Tentang Saya

Nama penuh: Kamarudin Mahmood
Nama glamour: deensokmo
Tempat lahir: Marang, Terengganu
Adik-beradik: 13 Orang..aku yang ke -12
Kerja: Pengurus Projek (tiada kena mengena dengan komputer)
Tarikh lahir: 6 Sept 1977
E-mail: deensokmo@gmail.com dan deensokmo@yahoo.com

Aku bersekolah Rendah Keb. Marang, masa aku darjah 1 hingga darjah 6, kehidupan kami sekeluarga tidak semewah orang lain, arwah ayah aku petani dan tukang rumah. Manakala arwah Mak aku suri rumah dan kadang2 bantu berkebun.. aku pun dulu kena berkebun juga.. Hidup kami sekadar cukup makan.. Nak tunggu baju baru, tunggu raya baru dapat.. hari-hari biasa aku pakai baju yang kadang koyak pun ada, selipar "jepun" kalau putus baiki sendiri..(bubuh paku kat bawah)..mungkin korang tak pernah rasa situasi ini.

Maaf, pelajaran aku masa itu tidak membanggakan, habis sesi sekolah, main lastik burung, tahan haruan, jerat burung.. mandi sungai; itulah permainan aku.. sawah bendang menjadi teman, lintah menjadi sahabat.. pokok di sekitar rumah menjadi tempat aku berlatih kononnya mahu jadi Tarzan... hee.hee.. kenangan ini masih segar dan terpahat indah sehingga akhir hayat aku. Aku juga tak boleh lupa masa aku kena rotan; babak besar punya rotan ..sebab malas pergi mengaji dan jika bermain selalu balik senja.. ayah aku cukup garanggggg.. 

Bila aku masuk Sekolah menengah pula.. aku mula menumpukan perhatian kepada pelajaran.. banyak subjek yang aku boleh follow..Tingkatan 3 dan 4 aku masuk Vokasional..jurusan elektronik... Dan kemudian sambung ke Politeknik Port Dickson.. Habis Poli baru kerja..

Aku menulis blog sekadar suka-suka, blog aku dibuat pada Sept 2008..masa tu buat blog sebab tengok orang lain buat blog..jadi aku pun buat juga, tetapi tidak tahu hendak  bubuh artikel yang sesuai.. Jadi aku sumbat ler masuk RESEPI. Kemudian, senyap gitu sahaja dan sehinggalah aku mengenali Ubuntu ini..

Entah kenapa dan mengapa, aku rasa hendak sangat berkongsi tentang Ubuntu ini, sebabnya mungkin ada kaitan dengan penggunaan Windows yang menyebabkan aku hari-hari berperang dengan Virussss.. Dan lagi satu, Ubuntu di Malaysia kurang popular.. aku buatlah blog ini untuk berkongsi sekadar yang aku tahu sahaja. Dalam masa yang sama juga tolong berkempen sumber terbuka. Aku bukanlah reti sangat komputer ni.. sikit-sikit jer..tahu. Selebihnya aku belajar sendiri..

Aku nasihatkan pada korang yang belum lagi tahu tentang Ubuntu ni supaya gunalah Ubuntu ini, sebab ianya percuma, bebas virus, selamat, laju dan stabil.. Jangan dengar kata orang Linux ini susah, ada juga orang kata linux pun boleh kena virus.. ada memang ada..tapi 1 % jerrr.. boleh dikatakan susah nak kena virus sebab struktur Kernel pada Ubuntu linux amat unit.. Aku tak tipu, tak ada faedahnya pun aku nak menipu.. Setelah setahun lebih sudah aku menggunakan Ubuntu.. Tak pernah pula komputer mahupun  laptop aku dijangkiti /kena virus.. walaupun aku pasang  antivirus.; suka-suka pasang jer..bukan keperluan pun. Tapi pengguna Windows wajib pasang antivirus.

Akhir kata, korang kalau tak berminat dengan Ubuntu sekalipun.. sebarkanlah kelebihan Ubuntu ini.. korang taip jer kat internet atau youtube perkataan "UBUNTU".. mesti bersepah punya. Okeylah..itu sahaja tentang saya..


Cita-cita dan harapan: Mahu jadi penulis blog ubuntu dalam bahasa malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...