16 Januari 2011

Ubuntu linux 32 bit atau 64 bit?

Sebelum saya mengenali linux khususnya Ubuntu, langsung tidak ambil peduli 32 bit dan 64 bit. Dan sehingga sehingga sekarang saya lagi masih samar-samar tentang kedua-dua perbezaan sistem ini. Namun setakat yang saya tahu, angka ini adalah salah satu sistem pemprosesan (architecture) sesebuah komputer.

Kalau anda ada banyak masa boleh baca wiki 32 bit dan 64 bit untuk maklumat lanjut. Secara ringkasnya dari mata kasar, sudah tentu 64 bit lebih berkuasa berbanding 32 bit. Hari ini, komputer yang mempunyai spesifikasi 64 bit sudah tidak jauh harganya dengan 32 bit.

Berbalik semula kepada tajuk entri ini, oleh kerana komputer yang memiliki ciri 64 bit boleh di pasang dengan 32 bit, jadi manakah pilihan yang terbaik 32 bit atau 64 bit? Jawapannya adalah seperti huraian saya di bawah. Sebaliknya, anda tidak boleh sama sekali memasang Ubuntu pakej 64 bit pada komputer 32 bit.


1. Sokongan perkakasan sistem komputer

Anda yakin komputer anda memiliki 64 bit, maka anda boleh memasang Ubuntu 64 bit. Pemasangan akan berjalan dengan sempurna, begitu juga semasa menggunakan Ubuntu 64 bit tersebut.

2. Sokongan aplikasi

Di dalam sumber terbuka, terdapat banyak sokongan perisian 32 bit dan 64 bit. Tetapi bagaimana pula jika memasang perisian sumber tertutup umpamanya Flash yang masih diragui kecekapannya.

3. Sokongan RAM

64 bit bergerak selesa jika komputer anda memiliki lebih daripada 4GB RAM. Bagaimanapun jika anda lihat PAE, linux yang dibekalkan 64GB RAM masih lagi tiada masalah jika menggunakan 32 bit. Adakah komputer anda memiliki RAM 64GB??

4. Sokongan kelajuan

64 bit amat selesa jika anda menggunakan komputer untuk mengkoding Audio dan Video yang memerlukan kepantasan yang amat laju. Namun, 32 bit masih tiada masalah untuk menunaikan tugasan koding ini walaupun tidak secekap 64 bit. Antara lain, rata-rata pengguna komputer hari ini menjurus ke arah penggunaan biasa seperti menaip, mendengar lagu, bermain permainan, menyusuri internet, melukis dan pelbagai lagi kerja-kerja seharian sesebuah komputer.

Tambahan lagi, laman rasmi Ubuntu (Canonical) juga mengesyorkan anda memuat turun Ubuntu 32 bit tanpa mengambil kira spesifikasi komputer anda. Lihat pautan URL ini: Muat turun Ubuntu.

Jika anda masih keliru pilihan 32 bit atau 64 bit, sila cari kebuntuan ini di internet tanpa mengajukan kepada saya mana yang sesuai kerana saya bukanlah insan yang mencipta CPU 32 bit atau 64 bit tersebut.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...