11 April 2010

Memafaatkan Kelebihan Nautilus

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda macamana saya memafaatkan pengurus aplikasi nautilus 2.2.81 pada Ubuntu 9.10.

Pengenalan
Sebelum itu, saya ingin memperkenalkan Apa itu Nautilus? Dalam Windows dipanggil Windows Explorer, manakala dalam Ubuntu di namakan Nautilus. Nautilus merupakan Aplikasi antaramuka pengurus fail (file manager), data, gambar dan lain-lain dalam sistem operasi Ubuntu pada komputer. Maka dengan ini, semua maklumat atau data mudah dicapai bagi tujuan menambah fail baru, membuang data sedia ada, mengubahsuai data/fail, menyalin, melihat maklumat data (properties) dan sebagainya sepertimana yang ada pada Windows-windows explorer. Anda boleh mengetahuinya lanjut dengan memuatturun Panduan Asas Ubuntu 9.10. daripada website Jom Linux.

Perhatikan Gambar 1 di bawah (klik untuk besarkan). Terdapat nombor-nombor yang ditanda dan penerangan ringkas disertakan.

Gambar 1

1 - Arahan Nautilus; menu-menu yang disediakan membolehkan anda mengurus semua data yang terdapat pada Nautlilus.

2 - Toolbar Icon; pintasan ringkas yang berbentuk ikon membenarkan anda maju, mundur, berpatah kepada kedudukan asal, refresh, mencari data dan sebagainya dengan mudah.

3 - Lokasi; mengesan kedudukan fail yang anda capai sekarang. Anda boleh klik pada ikon sebelah kirinya untuk mengubah nama paparan lokasi dalam bentuk teks atau ikon.

4 - Ruangan ini boleh jadi tempat folder utama, melihat info data, mengembangkannya dalam bentuk tree dsb seperti gambar 2 dibawah:

Gambar 2

5 - Tab; membenarkan anda membuka lebih daripada satu folder dalam satu-satu masa yang mana anda tidak perlu membuka jendela Nautilus yang lain. Secara lalai (default), sebaik sahaja Nautilus dibuka; tiada Tab yang muncul. Untuk mewujudkannya, hanya tekan papan kekunci Ctrl+T atau pergi ke menu nautilus File>New Tab. Anda boleh mencapai Tab 1, Tab 2 dan seterusnya dengan menekan papan kekunci Ctrl+Page Up atau Ctrl Page Down. Saya suka mengunakan fungsi Tab sebab ianya seakan Firefox dan Google Chrome Web browser.Satu lagi, klik pada mana-mana folder, lepas itu klik tengah tetikus akan muncul isi folder tersebut dalam Tab yang baru .

6 - Membenarkan anda melihat dalam 3 cara folder/data iaitu ikon view, compact view dan details view. Manakala disebelah kirinya terdapat fungsi zoom yang boleh diselaraskan.

7 - Memaparkan terdapatnya partisi lain dalam hardisk, memaparkan Thumbdrive sebaik sahaja dicucuk dan lain-lain storan (storage) jika ada yang bersambung dengan komputer. Butang "eject" disebelahnya membenarkan anda menanggalkan Storan luaran dengan selamat.


8 dan 9 - Menunjukkan saya Drag and Drop Folder kegemaran saya ke ruangan tepi untuk diletakan sebagai Bookmark. Memudahkan saya mencapainya tanpa perlu masuk ke Sub-Sub-sub-Sub folder yang sebelumnya.

Memafaatkan Fungsi Bookmark dalam Nautilus.
Saya mempunyai cara tersendiri sewaktu memasang Ubuntu. Saya tidak suka kaedah 'Used Entire Hardisk' yang mana kaedah pemasangan Ubuntu pada hardisk akan digunakan 100% oleh Root. Oleh kerana Hardisk saya bersaiz besar (300Gb mungkin tidak besar bagi anda), saya cuma memperuntukkan 50Gb sahaja untuk Ubuntu dan selebihnya 250GB saya format kepada NTFS dan dilabelkan sebagai Data (seperti gambar 1: nombor 7). Tujuannya saya jadikan partisi "Data" ini adalah sebagai tempat backup dan sumbat semua maklumat/data/fail dsb.


Dalam Places>Home(deensokmo) terdapat nama folder Documents, Videos, Picture, Music dan sebagainya yang telah ditetapkan secara lalai. Namun saya tidak akan menggunakan folder-folder ini sebab ianya terletak dalam root sistem ubuntu, sengaja biarkan kosong. Apa yang saya buat ialah, saya akan menciptakan semula folder-folder tersebut dalam Data (250GB) dengan nama folder yang sama iaitu Documents, Videos, Music, Pictures dsb. Perlu diingat, cara saya ini akan menyebabkan fail yang dipadamkan (delete) tidak dapat masuk ke Tong Sampah (Trash). Namun saya memandangnya secara positif dari sudut lain.

Jika partisi Data ini di formatkan kepada EXT4, setiap data yang dipadamkan akan disumbatkan ke dalam Trash terlebih dahulu. Partisi NTFS yang saya punya ini akan saya formatkan kepada EXT4 suatu hari nanti. Dengar cerita, EXT4 lebih menjimatkan penggunaan memori.. cuma Ext4 mengambil ruang yg lebih sedikit untuk Journal


Berikut ialah tutorial bagaimana saya membuat pautan automatik folder-folder (Documents, Pictures, Videos dll) yang ada pada Data (partisi NTFS). Ini bertujuan, contohnya apabila saya klik pada menu Places>Music, Nautilus akan terus ke lokasi /media/Data/Music dan bukannya /Home/deensokmo/Music.
  1. Buka Nautilus, klik menu Bookmark>Edit Bookmarks seperti gambar di bawah:
  2. Muncul kekotak seperti di bawah. Pada ruangan kiri iaitu Bookmarks; selepas klik Videos, saya tukarkan Location daripada /home/deensokmo/Videos kepada /media/Data/Videos. Langkah ini sama untuk nama folder yang lain-lain.
  3. Setelah semuanya dihubungkan kepada /media/Data, tekan butang close.
  4. Untuk menjalankan konfigurasi Nautilus yang baru siap ini, saya tutup semua aplikasi paparan Nautilus. Kemudian, klik menu Places>Videos, Nautilus akan terus ke lokasi Folder Vidoes dalam Data (/media/Data/Videos).
Terdapat cara lain untuk membuat tetapan bookmark ini seperti menggunakan Ubuntu Tweak>Default Folder Locations. Entah di mana silap buat-buat tidak jadi, maka saya buatlah cara sebegini. Jika anda ada partisi (partition) yang berformat NTFS, anda perlu memasang NTSF Config Tools terlebih dahulu.

Maklumat lanjut berkenaan fungsi-fungsi lain Nautilus klik DISNI

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...