Cardapio ialah menu pemula yang boleh juga digantikan dengan gnomenu. Gambar di sebelah menunjukkan Carpadio menu.
Pertama sekali saya pasang menu ini, saya amat terkejut kerana kepantasannya sebaik sahaja ianya dimulakan.
Dengan susunan menu dan ikon yang teratur, ianya nampak kemas. Suka saya nyatakan, semasa menggunakan menu Cardapio ini, amat berbeza sekali dengan MintMenu, Gnome menu asal dan juga menu Gnomenu.
Akan nampak lagi menawan, bila anda memasang ikon Faenza pada Ubuntu anda.
Langkah pemasangan Cardapio
Buka terminal dan masukan arahan di bawah satu per satu:
sudo add-apt-repository ppa:cardapio-team/unstable
sudo apt-get update
sudo apt-get install cardapio
Untuk meletakkannya pada panel, klik kanan pada panel dan pilih Add to panel.. Cari Cardapio, kemudian tekan butang Add dan Close bila sudah selesai.
Pertama sekali dihidupkan, ada rasa sedikit lambat namun ianya akan pantas sebaik sahaja menggunakan Cardapio ini. Untuk mengatasinya akan datang, atau juga sebagai menu lalai anda pada ubuntu, sila buat tetapan pada Startup Applications.
System>Preference>Startup Applications. Klik Add dan isi maklumat seperti di bawah:
Name: Cardapio
Command: cardapio hidden
Menu pemula Cardapio ini akan lebih pantas jika anda buat tetapan iaitu klik kanan pada ikonnya, pilih Properties dan tandakan pada Open catergories when cursor over them.
Berikut adalah sedikit tip bagaimana kalau anda mahu meletakkannya pada Cairo Dock. (lihat gambar di bawah)
Klik kanan pada Cairo Dock>Add>Add a custom launcher. Isikan seperti di bawah:
Launcher name: Cardapio
Command to run on click: cardapio show-near-mouse
Image's name of path: *anda tentukan sendiri ikon yang disukai, boleh muat turun di sini
Kemudian tekan Apply mengakhiri tetapan.
Nah! kalau nak pelik lagi letak menu ini pada Desktop... Klik kanan pada Desktop>Create launcher dan isikan maklumat arahan seperti berikut:
Type: Aplication
Name: CardapioMenu
Command: cardapio show-near-mouse
Klik OK... sudah siap!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan