31 Januari 2011

Distro Kelahiran Ubuntu

Di sini saya ingin senaraikan Distro kelahiran daripada Ubuntu. Oleh kerana linux adalah sumber terbuka, maka tidak hairanlah saban hari muncul distro-distro baru yang mana mereka mengambil Ubuntu ini dan menjadikannya generasi "Ubuntu Baru". Ubuntu baru atau distro kelahiran ubuntu ini telah ditokok-tambah dengan pelbagai perisian, kernel terkini, gnome, Ubuntu restricted extras, Medibuntu, notifications, pemacu kad grafik dan pelbagai lagi di mana anda tidak perlu membuang banyak masa untuk menaiktaraf ubuntu tersebut.

Berikut ialah distro-distro Ubuntu yang pernah saya muat turun dan mencubanya


1. Sabily - http://www.sabily.org
Desktop: Gnome

2. Linux Mint: http://www.linuxmint.com
Desktop: Fluxbox, Gnome, KDE, LXDE, XFCE

3. Super OS - http://superubuntu.linuxfreedom.com
Desktop: Gnome

4. mfatOS 1.3 (32 bit) - http://linux.softpedia.com/get/System/Operating-Systems/Linux-Distributions/mFatOS-60520.shtml
mFatOS1.4 (64 bit) - http://sourceforge.net/projects/mfatos/
Desktop: Gnome

5. YLMF OS - http://www.ylmf.org/en/
Desktop: Gnome

6. WattOS - http://www.planetwatt.com/
Desktop: OpenBox

7. BackTrack - http://www.backtrack-linux.org/
Desktop: Gnome

8. GnackTrack - http://www.gnacktrack.co.uk/
Desktop: Gnome

9. Zorin OS - http://www.zorin-os.webs.com/
Desktop: Gnome

10. Pinguy OS - http://pinguy-os.sourceforge.net/
Desktop: Gnome

11. Asturix - http://asturix.com/
Desktop: LXDE, Gnome

12. Bodhi - http://www.bodhilinux.com/
Desktop: E17

Kalau nak tahu banyak lagi, sila kunjungi www.distrowatch.com

27 Januari 2011

Memasang Ailurus Pada Ubuntu

Ailurus adalah sebuah aplikasi yang membantu menyenangkan anda menggunakan GNOME.

Bercakap mengenai GNOME, persekitaran meja (desktop enviroment) kerja ini tidaklah terhad kepada Ubuntu sahaja. Malah distro lain seperti Fedora, Mint, Arclinux juga boleh memasang Ailurus.

Ailurus adalah GPL software cross-Linux-distribution. Menurut daripada sumber pembangunnya, Ailurus dicipta untuk 3 asas berikut:

  • Mengurangkan kesulitan pengguna baru yang menggunakan Gnome pada Ubuntu amnya.
  • Mempromosikan perisian sumber terbuka yang popular.
  • Mempromosikan perisian sumber terbuka yang elegan yang mana belum lagi dimuatkan ke dalam repositori.

Apa yang Ailurus dapat membantu anda?
  • Memaparkan kemahiran Linux.
  • Membantu memasang perisian popular dengan mudah.
  • Menukar ketetapan Gnome dengan mudah.
  • Memaparkan maklumat sistem komputer hardware dan sistem operasi pemilik.
  • Mengaktifkan repositori pihak ketiga.
  • Membersihkan apt / cache (data sejarah dalam komputer yang tidak diperlukan lagi)
  • Memulihkan apt / (pakej rosak)

Namun, setakat hari ini Ailurus tidak sesekali menyokong pemasangan perisian sumber tertutup seperti yang dilakukan oleh PlayOnlinux yang berintergrasi dengan WINE.

Memasang Ailurus pada Ubuntu:

Mula-mula, muat turun Ailurus mengikut versi Ubuntu anda (pilih deb ya!) melalui URL ini http://code.google.com/p/ailurus/downloads/list

Kemudian, dwi klik fail deb tersebut contohnya ailurus_10.10.1-0lucid1_all.deb untuk pemasangannya.

Untuk mengaksesnya Applications>System Tools>Ailurus.

Tambahan:
Aplikasi Ailurus mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan Ubuntu Tweak, namun masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Jadi untuk melihat perbezaannya, adalah lebih baik anda pasang sendiri ailurus dan Ubuntu Tweak.

