Sejak saya kenal komputer, komputer datang bersama WINDOWS 98/xp (masa dulu ar). Terkial-kial hendak right click, save as, buat dokumen dan macam-macam lagi di pejabat dan di rumah. Buta IT. pada tahun 2004, kerajaan Malaysia membenarkan pengeluaran membeli komputer melalui KWSP. Aku beli satu dengan harga RM3,800!. Saya tahu mesti ada yang "makan" duit dalam hal ini, apa boleh buat saya tiada duit tunai sebanyak itu.
Dengan Harga RM3,800 saya dapat CRT monitor, Keyboard, Mouse, canon printer, sebuah kamera VGA dan Windows XP tulen. Yang saya nak ketawa, kena belek Kamus Dewan kalau mahu guna. Komputer dan Windows XP mampu bertahan selama 3 tahun lebih, sebab masa itu rumah saya tiada internet dan pendrive. Jadi Selama itu komputer saya tiada Antivirus!.Hee.heee.hee.. Hanya setahun tak sampai 10 kali saya ON kan komputer. Dan komputer ini sudah pun tua apabila mencecah tahun 2009.
Azam baru komputer baru
Keadaan hari ini sudah tidak pratikal untuk komputer yang mempunyai 60G saiz cajera keras dan RAM 512. Jadi untuk Upgrade komputer tua tersebut banyak kos di keluarkan sebab Mother Board lama.. kedai cakap beli baru lah.. Jadi, berbekalkan 10% ilmu IT, saya bedah komputer tersebut, ambil spare part.. dan selebihnya buang ke dalam tong sampah... Pada Jun tahun ini, saya pun beli satu komputer baru yang memang cukup power untuk Video editing dan Gamers..(tapi saya tak main game pun).
Kena Virus
Tidak sampai sebulan, komputer baru berbakti pada saya dah kena virus. Masuk melalui Pendrive, sebab cucuk sana-sini, ambil file yang bukan-bukan dengan kekawan. Pendek cerita, Komputer saya ni tidak boleh boot/start up..saya tak tahu jenis Virus ini. Dan bulan July, saya kemalangan motosikal, pecah mulut, patah tangan kiri dan banyak lagi luka-luka kecil di badan. Doktor bagi MC, dapat 4 bulan lebih. 3 minggu terlantar kat rumah cukup membosankan. Dengan berbekalkan semangat, saya cuba "berperang dengan Virus" dalam komputer baru ini. Dengan berjalan terhinjut-hinjut, tangan kiri pakai kain tumpang patah tangan, saya ke CC berhampiran. Berinternet sehingga 2-3 jam sehari di sana bagi mencari jawapan untuk menembak Virus-virus jahat.
Antivirus percuma adalah sangat lemah
Sejarah dahulu; kerana tidak mahu mengeluarkan wang untuk membeli antivirus berbayar, maka pakailah yang percuma. Inilah punca pertama. Bukan susah sangat nak Format komputer tu, dalam tu ada banyak data-data penting, gambar-gambar kenangan manis. itu sebab saya cuba juga walau apa cara sekali pun. Dah tu pulak ada dalam partition C!... Sial betul virus ni.. Jangan salah anggap, saya memang tidak pandai komputer!!! Saya mengambil pendekatan berani, saya install windows dalam partition D. Pada hemat saya, nanti komputer boleh ON dan ambil data dalam C..rupanya saya silap, semasa proses format.. saya juga ter format C dan D.. jangan tanya kenapa, memang saya daif ilmu IT. HANCUR semuanya data-data yang dijaga baik bertahun-tahun..2 hari tidur tak lena..
Mengenali ubuntu
Pada penghujung July 2009, saya tertarik satu petikan dalam internet yang mengatakan LINUX adalah bebas virus. Bermulalah pencarian LINUX di internet di CC. Tidak puas hati hari-hari kena pergi ke CC, saya pun melanggan Broad No1 di Malaysia di kediaman saya dengan perjanjian RM60 sebulan iaitu Streamyx 384kps. Di sebabkan cuti kemalangan masih panjang, saya nekad ingin belanjar LINUX. Hampir 2 minggu penantian, orang telekom datang rumah hantar MOdem dan buat sambungan. Bermulah episod mencari LINUX yang paling senang mahu guna iaitu ubuntu! Saya download ubuntu dan bakar ke CD dan cuba bermain Live CD, rupanya amat mudah dan sangat simple. (masa ini masih pakai windows XP). Jadi saya pun mencari komuniti ubuntu Malaysia, terkejut juga, rupanya dia orang sudah bermula sejak 2006 lagi... Kalau saya tahu awal, semua data-data penting boleh di selamatkan dengan hanya menggunakan Live CD ubuntu! Tapi nasi dan jadi bubur yang enak..heee.hee.. Dan bermula Ogos 2009, macam-macam eksperimen ubuntu pada komputer saya, tidak kurang 6 kali format.. baru jumpa cara dan penyelesaian. Sehingga hari ini, komputer saya sudah bebas Virus!! dan tidak perlu takut lagi walau sejahat mana virus yang datang menceroboh. Senang hati...
LINUX ada banyak pilihan
Ubuntu, Fedora, Linux Mint, Mandriva, Debian, Puppy, Sabayon, Sabily dan beratus-ratus lagi Distro yang sedang membangun. Semuanya adalah percuma! Klik di sini untuk lihat senarai Linux DISTRO .
Terima kasih kerana sudi baca luahan saya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan