Memaparkan catatan dengan label Nautilus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nautilus. Papar semua catatan

10 Mac 2011

Mewujudkan Bayangan 3D Thumbnails Pada Nautilus

Apa itu bayangan 3D Thumbnails? Gambar di bawah mungkin akan menjelaskan kepada anda, sebaik sahaja anda memasangnya, 3D Shadow ini akan muncul pada hampir semua thumbnails pada Nautilus contohnya fail dokumen, gambar, pdf dan sebagainya.. Cuma thumbnail Direktori sahaja yang tidak kelihatan. Untuk bayang 3D Direktori bergantung jenis tema ikon yang anda pasang pada Ubuntu.

klik pada gambar untuk besarkan imej

Mari kita mula:

Buka aplikasi Terminal dan masukan 3 perintah arahan ini satu persatu (pastikan komputer anda mempunyai sambunagn internet)

wget http://a.imageshack.us/img135/8666/thumbnailframe.png
sudo mv thumbnailframe.png /usr/share/pixmaps/nautilus/thumbnail_frame.png
sudo nautilus -q

Manakala perintah arahan di bawah pula adalah untuk mengembalikan imej pada nautilus seperti asal iaitu tanpa bayang 3D.

wget http://a.imageshack.us/img651/5790/thumbnailframey.png
sudo mv thumbnailframey.png /usr/share/pixmaps/nautilus/thumbnail_frame.png
sudo nautilus -q

Ringkas dan mudah. Sekian.

16 Disember 2010

Mudahnya Berkongsi Fail Melalui Dropbox

Dropbox adalah aplikasi yang dikhususkan untuk menyimpan data secara talian internet (online). Uniknya, aplikasi ini akan mencipta direktori yang sama pada komputer anda seperti direktori di dalam akaun dropbox. Jadi, semasa tiada talian internet anda masih lagi dapat mencapai direktori ini. Sebaik sahaja komputer disambungkan ke internet, Dropbox akan automatik Syncronise semua fail dan direktori. Mana-mana direktori (folder) yang ingin dikongsi dengan rakan, anda hanya perlu tentukan pilihan "sharing" dan masukan e-mel rakan anda.

Baiklah, untuk mula menggunakannya, anda harus membuat pendaftaran yang ringkas (macam facebook sahaja) untuk memiliki akaun Dropbox tersebut. Sesiapa yang belum lagi memiliki akaun dropbox, Klik Daftar Dropbox untuk memulakannya.

Selain boleh dipasang pada Ubuntu, ianya juga menyokong Windows, Mac, IPhone dan Android Phone serta lain-lain. Anda boleh muat turun Aplikasi ini melalui laman rasminya di www.dropbox.com. Pemasangannya amat mudah, kalau DEB tidak perlu saya jelaskan secara perinci; anda hanya perlu dwi klik sahaja. Begitu juga kepada pengguna Windows.

Terdapat beberapa pakej saiz simpanan (storage) yang disediakan,  pakej percuma yang ditawarkan  adalah cuma 2G sahaja.

Selamat mencuba.

27 September 2010

Buka Fail Dengan 1 Klik

Buka Fail Dengan 1 Klik - Single Click To Open Item

Sesetengah pengguna suka membuka direktori, fail atau apa sahaja dengan 1 klik. 1 Malaysia 1 klik, 1 Ubuntu untuk 1 rumah..hee.hee.heee.

Mula-mula buka Nautilus Window Manager, kemudian capai ke menu
Edit>Preferences; klik ke Tab Behavior seperti gambar di bawah.

Tandakan pada "Single Click To Open Items" dan Closed. Untuk menjalankan arahan ini, sila buka mana-mana direktori, gambar atau apa sahaja yang ada pada Nautilus.

20 September 2010

Memasang Nautilus Elementary Pada Ubuntu

Nautilus Elementary 2.30

Gambar 1

Keterangan ringkas Gambar 1

1 - Kedudukan Places mengikut kategori.
2 - Ikon 1 klik untuk memaparkan fail-fail (Icon, List dan Compact).
3 - Butang pelarasan saiz kandungan fail dalam Nautilus.

Jika anda mahu Nautilus pada Ubuntu anda kelihatan seperti Gambar 1, sila ikuti langkah pemasangan yang mudah di bawah; buka Terminal, salin dan tampal 3 baris arahan ini:

Ubuntu 10.04

sudo add-apt-repository ppa:am-monkeyd/nautilus-elementary-ppa
sudo apt-get update && sudo apt-get upgrade
nautilus -q #restarts nautilus

Ubuntu 10.10

sudo add-apt-repository ppa:am-monkeyd/nautilus-elementary-ppa
sudo apt-get update
sudo apt-get dist-upgrade
nautilus -q

Manakala Gambar 2 di bawah menunjukkan Locations Bar ada "gaya" sedikit dengan pemasangan tema Nautilus Elementary Breadcrumbs.