Memasang Pemain Muzik Clementine

Clementine adalah pemain muzik berasaskan ejin pemain Amarok daripada projek KDE. Namun, Clementine yang menggunakan logo ulas limau ini telah diubah sedikit antara muka yang menampakkannya supaya lebih serasi dengan GNOME.


Berikut ialah antara muka Clementine pada Ubuntu.


Clementine mempunyai ciri-ciri sebuah pemain muzik pilihan kerana banyak menyokong pelbagai format audio, Dynamic, Smart Playlist, mampu menukar format audio, pencarian lirik, mampu berhubung dengan Ipod atau sebarang pemain muzik bimbit (portable USB MP3 Player) dan lain-lain lagi.

Pasang Clementine pada Ubuntu:

Langkah pertama, pilih Clementine berdasarkan versi Ubuntu dan CPU architecture (32bit/64bit).

Muat turun daripada URL ini:  http://code.google.com/p/clementine-player/downloads/list

* jangan lupa pilih DEB format sahaja untuk Ubuntu, hanya dwi klik sahaja untuk pemasangan fail yang dimuat turun tadi.

Anda boleh mengaksesnya Applications>Sound & Video>Clementine.

26 Januari 2011

Memasang Enjin Penterjemah Google Pada Ubuntu

Orang macam saya memang perlu sangat kepada aksesori bantuan sistem penterjemah pada komputer, selain memasang kamus pada ubuntu, kita boleh juga mengunakan Web Browser untuk menterjemah bahasa iaitu menggunakan Google Translator, namun ianya nampak sedikit serabut dengan pelbagai fungsi yang kadang kala tidak diperlukan. Bagaimanapun, fungsi ini adalah bergantung kepada keperluan setiap individu.

Di sini saya ingin menunjukan kepada anda terdapat satu aplikasi penterjemah bahasa yang boleh dipasang terus pada Desktop Ubuntu 10.04/10.10 yang mana kita tidak perlu membuka web browser seperti lazimnya. Aplikasi yang amat ringkas ini dinamakan Translate-me.


Untuk memasangnya pada ubuntu 10.04/10.10/11.04 sila buka Terminal; salin dan tampal baris arahan ini:

sudo add-apt-repository ppa:atareao/atareao
sudo apt-get update
sudo apt-get install translate-me

Anda boleh mengakses Translate-me melalui Applications>Accessories>translate-me.

23 Januari 2011

Memasang Internet Explorer 7 Pada Ubuntu

Tujuan saya mengetengahkan entri ini adalah disebabkan masih banyak lagi sektor awam di Malaysia yang tidak menyokong Internet Browser Sumber Terbuka seperti Firefox, Google Chrome, Opera dan sebagainya.

Saya pun tidak faham, kenapa lembap sangat untuk mereka melangkah maju kehadapan bagi merealisasikan kehendak ICT zaman sekarang, mereka fikir semua rakyat Malaysia masih lagi bergantung kepada Windows yang menggunakan IE sebagai lalai (default Intenet Browser).

Jadi, saya harap tutorial bergambar di bawah dapat menyelesaikan kesulitan tersebut terutamanya kepada pengguna Ubuntu di Malaysia khususnya.

Terlebih dahulu, buka Ubuntu Software Center dan sila pasangkan 2 (dua) Aplikasi berikut:
1. Wine.
2. PlayOnLinux.

Buka aplikasi PlayOnLinux. (Applications>Games>PlayOnLinux). Kemudian sila ikut arahan bergambar di bawah. Saya harap gambar-gambar di bawah dapat difahami tanpa saya sertakan penjelasannya.






















Sekian, selamat mencuba..

22 Januari 2011

10 Fakta Kenapa Perlu Dual Boot Sistem Operasi Windows dan Ubuntu

iIni adalah pendapat saya dan tiada kena mengena dengan pendapat orang lain.

Pertama: Bagi pengguna baru, kebanyakkan antara mereka belum lagi cekap menguasai Ubuntu sepenuhnya. Kadangkala sesetengah kehendak kerja-kerja yang bergantung kepada komputer perlu disiapkan segera, sudah tentu kekurangan pengendalian Ubuntu akan melambatkan kerja tersebut.

Ke-dua: Disebabkan Windows yang sedia ada dalam komputer adalah asli, maka sayang dibuang begitu sahaja, dan dalam masa yang sama mahu mencuba Ubuntu setelah diperkenalkan oleh rakan-rakan mahupun mendapat tahu daripada mana-mana sumber lain seperti majalah dan sebagainya.

Ke-tiga: Ada perasaan takut-takut mencuba Ubuntu, maksudnya tidak yakin Ubuntu mampu melakukan atau menjalankan operasi tertentu, perasaan was-was ini timbul berikutan kurangnya kefahaman dan pendedahan terhadap aplikasi-aplikasi tertentu pada Ubuntu.

Ke-empat: Jika pengguna Windows memasang Ubuntu melalui WUBI, kaedah ini akan menambahkan lagi beban pada Windows (berebut memori), jika Windows mempunyai masalah "Hang", dijangkiti virus, lembap dan sebagainya; maka Ubuntu yang ada dalam Windows akan turut mengalamai masalah yang sama. Jadi untuk mengatasi masalah ini, langkah terbaik ialah buat dual-boot supaya Ubuntu dan Windows dapat menguasai memori dan prosesor secara maksimum. Cara ini; Ubuntu akan dapat menunjukan "belang" siapa yang lebih "power"...

Ke-lima: Disebabkan lebih kurang 95% Windows menguasai pasaran komputer di dunia, maka tidak hairanlah banyak syarikat yang mengusahakan aplikasi-aplikasi seperti perisian Permainan, Grafik, penyuntingan Audio/Video dan lain-lain dikhususkan kepada pengguna Windows sahaja. Mereka bukan tidak meyokong Sumber Terbuka, tetapi inilah cara mereka berniaga untuk mengaut keuntungan. Tempias ini akan dapat dirasakan oleh pengguna selain Windows.. Jadi dengan ini mereka yang memasang sumber terbuka tidak dapat lari dari kenyataan yang saya jelaskan tadi. Di sini, keperluan perisian tersebut menjadi keutamaan, dan bukannya Windows. Erti kata lain, Windows adalah sebagai pentas untuk menjalankan perisian yang tidak menyokong sumber terbuka.

Ke-enam: Ada segelintir pengguna Ubuntu amnya ingin mencuba menjalankan ujikaji virus mahupun perisian-perisian tertentu atau sebagainya sekadar suka-suka.

Ke-tujuh: Dual-boot bukan bererti Ubuntu dengan Windows sahaja, malah Ubuntu dengan OS linux lain seperti Fedora, Mint, Open SUSE dan sebagainya bagi penambah citarasa distro-distro yang wujud.

Ke-lapan: Untuk menjimatkan kos dan wang ringgit; kenapa perlu beli 2 atau lebih komputer sedangkan Ubuntu menyokong dual-boot, jadi dual-boot dapat menjimatkan wang saku kita.

Ke-sembilan: Manalah kita tahu, kebetulan kawan-kawan, jiran, boss, atau saudara mara mahu pinjamkan komputer kita barang seminit dua untuk buat tugasan tertentu, jadi biarkanlah kita boot Windows untuk mereka.

Ke-sepuluh: Untuk membuktikan Ubuntu benar-benar ringan, bebas virus, kelancaran yang amat ketara dan sememangnya Ubuntu lebih mudah berbanding Windows jika anda tahu caranya. Hal ini, banyak kali saya perkatakan ianya seolah-olah anda hanya bertukar daripada telefon bimbit Nokia kepada Sony Ericsson; anda cuma perlukan masa hanya tidak sampai 1 bulan untuk menguasai semua fungsi-fungsi hebat pada Ubuntu.

20 Januari 2011

Memasang Menu Cardapio Pada Ubuntu 10.04 (lucid)

Cardapio ialah menu pemula yang boleh juga digantikan dengan gnomenu. Gambar di sebelah menunjukkan Carpadio menu.

Pertama sekali saya pasang menu ini, saya amat terkejut kerana kepantasannya sebaik sahaja ianya dimulakan.

Dengan susunan menu dan ikon yang teratur, ianya nampak kemas. Suka saya nyatakan, semasa menggunakan menu Cardapio ini, amat berbeza sekali dengan MintMenu, Gnome menu asal dan juga menu Gnomenu.

Akan nampak lagi menawan, bila anda memasang ikon Faenza pada Ubuntu anda.






