja tutup, akan muncul upgrade yang mana terdapat banyak REPO, nak senang ikut sahaja arahan tersebut. Kalau internet rumah aku mengambil masa 1 jam 30 minit untuk arahan ke 4 ini.
Memasang Ubuntu Restricted Extras

Bertujuan untuk mendengar muzik, menonton video dalam dvd yang tidak berdaftar dengan lesen sumber terbuka


  1. Klik System>Administration>Synaptic Package Manager
  2. Kemudian taipkan Restricted dalam kotak carian. Pilih ubuntu-restricted-extras.
  3. Selepas itu, Mark for installation dan Apply.
  4. Jika tiada dalam kotak carian tersebut, anda boleh memasangnya terus dengan klik Ubuntu-restricted-extras
  5. Dan terakhir, taipkan flashplugin dalam kotak carian dan pasang flashplugin-nonfree (macam gambar di bawah). Ini macam adobe flash player jugaklah.. nanti nak tengok youtube tak der masalah.

Anda juga boleh memasang lain aplikasi yang memudahkan untuk anda menggunakan komputer. Kalau aku, pasang Google Chrome for linux supaya jika berlaku masalah firefox jem, kita masih ada web browser yang kedua. Chrome pun best, ringan jer..

Boleh cuba juga aplikasi lain seperti yang terdapat dalam ubuntu software center.

09 Disember 2009

Perlukah Upgrade Ubuntu anda?

Semua orang suka kepada yang baru, version lama sudah ketinggalan. Benarkah situasi ini? Jawapannya adalah YA! Kebanyakan peranti baru memerlukan ruang yang lebih besar, speed yang lebih laju, grafik yang lebih menyerlah dan beberapa kriteria lain.

Di sini saya ingin buat satu rumusan ringkas, contoh yang saya ketengahkan ini adalah upgrade ubuntu 9.04 kepada 9.10. Jika kita melayari pesawang ubuntu.com, memang banyak kelebihan antara 2 versi tersebut. Saya tidak mahu membuat perbandingan perkara ini, cuma saya mahu anda faham untuk apa upgrade? Jika anda sekarang menggunakan ubuntu 9.04, dan sudah selesa dengan menu-menunya, fungsi-fungsinya, serta beberapa aplikasi lain, semua peranti yang telah dibuat tetapan dapat bekerja dengan baik. Untuk apa upgrade?

Setiap versi yang dilancarkan ada kelebihan masing-masing. Daripada sebahagian pembacaan saya di ruang forum seluruh dunia, kebanyakan yang telah upgrade akan mengalami masalah untuk membuat tetapan tertentu umpamanya sambungan Network, sound, Flash dan sebagainya. Tidak dinafikan ada yang berjaya mengatasi masalah yang timbul. Itu hanya pada yang sudah mahir ilmu ubuntu, macamana dengan kita yang masih newbie (baru nak berjinak-jinak)? kalau tahu pun hanya sepatah dua sahaja.

Pada pendapat saya, baik pakai sahaja versi yang anda gunakan sekarang ini. Tidak akan timbul masalah lain, dan ingat tujuan kita membeli komputer adalah untuk kegunaan harian, melayari internet, mendengar lagu, menyunting audio dan video, menyimpan data-data mahupun gambar-gambar kenangan. Setiap satu masalah yang timbul akan membuatkan kita susah untuk menggunakan komputer. Kalau orang yang pakai Windows, hari-hari berperang dengan virus, komputer semakin lama jadi slow dan macam-macam lagi. Kita yang pakai ubuntu pulak (newbie) hari-hari buat ujian perkara baru, Distro baru, tukar desktop enviroment (gnome, KDE, Xfce dll) dan akhirnya komputer kita jemmm.. pastu search lagi kat internet macamana mahu selesaikannya. Nampaknya kedua OS ini kerja buang masa sahaja.

