Sesiapa yang melanggan Streamyx tiada masalah untuk berkongsi Wifi kerana TM telah membekalkan secara percuma modem tanpa wayar kepada pelanggannya. Bagaimana pula kepada pelanggan yang menggunakan DIGI, CELCOM dan MAXIS serta U Mobile? Tahukah anda? Dengan modem 3G/3.5G USB modem yang anda gunakan itu boleh dijadikan sebagai sumber Wifi kepada laptop rakan anda yang lain. Menarik bukan? Ini secara tidak langsung dengan 1 talian internet boleh dikembangkan kepada 2 atau lebih untuk dikongsi Wifi.
Keperluan:
1 unit 3g usb modem (saya hanya guna telefon bimbit Samsung Galaxy S) dan sebuah komputer riba yang dipasang Ubuntu.
Persediaan:
Pastikan 3g usb modem anda tersebut dapat berfungsi dengan baik, maksudnya anda telah berjaya mengkases internet melaluinya. Anda boleh ikut tutorial
DISINI jika perlu.
Mencipta New Wireless
Gambar 1
Apabila anda klik pada ikon Network Manager, akan muncul info berkaitannya seperti Gambar 1 di atas. Pastikan koneksi
Mobile Broadband telah bersambung seperti no
1. Kemudian klik pada no
2 iaitu
Create New Wireless Network.
Gambar 2
Gambar 2. Ciptakan nama Wireless yang ingin dibuat dan kata laluan sebagai kunci keselamatan. Pada ruangan
Wireless Security saya memilih
WEP 128-bit Passphrase. Klik butang
Create untuk pengesahan.
Gambar 3
Pada Gambar 3, dapat diperhatikan muncul 1 nama Wireless baru yang kita ciptakan sebentar tadi.
Membuat konfigurasi Mobile Broadband
Klik kanan pada ikon Network Manager dan pilih Edit Connections. Akan muncul seperti Gambar 4 di bawah.
Gambar 4
Pilih nama koneksi anda (contoh Celcom Default) no
1 dan klik butang Edit no
2.
Gambar 5
Masukan katalaluan Ubuntu anda apabila diminta.
Gambar 6
Merujuk Gambar 6 klik pada tab
PPP Setting seperti no
1. Seterusnya dalam ruangan
Encho, sila berikan tanda pada
Send PPP encho packets seperti no
2 dan klik butang Apply seperti no
3.
Membuat konfigurasi Wireless
Selesai langkah di atas, klik pula pada tab
Wireless.
Gambar 7
No
1 pilih nama wireless yang anda cipta dan tekan butang Edit seperti no
2.
Gambar 8
Sampai langkah ini, klik pada tab
Wireless seperti no
1. Dalam ruangan
Mode pilih
Ad-hoc seperti no
2 dan klik pada tab
IPv4 Setting seperti no
3 untuk langkah seterusnya.
Gambar 9
Pada Gambar 9, setelah klik pada tab IPv4 setting, dalam ruangan Method seperti no
1 pilih
Shared to other computers. Dan akhir sekali klik butang
Apply seperti no
2 untuk pengesahan dan mengakhiri semua konfigurasi yang dilakukan.
Tiba di sini, anda sudah boleh mencuba Wifi/Wireless yang anda ciptakan ini pada komputer riba rakan anda yang lain. Cuba akseskan Wifi ini sekarang, katalaluan adalah kekunci keselamatan wireless yang anda ciptakan pada Gambar 2.
Kredit:
Terima kasih saya ucapkan kepada rakan saya iaitu saudara Ahmabd Albab kerana pengkongsian ilmu ini.