Langkah pemasangan Cardapio

Buka terminal dan masukan arahan di bawah satu per satu:

sudo add-apt-repository ppa:cardapio-team/unstable
sudo apt-get update
sudo apt-get install cardapio

Untuk meletakkannya pada panel, klik kanan pada panel dan pilih Add to panel.. Cari Cardapio, kemudian tekan butang Add dan Close bila sudah selesai.

Pertama sekali dihidupkan, ada rasa sedikit lambat namun ianya akan pantas sebaik sahaja menggunakan Cardapio ini. Untuk mengatasinya akan datang, atau juga sebagai menu lalai anda pada ubuntu, sila buat tetapan pada Startup Applications.

System>Preference>Startup Applications. Klik Add dan isi maklumat seperti di bawah:
Name: Cardapio
Command: cardapio hidden

Menu pemula Cardapio ini akan lebih pantas jika anda buat tetapan iaitu klik kanan pada ikonnya, pilih Properties dan tandakan pada Open catergories when cursor over them. 


Berikut adalah sedikit tip bagaimana kalau anda mahu meletakkannya pada Cairo Dock. (lihat gambar di bawah)


Klik kanan pada Cairo Dock>Add>Add a custom launcher. Isikan seperti di bawah:
Launcher name: Cardapio
Command to run on click: cardapio show-near-mouse
Image's name of path: *anda tentukan sendiri ikon yang disukai, boleh muat turun di sini

Kemudian tekan Apply mengakhiri tetapan.

Nah! kalau nak pelik lagi letak menu ini pada Desktop... Klik kanan pada Desktop>Create launcher dan isikan maklumat arahan seperti berikut:
Type: Aplication
Name: CardapioMenu
Command: cardapio show-near-mouse

Klik OK... sudah siap!

16 Januari 2011

Ubuntu linux 32 bit atau 64 bit?

Sebelum saya mengenali linux khususnya Ubuntu, langsung tidak ambil peduli 32 bit dan 64 bit. Dan sehingga sehingga sekarang saya lagi masih samar-samar tentang kedua-dua perbezaan sistem ini. Namun setakat yang saya tahu, angka ini adalah salah satu sistem pemprosesan (architecture) sesebuah komputer.

Kalau anda ada banyak masa boleh baca wiki 32 bit dan 64 bit untuk maklumat lanjut. Secara ringkasnya dari mata kasar, sudah tentu 64 bit lebih berkuasa berbanding 32 bit. Hari ini, komputer yang mempunyai spesifikasi 64 bit sudah tidak jauh harganya dengan 32 bit.

Berbalik semula kepada tajuk entri ini, oleh kerana komputer yang memiliki ciri 64 bit boleh di pasang dengan 32 bit, jadi manakah pilihan yang terbaik 32 bit atau 64 bit? Jawapannya adalah seperti huraian saya di bawah. Sebaliknya, anda tidak boleh sama sekali memasang Ubuntu pakej 64 bit pada komputer 32 bit.


1. Sokongan perkakasan sistem komputer

Anda yakin komputer anda memiliki 64 bit, maka anda boleh memasang Ubuntu 64 bit. Pemasangan akan berjalan dengan sempurna, begitu juga semasa menggunakan Ubuntu 64 bit tersebut.

2. Sokongan aplikasi

Di dalam sumber terbuka, terdapat banyak sokongan perisian 32 bit dan 64 bit. Tetapi bagaimana pula jika memasang perisian sumber tertutup umpamanya Flash yang masih diragui kecekapannya.

3. Sokongan RAM

64 bit bergerak selesa jika komputer anda memiliki lebih daripada 4GB RAM. Bagaimanapun jika anda lihat PAE, linux yang dibekalkan 64GB RAM masih lagi tiada masalah jika menggunakan 32 bit. Adakah komputer anda memiliki RAM 64GB??

4. Sokongan kelajuan

64 bit amat selesa jika anda menggunakan komputer untuk mengkoding Audio dan Video yang memerlukan kepantasan yang amat laju. Namun, 32 bit masih tiada masalah untuk menunaikan tugasan koding ini walaupun tidak secekap 64 bit. Antara lain, rata-rata pengguna komputer hari ini menjurus ke arah penggunaan biasa seperti menaip, mendengar lagu, bermain permainan, menyusuri internet, melukis dan pelbagai lagi kerja-kerja seharian sesebuah komputer.