Bagaimanapun, itu adalah pendapat saya sahaja. Anda berhak menafikannya sebab komputer yang anda beli adalah hak anda, bukan saya punya. Tidak salah anda mencuba itu dan ini pada ubuntu, kata orang; proses pembelajaran akan melalui jalan kesulitan sebelum berjaya. Anda boleh mencuba selagi anda tidak bosan asalkan ada minat yang mendalam. Janganlah kerana disebabkan hal-hal yang remeh-temeh anda terus tinggalkan LINUX dan berpatah semula ke Windows, amat merugikan. Windows mempunyai kelebihan berbanding Ubuntu, sangat user friendly sebab itu Bill Gate sangat kaya, sebab itu Yahudi mampu tindas orang Islam. Jika anda sudah tahu, tidak mengapa. Tapi cuba belajarlah boikot produk Israel demi tanggungjawab anda sebagai Muslim. Nampaknya isi saya sudah lari dari topik, ini sekadar iklan sahaja.

Baiklah, untuk peminat ubuntu berdasarkan tajuk "Perlukah Upgrade Ubuntu Anda", anda mempunyai pilihan, kata pepatah tepuk dada tanya selera.

Menguji Kelajuan Internet Anda



Pertama, anda harus tahu yang anda melanggan pakej kelajuan yang telah anda tetapkan samada 384kbps, 512kbpsatau lain-lain. Jangan mimpi anda melanggan 384 akan dapat 512. Ok, berdasarkan kelajuan tersebut sila kunjungi URL berikut

http://www.speedtest.net/

06 Disember 2009

Mewujudkan Aplikasi Ikon Pada Desktop

Mungkin ada di antara kita yang sudah biasa melihat ada ikon tertentu pada ruang Desktop semasa menggunakan Windows dahulu atau kini. Sebaik sahaja selesai pemasangan ubuntu 9.04 atau 9.10, memang tiada ikon aplikasi pada Desktop. Tutorial ini akan menunjukkan bagaimana mahu mewujudkan ikon pilihan kita pada Desktop. Tutorial ini berjaya untuk ubuntu 9.04 (Jaunty), bagaimanapun anda boleh cuba untuk ubuntu 9.10 (Karmic).

Cara Pertama (contoh aplikasi Pidgin)


Klik menu, Application>Internet>(Klik kanan pada Pidgin)> (pilih) Add this launcher to Desktop. Anda akan nampak gambar "burung " tersebut pada Desktop. Lakukan perkara yang sama untuk aplikasi yang lain.

Cara Kedua (contoh Ikon Trash)
  1. Tekan kekunci Alt+F2, kemudian masukan teks
    gconf-editor
    pada kotak teks "Run Application"
  2. Tekan “Run”, anda akan lihat kekotak “configuration Editor” seperti berikut
  3. Kemudian pergi ke apps/nautilus/desktop. Pada ruangan di sebelah kanan, sila tanda '/' pada trash_icon_visible seperti gambar di bawah
  4. Sila tutup kekotak “Configuration Editor – desktop” tersebut. Anda akan lihat ikon Trash muncul pada desktop anda.
  5. Semasa langkah 5, anda boleh juga tandakan pada "computer icon" untuk mewujudkan Ikon Komputer pada Desktop.
  6. Untuk Ikon-ikon lain seperti Music, Pictures dan lain-lain anda boleh buat pencarian di dalam Google.
Saya hanya bagitau tutorial yang saya sudah buat sahaja, semoga tutorial ini memberi sedikit sebanyak pengetahuan untuk anda.

02 Disember 2009

Dell Inspiron mini 10


Dell inspiron mini 10 Dengan Ubuntu Remix 9.10

2 Hari lepas, aku ke Low Yat di Kuala Lumpur dengan tujuan mencari dan membeli laptop. Hampir 1 jam dari tingkat 2 hingga ke tingkat 3 berlegar-legar, masuk kedai keluar kedai, bukan tiada laptop. Cuma cari harga yang paling murah. Kalau cakap pasal jenama, ini agak subjektif, masing-masing punya citarasa. Aku mencari komputer riba dalam harga anggaran RM1,700 free DOS (tanpa Windows), memang banyak pilihan, kelabu mata dibuatnya.

Speksifikasi yang dicari asal ada 3D efek sudah memadai, untuk ubuntu RAM pun tidak perlu besar sangat dan jika RAM512 pun sudah memadai. Sambil belek-belek laptop, terdetik hati ini mencuba Netbook (komputer riba mini). Mula dah... langsung aku tolak tepi laptop dan pasang niat ingin membeli Netbook. Dipendekan cerita, aku pun beli Dell Inspiron mini 10 pada harga RM1,299. Tapi sayang, komputer "cute" ini di datangkan sekali dengan Windows 7 starter edition. Cari punya cari yang tanpa DOS, memang tiada, aku ingat mahu beli sahaja di kedai dalam web site jomlinux. Tapi, kita ada pilihan kan? He..hee.hee..

Sebaik sahaja sampai di rumah, aku ON Windows 7 tersebut, tidak banyak beza dengan Vista dari segi luaran, aku malas nak selongkar Windows ini. jadi malamnya aku pun install UNR 9.10 (Ubuntu Netbook Remix) yang telah didownload awal-awal lagi. Kalau nak tahu UNR ini klik di sini http://www.canonical.com/projects/ubuntu/unr

Mula-mula aku bedah Partition C, 50G untuk ubuntu, 35G untuk Windows dan selebihnya 1xxG untuk NTFS sebagai Share folder. Proses memasang dual boot berjalan dengan sempurna selama 20 minit. Selepas itu RESTART, dan GRUB nampak cantik, aku klik ubuntu. Loading....

Alamak wifi tidak dapat berfungsi, nasib baik aku ada USB Wifi modem. Cucuk dan berfungsi dengan baik, aku pun mula mencari jawapan di internet terjumpa jawapannya dengan mengkompil kernel

sudo apt-get install bcmwl-kernel-source

Lepas tu, logout dan login semula. Alhamdulillah, semua dah ok, Webcam -OK, Mic-OK, resolution screen - OK, 3D effect - OK, Sound - OK, test dual monitor - OK, semua oklah..

01 Disember 2009

Kenapa saya pasang ubuntu?

Sejarah Ringkas


Sejak saya kenal komputer, komputer datang bersama WINDOWS 98/xp (masa dulu ar). Terkial-kial hendak right click, save as, buat dokumen dan macam-macam lagi di pejabat dan di rumah. Buta IT. pada tahun 2004, kerajaan Malaysia membenarkan pengeluaran membeli komputer melalui KWSP. Aku beli satu dengan harga RM3,800!. Saya tahu mesti ada yang "makan" duit dalam hal ini, apa boleh buat saya tiada duit tunai sebanyak itu.


Dengan Harga RM3,800 saya dapat CRT monitor, Keyboard, Mouse, canon printer, sebuah kamera VGA dan Windows XP tulen. Yang saya nak ketawa, kena belek Kamus Dewan kalau mahu guna. Komputer dan Windows XP mampu bertahan selama 3 tahun lebih, sebab masa itu rumah saya tiada internet dan pendrive. Jadi Selama itu komputer saya tiada Antivirus!.Hee.heee.hee.. Hanya setahun tak sampai 10 kali saya ON kan komputer. Dan komputer ini sudah pun tua apabila mencecah tahun 2009.

Azam baru komputer baru

Keadaan hari ini sudah tidak pratikal untuk komputer yang mempunyai 60G saiz cajera keras dan RAM 512. Jadi untuk Upgrade komputer tua tersebut banyak kos di keluarkan sebab Mother Board lama.. kedai cakap beli baru lah.. Jadi, berbekalkan 10% ilmu IT, saya bedah komputer tersebut, ambil spare part.. dan selebihnya buang ke dalam tong sampah... Pada Jun tahun ini, saya pun beli satu komputer baru yang memang cukup power untuk Video editing dan Gamers..(tapi saya tak main game pun).