Gambar 2

Jika anda suka tema ini, untuk memasangnya amat mudah. Cuma perlu salin dan tampal baris arahan ini pula pada Terminal.

cd #this should take you to your home folder
wget http://gnaag.k2city.eu/nautilus-breadcrumbs-hack.tar.gz
tar -xvf nautilus-breadcrumbs-hack.tar.gz

Kemudian buka Nautilus; pergi ke Edit>Preferences. Klik Tab Tweaks dan tandakan pada "Show like breadcrumbs". Boleh juga tandakan pada "show slider icon" untuk lebih kekemasan.

Akhir sekali jalankan arahan ini pada terminal untuk restart:

nautilus -q

Sekian...

26 Julai 2010

Fungsi Extra Pane Pada Nautilus 2.30.1 Ubuntu 10.04

Jika anda pernah membaca artikel saya yang lepas memafaatkan fungsi Nautilus, kali ini saya mahu tambahkan sedikit lagi apa yang ada pada Nautilus 2.30.1; Ubuntu 10.04 dengan Gnome 2.30.

Klik pada gambar untuk besarkan imej

Sebenarnya banyak benda baru pada Nautilus ini, cuma saya sentuh beberapa perkara ini yang menarik dan seringkali saya menggunakannya iaitu:

Dalam petak HIJAU

Untuk mewujudkan suasana jendela ini, hanya tekan F3 atau klik pada menu View>Extra Pane setelah anda membuka Nautilus. Pada saya, "Extra pane" ini amat berguna kerana ianya akan menjimatkan ruang kerja pada skrin tanpa membuka jendela Nautilus yang baru.

Dalam petak MERAH

Pada masa yang sama, anda masih lagi dapat membuka New Tab pada Extra Pane, selain menekan Ctrl+T, antara kaedah lain membuka New Tab ini ialah dengan menekan tengah kekunci skrul pada tetikus anda!!.. (bukan klik kiri atau kanan, tekan "tayar" tengah)

Maklumat lanjut Nautilus..

11 April 2010

Memafaatkan Kelebihan Nautilus

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda macamana saya memafaatkan pengurus aplikasi nautilus 2.2.81 pada Ubuntu 9.10.

Pengenalan
Sebelum itu, saya ingin memperkenalkan Apa itu Nautilus? Dalam Windows dipanggil Windows Explorer, manakala dalam Ubuntu di namakan Nautilus. Nautilus merupakan Aplikasi antaramuka pengurus fail (file manager), data, gambar dan lain-lain dalam sistem operasi Ubuntu pada komputer. Maka dengan ini, semua maklumat atau data mudah dicapai bagi tujuan menambah fail baru, membuang data sedia ada, mengubahsuai data/fail, menyalin, melihat maklumat data (properties) dan sebagainya sepertimana yang ada pada Windows-windows explorer. Anda boleh mengetahuinya lanjut dengan memuatturun Panduan Asas Ubuntu 9.10. daripada website Jom Linux.

Perhatikan Gambar 1 di bawah (klik untuk besarkan). Terdapat nombor-nombor yang ditanda dan penerangan ringkas disertakan.

Gambar 1

1 - Arahan Nautilus; menu-menu yang disediakan membolehkan anda mengurus semua data yang terdapat pada Nautlilus.

2 - Toolbar Icon; pintasan ringkas yang berbentuk ikon membenarkan anda maju, mundur, berpatah kepada kedudukan asal, refresh, mencari data dan sebagainya dengan mudah.

3 - Lokasi; mengesan kedudukan fail yang anda capai sekarang. Anda boleh klik pada ikon sebelah kirinya untuk mengubah nama paparan lokasi dalam bentuk teks atau ikon.

4 - Ruangan ini boleh jadi tempat folder utama, melihat info data, mengembangkannya dalam bentuk tree dsb seperti gambar 2 dibawah:

Gambar 2

5 - Tab; membenarkan anda membuka lebih daripada satu folder dalam satu-satu masa yang mana anda tidak perlu membuka jendela Nautilus yang lain. Secara lalai (default), sebaik sahaja Nautilus dibuka; tiada Tab yang muncul. Untuk mewujudkannya, hanya tekan papan kekunci Ctrl+T atau pergi ke menu nautilus File>New Tab. Anda boleh mencapai Tab 1, Tab 2 dan seterusnya dengan menekan papan kekunci Ctrl+Page Up atau Ctrl Page Down. Saya suka mengunakan fungsi Tab sebab ianya seakan Firefox dan Google Chrome Web browser.Satu lagi, klik pada mana-mana folder, lepas itu klik tengah tetikus akan muncul isi folder tersebut dalam Tab yang baru .