Tambahan lagi, laman rasmi Ubuntu (Canonical) juga mengesyorkan anda memuat turun Ubuntu 32 bit tanpa mengambil kira spesifikasi komputer anda. Lihat pautan URL ini: Muat turun Ubuntu.

Jika anda masih keliru pilihan 32 bit atau 64 bit, sila cari kebuntuan ini di internet tanpa mengajukan kepada saya mana yang sesuai kerana saya bukanlah insan yang mencipta CPU 32 bit atau 64 bit tersebut.

Tahun lepas Dan Tahun Baru 2011

Lidah Pengarang 16 Jan: Bagi sesiapa sahaja yang mengikuti blog saya, mungkin kecewa sebab sudah masuk pertengahan bulan Januari 2011 tiada satu pun artikel dikeluarkan. Bukan saudara sahaja yang terasa, bahkan saya sendiri pun terasa demikian. Sepertimana penulis blog yang lain, mereka juga ada komitmen masing-masing. Begitulah juga saya, akhir-akhir ini anak kecil (kembar) saya yang baru mencecah hampir 3 bulan buat perangai tidur lewat. Ada kadang-kadang waktunya sehingga jam 3 pagi, demi anak yang baru mengenali dunia amatlah saya titik beratkan.

Kepada saudara atau rakan-rakan saya yang membaca blog ini yang sudah besar panjang, tentu boleh berdikari sendiri ke mana haluan mahu dituju. Jadi, dengan penjelasan yang  ringkas ini dapatlah memberikan sedikit jawapan kepada saudara.

Sebelum saya meneruskan muqadimmah tahun 2011 ini, saya ingin ucapkan berbanyak terima kasih kepada pembaca sekalian meskin pun baru hari ini anda menemui blog ini. Saya juga ingin memohon maaf andainya ada terkasar bahasa baik dari segi penulisan, menjawab semua pertanyaan (E-mail) dan macam-macam lagi kekurangan. Jujur saya katakan, memang cara susunan ayat-ayat saya tidak seperti penulis blog yang lain yang nampak agak kemas dan canggih, penuh bahasa baku dan jauh sekali berbanding ayat-ayat saya. Darjah 1 hingga ke darjah 6, subjek Bahasa Malaysia saya agak lemah (selalu merah bila diberi markah). Tapi semua ini, tidak melumpuhkan hasrat saya untuk terus berkarya. Biar apa orang kata, saya tetap saya.

Sepanjang 2 tahun lepas, artikel saya banyak memfokuskan kepada cara penggunaan Ubuntu yang menyentuh mengenai Nautilus, panel, beberapa hubungan gajet dan permasalahan yang perlu ditangani. Jika anda perasan, saya jarang mengeluarkan berita perkembangan terkini tentang ubuntu, kemaskini aplikasi baru dan sebagainya. Tentang apa yang terbaru dalam perkembangan berita ubuntu, anda boleh kunjungi laman tempatan seperti Jomlinux.com, Melayubuntu, SumberTerbuka.Net dan beberapa lagi.

Jadi Tahun ini, semua artikel saya masih menjurus ke arah penggunaan dalam menguasai Sistem Operasi Ubuntu dan sekali-sekala akan diselitkan artikel perkembangan, keserasian gajet, tutorial tertentu dan lain-lain dirasakan perlu atau di atas permintaan pembaca.

Jadi, tidak perlulah membandingkan blog saya dengan orang lain; masing-masing mempunyai konsep yang berbeza. Oh ya! kalaulah blog saya pasal politik, muat turun lagu, berita panas artis sudah tentu jumlah pelawat beribu-ribu sehari!! Tahun lepas, purata pengujung yang melawat blog saya setiap hari masih tidak lebih daripada 100 kali (80 hingga 90 kali sahaja). Saya tidak kecewa dengan angka ini, kesimpulannya masih ramai rakyat di Malaysia yang masih tidak tahu Sumber Terbuka. Kalau ada pun, masih selesa mengunjungi laman berbahasa Inggeris. 

Adakah Bahasa Malaysia tidak relevan untuk diterjemahkan ke ilmu komputer? Anda tanyalah pada diri anda sendiri!

Akhir kata, saya memohon ke Hadrat Illahi agar diberi semangat untuk meneruskan perjalanan blog ini hingga bersua ke tahun hadapan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...