Kena Virus

Tidak sampai sebulan, komputer baru berbakti pada saya dah kena virus. Masuk melalui Pendrive, sebab cucuk sana-sini, ambil file yang bukan-bukan dengan kekawan. Pendek cerita, Komputer saya ni tidak boleh boot/start up..saya tak tahu jenis Virus ini. Dan bulan July, saya kemalangan motosikal, pecah mulut, patah tangan kiri dan banyak lagi luka-luka kecil di badan. Doktor bagi MC, dapat 4 bulan lebih. 3 minggu terlantar kat rumah cukup membosankan. Dengan berbekalkan semangat, saya cuba "berperang dengan Virus" dalam komputer baru ini. Dengan berjalan terhinjut-hinjut, tangan kiri pakai kain tumpang patah tangan, saya ke CC berhampiran. Berinternet sehingga 2-3 jam sehari di sana bagi mencari jawapan untuk menembak Virus-virus jahat.

Antivirus percuma adalah sangat lemah

Sejarah dahulu; kerana tidak mahu mengeluarkan wang untuk membeli antivirus berbayar, maka pakailah yang percuma. Inilah punca pertama. Bukan susah sangat nak Format komputer tu, dalam tu ada banyak data-data penting, gambar-gambar kenangan manis. itu sebab saya cuba juga walau apa cara sekali pun. Dah tu pulak ada dalam partition C!... Sial betul virus ni.. Jangan salah anggap, saya memang tidak pandai komputer!!! Saya mengambil pendekatan berani, saya install windows dalam partition D. Pada hemat saya, nanti komputer boleh ON dan ambil data dalam C..rupanya saya silap, semasa proses format.. saya juga ter format C dan D.. jangan tanya kenapa, memang saya daif ilmu IT. HANCUR semuanya data-data yang dijaga baik bertahun-tahun..2 hari tidur tak lena..

Mengenali ubuntu

Pada penghujung July 2009, saya tertarik satu petikan dalam internet yang mengatakan LINUX adalah bebas virus. Bermulalah pencarian LINUX di internet di CC. Tidak puas hati hari-hari kena pergi ke CC, saya pun melanggan Broad No1 di Malaysia di kediaman saya dengan perjanjian RM60 sebulan iaitu Streamyx 384kps. Di sebabkan cuti kemalangan masih panjang, saya nekad ingin belanjar LINUX. Hampir 2 minggu penantian, orang telekom datang rumah hantar MOdem dan buat sambungan. Bermulah episod mencari LINUX yang paling senang mahu guna iaitu ubuntu! Saya download ubuntu dan bakar ke CD dan cuba bermain Live CD, rupanya amat mudah dan sangat simple. (masa ini masih pakai windows XP). Jadi saya pun mencari komuniti ubuntu Malaysia, terkejut juga, rupanya dia orang sudah bermula sejak 2006 lagi... Kalau saya tahu awal, semua data-data penting boleh di selamatkan dengan hanya menggunakan Live CD ubuntu! Tapi nasi dan jadi bubur yang enak..heee.hee.. Dan bermula Ogos 2009, macam-macam eksperimen ubuntu pada komputer saya, tidak kurang 6 kali format.. baru jumpa cara dan penyelesaian. Sehingga hari ini, komputer saya sudah bebas Virus!! dan tidak perlu takut lagi walau sejahat mana virus yang datang menceroboh. Senang hati...

LINUX ada banyak pilihan

Ubuntu, Fedora, Linux Mint, Mandriva, Debian, Puppy, Sabayon, Sabily dan beratus-ratus lagi Distro yang sedang membangun. Semuanya adalah percuma! Klik di sini untuk lihat senarai Linux DISTRO .

Terima kasih kerana sudi baca luahan saya...

Tutorial AM Pemasangan Ubuntu

ASAS PEMASANGAN UBUNTU

Untuk pemasangan mentah, anda memerlukan perkakasan yang disokong oleh Ubuntu itu sendiri. Dari erti kata lain, tidak semua perkakasan anda akan mampu disokong oleh Ubuntu kerana sesetengah perkakasan memerlukan langkah-langkah lain untuk berfungsi didalam ubuntu. Selain itu, anda juga memerlukan Cakera Keras Ubuntu yang telah sedia diburnkan di CD. Untuk mendapatkan ISO Ubuntu ini, anda perlu muat turun imej tersebut dilaman Ubuntu itu sendiri.

