27 Januari 2011

Memasang Ailurus Pada Ubuntu

Ailurus adalah sebuah aplikasi yang membantu menyenangkan anda menggunakan GNOME.

Bercakap mengenai GNOME, persekitaran meja (desktop enviroment) kerja ini tidaklah terhad kepada Ubuntu sahaja. Malah distro lain seperti Fedora, Mint, Arclinux juga boleh memasang Ailurus.

Ailurus adalah GPL software cross-Linux-distribution. Menurut daripada sumber pembangunnya, Ailurus dicipta untuk 3 asas berikut:

  • Mengurangkan kesulitan pengguna baru yang menggunakan Gnome pada Ubuntu amnya.
  • Mempromosikan perisian sumber terbuka yang popular.
  • Mempromosikan perisian sumber terbuka yang elegan yang mana belum lagi dimuatkan ke dalam repositori.

Apa yang Ailurus dapat membantu anda?
  • Memaparkan kemahiran Linux.
  • Membantu memasang perisian popular dengan mudah.
  • Menukar ketetapan Gnome dengan mudah.
  • Memaparkan maklumat sistem komputer hardware dan sistem operasi pemilik.
  • Mengaktifkan repositori pihak ketiga.
  • Membersihkan apt / cache (data sejarah dalam komputer yang tidak diperlukan lagi)
  • Memulihkan apt / (pakej rosak)

Namun, setakat hari ini Ailurus tidak sesekali menyokong pemasangan perisian sumber tertutup seperti yang dilakukan oleh PlayOnlinux yang berintergrasi dengan WINE.

Memasang Ailurus pada Ubuntu:

Mula-mula, muat turun Ailurus mengikut versi Ubuntu anda (pilih deb ya!) melalui URL ini http://code.google.com/p/ailurus/downloads/list

Kemudian, dwi klik fail deb tersebut contohnya ailurus_10.10.1-0lucid1_all.deb untuk pemasangannya.

Untuk mengaksesnya Applications>System Tools>Ailurus.

Tambahan:
Aplikasi Ailurus mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan Ubuntu Tweak, namun masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Jadi untuk melihat perbezaannya, adalah lebih baik anda pasang sendiri ailurus dan Ubuntu Tweak.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...