Memaparkan catatan dengan label Kamus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kamus. Papar semua catatan

30 Mei 2011

gKamus: Kamus Offline Untuk Ubuntu

gKamus adalah penterjemah perkataan bahasa Indonesia <>Inggeris. Aplikasi kamus yang ringkas ini telah diasaskan oleh Ardhan Madras dan Firmansyah.

Oleh kerana kamus ini sumber terbuka, maka anda boleh mengubai suai, menambah perkataan dan difinasi baru serta memadamkannya mengikut kemahuan anda dan lain-lain.Maklumat lanjut berkenaan gKamus ini boleh layari di sini http://gkamus.sourceforge.net/

gKamus adalah kamus secara talian tertutup (offline) di mana anda tidak perlu kepada talian internet untuk menggunakannya.

gKamus tidak sama dengan StartDict sepertimana tutorial saya sebelum ini yang bertajuk Memasang Kamus pada Ubuntu.

Baiklah, untuk memasang gKamus pada Ubuntu 10.04, 10.10 dan 11.04:

Buka aplikasi Terminal dan sila salin-tampal baris arahan berikut satu persatu:

sudo add-apt-repository ppa:garuda-id/pkg-misc
sudo apt-get update && sudo apt-get install gkamus

gKamus boleh diakses melalui Application>Office>gKamus. Ubuntu 11.04 taipkan sahaja gKamus di ruangan pencarian pada menu.

26 Januari 2011

Memasang Enjin Penterjemah Google Pada Ubuntu

Orang macam saya memang perlu sangat kepada aksesori bantuan sistem penterjemah pada komputer, selain memasang kamus pada ubuntu, kita boleh juga mengunakan Web Browser untuk menterjemah bahasa iaitu menggunakan Google Translator, namun ianya nampak sedikit serabut dengan pelbagai fungsi yang kadang kala tidak diperlukan. Bagaimanapun, fungsi ini adalah bergantung kepada keperluan setiap individu.

Di sini saya ingin menunjukan kepada anda terdapat satu aplikasi penterjemah bahasa yang boleh dipasang terus pada Desktop Ubuntu 10.04/10.10 yang mana kita tidak perlu membuka web browser seperti lazimnya. Aplikasi yang amat ringkas ini dinamakan Translate-me.


Untuk memasangnya pada ubuntu 10.04/10.10/11.04 sila buka Terminal; salin dan tampal baris arahan ini:

sudo add-apt-repository ppa:atareao/atareao
sudo apt-get update
sudo apt-get install translate-me

Anda boleh mengakses Translate-me melalui Applications>Accessories>translate-me.

23 Jun 2010

Memasang Kamus Pada Ubuntu


Meskinpun dalam Ubuntu tidak banyak pilihan untuk memasang kamus, namun saya percaya setidak-tidaknya kamus ini amat membantu. Oleh kerana belum wujud lagi (tidak pasti) kamus Malaysia-English_Malaysia, jadi tutorial kamus ini menggunakan terjemahan bahasa Indonesia. Hampir 80% terjemahan dapat difahami.

StarDict

Kamus ini amat popular dikalangan pengguna linux amnya, ianya boleh digunakan semasa Online dan Offline.


Cara Pemasangan StarDic
(Pemasangan ini dilakukan pada Ubuntu 10.04, bagaimanapun anda boleh mencuba pada Ubuntu versi ke atas)

Mulakan dengan Applications>Ubuntu Software Center. Kemudian taipkan "StarDict", lakukan pemasangannya sehingga selesai.

Seterusnya, pergi ke halaman ini DISINI dan muat turun 2 fail seperti di bawah:

stardict-quick_eng-ind-2.4.2.tar.bz2
stardict-quick_ind-eng-2.4.2.tar.bz2

Sila Extract ke folder Home anda, lakukan satu persatu 2 fail yang di muat turun tadi.

Buka terminal dan masukkan 2 arahan ini untuk dipindahkan ke /share/usr/startdict

sudo mv stardict-quick_eng-ind-2.4.2 /usr/share/stardict/dic
sudo mv stardict-quick_ind-eng-2.4.2 /usr/share/stardict/dic

Tutup terminal dan jalankan StarDict melalui: Applications>Accessories>StartDict

sekarang anda boleh cuba "main-main" kamus ini... Sekian.

02 Mei 2010

Menterjemah Bahasa Di Laman Internet (Web Translator)

Dengan rendah dirinya, saya bukanlah seorang yang pandai menulis, memahami dan membaca bahasa Inggeris dengan baik. Saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana mahu menterjemahkan Laman Internet berbahasa Inggeris kepada bahasa Malaysia.

Pertama saya akan terangkan fungsi ini yang ada pada Fire Fox Web Browser dan kedua menggunakan bantuan Google Translator.

Menggunakan Fire Fox web browser

Seperti yang kita sedia maklum, terdapat beratus-ratus Add-Ons yang boleh di pasang ke dalam Fire Fox, begitu juga dengan aplikasi penterjemah bahasa ini. Untuk memasang penterjemah ini sudah tentu anda perlu buka Fire Fox web browser.

Kemudian, klik menu Tools>Add-Ons; pada Tab Get Add-ons taipkan Quick Translator. Jika tidak dijumpai sila tekan "see all results". Sebaik dijumpai, klik butang Add To Firefox dan ikut arahan pemasangannya.

Selepas restart firefox, akan muncul ikon Translator hujung bawah kanan (lihat gambar 1). Setelah itu, pilih bahasa Malay.


Gambar 1

Untuk menggunakannya, sila berkunjung ke laman kegemaran anda yang berbahasa Inggeris dan "Hight-Light" teks yang hendak diterjemahkan. Anda akan dapati muncul ikon Translator (ikon tersebut kabur atau transparent), sila klik pada ikon tersebut.


Gambar 2


Gambar 3

Dalam beberapa saat, akan keluar satu kotak teks keputusan di bawah kanan seperti gambar 2 dan 3 di atas. Ianya amat 'flexible' kerana bukan semua teks yang mahu kita terjemahkan ke dalam bahasa Malaysia. Ianya sungguh mudah.

Menggunakan Bantuan Penterjemah Google

Google sememangnya telah membina penterjemah secara maya tanpa perlu anda memasang aplikasi ini pada komputer. Apa yang perlu anda lakukan ialah:

Pasang Ubuntu anda dengan Google Chrome untuk linux. Anda boleh muat turun Chrome Browser ini di Google Chrome . Seterusnya dwi klik pada DEB chrome tersebut untuk pemasangannya.

Setelah siap pasang, buka Chrome Browser dan masukkan URL ini http://translate.google.com/# . Anda akan dicapai ke laman seperti di bawah (gambar 4).


Gambar 4

Huraian Gambar 4
  1. Pilih bahasa yang anda inginkan contohnya English ke Malay.
  2. Masukkan pautan atau URL
  3. Tekan butang Translate, semua perkataan akan cuba diterjemahkan ke dalam bahasa pilihan anda (Malaysia) sebaik mungkin.
* Sebenarnya, link atau URL Google Translation boleh dicapai melalui FireFox...

Perbezaan kedua-dua browser ini anda bandingkan sendiri, pada saya gunalah mana yang lebih mudah dan mengikut citarasa anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...