Mendapatkan Imej/ISO Ubuntu
  1. Lawat laman Ubuntu di Ubuntu.com - Download
  2. Pilih jenis Ubuntu yang anda inginkan bersesuaian dengan jenis alat pemprosesan anda. Alat pemprosesan Intel dan AMD kesemuanya menyokong Ubuntu versi 32bit (x86). Bagaimanapun jika alat pemprosesan anda menyokong arahan x86-64 maka Ubuntu versi 64bit juga boleh digunakan.

  3. Selesai memilih jenis imej untuk installasi, anda perlu memilih mirror paling dekat untuk muat turun. Ingat, bahawa tidak semestinya mirror yang dekat dengan lokasi anda adalah mirror yang terpantas. Kemungkinan mirror lain juga boleh memberikan prestasi yang lebih pantas dari mirror berdekatan.

  4. Jika proses muat turun sudah dijalankan, anda hanya perlu tunggu dan tunggu sehingga proses muat turun tadi selesai.

Cara Membakar ISO/Imej ke dalam CD

Perhatian, sebelum bakar imej CD Ubuntu, pastikan keutuhannya dengan menggunakan md5sum. Katakan jika checksum fail ISO tersebut adalah 24ea1163ea6c9f5dae77de8c49ee7c03 seperti yang dipaparkan pada halaman muaturun imej tersebut dalam fail bernama MD5SUMS, hasil md5sum juga mestilah sama dengan yang diberi. Contoh menjalankan checksum pada terminal mana-mana sistem GNU+Linux:

$ md5sum ubuntu-8.10-desktop-i386.iso 24ea1163ea6c9f5dae77de8c49ee7c03 ubuntu-8.10-desktop-i386.iso

Rujuk MD5 hash untuk ubuntu di sini

Pada windows pula:

  1. Dapatkan md5sum dari http://www.etree.org/cgi-bin/counter.cgi/software/md5sum.exe

  2. Salin md5sum.exe ke dalam %windir%\system32

  3. cd ke direktori imej iso tersebut. Katakan ubuntu-8.10-desktop-i386.iso berada dalam C:\Document and Settings\Administrator\Desktop\

$ cd "C:\Document and Settings\Administrator\Desktop"

  1. Periksa md5sum

$ md5sum ubuntu-8.10-desktop-i386.iso

Atau boleh juga guna perisian yang mempunyai antaramuka seperti winmd5sum.

Menggunakan WINDOWS

Untuk memulakan proses membakar anda perlu mempunyai satu aplikasi yang membenarkan anda bakar dari imej. Terdapat beberapa kekeliruan yang kerap terjadi dimana pengguna melakukan proses bakar imej Ubuntu seperti cara bakar fail-fail biasa. Langkah berbeza perlu di ambil untuk bakar fail imej/ISO. Aplikasi-aplikasi di Windows yang membenarkan proses bakar CD dengan menggunakan ISO adalah:

Anda perlu memuat turun aplikasi tersebut sekiranya anda ingin melakukan proses bakar ke atas ISO/imej tersebut. Jika anda sudah memiliki aplikasi tersebut, maka langkah-langkah membakar akan dimulakan.

  1. Masukkan CD kosong ke dalam CD Drive anda.

  2. Pergi ke lokasi di mana imej/ISO Ubuntu anda berada.

  3. Right-Click ISO/imej tersebut dan pilih Open With, kemudian anda harus memilih untuk membuka imej tersebut dengan menggunakan UltraISO.

  4. Setelah membuka imej tersebut menggunakan UltraISO, anda hanya perlu menekan icon 'Burn Image' tersebut.

  5. Sistem anda secara automatik akan memulakan proses menulis data tersebut kepada CD yang anda masukkan.

  6. Selesai proses burn, CDROM anda akan terbuka.

  7. Untuk memastikan proses tadi berjaya, masukkan semula CD tadi ke dalam CDROM dan lihat jika terdapat fail-fail Ubuntu di dalam CD tersebut.

