Sekiranya saya ingin memuatkan Ubuntu ke dalam notebook saya, adakah ianya disokong oleh aplikasi Windows Multiboot sedia ada yang mana masih membolehkan saya memilih Operating System (OS) yang ingin digunakan?
Jawapan 1
Boleh sahaja. Pasang Ubuntu. Ketika pemasangan pilih "Install them side by side" dan berikan Ubuntu partition dalam 10GB atau lebih. Ini dikira serupa multiboot juga.
Soalan 2
Sekiranya saya memuatkan Ubuntu, perlukah saya memuatkan "driver" seperti menggunakan Windows, contohnya display driver? Jika perlu bagaimana saya mahu mendapatkannya sebab kebanyakan jenama komputer tidak menyokong ubuntu?
Jawapan 2
Soalan ini sering ditanya pengguna Windows apabila bertukar kepada linux ataupun Mac. Sebenarnya banyak pemacu/driver perkakasan telah pun dimasukkan ke dalam Ubuntu. Saudara mungkin terkejut kerana banyak perkakasan boleh digunakan terus apabila memasang Ubuntu seperti pencetak, bluetooth, telefon bimbit dan lain-lain. Jika ada Ubuntu tidak menyokong perkakasan itu, akan keluar "pop pup" ketika menggunakan Ubuntu. Hanya sambung ke internet dan tekan "Active". Ubuntu akan muat turun dan memasangnya secara automatik.
Soalan 3
Adakah Ubuntu menyokong semua jenis antivirus atau hanya beberapa jenis / jenama sahaja, dan adakah Ubuntu juga mempunyai masalah yang sama seperti Windows 7 yang hanya menyokkong antivirus 2010 sahaja?
Jawapan 3
Ubuntu tidak menyokong semua jenis antivirus sebab Ubuntu bebasvirus, jadi tidak perlu antivirus selepas memasangnya.
Soalan 4
Bagaimana pula dengan perisian, contohnya CCleaner atau Game Booster, adakah masih boleh digunakan walaupun dinyatakan ianya untuk OS Windows?
Jawapan 4
CCLeaner bertindak untuk mencuci Registry dan lain-lain seperti History Internet Explorer. Ubuntu tidak memerlukan fungsi tersebut sebab ia tidak menggunakan Registry jadi jika anda gunakannya dalam waktu yang panjang ia tidak akan menjadi lambat seperti Windows.
Soalan 5
Bagaimana pula dengan pengaktifan OS Ubuntu ini, adakah merumitkan seperti Windows yang memerlukan kita menelefon mereka semata-mata untuk mengaktifkan OS yang "telah kita beli tapi tidak dimiliki sepenuhnya"?
Jawapan 5
Ubuntu tidak perlu diaktifkan. Ubuntu bebas untuk digunakan seberapa banyak komputer, anda berhak menyalin CD/DVD seberapa banyak untuk berkongsi pada rakan selagi mana ia bukan untuk tujuan perniagaan. Ia juga tidak perlukan anda membayar lesen. Semuanya percuma!
Soalan 6
Apakah Ubuntu Linux? Adakah ianya merupakan Oparating System atau pun Open Source? atau lain-lain?
Jawapan 6
Ubuntu adalah sistem operasi yang berkongsepkan sumber terbuka (open Source) yang bermaksud anda bebas untuk melihat kod-kod programnya dan bebas untuk menggunakan seberapa banyak PC yang and amahu.
Soalan 7
Apakah kegunaan bagi Ubuntu?
Jawapan 7
Kegunaan Ubuntu adalah sama seperti Windows. Anggaplah Windows dan Ubuntu seperti kereta yang berlainan jenama. Tugasnya sama tapi reka bentuk berbeza.
Soalan 8
Di manakah saya boleh mendapatkan sumber rujukan bagi Ubuntu Linux?
Jawapan 8
Cara mudah mendapatkan rujukan adalah dari carian di internet atau anda boleh melayari laman web www.jomlinux.com , http://wiki.ubuntu.com , https://help.ubuntu.com dan forum ubuntu di www.ubuntu.com.my . Terdapat juga di www.melayubuntu.blogspot.com .
Soalan 9
Adakah Ubuntu memerlukan antivirus seperti mana Windows lain?
Jawapan 9
Ubuntu tidak memerlukan antivirus.
Soalan 10
Apakah kelebihan Ubuntu?
Jawapan 10
Ubuntu lebih laju, stabil, selamat dan bebas virus. Lagi menarik anda boleh memasangnya ke seberapa banyak komputer yang anda mahu.
Soalan 11
Adakah betul linux hanya untuk orang yang pakar dalam bidang pengaturcaraan (programming)?
Jawapan 11
Itu anggapan yang kurang tepat. Orang tidak pakar pengaturcaraan atau pengguna biasa pun sesuai menggunakannya. Ubuntu sendiri ada lebih 8 juta pengguna. Tidak semuanya pakar pengaturcaraan.
Semua soalan dan jawapan di atas dipetik daripada Majalah PC keluaran December 2009. Anda boleh membeli majalah tersebut di pasaran kerana majalah ini akan memuatkan beberapa perkembangan dunia Ubuntu pada keluaran seterusnya. Terima kasih juga kepada warga kerja Majalah PC dan www.jomlinux.com.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan