16 Mac 2011

Mengembalikan Saiz Ruang Cakera Keras Daripada Root

Samada anda tahu atau tidak, semasa pemasangan Ubuntu atau apa-apa Distro Linux, Root akan mengambil 5% daripada keseluruhan ruang cakera keras sebagai tempat simpanan. Wujudnya situasi ini kerana dalam kes-kes tertentu apabila saiz cakera keras sudah penuh, maka pengguna biasa (bukan root) masih lagi mampu mengisi atau memadam fail-fail tertentu ke dalam ruang simpanan tadi. Bayangkan komputer hari ini dibekalkan dengan saiz cakera keras 500Gb, jika 5% bermakna hampir 25Gb telah diambil oleh Root sebagai ruang simpanan. 25GB sangat besar tuh!..

Jadi, hari ini saya ingin menunjukkan bagaimana dapat kita mengembalikan 4% daripada ruang simpanan ini; maknanya hanya benarkan 1% sahaja sebagai ruang simpanan.

Langkah 1
Mula-mula buka Aplikasi Terminal dan masukan baris perintah yang ringkas ini:

df -h

Terminal akan memaparkan partisi di mana Ubuntu dipasang. Di dalam kes saya Ubuntu berada pada partisi /dev/sda5 (1). Sila lihat gambar di bawah untuk memudahkan anda memahami situasi saya (2).

Langkah 2
Seterusnya, sekarang kita bagi arahan ini kepada sistem agar menjadikan ruang tersebut kepada 1% sahaja. Taip perkataan arahan di bawah ke dalam Terminal. Sila tukar /dev/sdXY mengikut semakan yang telah dibuat tadi. Di mana X ialah kedudukan cakera keras dan Y adalah kedudukan partisi.

sudo tune2fs -m 1 /dev/sda5


Dalam beberapa saat, sistem akan mengeluarkan kenyataan lebih kurang begini:
Setting reserved blocks percentage to 1% (280873 blocks)

Kemudian sila buat semakan semula dengan memasukkan baris perintah seperti Langkah 1 bagi memastikan saiz ruang cakera keras  telah berubah (3). Perhatikan gambar di bawah sebagai contoh.

Klik pada gambar untuk besarkan imej

Sekian..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...