Bakar Menggunakan Ubuntu

Untuk memulakan proses bakar dengan menggunakan Sistem Pengoperasian Ubuntu, anda memerlukan satu CD kosong bersama dengan fail imej/ISO yang telah anda muat turun sebentar tadi. Jika kedua-duanya sudah tersedia, proses membakar boleh dimulakan.

  • Masukkan CD ke dalam pemacu CDROM.

  • Satu tetingkap popup akan terpapar, padam tetingkap tersebut kerana kita tidak akan menggunakan tetingkap tersebut.

  • Buka nautilus, kemudian browse kepada lokasi di mana ISO tadi di simpan.

  • Right-Click kepada iso tersebut, kemudian pilih pilihan "Burn to Disk". Anda mungkin akan mempunyai pilihan "file image" atau CD Drive, pilih untuk bakar ke dalam CD Drive.

  • Untuk pilihan kelajuan proses bakar, seelok-eloknya anda pilih kelajuan yang paling perlahan untuk memastikan tiada data yang terlewah.

  • Sistem Ubuntu anda akan memulakan proses membakar dan anda hanya perlu tunggu sehingga proses tersebut selesai.

  • Jika CDROM telah terbuka, pastikan fail sudah ditulis pada CD tersebut.

Proses Pemasangan Bermula (rakaman skrin)

Boot komputer anda daripada CD dengan membuat penetapan awal pada BIOS. Ada sesetengah BIOS hanya tekan F12 atau ESC untuk bermula boot. Pilih CD rom atau seumpamnya.


Pilih Bahasa


Pilih Install ubuntu


Tunggu sehingga selesai



kemudian pilih bahasa lagi..



Pilih Kuala Lumpur


Pilih jenis Keyboard (Default US)


Pembahagian cakera, tentukan pilihan anda, kemudian forward. Sila google cara ini di internet. (saya akan update kemudian)


Isi semua maklumat anda


Langkah akhir pastikan semuanya seperti awal tadi. Jika tidak sila BACK untuk mengulanginya. Dan tekan Install jika sudah pasti!


Pemasangan bermula, 20 - 30 minit. Bergantung keupayaan komputer anda.


Restart komputer anda


keluarkan CD dan ENTER


Sekarang anda boleh bermula UBUNTU. Nantikan tajuk apa yang perlu dibuat selepas pemasangan. Bagaimana pun anda sudah boleh menggunakannya.

Kaedah Pemasangan Ubuntu

Terdapat beberapa cara bagaimana memasang ubuntu pada komputer, laptop mahupun netbook anda. Di sini, post ini tiada cara pemasangan ubuntu, tunggu episod pemasangannya nanti. Cuma saya mahu bagi pandangan mengenai pemasangan yang sesuai pada apa jenis komputer anda.


Ubuntu9.04 Netboot Remix

Sebelum itu, saya mahu jelaskan yang saya bukanlah seorang yang mahir komputer, kata orang baru setahun jagung pegang "mouse". Bagaimanapun saya akan utarakan idea apa yang saya tahu sahaja seberapa jelas.

Keperluan
  • Mesti ada komputer, laptop netbook mini atau apa sahaja peralatan yang boleh dipasang OS (Operating System).
  • Live CD ubuntu (ubuntu 9.04, 9.10 atau ikut pilihan anda). Live CD ubuntu boleh didapati secara percuma melalui website rasmi http://www.ubuntu.com/ samada muat turun atau order CD.
  • Kalau untuk netbook, sila muat turun file ISO dan pakai aplikasi Unetbootin di sini
  • Dan terakhir, sudah tentu minat pada ubuntu. Sebab newbie akan banyak try and error dan anggaplah kesilapan dan kesalahan sebagai tapak permulaan untuk berjaya.
Kategori kaedah pemasangan ubuntu
  • Manual Dual boot. Untuk pengguna mahir. (pasang sebelah menyebelah dengan Windows sedia ada).
  • Guide: Entire Used Hardisk - Guna kesemua ruang hardisk dan buang OS lain.
  • Kaedah Wubi: pasang ubuntu dalam Windows anda.
  • Klik sini untuk pemasangan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...