25 Disember 2009

Clean Up Ubuntu Grub Boot Menu After Upgrades

Clean Up Ubuntu 9.04 Grub Boot Menu After Upgrades

Masa aku pasang Ubuntu dual boot dengan Windows, pada mulanya Grub Boot Menu ada 2 perenggan sahaja. Tapi bila sudah banyak kali Upgrade Ubuntu, Menu Recovery mula bertambah dari 2 menjadi banyak sehingga sampai 5 recovery. Recovery ini penting sekiranya kita sudah menganggu file system dan berlaku kacau bilau, maka kita boleh masuk ke Recovery yang sebelum ini sebaik sahaja start up system.

Tapi jika banyak sangat, ianya akan mengganggu mata kita sehingga Windows terletak jauh ke bawah. Baiklah saya akan tunjukkan bagaimana untuk membuang recovery yang bersepah tersebut. Tapi, aku cadangkan tinggalkan 1 atau 2 yang terakhir recovery.

Lihat gambar dibawah, muncul recovery mode yang tidak sedap dipandang.


Cara Pertama:
Untuk membersihkannya, tidak susah. Tekan kekunci Alt+F2 dan masukkan kod berikut

gksu gedit /boot/grub/menu.lst

seperti gambar di bawah. Kemudian masukkan kata laluan anda selepas diminta.


Muncul teks berikut, dan cari bahagian ## End Default Option ##. Buang paling bawah (lihat gambar) hingga ke 2 paling atas. Jika ada Windows, Windows punya jangan buang, buang teks kernel bermula di atas Windows. Tolong perhatikan betul-betul, jangan salah buat. Kalau rasa takut tersalah, cut dan paste teks tersebut ke dokumen lain (buka baru open office word) dan ingat kedudukan asal teks itu.


Selepas itu, Save dan Close. Sudah siap...

Kalau mahu tengok hasilnya, sila restart komputer anda dan sepatutnya seperti gambar di atas.

Cara Kedua:
Clean Up Ubuntu 9.10 Grub Boot Menu After Upgrades

Mula-mula periksa kernel yang anda pakai sekarang ini, taip kod berikut di terminal:

uname -r

katakan kernel sekarang ialah "2.6.31-14-generic", maka kernel yang boleh dibuang ialah 2.6.31-13 dan sebelumnya sahaja. Ikuti langkah di bawah:

System>Administration>Synaptic package Manager

Taipkan linux image dalam kotak quick search, sila uncheck linux image sebelum versi yang anda pakai sekarang. Kemudian Apply.


Cara Ketiga:
Menggunakan Ubuntu Tweak. Cara ini adalah paling senang dan selamat.

Gambar Ubuntu Tweak (klik untuk besar imel)


Huraian Gambar Ubuntu Tweak:

Mula-mula anda harus memasang Ubuntu Tweak seperti yang ada dalam tutorial saya.
  1. Klik pada "Package Cleaner"
  2. Klik "Unlock". Masukkan katalauan anda.
  3. Klik pada butang "Clean kernels"
  4. Semua kernels akan dipaparkan di sini, tandakan kernel yang ingin dibuang atau boleh juga tandakan pada "Select all". Jangan bimbang, "Select all" tidak akan membuang kernel yang sedang digunakan sekarang ini.
  5. Klik pada butang "Cleanup", masukkan katalaluan sekali lagi. Tunggu sehingga selesai proses pembuangan kernel. Hasilnya, kernel akan dibuang berdasarkan pemilihan yang dilakukan.
  6. Tekan "Quit" untuk keluar.
Anda sudah berjaya membuang kernel yang tidak dipakai dan restart komputer anda. Lihatlah hasilnya..

12 ulasan:

Unknown berkata...

terima kasih di atas informasi yang berguna ini.... :)

bagaimana pula kalau nak buang grub ya? setelah delete partition ubuntu, grub masih muncul tp error...

deensokmo berkata...

Ermm.. buang partition ubuntu bermakna buang GRUB sekali. cuma saya nak tahu kenapa buang partition ubuntu? Booting system akan ada masalah.

untuk atasi ini install semula ubuntu atau apa-apa Operating system. Jika ubuntu sudah reinstall dan grub masih ada masalah, reinstall grub sahaja. ubuntu 9.04 dan 9.10 tidak sama cara pemasangan grub.

grub tersebut boleh install daripada Live cd.

Maaf saya tidak punya masa untuk buat details dalam blog saya, buat masa ini cuba google dahulu " how to install Grub"

terima kasih

awei81 berkata...

macamana nak buang kat ubuntu 9.10. plz instruction skali

deensokmo berkata...