6 - Membenarkan anda melihat dalam 3 cara folder/data iaitu ikon view, compact view dan details view. Manakala disebelah kirinya terdapat fungsi zoom yang boleh diselaraskan.

7 - Memaparkan terdapatnya partisi lain dalam hardisk, memaparkan Thumbdrive sebaik sahaja dicucuk dan lain-lain storan (storage) jika ada yang bersambung dengan komputer. Butang "eject" disebelahnya membenarkan anda menanggalkan Storan luaran dengan selamat.


8 dan 9 - Menunjukkan saya Drag and Drop Folder kegemaran saya ke ruangan tepi untuk diletakan sebagai Bookmark. Memudahkan saya mencapainya tanpa perlu masuk ke Sub-Sub-sub-Sub folder yang sebelumnya.

Memafaatkan Fungsi Bookmark dalam Nautilus.
Saya mempunyai cara tersendiri sewaktu memasang Ubuntu. Saya tidak suka kaedah 'Used Entire Hardisk' yang mana kaedah pemasangan Ubuntu pada hardisk akan digunakan 100% oleh Root. Oleh kerana Hardisk saya bersaiz besar (300Gb mungkin tidak besar bagi anda), saya cuma memperuntukkan 50Gb sahaja untuk Ubuntu dan selebihnya 250GB saya format kepada NTFS dan dilabelkan sebagai Data (seperti gambar 1: nombor 7). Tujuannya saya jadikan partisi "Data" ini adalah sebagai tempat backup dan sumbat semua maklumat/data/fail dsb.


Dalam Places>Home(deensokmo) terdapat nama folder Documents, Videos, Picture, Music dan sebagainya yang telah ditetapkan secara lalai. Namun saya tidak akan menggunakan folder-folder ini sebab ianya terletak dalam root sistem ubuntu, sengaja biarkan kosong. Apa yang saya buat ialah, saya akan menciptakan semula folder-folder tersebut dalam Data (250GB) dengan nama folder yang sama iaitu Documents, Videos, Music, Pictures dsb. Perlu diingat, cara saya ini akan menyebabkan fail yang dipadamkan (delete) tidak dapat masuk ke Tong Sampah (Trash). Namun saya memandangnya secara positif dari sudut lain.

Jika partisi Data ini di formatkan kepada EXT4, setiap data yang dipadamkan akan disumbatkan ke dalam Trash terlebih dahulu. Partisi NTFS yang saya punya ini akan saya formatkan kepada EXT4 suatu hari nanti. Dengar cerita, EXT4 lebih menjimatkan penggunaan memori.. cuma Ext4 mengambil ruang yg lebih sedikit untuk Journal


Berikut ialah tutorial bagaimana saya membuat pautan automatik folder-folder (Documents, Pictures, Videos dll) yang ada pada Data (partisi NTFS). Ini bertujuan, contohnya apabila saya klik pada menu Places>Music, Nautilus akan terus ke lokasi /media/Data/Music dan bukannya /Home/deensokmo/Music.
  1. Buka Nautilus, klik menu Bookmark>Edit Bookmarks seperti gambar di bawah:
  2. Muncul kekotak seperti di bawah. Pada ruangan kiri iaitu Bookmarks; selepas klik Videos, saya tukarkan Location daripada /home/deensokmo/Videos kepada /media/Data/Videos. Langkah ini sama untuk nama folder yang lain-lain.
  3. Setelah semuanya dihubungkan kepada /media/Data, tekan butang close.
  4. Untuk menjalankan konfigurasi Nautilus yang baru siap ini, saya tutup semua aplikasi paparan Nautilus. Kemudian, klik menu Places>Videos, Nautilus akan terus ke lokasi Folder Vidoes dalam Data (/media/Data/Videos).
Terdapat cara lain untuk membuat tetapan bookmark ini seperti menggunakan Ubuntu Tweak>Default Folder Locations. Entah di mana silap buat-buat tidak jadi, maka saya buatlah cara sebegini. Jika anda ada partisi (partition) yang berformat NTFS, anda perlu memasang NTSF Config Tools terlebih dahulu.

Maklumat lanjut berkenaan fungsi-fungsi lain Nautilus klik DISNI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...