Pada hari ini, 22/3/10 saya telah tambah sedikit nota bagaimana mahu buang kernel ubuntu 9.10 Karmic...Terima kasih awei81..

Tanpa Nama berkata...

salam deen... blog anda amat berguna buat saya yang baru berjinaj ngan linux khas nya ubuntu...

soalan saya... saya baru install ubuntu 9.1 ngan generic kernal 14...

selepas terima arahan upgrade..ke generic kernel 20.. grub tidak mahu load... camner nak buat?

boleh buang ker generic 20..? ade effect ngan software yg dah diupdate?

deensokmo berkata...

Kes GRUB 2 tak boleh loading biasanya berlaku apabila terdapat multiboot OS, cuma saya tak pasti macamana anda install Ubuntu 9.10 tersebut, single boot atau dualboot? Saya pernah alaminya dan saya berjaya selesaikannya dengan cara di sini

https://wiki.ubuntu.com/Grub2#Recover Grub 2 via LiveCD

Tidak perlu buang kernel terkini, kernel lama sahaja boleh dibuang, jika buang kernel terkini semua yang dikemaskini akan turut dibuang..

Tanpa Nama berkata...

byk membantu dlm pengenalan saya ke dalam dunia linux khas nya ubuntu...

persoalan saya perihal grub... ade tak grub gui... maksud nya bukan background hitam ngan teks putih...

saya ade google gfxmenu... grub editor dan startup manager... tak berapa faham

startup manager pun tak seperti yang diiklankan

deensokmo berkata...

Maaf, saya belum lagi berkesempatan memasang gfxmenu,grub editor mahupun startup manager. Jadi, tidak dapat nak tolong 100%, namun saya percaya 3 aplikasi GUI ini amat membantu kepada mereka yang baru dan ingin membuat ketetapan tertentu dengan cara yang mudah tanpa arahan terminal.

GFXmenu lebih kepada imej grafik untuk menonjolkan bahawa ada senarai kernel, OS lain semasa startup sesuatu OS. Ini bukanlah hal mustahak sesuatu OS.

Grub Editor menfokuskan kepada pengurusan Grub yang dipakai, secara teorinya, 1 tahun sekali shj kita mahu usik Grub, kalau tiada apa2 masalah tak perlu ubah apa2 di sini.

Startup manager, ini mungkin menjadi pilihan kerana GUI ini membolehkan kita membuat sesuatu ketetapan semasa proses komputer dihidupkan, umpamanya memaparkan splash pada skrin, katalaluan, welcome note, bunyi, kernel dan OS pilihan serta beberapa lagi.

Secara peribadi, saya kurang berminat terhadap 3 perkara di atas kerana kita hanya ada lebih kurang 10 -15 saat sahaja untuk merasai kesannya sebelum komputer loading sepenuhnya. Namun terpulang pada anda untuk memasangnya atau tidak, saya suka fokuskan kepada kegunaan sesetengah aplikasi pada sesebuah komputer berbanding ketetapan "muqadimmah" ini...

Tanpa Nama berkata...

salam bro...

terimakasih kerana sudi memberi penerangan walau anda sendiri tidak menggunakan ketiga-tiga aplikasi tersebut...

ya betul.. lain org lain selera nya hehehehehe...

mmg startup manager menjadi pilihan namun akhirnya diuninstall jugak kerna tak menepati apa yang ditutorialkan di dalam forum

decent berkata...

deen..
ak pki ubuntu 10.10...newbies..
lps ak update kt update manager tu..
grub ak ttbe de bnyk mcm dlm gmba tu...
dy jadi cmni..
Ubuntu 2.65.28
Ubuntu 2.65.28(recovery mode)
Ubuntu 2.65.22
Ubuntu 2.65.22(recovery mode)
n so on...
mslh nye sknk ble ak msk ubuntu y baru tu (2.65.28)..dy just kua cli/text mode..
so,nk wat cmne ea?

deensokmo berkata...

Ubuntu 2.65.28 dan Ubuntu 2.65.22 adalah versi kernel. semasa muat turun,, pakej kernel adalah 22, jadi sebaik sahaja kita kemaskini, server canonical membekalkan versi terkini iaitu 28 dan setiasa akan menaik. Jgn risau, ianya percuma. sebaiknya jgn buang dulu vesi 22 ini..kalau dah ada 29 or 30 baru buang 22 ini..

decent berkata...

da settle!
few day after update kernel ak sje2 msk blek kt kernel bru...
n bamm...
dy kua cm bese...:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...